Kepentingan RPT
Kepentingan RPT
Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid
mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa
merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan,
matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan strategi
pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.
KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Selain itu, kepentingan RPH ini juga ialah guru dapat memahami dan menentukan isi
pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan dan menjimatkan masa
kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan apabila segalanya telah dirancang
terlebih dahulu. Guru hendaklah sedaya upaya untuk menggunakan masa pengajaran
secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Ini supaya guru tidak
mengambil masa yang terlalu lama melebihi had masa yang telah diperuntukkan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menghadkan skop yang akan diajar
dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat
dicapai dengan berkesan.
Selain itu, apabila guru dapat memahami dan dapat menyampaikan pelajaran dalam
masa yang telah diperuntukkan ianya akan meningkatkan keyakinan diri guru sebelum
masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel. Apabila guru lebih berkeyakinan
semasa menghadapi murid, secara tidak lansung guru akan mengingati bahan pengajaran
yang akan disampaikan. Selain itu juga, kepentingan RPT ialah dapat menentukan dan
menyediakan BBM yang perlu untuk proses P&P. Jadi, seseorang guru itu tidak akan
tergesa-gesa untuk memikirkan BBM yang akan dibuat dan disediakan kerana sudah
dirancang terlebih dahulu.
Seterusnya, guru dapat merancang aktiviti murid-murid iaitu seperti contoh guru
menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan
tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid
semasa diluar bilik darjah selain guru dapat mengawal bilik darjah dengan baik apabila
sudah merancang pengajaran dan seterusnya menjadikan proses P & P berjalan dengan
lancar dan berkesan. Guru juga dapat menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
murid melalui perancangan pengajaran harian tersebut. Guru juga boleh membuat
pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk
menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid secara objektif kemampuan
mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan
(refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang
kelemahan. Apabila guru telah merancang pengajaran, guru boleh memilih jenis soalan
yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran, memikirkan cara untuk
memotivasikan murid merancang dan bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memastikan keberkesanan pelajaran meningkatkan
pencapaian pelajar.mengurangkan masalah dalam proses P & P. Guru mengurangkan
masalah dalam proses P & P dengan merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk
membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang
dikehendaki.