Anda di halaman 1dari 17

Sistem Endokrin

1.0 Pengenalan
Rajah 1: Sistem endokrin dalam tubuh badan manusia
( lelaki dan perempuan)
Sistem endokrin adalah sistem kontrol kelenjar tanpa saluran. Kelenjar ini akan
menghasilkan sesuatu zat yang dinamakan hormon. Hormon tersirkulasi di tubuh
melalui aliran darah untuk mempengaruhi organ-organ lain. 

Hormon dihasilkan dalam jumlah sedikit sahaja pada saat


dibutuhkan dan seterusnya akan dialirkan ke organ sasaran melalui pembuluh
darah bercampur dengan darah.

Kelenjar Kelenjar
hipofise / pituitari tiroid/ gondok

Kelenjar Endokrin Kelenjar


Kelenjar
paratiroid
kelamin /gonad

Kelenjar Pankreas Kelenjar


suprarenal/ adrenal

Rajah 2: Peta minda ini menunjukkan kelenjar-kelenjar


sistem endokrin di tubuh badan manusia

2.0 Kelenjar Sistem Endokrin


2.1 Kelenjar hipofise

Rajah 3: Gambar ini menunjukkan kelenjar pituitari


dan lobus-lobusnya

Kelenjar hipofise juga dikenali sebagai kelenjar pituitari. Kelenjar ini


berukuran kurang daripada kacang tanah. Walaupun kecil, fungsi dan
strukturnya merupakan organ tubuh yang sangat rumit dan sulit. Kelenjar
hipofise terletak terlindung di dasar tengkorak. Kelenjar ini terbahagi
kepada 2 bahagian, iaitu bahagian depan dan bahagian belakang.
Bahagian belakang merupakan kelanjutan dari hipotalamus (bagian dari
otak).

Dalam sektor kedoktoran, kelenjar hipofise sering disebut sebagai


kelenjar utama dan sistem kontrol dalam tubuh badan manusia.
Walaupun hormon yang sedikit dihasilkan, pengaruhnya adalah sangat
ketara terhadap fungsi tubuh. Kelenjar ini menghasilkan hormon
pertumbuhan, hormon perangsang tiroid (TSH), perangsang gonad (FSH),
dan lain-lain.
Hormon pertumbuhan manusia banyak dihasilkan selama masa
pertumbuhan tetapi akan menurun setelah manusia mencapai usia
dewasa. Jika hormon itu dihasilkan dalam jumlah berlebih selama masa
pertumbuhan, anak akan menjadi sangat tinggi. Akan tetapi, hormon yang
kurang pada masa anak-anak menyebabkan anak tumbuh menjadi orang
dewasa yang kecil dengan tubuh berimbang.

FSH berperanan untuk merangsang produksi hormon seks, dan


prolaktin yang mengatur produksi air susu ibu setelah melahirkan anak.
Bagi TSH, hormon ini dapat merangsang tiroid untuk menghasilkan
hormon-hormon yang lain dari tiroid ke aliran darah.

Kekurangan hormon tiroid (thyroxin) dapat menyebabkan


gangguan pertumbuhan pula. Dari segi fizikal, kekurangannya akan
seseorang yang kecil dengan bahagian tubuh yang kurang proporsional.
Terdapat juga yang tumbuh kecil dengan mental terbelakang (cretin).
Produksi hormon tiroid yang dirangsang oleh hormon hipofise
membutuhkan iodin. Sekiranya kekurangan pengambilan zat iodin,
penyakit goiter akan dijangkit dan boleh nampak di bahagian leher
pesakit.

2.2 Kelenjar Tiroid


Rajah 4: Kelenjar tiroid dan paratiroid

Kelenjar tiroid ataupun dinamakan kelenjar gondok adalah berbentuk mirip


kupu-kupu yang menempel di bahagian depan batang tenggorok
(trachea).

Pembesaran kelenjar tiroid akan mengakibatkan penyakit goiter.


Pembesaran ini disebabkan oleh kelebihan penghasilan hormon atau
kekurangan iodin dalam pemakanan sehingga menyebabkan penghasilan
hormon berkurang. Punca pembesaran yang lain adalah kerana tumor.
Menjelang saat menstruasi juga, tiroid juga membesar bagi wanita.

Di samping itu, penghasilan hormon yang berlebihan dapat


menyebabkan gejala jantung berdebar dan berlarut-Iarut akan
melemahkan jantung. Tambahan pula, banyak keringat terhasil, berat
badan akan turun dan mata akan menonjol.

Di samping memeriksa kadar thyroxin darah, aktivitas produksi


hormon thyroid juga dapat dikesan dengan menggunakan radio-isotop.
Iodin radioaktif diberikan kepada pesakit yang bersangkutan dan
diperhatikan bagaimana kelenjar tiroid menangkap zat tersebut.
Pembesaran tiroid yang aktif disebut hot nodule manakala yang tidak aktif
disebut cold nodule.

Bukan semua pembesaran tiroid adalah berbahaya kerana tidak


otomatis meningkatkan produksi hormon seseorang. Sekiranya
pembesaran yang terjadi ke arah rongga dada, perlulah diberikan
perhatian. Hal ini kerana pembesaran kelenjar dapat menekan trakea dan
esofagus.

2.3 Kelenjar Paratiroid

Kelenjar paratiroid berukuran sebesar beras, berjumlah empat dan


terletak di sudut-sudut kelenjar tiroid (seperti di rajah 4). Kelenjar ini
menghasilkan parathormon yang turut mengatur kadar kalcium darah.
Kadang-kadang, kelenjar ini terpotong pada operasi tiroid. Jika itu terjadi,
bagi yang bersangkutan tidak terlalu menjadi masalah jika masih ada 1-2
kelenjar yang tertinggal. Manakala, tanpa kelenjar ini yang bersangkutan
akan mengalami kekejangan otot kerana gangguan kadar calcium darah.

Kelenjar paratiroid menempel pada bahagian anterior dan


posterior kedua-dua lobus kelenjar tiroid. Ini disebabkan oleh kelenjar
paratiroid berjumlah empat buah. Kelenjar ini terdiri dari dua jenis sel iaitu
chief cells dan oxyphill cells. Chief cells merupakan bahagian terbesar dari
kelenjar paratiroid, mensintesis dan merembes hormon paratiroid atau
parathormon (PTH).

Parathormon berperanan untuk mengatur metabolisme kalsium


dan fosfat tubuh. Organ targetnya ialah tulang, ginjal dan usus kecil
(duodenum). Terhadap tulang, PTH mempertahankan penyerapan semula
tulang sehingga kalsium serum meningkat. Di tubulus ginjal, PTH
mengaktifkan vitamin D. Dengan vitamin D yang aktif akan terjadi
peningkatan penyerapan kalsium dan fosfat dari intestin. Selain itu,
hormon ini akan meningkatkan penyerapan semula kalsium dan
magnesium di tubulus ginjal, meningkatkan pengeluaran fosfat, dan
natrium. Hal ini kerana sebahagian besar kalsium disimpan di tulang maka
pengaruh PTH lebih besar terhadap tulang. Faktor yang mengawal
rembesan PTH ialah kadar kalsium serum.

2.4 Kelenjar Suprarenalis/ Adrenal

Rajah 5: Kelenjar suprarenalis/ adrenal


Terdapat 2 kelenjar suprarenal pada bahagian atas dari ginjal kiri dan
kanan. Ukuran kelenjar ini berbeda-beda, beratnya rata-rata 5-9 gram.
Kelenjar suprarenal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Bahagian luar yang berwarna kekuningan menghasilkan kortisol


yang disebut korteks.
2. Bahagian medulla menghasilkan adrenalin (epinefrin) dan
noradrenalin (norepinefrin).

Zat-zat tadi drembes di bawah pengendalian sistem persarafan


simpatis. Rembesannya bertambah dalam keadaan emosi seperti marah
dan takut. Dalam keadaan afiksia dan kelaparan, pengeluaran zat-zat
bertambah seterusnya menaikan tekanan darah untuk melawan syok.
Dalam operasi ini, noradrenalin menaikan tekanan darah dengan jalan
merangsang serabut otot di dalam dinding pembuluh darah untuk
berkontraksi. Pada masa yang sama, adrenalin membantu metabolisma
karbohidrat dengan jalan menambah pengeluaran glukosa dari hati.
Beberapa hormon terpenting yang dirembes oleh oleh korteks adrenal
adalah hidrokortison, aldosteron, dan kortikosteron.semuanya bertalian
erat dengan metabolisma, pertumbuhan fungsi ginjal, dan fungsi otot.

Bagi kekurangan hormon adrenal yang disebabkan oleh penyakti


Addison, pesakit menjadi kurus dan nampak lemah. Sedangkan ginjal
gagal menyimpan natrium, ratio natrium-pottasium berbeza besar. Hal ini
mengakibatkan elektrolit dalam darah tidak seimbang. Hipofungsi akan
menyebabkan penyakit Addison. Sebaliknya, hiperfungsi adalah kelainan
yang timbul akibat hiperfungsi mirip dengan tumor suprarenal di bahagian
korteks. Gejalanya adalah gangguan pertumbuhan seks sekunder kepada
wanita.
Fungsi kelenjar suprarenalis di bahagian korteks:

1. Mengatur keimbangan air, elektrolit, dan garam-garam.


2. Mengatur/memengaruhi metabolisme lemak, hidrat arang, dan protein.
3. Mengaruhi aktivitas jaringan limfoid.

Fungsi kelenjar suprarenalis di bahagian medulla:

1. Vasokontrikso pembuluh darah perifer.


2. Relaksasi bronkus.
3. Kontraksi selaput lender dan arteriole pada kulit sehingga berguna
untuk mengurangi peredaran darah pada operasi kecil.

Fisiologi kelenjar Suprarenal di Glukokortikoid berfungsi seperti berikut:

1. Meningkatkan kegiatan metabolism berbagai zat dalam tubuh.


 Meningkatkan glikogenesis dan glukogenesis dalam hati.
 Meningkatkan metabolism protein terutama di otot dan tulang.
 Menignkatkan sistesis DNA dan RNA dalam sel hati.
 Menahan ion Na dan ion Cl, meningkatkan ion K di ginjal.
 Meningkatkan lipolisis jaringan perifer, deposit lemak.

2. Menurunkan ambang rangsang susunan saraf pusat.


3. Mengiatkan rembesan asam lambung.
4. Menguatkan efek noradrenalin terhadap pembuluh darah dan
ccmerendahkan permeabilitas dinding pembuluh darah.
5. Menurunkan daya tahan terhadap infeksi dan menghambat
ccpembentukan antobodi.
6. Menghambat pelepasan histamine dalam reaksi darah.
2.5 Kelenjar Pankreas (pulau langerhans)

Rajah 6: Pulau-pulau Langerhans di pakreas

Kelenjar pankreas melalui pulau-pulau langerhans yang tersebar


di dalamnya menghasilkan hormon insulin dan glucagon. Kedua
hormon ini mengatur kadar dan penggunaan glukosa dalarn
darah. Gangguan produksi hormon insulin mengakibatkan
terjadinya penyakit diabetes mellitus.

Akan tetapi, terdapat juga seseorang sangat sensitif terhadap


karbohidrat atau gula. Pengambilan karbohidrat menyebabkan
peningkatan rembesan insulin dari pancreas sehinggalah mengakibatkan
kekurangan gula darah. Akibatnya, dia akan makan lebih banyak dan
berulang-ulang. Lama-kelamaan, orang itu akan menjadi gemuk. Kadar
gula darah naik kerana memang mengambil gula yang terlalu banyak
kerana insulin yang dikeluarkan tidak dapat mengimbanginya. Inilah
dikenali sebagai penyakit diabetis mellitus jenis dua. Bagi yang jenis satu,
beta sel di pulau-pulau pancreas dirosakkan oleh antibodi yang dihasilkan
dari sistem imunniti. Oleh yang demikian, insulin tidak dapat dihasilkan
secara normal, terjadinya gula darah meningkat.

2.6 Kelenjar Kelamin/Gonad

Rajah 7: kelenjar gonad di bahagian seks lelaki dan


perempuan

Gonad yang terdiri dari testis pada lelaki dan indung telur (ovary) pada
wanita menghasilkan hormon seks. Tidak mengira lelaki dan wanita,
terdapat hormon seks wanita dan pria bersama-sama, dihasilkan oleh
gonad dan kelenjar suprarenal. Bagi wanita, keseimbangannya hormon
bergantung kepada hormon wanita yang lebih banyak dan sebaliknya
kepada lelaki.

Selain itu, bagi leIaki yang dikebiri snat kejantanan, pengaruh


hormon seks lelaki akan hilang dan pengaruh hormon seks wanita akan
menonjol. Akibat pengaruh hormon seks leIaki dan wanita adalah dalam
pertumbuhan lapisan lemak tubuh. Hormon testosterone membantu
terbentuknya jaringan otot yang baik, sedangkan hormon estrogen pada
wanita membantu tumbuhnya jaringan lemak.

Pada pemberian pil KB fonnula lama, hal ini perlu diperhatikan


kerana terdapat pil-pil yang cenderung bersnat maskulin (androgenic)
ataupun yang feminin (estrogenic).
3.0 Contoh hormon-hormon rembesan yang dihasilkan di sistem endokrin

Kelenjar-
Hormon kelenjar Fungsi

 Membantu mengatur keseimbangan garam


Kelenjar dan air dengan cara menahan garam dan air
Aldosteron
adrenal serta membuang kalium

 Menyebabkan ginjal menahan air


Hormon
Kelenjar  Bersama dengan aldosteron, membantu
antidiuretik
hipofisa mengendalikan tekanan darah
(vasopresin)

 Memiliki efek yang luas di seluruh tubuh,


terutama sebagai:
 Anti peradangan
Kelenjar  Mempertahankan kadar gula darah, tekanan
Kortikosteroid
adrenal darah dan kekuatan otot
 Membantu mengendalikan keseimbangan
garam dan air

 Mengendalikan pembentukan dan pelepasan


Kelenjar
Kortikotropin hormon oleh korteks adrenal
hipofisa
 Merangsang pembentukan sel darah merah
Eritropoietin Ginjal
 Mengendalikan perkembangan ciri seksual
Indung
Estrogen dan sistem reproduksi wanita
telur
 Meningkatkan kadar gula darah
Glukagon Pankreas
 Mengendalikan pertumbuhan dan
Hormon Kelenjar perkembangan
pertumbuhan hipofisa  Meningkatkan pembentukan protein

 Menurunkan kadar gula darah


 Mempengaruhi metabolisme glukosa,
Insulin Pankreas
protein dan lemak di seluruh tubuh

LH (luteinizing Kelenjar  Mengendalikan fungsi reproduksi


hormon) hipofisa (pembentukan sperma dan sementum,
FSH (follicle- pematangan sel telur, siklus menstruasi
 Mengendalikan ciri seksual pria dan wanita
(penyebaran rambut, pembentukan otot,
stimulating
tekstur dan ketebalan kulit, suara dan
hormon)
bahkan mungkin sifat kepribadian)

 Menyebabkan kontraksi otot rahim dan


Kelenjar
Oksitosin saluran susu di payudara
hipofisa
 Mengendalikan pembentukan tulang
Hormon Kelenjar  Mengendalikan pelepasan kalsium dan
paratiroid paratiroid fosfat

 Mempersiapkan lapisan rahim untuk


penanaman sel telur yang telah dibuahi
Indung
Progesteron  Mempersiapkan kelenjar susu untuk
telur
menghasilkan susu

 Memulai dan mempertahankan


Kelenjar
Polaktin pembentukan susu di kelenjar sus
hipofisa
Renin dan  Mengendalikan tekanan darah
Ginjal
angiotensin
 Mengatur pertumbuhan, pematangan dan
Kelenjar
Hormon tiroid kecepatan metabolism
tiroid
TSH
(tyroid- Kelenjar  Merangsang pembentukan dan pelepasan
stimulating hipofisa hormon oleh kelenjar tiroid
hormon)

4.0 Penutup

Sistem endokrin memainkan peranan yang begitu mustahak dalam


mengkoornasikan kegiaatan dalam tubuh badan manusia. Hormon-hormon yang
dirembeskan daripada kelenjar-kelenjar ke dalam aliran daran dan seterunya
dihantarkan ke sasarannya. Melalui efek kaskade, iaitu apabila sesuatu hormon
perangsang dirembeskan, satu hormon yang lain turut dirangsangkan dan
dirembes dengan lebih banyak. Kesan ini akan berturut-turut bagi hormon-
hormon yang seterusnya. Sekiranya sesuatu penghasilan hormon diganggu,
kesihatan akan terjejas. Jadilah kita seharusnya mengambil gizi pemakanan
yang seimbang dan gaya hidup yang sihat supaya koordinaasi system endokrina
adalah optimum.
Refleksi Kendiri
Nama: Tan wee shan
No. IC: 881124-01-5195

Sebelum membuat tugasan ini, saya hanya mempunyai ilmu pengetahuan yang
cetek tentang topik yang saya buat ini, iaitu sistem endokrin. Semasa tugasan ini
diedarkan, saya berasa keliru kerana terdapat beberapa kerja perlu saya buat
secara kumpulan dan individu. Selepas menerimanya, kami membahagi
kumpulan dan seterusnya ahli kumpulan saya mencari maklumat yang lebih
terperinci.

Semasa membuat laporan sistem endokrin, saya mendapat banyak ilmu


pengetahuan yang berkaitan dengan sistem tersebut. Sistem ini berperanan
penting dalam koordinasi badan manusia. Pertumbuhan manusia juga
terpengaruh oleh hormon-hormon rembesan. Melalui tugasan ini, saya lebih
mengetahui secara mendalam tentang mekanisma sistem endokrin manusia.
Tambahan pula, saya juga boleh mendapat ilmu yang berkaitan dengan sistem
manusia lain daripada laporan kumpulan-kumpulan yang lain.

Selain itu, rekabentuk model sistem merupakan satu pengalaman yang


baik. Hal ini kerana ia memberikan peluang kepada saya untuk mengembang
potensi. Di samping bakat, saya juga dapat bekerjasama dengan ahli-ahli
kumpulan saya untuk menghasilkan model itu. Kami memuaskan hasilan kerana
itulah hasilan kerjasama.

Sudah lama saya tidak mewarnakan lukisan. Pada kali ini, saya diberikan
peluang untuk mewarnakan gambar-gambar anatomi dan fisiologi tubuh badan.
Melalui kerja ini, saya dapat melatih teknik mewarna. Inilah amat berguna kerana
sebagai cikgu kesenian lukisa adalah sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kelas. Murid-murid akan berasa lebih berminat sekiranya gambar
yang berwarna-warni dan cantik dipersembah. Di samping itu, saya juga dapat
mengingati struktur-struktur anatomi sistem badan manusia. Hal ini kerana
warnaan yang menarik dan buat kerja dapat memberikan gambaran yang
mendalam bagi ingatan saya. Dengan ilmu yang ditimba, saya dapat
mengaplikasikannya dalam kehidupan pada masa hadapan. Sebagai contoh,
kecederaan murid-murid dapat dielakkan dengan membuat aktiviti yang
bersesuaian dengan sistem otot manusia.

Selepas menghabiskan tugasan ini, memanglah saya berasa banyak


dapatan yang berfaedah. Bukan sahaja ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan anatomi dan fisiologi, aspek fizikal juga diperkembangan. Saya
memahami struktur dan cirri-ciri sistem, Jadilah saya akan lebih memberi
perhatian kepada gaya hidup dan pemakanan agar menjadi lebih sihat. Di sinilah
saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensayarah kerana edaran tugasan ini
dan ahli-ahli kumpulan saya atas kerjasama antara satu sama lain.
Bibliografi
http://www.freetaskatcampuss.co.cc/2010/11/sistem-endokrin-dan-kerja-hormon-
pada.html
http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/anatomi_tubuh_manusia/bab12_siste
mendogrin.pdf
http://xebice.files.wordpress.com/2008/06/kelenjar-endokrin.pdf
http://www.innerbody.com/image/endoov.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Endocrine_system
http://biology.clc.uc.edu/courses/bio105/endocrin.htm

Anda mungkin juga menyukai