Anda di halaman 1dari 1

Kesan Obesiti Kepada Pesakit

Aspek kesihatan disebabkan obesiti adalah kesan yang paling ketara kerana lebihan lemak
di dalam badan pesakit.

Orang yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam kali lebih tinggi
berbanding orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007 yang diterbitkan di dalam Archives of
Internal Medicine mendapati orang yang ada berat badan berlebihan berisiko menghidap
penyakit jantung sebanyak 32% manakala peratus mendapat sakit jantung bagi orang yang
mengalami obesiti adalah 81%.

Kebarangkalian untuk mendapat penyakit angin ahmar juga tinggi bagi penghidap obesiti.
Laporan pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke mendedahkan bahawa
peratusan bagi orang yang obes untuk menghidap angin ahmar meningkat sebanyak 64%.

Masalah kencing manis sememangnya berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90% orang
yang obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam nyawa.
Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang,
mata boleh menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki.

Menurut pakar, obesiti menjadi punca penyakit kanser hingga menyebabkan kematian.
Kajian daripada American Cancer Society yang diterbitkan di dalam jurnal The New England
Journal of Medicine mendapati 14% kes kematian pesakit kanser lelaki dan 20% kes
kematian pesakit kanser wanita adalah disebabkan oleh obesiti.

Obesiti juga mempengaruhi kesihatan mental pesakit terutamanya yang berkaitan dengan
kemurungan. Kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam Archives of General
Psychiatry mendapati risiko orang yang mengalami obesiti untuk menghidap kemurungan
berbanding orang yang memiliki berat normal adalah sebanyak 55%. Faktor keyakinan diri
yang rendah dan stigma masyarakat terhadap orang gemuk juga boleh mencetuskan
kemurungan.

Anda mungkin juga menyukai