Anda di halaman 1dari 23

KOMUNIKASI MANUSIA:

DEFINISI DAN BENTUK

KULIAH 1A
TARIKH: 18.9.2017
TEMPAT: DEWAN KULIAH SK1
 Anda terlibat dalam komunikasi lisan
dan bertulis
 Anda dinilai dari segi lisan secara:

 Individu
 Berkumpulan
 Hasil persembahan berkumpulan
hendaklah dihantar dalam bentuk esei
 Kuliah ini menerangkan persembahan
lisan
 Satu proses komunikasi antara
seorang / lebih pengucap dengan
sekumpulan pendengar (audiens /
hadirin)
 Persembahan ialah sejenis bentuk
komunikasi lisan
 Untuk memahami maksud
‘persembahan’ kita perlu memahami
maksud ‘komunikasi’ dan ‘lisan’
 Salah satu definisi komunikasi (Barker
& Gaut, 1996: 5)

“... proses apabila dua atau lebih unsur


sesebuah sistem berinteraksi dalam
usaha mencapai sesuatu tujuan”

“… a process in which two or more


elements of a system interact in order
to achieve a desired outcome or goal”
 Proses - siri tindakan yang dilakukan
untuk membuat, menghasilkan atau
mencapai sesuatu
 Interaksi – tindakan atau hubungan
aktif antara unsur / saling bertindak
(berhubung / mempengaruhi) contoh
guru – murid
 Unsur – komponen dalam komunikasi
yg mencirikan komunikasi (akan
dibincangkan dlm kuliah minggu
depan)
Ada 2 bentuk:
 Komunikasi verbal
 Komunikasi bukan verbal
 Komunikasi Verbal:
 Proses penyampaian fikiran, pesanan
atau perasaan seseorang kepada
orang lain dengan menggunakan
bahasa sebagai mediumnya
 Bahasa ialah sistem simbol atau
lambang pertuturan yang arbitrari
sifatnya yang digunakan utk
berhubung
 Secara lbh khusus:
 Apakah bahasa?
 Wardhaugh (1972) bahasa ialah:
A system of arbitrary vocal
symbols used for human
communication
-bahasa ialah sistem
-Lambang-lambang bunyi (vocal
symbols) yang bermakna
-Lambang bsifat abitrari
-Alat perhubungan
09/02/21 8
 Melibatkan bahasa yang lazimnya
difahami oleh mereka yang terlibat
dalam komunikasi berkenaan.
 Dalam sesebuah bahasa lambang
dikenali sebagai perkataan (words)
 Bahasa merupakan sistem simbol
yang berstruktur
 Komunikasi verbal boleh jadi lisan
atau tulisan.
 Komunikasi lisan = komunikasi verbal
yang menggunakan bahasa dan
bahasa tersebut dituturkan/
dicakapkan
 Komunikasi bertulis = komunikasi
verbal yang menggunakan bahasa
tetapi bahasa tersebut ditulis atau
menggunakan tulisan
 Komunikasi lisan lazimnya bersifat
vokal
 Komunikasi bertulis lazimnya bukan
vokal
 Komunikasi vokal melibatkan
penghantaran mesej bersuara
 Komunikasi bukan vokal melibatkan
penghantaran mesej tanpa suara
 Kedua-dua komunikasi vokal dan
bukan vokal melibatkan parabahasa/
paralinguistik
 Paralinguistik ialah jenis komunikasi
yang berkaitan dengan cara
seseorang mengucapkan atau
menyampaikan pesan.
 Paralinguistik menunjukkan
beberapa isyarat vokal antaranya
ialah:
Volume suara
- Suara yang berbisik dan lemah akan
sulit didengar.
- Hal ini menunjukkan peribadi orang
yang sulit membuka diri, susah
mengutarakan perasaan atau
pemalu
Volume suara
- Suara yang selalu berubah-ubah
volumenya menunjukkan kesulitan,
keraguan atau berasa kurang mampu
dalam membicarakan sesuatu topik
yang sedang dibahas.
Kelancaran berbicara
- Kelancaran dalam berbicara
menunjukkan kesiapan dan
penguasaan hal yang sdg dibicarakan
- Gagap dan ragu menunjukkan
ketidak tenangan atau
ketidakpekaan terhadap bahan
pembicaraan.
- Apabila berbicara disertai keluhan
atau tersendat dan memaki orang
yang disegani, menunjukkan adanya
tekanan emosional atau
ketergantungan kepada pihak lain
- Sering diam pada saat berbicara
menunjukkan kesulitan dalam
merangkai atau menyampaikan kata
yang tepat.
 Parabahasa teks ialah jenis
komunikasi yang berkaitan dengan
cara seseorang menuliskan/
menyampaikan pesan bertulis.
 Parabahasa teks ditunjukkan
menerusi penggunaan tanda bacaan
yg sesuai: noktah, koma, seruan,
soalan dll.
 Penggunaan tanda bacaan yg salah
membawa makna yg berbeza
 Komunikasi bukan verbal kebalikan
komunikasi verbal
 Proses penyampaian pesan kepada
orang lain dengan tidak
menggunakan kata tetapi gunakan
lambang bukan linguistik.
 Lambang bukan linguistik:
pergerakan, mata, penampilan,
ruang, sentuhan dan lain-lain.
 Semua gerakan tubuh manusia
mempunyai makna walaupun ada
yang kebetulan. Contoh:
mengangkat alis = tidak percaya,
memukul dahi = lupa akan sesuatu,
mengetuk-ngetuk jari = tak sabar
 Walaupun simbol bukan linguistik
kadang-kadang bersifat sejagat,
simbol ini lazimnya tiada struktur
formal atau rumus tatabahasa.
 Komunikasi libatkan sistem simbol
yang terstruktur, iaitu verbal atau
bahasa dan simbol yang tak
terstruktur, iaitu bukan verbal (bukan
bahasa)
 Persembahan ialah sejenis komunikasi
lisan
 Persembahan mementingkan semua
unsur komunikasi
 Untuk menyediakan persembahan anda
harus memikirkan semua unsur yang
dibincangkan
 Anda juga harus menyediakan
persembahan anda dalam bentuk bertulis
 Ketika persembahan (nota edaran)
 Hasil akhir (esei)
 Untuk menyediakan nota edaran dan
esei, anda juga harus memikirkan semua
unsur yang dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai