Anda di halaman 1dari 2

Kesantunan Verbal

 Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara


sopan dan beradab
 Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
 Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau
tulisan.
 Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat
penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi,
kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
 Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu
sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan
sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.
 "Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
 "Assalamualaikum".
 Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.

Kesantunan non-verbal
 Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-
kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab
dan sopan.
 Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea
di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat,
ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan
tubuh
 Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp
ialah:
 - i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan
yang sudah disampaikan secara verbal.
 ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan
simbol atau lambang.
 iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan
verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan
nonverbal.
 iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan
bahasa bukan verbal.
 v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan
mengukuhkan bahasa bukan verbal.

Aspek kesantunan non-verbal


 Gerakan Anggota Badan
 Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi
tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
 Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej
dalam komunikasi yang dihasilkan.
 Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna
sejagat yang difahami oleh semua orang seperti Isyarat
gerakan tangan, Isyarat air muka, Bahasa tubuh

2. Gerakan Mata
 Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam
komunikasi tanpa lisan.
 Contohnya: Mata yang bergerak ke sana ke mari
menunjukkan tidak berminat
 Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak
percaya
 Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia
berdusta
 Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi
malu/ tidak tenteram perasaannya

Anda mungkin juga menyukai