Anda di halaman 1dari 1

Kestabilan dan kesejahteraan negara bergantung kepada kepesatan ekonomi dan sumber pendapatan

negara di mana peranan ekonomi yang mampan sangat penting untuk menyalurkan semula kepada
kebajikan rakyat. Salah satu sumber pendapatan negara ialah melalui kutipan cukai bagi mencapai
beberapa matlamat utama negara seperti untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus
berkembang dengan baik. Selain itu, cukai juga berperanan untuk memastikan agihan semula
pendapatan dilaksanakan dengan penuh berkhemah dan adil. Dalam konteks Malaysia, tidak dapat
dinafikan terdapat golongan masyarakat yang berpendapatan tinggi tetapi pada masa yang sama,
terdapat juga golongan masyarakat yang berpendapatan rendah. Situasi ini memerlukan tindakan yang
wajar bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat di dalam negara terus terpelihara.

Sehubungan itu, cukai yang lebih progresif telah diperkenalkan dan menjadi salah satu amalan
kepada sistem percukaian negara kita. Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, cukai progresif
merupakan cukai yang mengambil kira peratusan yang lebih tinggi daripada pendapatan berpendapatan
tinggi daripada individu berpendapatan rendah. Contoh yang dapat saya berikan di sini ialah situasi di
mana seseorang yang mempunyai pendapatan yang tinggi akan membayar kadar cukai yang yang tinggi
kepada negara. Dengan itu, kesan yang lebih positif dapat diwujudkan kepada sumber pendapatan
negara dengan memastikan kestabilan ekonomi negara terus dijulang tinggi seterusnya hasil
pendapatan negara ini dapat disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk
bantuan perihatin nasional, geran prihatin nasional dan pembangunan negara. Rakyat di negara ini akan
menikmati kebajikan yang lebih proaktif melalui kutipan cukai progresif.

Tidak dapat dinafikan kelebihan cukai progresif akan memberi kesan yang baik kepada
pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurangan beban cukai ke atas orang yang kurang mampu
atau berpendapatan rendah dan pada masa yang sama situasi ini akan meninggalkan lebih banyak wang
kepada golongan berpendapatan rendah seterusnya menggalakkan golongan berpendapatan rendah ini
menggunakan kewangan mereka dengan berbelanja di dalam negara dan pada masa yang sama ia akn
merangsang ekonomi negara. Selain itu, sistem cukai progresif mempunyai keupayaanya tersendiri
untuk mengutip lebih banyak cukai berbanding dengan sistem cukai regresif dan cukai rata. Hujahan ini
dibuktikan apabila kadar cukai diindeks akan meningkat apabila kenaikan pendapatan berlaku.

Dalam erti kata yang lain, ketika ekonomi negara menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan, ia akan meningkatkan pendapatan boleh guna dengan lebih perlahan berbanding
dengan jumlah pendapatan yang diperolehi. Seterusnya hasil cukai akan meningkat apabila pendapatan
yang diperolehi semasa ekonomi sedang berkembang lebih tinggi daripada sebelumnya. Dengan kata
lain, cukai progresif akan mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada pendapatan marginal yang
menunjukkan pertambahan.

Secara kesimpulanya, cukai progresif akan memberi kesan yang memberangsangkan kepada
kedudukan sumber hasil negara melalui kutipan cukai yang tinggi daripaa golongan yang berpendapatan
tinggi. Cukai progresif juga membuktikan keadilan dan kesaksamaan dalam sistem percukaian negara
dalam memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Melalui pelaksanaan sistem ini,
rakyat Malaysia mampu menikmati kehidupan yang lebih baik, sejahtera dan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai