Anda di halaman 1dari 3

BIDALAN TENTANG TOKOH KALUMPANG ORANG-ORANG TUA

BERBIDAL PRIHAL KALUMPANG PADA ZAMAN DAHULU

1. PANGLIMA KANAN
Menjaga tempat yang panas iaitu Ketua Perang.

2. PANGLIMA BESAR
Menjaga tempat yang sejuk iaitu keselamatan dan kesejahteraan

3. PANGLIMA KIRI
Menjaga Tg. Malim

4. KATIB YUNUS DIPANGGIL KOTUT YUNUS


Pendekar Ulung terbilang tiada tolok bandingnya.

5. IMAMLUDDIN
Orang Kaya ulung Kalumpang dan Tg. Malim yang melampan bijih timah di Sg.
Tuntung dekat perkuburan Kubah.

6. PAWANG HASSAN JANGGUT


Pawang ulung Kalumpang adalah satu-satunya pawang yang ada di Kalumpang.

7. IMAM KUANG ATAU IMAM BENDAHARA


Imam ulung masjid Kalumpang dan keturunannya turun temurun jadi imam masjid
hingga sampai ke cucu dan cicitnya.

8. IMAM HJ. SALEH HJ. ZAINUDDIN


Imam ulung masjid dan salah seorang pengasas Kg. Gumut.

9. IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH RAJA SALEH


Imam ulung masjid dan Naib Kadi pertama serta menjadi guru agama.

10. NAWI RAJA MULOK


Orang Rao dari Pahang yang bersama-sama Panglima Kanan membuka Kalumpang
dan pengasas Kg. Kalumpang di Pekan Kalumpang.

11. SUTAN NASIN


Orang Minangkabau sama-sama mengasas Kg. Gumut setelah mengasaskan Kg.
Simpang Empat Lama Tg. Malim.

12. ABDUL RASHID TUA


Dukun tersohor yang mengasas Kg. Bukit

13. PUNCAK ATAU HJ. SAID


Dukun tersohor yang mengasas Kg. Sejantung

14. PENGHULU ABD. GHAFAR


Penghulu pertama Kalumpang selepas zaman Panglima Kanan yang berasal dari Batu
Laut, Selangor.

15. HJH. HALIJAH


Adalah satu-satunya seorang ibu yang sama-sama membuka Kg. Sejantung

16. HJ. ALI


Adalah orang Rao yang bergelar Ali Rao yang mengasas Kg. Ulu.

17. SI MAHU ATAU HJ. SHAMSUDDIN


Adalah Pengasas Kg. Sg. Limau Lama dan orang yang mula-mula melampan bijih di
Sg. Limau.

18. SI ADUL
Pengasas Kg. Keliang Kalumpang berketurunan orang Rao Selayang Rao Sumatera.

19. HJ. MD. LAZIM


Pengasas Kg. Sg. Sabai berketurunan Kerinci Sumatera.
RIWAYAT KETURUNAN SUTAN NASIN PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG

Sutan Nasin adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang berasal dari Minangkabau
Sumatera Barat. Beliau berhijrah ke Kalumpang setelah membuka Kg. Simpang Empat Lama
Tg. Malim (riwayat Allahyarhamah Hjh. Aminah – Anak Sutan Nasin). Sutan Nasin kembali
ke Rahmatullah dan dikebumikan di Kg. Sempalit, Raub, Pahang.

Cucu beliau Tuan Hj. Mat Tamin Hj. Mat Sari adalah matan Imam Masjid kalumpang
dan lama belajar di Mesir. Juga cucu beliau, Tuan Hj. Mohd Sani Hj. Mat Sari adalah matan
Bendahari Masjid Kalumpang. Beliau adalah bekas polis berpangkat Sarjan dan pernah
berkhidmat pada masa darurat di Tras, Dong, Raub, Pahang dan juga di Prai, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, cicit beliau Datin Paduka Hjh. Zaitun Shamsudin adalah matan
Pegawai Kemas hulu Selangor (penyelia) dan juga matan Ketua Wanita UMNO Bahagian
Hulu Selangor. Selain daripada itu, Ridzuan Shamsudin adalah matan Lt. Kol Bersara
berkhidmat dalam pasukan Askar Melayu DiRaja Malaysia adalah cicit Sutan Nasin yang
terserlah.

Rujukan:
1. Allahyarhamah Hjh. Aminah Sutan Nasin

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,


Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

Anda mungkin juga menyukai