Anda di halaman 1dari 3

KPP 60704

Pembelajaran dan kognisi


TAJUK

FORUM 1

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
HEMA RAJADORAI M20201000105 MT 12

PENSYARAH : Prof. Dr. Suppiah A/L Nachiappan


TARIKH : 24 JUN 2021
SOALAN FORUM 1

Bagaimanakah rangsangan dan tindak balas membantu meningkatkan perkembangan kognisi dalam kalangan
pelajar sekolah? (5markah)

PENGENALAN

Abdurrahman (2012) mendefinisikan kogmisi sebagai fungsi mental yang meliputi persepsi, fikiran, simbol
dan penyelesaian masalah. Rangkasan proses tersebut dilakukan dengan mempelajari sesuatu dan menempatkan
sesuatu dalam ingatan. Justeru, kognisi dirujuk kepada proses kognisi dengan mengutamakan input sensori
ditransformasikan, dikurangkan, dihuraikan, disimpan, dicungkil dan digunakan serta mempunyai pelbagai implikasi,
iaitu input sensori (deria) yang berhubungan dengan dunia luaran yang dapat ditafsirkan. Selain itu, transformasi
input sensori bukan hanya rakaman pasif alam semula jadi fizikal, tetapi suatu pengalaman konstruksi (pembinaan)
yang aktif yang mungkin melibatkan reduksi (pengurangan) dan penghuraian yang lanjut tentang sesuatu
pengalaman atau peristiwa yang dapat dihayati.

Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman iaitu
hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku yang kekal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap
sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai
(sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Selain itu, behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang
menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses
penting yang mengawal tingkah laku ini adalah dipelajari. Oleh itu, kedua-duanya iaitu dorongan yang
membangkitkan tingkah laku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui
interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau
prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Teori Konstruktivisme Sosial dipelopori oleh Lev Vygotsky. Menurut beliau, perkembangan kognitif kanak-
kanak bergantung kepada interaksinya dengan orangorang berkepentingan dalam persekitaran budayanya. Pada
pendapat Vygotsky, isi pelajaran mudah dikuasai oleh murid jika berasaskan kepada skema ataupun pengetahuan
sedia ada. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu murid
membuat perkaitan dan membina pemahaman baru. Selain itu, guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan
situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan kepada masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks
sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dimanfaatkan. Menurut Vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri
(private-speech) juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal
tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri sendiri lebih cekap berbanding kanak-
kanak yang tidak bercakap sendiri. Oleh yang demikian, guru dicadangkan menggalakkan murid-murid
menggunakan private-speech semasa berfikir dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, guru boleh memberi
pendahuluan cerita kepada murid dan meminta murid menyambung cerita tersebut dengan fikiran sendiri.

Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur
kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik
akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan kepada
proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana
pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby 1993). Ilmu
pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses
interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga melibatkan pengharapan
seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya
yang dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Antara ahli-ahli psikologi
kognitif seperti Kohler, Piaget, Bruner, Gagne dan Ausebel yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu
proses mental (kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku manusia. Justeru, kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses dan
pemikiran kognitif menyeluruh

Kesimpulannya, guru yang memiliki pengetahuan dan penguasaan teori pembelajaran mampu
menyumbang kepada pembelajaran yang efektif, meyeronokkan dan dapat meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Jadi, guru hendaklah mengimplikasikan teori-teori pembelajaran yang sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid berminat dan berseronok untuk belajar pengetahuan baru.

Anda mungkin juga menyukai