Anda di halaman 1dari 6

MB-HR-FR-002 MB LEGACY SDN. BHD.

Human Resources
Standard Operating Procedure Updated: 21.06.2021
Contract-Sample
(Contoh Kontrak)

SITI NUR SYAFIKA BINTI RAMLI


LOT 3587 KG PENGKALAN RANGGON
KERTEH 24300 KEMAMAN
TERENGGANU 08 MEI 2021

SURAT TAWARAN PERKHIDMATAN SEBAGAI ADMIN INVENTORY CONTROL ASSISTANT CUM


CUSTOMER SERVICES DI MB LEGACY SDN. BHD.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas:


Sukacita dimaklumkan syarikat kami ingin menawarkan kepada anda jawatan sebagai Admin
Inventory Control Assistant cum Customer Services di MB Legacy Sdn. Bhd. mengikut terma dan
syarat seperti berikut:
1. Perlantikan anda akan berkuatkuasa mulai 17 Mei 2021.
2. Anda dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Admin Inventory Control
Assistant serta Customer Services di MB Legacy Sdn. Bhd. yang beralamat di 59-2 Jalan
Equine 10F Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan atau tertakluk
kepada arahan lanjut daripada pihak pengurusan.
3. Tempoh kontrak adalah selama 3 bulan bermula dari tarikh 17 Mei 2021 hingga 17 Ogos
2021. Pada akhir tempoh kontrak, pihak pengurusan akan membuat penilaian pencapaian
anda untuk proses seterusnya. Jika anda tidak memberi komitmen yang baik atau melalukan
sebarang salah laku yang mencalarkan nama syarikat, pihak syarikat memiliki hak untuk
menamatkan kontrak anda serta merta.

GAJI, CARUMAN KWSP & PERKESO


1. Gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a. Gaji Pokok : RM1400.00/bulan
b. Elaun Kehadiran : RM100.00/bulan
c. Elaun Pengangkutan : RM100.00/bulan
*Elaun kehadiran dan elaun pengankutan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa.
2. Syarikat akan membuat caruman kepada tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
mengikut arahan kerajaan 9% daripada gaji pokok pekerja dan 13% daripada pihak syarikat.
MB-HR-FR-002 MB LEGACY SDN. BHD. Human Resources
Standard Operating Procedure Updated: 21.06.2021
Contract-Sample
(Contoh Kontrak)

3. Syarikat akan membuat caruman PERKESO dan Sistem Insurans Pekerja (SIP) mengikut kadar
yang ditetapkan dan pemotongan dilakukan daripada gaji pokok.

WAKTU BEKERJA & HARI CUTI


1. Waktu bekerja minggu PERTAMA & KETIGA setiap bulan:
a. Isnin hingga Khamis : 9.30 pagi – 6.30 petang
b. Jumaat : 8.30 pagi – 6.30 petang
c. Sabtu & Ahad : Cuti Rehat
2. Waktu bekerja minggu KEDUA & KEEMPAT (KELIMA jika ada)
a. Isnin hingga Khamis & Sabtu : 9.30 pagi – 6.30 petang
b. Jumaat : 8.30 pagi – 6.30 petang
c. Ahad : Cuti Rehat
3. Waktu rehat:
a. Isnin hingga Sabtu : 1.00 petang – 2.00 petang
b. Jumaat : 12.30 tengahari – 2.30 petang
4. Cuti Umum dan Cuti Am yang terpilih akan dimaklumkan kepada anda setiap awal tahun
bagi memastikan cuti tahunan dapat dirancang dengan baik.
5. Sepanjang tempoh percubaan, cuti tahunan diperuntukan adalah 1 hari dan cuti sakit
adalah 2 hari yang hendaklah disertakan Sijil Sakit dari Klinik Kerajaan atau yang diiktiraf
SAHAJA. Segala kos perubatan adalah ditanggung oleh pihak pekerja sendiri.
6. Anda hendaklah melaporkan diri pada masa yang ditetapkan setiap hari dan hendaklah
berada di tempat kerja pada waktu bekerja kecuali telah mendapat kebenaran dari pihak
pengurusan.

BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB

1. Bidang tugas sebagai Admin Inventory Assistant adalah seperti berikut:

ADMIN SENARAI TUGASAN


1. Memeriksa tahap bekalan perniagaan dan bahan mentah/stok
INVENTORY
untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang kekurangan.
CONTROL
2. Memastikan kuantiti produk mencukupi untuk kegunaan MB
ASSISTANT
Machine dan permintaan pelanggan.
MB-HR-FR-002 MB LEGACY SDN. BHD. Human Resources
Standard Operating Procedure Updated: 21.06.2021
Contract-Sample
(Contoh Kontrak)

3. Merekod keluar dan masuk stok ke dalam sistem inventori.


4. Menggunakan system Quickbooks untuk tujuan rekod dan
membuat forecast bulanan.
5. Mengkaji keperluan penambahan stok yang diperlukan dengan
jumlah budget yang disediakan.
6. Menghubungi pembekal untuk tujuan pembelian produk atau
menyatakan masalah terhadap barang yang diterima.
7. Melaporkan kepada pihak pengurusan jika berlaku masalah
stok atau isu-isu inventori dan lain-lain.
8. Mengenalpasti masalah di dalam sistem dan mencari
penyelesaian untuk dibentangkan kepada pengarah syarikat.
9. Merekod pelupusan barang lusuh atau yang tidak boleh diguna
pakai lagi di dalam stok simpanan.
10. Membuat stock take bersama team Inventory pada setiap
bulan bagi memastikan keadaan stok.
11. Melakukan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak
pengurusan dari semasa ke semasa.
12. Membuat penyelenggaraan pada rak dan keadaan tempat
penyimpaan stok.
TANGGUNGJAWAB
1. Menguruskan stok dan inventori.
2. Mengurusakan barang keluar masuk dari stok dan inventori.
3. Mencatat, merekod, melabelkan dan menyelenggara stok.
4. Membuat stock take berkala dan apabila diperlukan.
5. Melakukan kerja-kerja rutin dan operasi syarikat setiap hari.
6. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
berdedikasi walaupun luar dari skop pekerjaan.
MB-HR-FR-002 MB LEGACY SDN. BHD. Human Resources
Standard Operating Procedure Updated: 21.06.2021
Contract-Sample
(Contoh Kontrak)

2. Bidang tugas sebagai Customer Services adalah seperti berikut:


CUSTOMER SENARAI TUGASAN
SERVICES 1. Memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara online dan
offline.
2. Membuat posting di media sosial seperti Instagram, Facebook,
dan Tik Tok.
3. Membuat rekod jualan pada setiap minggu untuk dibentangkan
kepada pihak pengurusan.
4. Membuat posting yang memberi galakan kepada pelanggan
untuk membeli secara online atau offline.
5. Memberi pandangan dan cadangan kepada pelanggan.

TANGGUNGJAWAB
1. Memastikan posting di media sosial dibuat setiap hari.
2. Menjawab soalan pelanggan online dan offline.
3. Membuat invoice atas setiap pembelian.
4. Menjaga hubungan dengan pelanggan lama dan baru.

3. Sebagai Admin Inventory Contol Assistant cum Customer Service, anda juga mungkin
dikehendaki menjalankan tugas di luar waktu kerja sekiranya mendapat arahan daripada
pihak pengurusan dan keadaan semasa.
4. Anda hendaklah melaporkan dan menerima arahan daripada pihak pengurusan atau mana-
mana individu yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

KERJA LEBIH MASA / OVERTIME


1. Anda akan dibayar kerja lebih masa selepas waktu bekerja iaitu bermula jam 6.30 petang.
Pembayaran kerja lebih masa akan dibayar untuk pekerja yang bergaji RM2000.00 dan ke
bawah.
2. Sekiranya anda perlu menjalankan tugas di luar, pihak pengurusan akan membayar kos
perjalanan anda mengikut kadar dan prosedur yang telah ditetapkan.

TEMPOH PENAMATAN PERKHIDMATAN


MB-HR-FR-002 MB LEGACY SDN. BHD. Human Resources
Standard Operating Procedure Updated: 21.06.2021
Contract-Sample
(Contoh Kontrak)

1. Tempoh notis penamatan perkhidmatan dalam tempoh kontrak dan permantauan adalah
selama 4 minggu secara bertulis. Sekiranya mana-mana pihak gagal memberikan notis
seperti tersebut, pihak yang gagal hendaklah membayar jumlah yang bersamaan 4 minggu
gaji kepada pihak satu lagi.
2. Majikan berhak menamatkan perkhidmatan anda dalam tempoh percubaan sekiranya anda
tidak mencapai prestasi yang dikehendaki syarikat dengan notis yang bertulis.
3. Sepanjang tempoh perkhidmatan dan selepas daripadanya, anda tidak dibenarkan
mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan pihak syarikat dan mana-mana berkaitan MB
Legacy Sdn. Bhd. Kepada pihak ketiga.
4. Untuk membantu anda menjalankan perkhidmatan dengan lebih efisien, komited dan penuh
integriti, anda dikehendaki menghadiri sesi-sesi latihan yang diadakan oleh pihak
pengurusan di mana-mana lokasi yang sesuai atas arahan pihak pengurusan.
Sekiranya anda bersetuju menerima perlantikan mengikut terma-terma di atas, sila nyatakan
persetujuan anda dengan menandatangani slip penerimaan tawaran surat ini.

Yang Benar,

__________________________________
Muhammad Faizal Hakim Bin Abdul Aziz
Pengarah Urusan
MB Legacy Sdn Bhd
MB-HR-FR-002 MB LEGACY SDN. BHD. Human Resources
Standard Operating Procedure Updated: 21.06.2021
Contract-Sample
(Contoh Kontrak)

PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN ADMIN INVENTORY CONTROL ASSISTANT CUM


CUSTOMER SERVICES DI MB LEGACY SDN BHD

Saya______________________________________________ No K/P__________________________
menerima tawaran perkhidmatan bermula tarikh 17 Mei 2021 dan bersetuju untuk menurut segala
terma-terma di dalam surat tawaran ini.

Dipersetujui oleh: Disaksikan oleh:

__________________________________ __________________________________
Nama : Siti Nur Syafika Binti Ramli Nama : Siti Nadhrah Atika Binti Salaman
No. K/P : 970518-11-5644 No. K/P : 950218-01-5934
Jawatan : Admin cum HR Executive

Sokongan : HR MB LEGACY SDN BHD

Anda mungkin juga menyukai