Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH

PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Bil. Agenda/Teks Catatan

1 KETIBAAN TETAMU

Mengumumkan ketibaan

Yang Berusaha,
Tuan Aliyas bin Said,
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

2 NYANYIAN LAGU
Memulakan majlis, marilah kita bersama-sama menyanyikan tiga buah
lagu iaitu:
1. Sabah Tanah Airku
2. Kami Guru Malaysia
3. Institut Pendidikan Guru Malaysia
Hadirin diminta bersedia.

3 Terima kasih atas nyanyian lagu itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

KATA ALU-ALUAN

Yang Berusaha,
Tuan Aliyas bin Said,
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Yang Berusaha,
Dr Mohd Asri bin Ispal,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah seterusnya


hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.


Selamat datang ke Perhimpunan Bersama Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tawau.

4 BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan memohon rahmat agar majlis mendapat berkat. Justeru
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Mohd
Syazwan Bin Ramli untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5 Amin amin ya rabbal alamin.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Syazwan bin Ramli atas
bacaan doa itu tadi.

SESI CERAMAH

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi penyampaian amanah dan nasihat
daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Oleh itu,
majlis mempersilakan Tuan Aliyas bin Said untuk menyampaikan ucapan.

6 Terima kasih atas amanah dan nasihat yang telah disampaikan sebentar
tadi. Diharap semua dapat mengambil iktibar daripada ucapan beliau
pada hari ini.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Bagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin diminta bersedia.

7 Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka berakhirlah


Perhimpunan kita pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.

Mengumumkan keberangkatan

Yang Berusaha,
Tuan Aliyas bin Said,
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Keluar dewan.

Anda mungkin juga menyukai