Anda di halaman 1dari 2

1.

Surah al-Fā tiḥ aḥ


 Surah ini adalah surah Makkiyyah dan mempunyai tujuh ayat.
 Surah ini turun selepas Surah al-Muddaththir (Orang yang berselimut).

Kandungan surah

 Al-Quran dan al-Sunnah mempunyai tiga cabang besar pada kandungannya iaitu aqidah,
ibadah dan akhlak atau ilmu tawhid, illmu fiqh ibadah yang wajib dan sunat serta fiqh
muamalat sekali gus akhlak dan tasawuf.
 Surah ini berisi makna-makna al-Quran yang agung mengcakupi asas-asas dan dasar utama
agama iaitu aqidah (tawhid), ibadah, syariat, iman kepada hari kebangkitan, iman kepada
asmā’ al-ḥusnā.
 Ia juga mengandungi penyataan tentang pengkhususan ibadah, permohonan pertolongan
dan doa kepada Allah SWT.
 Ia kemudian membincangkan mengenai perintah bagi memohon hidayah bagi mendapat
agama yang benar dan jalan yang lurus sekali gus dihindarkan daripada jalan-jalan orang
yang menyimpang daripada hidayah Allah SWT.

Nama-nama surah

 Antara keistimewaa surah ini, meskipun ia bukan surah pertama diturunkan namun ia
diletakkan pada awal daripada 113 surah yang lain, selain daripada itu menurut Imam al-
Qurtubi r.h. surah ini mempunyai 12 nama antaranya:
 ‫ الصالة‬- Disebutkan dalam sebuah hadith qudsi: " ‫ْن‬ ِ ‫صالَ َة َب ْينِي َو َبي َْن َع ْبدِي نِصْ َفي‬ ُ ‫( َق َسم‬Aku
َّ ‫ْت ال‬
membahagikan ‫صالَ َة‬ َّ ‫( ال‬bacaan Surah al-Fatihah) antara Aku dan hamba-Ku menjadi dua
bahagian…). " [HR Muslim, no. 395; Malik, no. 41; Abu Dawud, no. 821; al-Tirmizi, no. 3209;
al-Nasa’i, no. 909; Ibn Majah, no. 3784]
 ‫ – الحمد‬Kerana surah ini mempunyai kalimah bahkan dimulakan dengan kalimah alhamdu.
 ‫ – فاتحة الكتاب‬Kerana ia ada surah pembukaan kepada pembacaan dan penulisan surah-surah
al-Quran serta menjadi bacaan pembukaan yang wajib dalam solat.
 ‫ – أم الكتاب‬Nama ini ada paling masyhur menurut jumhur ulama.
 ‫ – أم القرآن‬Menurut pandangan jumhur dengan dalil daripada hadith Rasulullah SAW: ِ ‫" ْال َحمْ ُد هَّلِل‬
ِ ‫آن َوأ ُ ُّم ْال ِك َتا‬
" ‫ب َوال َّس ْب ُع ْال َم َثانِي‬ ُ
ِ ْ‫[ أ ُّم ْالقُر‬HR Abu Dawud, no. 1457; al-Tirmizi, no. 3415]
 ‫ – المثاني‬Kerana surah ini sering diulang-ulang dalam setiap rakaat solat.
 ‫ – القرآن العظيم‬Kerana surah ini mengcakupi segala ilmu dan tujuan utama al-Quran diturunkan.
 ‫ – الشفاء‬Iaitu penawar sesuai dengan sabda Rasulullah SAW: " ‫كل دا ٍء‬ ِ ‫ب شِ فا ٌء من‬ ِ ‫[ " في فاتح ِة الكتا‬HR
Abdul Malik bin Umair, kebanyakan muhaddithin menghukumnya sebagai da‘if, lihat Ibn
Hajar al-‘Asqalani, Takhrij Mishkat al-Masabih, 2/386]
 ‫ – الرقية‬Berdalilkan sabda Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang meruqyah seorang
ketua kabilah: " ‫ك أَ َّن َها ُر ْق َي ٌة‬ َ ‫( َو َما أَ ْد َرا‬Dan bagaimana kamu tahu ia adalah ruqyah (jampi
pengubat)? " [HR al-Bukhari, no. 5736; Muslim, no. 2201 daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a.]
 ‫ – األساس‬Berkata Ibn ‘Abbas r.ma., "... ‫ وأساس الفاتحة بسم هللا‬، ‫ وأساس القرآن الفاتحة‬، ‫وأساس الكتب القرآن‬
‫" الرحمن الرحيم‬.
 ‫ – الوافية‬Kerana surah ini tidak dapat dibahagikan menjadi dua bahagian dan tidak dapat
diringkaskan, jadi dari sudut hukum jumhur ulama tidak membenarkan Surah al-Fatihah
dibahagikan dua jika membacanya dalam solat.
 ‫ – الكافية‬Kerana surah ini sendiri sudah cukup sebagai pengganti surah-surah yang lain,
sementara surah-surah lain tidak memadai bagi menggantikannya.
 Demikianlah nama-nama Surah al-Fatihah, namun nama yang paling masyhur adalah tiga
iaitu: ‫ السبع المثاني‬,‫ أم الكتاب‬,‫الفاتحة‬.
 ‫ سورة‬bermakna satu dinding kukuh yang menjadi pelindung dan pertahanan kukuh sebuah
kota, namun dalam konteks al-Quran, ‘surah’ bermaksud satu kelompok ayat al-Quran yang
terdiri daripada tiga ayat atau lebih dan dinamakan berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih.

Keutamaan

 Keutamaan Surah al-Fatihah banyak disebutkan dalam hadith-hadith yang sahih antaranya
hadith yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka‘ab r.a.:
ُ
‫ِي َم ْقسُو َم ٌة َب ْينِي َو َبي َْن‬
َ ‫ِي ال َّس ْب ُع ْال َم َثانِي َوه‬ ِ ْ‫يل م ِْث َل أ ِّم ْالقُر‬
َ ‫آن َوه‬ ِ ‫َقا َل ال َّن ِبيُّ صلى هللا عليه وسلم " َما أَ ْن َز َل هَّللا ُ فِي ال َّت ْو َرا ِة َوالَ فِي اإلِ ْن ِج‬
" ‫َع ْبدِي َول َِع ْبدِي َما َسأ َ َل‬

Rasulullah SAW bersabda, “Allah tidak menurunkan dalam Taurat juga tidak dalam Injil
sebuah surah seperti Umm al-Quran dan ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dan ia
(sebagaimana sabda Allah SWT dalam hadith qudsi) dibahagikan antara Aku dan hamba-Ku
dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya.”
[HR al-Tirmizi, no. 3416, al-Nasa’i, no. 914]
 Dalam hadith lain Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Abu Sa‘id bin al-Mu‘alla r.a.:

َ ُ‫ت أ‬
ِ ‫ َقا َل " أَلَ ْم َيقُ ِل هَّللا ُ }اسْ َت ِجيبُوا هَّلِل ِ َولِلرَّ س‬.‫صلِّي‬
‫ُول‬ ُ ‫صلِّي َفدَ َعانِي ال َّن ِبيُّ صلى هللا عليه وسلم َفلَ ْم أ ُ ِج ْب ُه قُ ْل‬
ُ ‫ت َيا َرسُو َل هَّللا ِ إِ ِّني ُك ْن‬ َ ُ‫ت أ‬ ُ ‫َقا َل ُك ْن‬
‫هَّللا‬ ْ َ َ َ َ ْ َ
ُ ‫ َفأ َخذ ِب َيدِي َفلَمَّا أ َر ْد َنا أنْ َن ْخ ُر َج قُل‬." ‫آن َق ْب َل أنْ َت ْخ ُر َج م َِن ال َمسْ ِج ِد‬ ْ َ َ ِّ ُ َ ُ
َ ‫إِ َذا دَ َعا ُك ْم{ ث َّم َقا َل أالَ أ َعلم‬
َ ‫ت َيا َرسُو َل ِ إِ َّن‬
‫ك‬ ِ ْ‫ُور ٍة فِي القُر‬
َ ‫ُك أعْ ظ َم س‬
" ‫ِي ال َّس ْب ُع ْال َم َثانِي َو ْالقُرْ آنُ ْال َعظِ ي ُم الَّذِي أُوتِي ُت ُه‬ َ ‫ َقا َل " } ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَم‬.‫آن‬
َ ‫ِين{ ه‬ َ ‫ك أَعْ َظ َم س‬
ِ ْ‫ُور ٍة م َِن ْالقُر‬ َ ‫قُ ْلتَ أل ُ َعلِّ َم َّن‬

Katanya, “Aku sedang solat tatkala Rasulullah SAW memanggil aku dan aku tidak menjawab
kemudian aku berkata kepada Rasulullah – Sesungguhnya aku sedang solat.” Kata Rasulullah
SAW, “Bukankah Allah berfirman: ‫ُول إِ َذا دَ َعا ُك ْم‬ ِ ‫( اسْ َت ِجيبُوا هَّلِل ِ َولِلرَّ س‬sahut dan sambutlah seruan Allah
dan seruan Rasul-Nya apabila Dia menyeru kamu) [Surah al-Anfal, ayat 24],” kemudian
baginda bersabda, “Mahukah aku ajarkan kamu surah yang paling agung dalam al-Quran
sebelum kamu keluar masjid?” Kemudian baginda memegang tangan aku dan ketika kami
hampir keluar daripada masjid aku berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah
mengatakan kepadaku bahawa engkau mahu mengajarku surah yang paling agung daripada
al-Quran.” Baginda bersabda, “ ‫ِين‬ َ ‫ ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَم‬, ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dan
Quran yang agung yang diutuskan kepadaku.”
[HR al-Bukhari, no. 4474 dan 5006]
 Kedua hadith di atas sebenarnya dengan jelas mengisyarat kepada firman Allah SWT:
       
“Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (Wahai Muhammad) tujuh ayat yang
diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
(Surah al-Hijr, ayat 87)
 ‫ الفاتحة‬disebut sebagai ‫ ال َّس ْب ُع ْال َم َثانِي‬kerana ia merupakan surah yang mempunyai tujuh ayat
yang dibaca dalam setiap rakaat solat sama ada solat fardu atau sunat. Minimum seorang
lelaki mukallaf wajib membaca 17 kali sehari Surah al-Fatihah jika tiada uzur syar‘i.

Anda mungkin juga menyukai