Akidah Islam
Akidah Islam
0 AKIDAH ISLAM
Akidah berasal daripada perkataan Arab “Aqada”yang bermaksud ikatan atau simpulan.
Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Walau
bagaimanapun, perkataan ini digunakan untuk sesuatu yang maknawi (sesuatu yang
difahami, bukan benda). Dari maksud ini lahirlah perkataan akidah, iaitu ikatan atau
simpulan maknawi khusus berkenan kepercayaan. Akidah boleh difahami sebagai ikatan
yang tersimpul kuat di dalam hati terhadap sesuatu yang benar hingga tidak mungkin
terurai.
1. Unsur akal atau pemikiran. Akal berperanan untuk memikirkan baik atau buruk.
2. Unsur iradah atau daya memilih. Akidah tidak akan terbentuk di dalam diri seseorang
hasil paksaan orang lain, sebaliknya ia hanya terbentuk dari kemahuan tuan punya
badan sendiri.
3. Unsur wujdan atau perasaan. Kemahuan itu adalah dengan sungguh-sungguh
datang dari sepenuh jiwa dan perasaannya.
4. Unsur hidayah . Pembentukan akidah di dalam diri seseorang adalah kurniaan
daripada Allah SWT, dan hidayah diberi kepada orang yang berusaha dan ikhlas
mendapatkannya.
Akidah Islam mengandungi ciri-cirinya yang asas, iaitu dapat disimpulkan kepada empat :
Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia
dibangkitkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan
dihisab segala amalan sama ada baik atau buruk untuk diberikan segala balasan
pahala atau siksaan dan di sana juga adanya sirat al-mustaqim, syurga dan neraka.
Akidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorak dan
mewarnakan amalan dan perbuatan muslim.
4. Melahirkan sifat persaudaraan. Sifat yang diasaskan kepada akidah akan melahirkan
satu bentuk persaudaraan yang sukar dirosakkan oleh mana-mana anasir yang tidak
sihat. Persaudaraan yang dibina melampaui batasan sejarah, geografi, darah,
keturunan dan sebagainya. Sejarah membuktikan bahawa Salman Al Farisi, Suhaib
ar Rumi telah menjadi saudara kepada orang Islam walaupun berlainan bangsa.
Begitu juga dengan persaudaraan yang terikat di antara golongan Ansar dan
Muhajirin.
7. Melahirkan jiwa besar. Akidah memberikan kekuatan jiwa kepada seseorang kerana
orang itu jiwanya dipenuhi dengan sifat raja’ (mengharap kepada Allah), percaya,
tawakal, redha dengan qadarnya,sabar dan tidak mengharap kepada makhluk, maka
dia akan menjadi kuat dan kukuh laksana gunung yang tidak dapat digoncangkan .
Tempat pergantungannya hanyalah Allah SWT.
8. Asas kebahagiaan. Akidah mendorong seseorang untuk beriman dan beramal soleh.
Allah SWT memberikan hati yang bahagia kepada orang yang beriman dan bermal
soleh. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesiapa yang mengerjakan perbuatan baik sama ada lelaki atau perempuan, sedang
dia beriman, nescaya akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik.”
An Nahl : 97
2. Sesuai Dengan Fitrah Manusia. Aqidah Islam selaras dengan fitrah semulajadi
manusia. Surah Ar Rum: 30.
3. Akidah Yang Sentiasa Menerima Bukti. Kebenaran akidah Islam dapat diterima oleh
akal yang waras dan tidak dapat ditolak dengan hujah kerana ia mempunyai bukti
yang jelas dan padat. Surah Al Baqarah:111
4. Akidah Yang Jelas Dan Terang. Tidak ada kesamaran dan kekaburan untuk
memahaminya. Akidahnya tepat dan tetap tanpa menerima apa-apa perubahan,
penambahan, pengurangan dan penyesuaian sejak diturunkan kepada rasul pertama
iaitu Nabi Adam hingga kepada nabi Muhammad SAW, akidahnya tetap sama iaitu
ajaran yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah yang satu.
Surah Al Baqarah : 116
5. Akidah Sebagai Pembentuk Peribadi. Akidah Islam telah dapat membentuk insan
yang mantap dan teguh jiwanya. Kekuatan akidah inilah yang mencetuskan
kegemilangan pencapaian umat Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW.
Lihatlah kecemerlangan sahaabat-sahabat Nabi SAW, individu-individu yang
meninggalkan banyak jasa dan sumbangan kepada manusia dari kalngan umat Islam
di sepanjang zaman.
Dialog Jaafar bijn Abi Talib berhijrah ke Habsyah dengan Najasyi (Raja Habsyah)
Ja’far berkata, “Wahai paduka Raja, dulu kami adalah masyarakat yang hidup dalam kebodohan,
kami menyembah patung dan memakan bangkai, melakukan perzinaan, memutuskan hubungan
silaturahim, mengganggu tetangga, yang kuat di antara kami memeras yang lemah. Kondisi ini terjadi
atas kami hingga Allah mengutus kepada kami seorang Rasul yang kami kenal dari nasab keturunan,
kejujuran, amanah, hingga kesuciannya. Dia mengajak kami untuk menyembah Allah, tidak
mempersekutukan-Nya dengan meninggalkan apa yang telah nenek moyang kami lakukan, seperti
menyembah berhala dan batu ….”
Syahadah adalah ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah SWT dan
bernabikan Nabi Muhammad SAW.
ِ أَ ْش َه ُد أَن الَ إِلَ َه إِالَّ هللاُ َوأَ ْش َه ُد أَنَّ مُحَ م ًَّدا رَ سُو ُل
هللا
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad itu utusan Allah”.
Shahadah adalah rukun yang pertama dalam rukun Islam, rukun-rukun yang lain
tidak akan tertegak tanpa shahadah. Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh
manusia tidak ada ertinya jika dia tidak bershahadah.
PENGERTIAN TUHAN
Yang dimaksudkan dengan tuhan ialah yang disembah. Tiap-tiap suatu yang
disembah oleh manusia sama ada berhak disembah atau tidak, merupakan tuhan
kepada orang itu.
“Tidakkah engkau melihat ada orang yang menjadikan nafsunya itu sebagai Tuhan.”
Al Jathiyah : 23
Tuhan yang sebenar adalah Allah SWT . Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Maka ketahuilah bahawa tidak ada tuhan yang patut disembah selain Allah dan
mohonlah keampunan ke atas dosamu dan ke atas dosa orang-orang mukmin lelaki
dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat berniaga dan tempat tinggalmu.”
Surah Muhammad : 19
Nabi SAW menolak tawaran menjadi Raja Mekah kerana itu menyebabkan
baginda terpaksa mengikut arahan golongan musyrikin dan sebaliknya
sanggup bersusah payah berhijrah ke Madinah adalah kerana mahu
mendapatkan kuasa penuh agar dapat melaksanakan syariat Allah SWT.
Antara anugerah agung terhadap manusia adalah diciptakan sebagai makhluk yang
berakal. Disebabkan keistimewaan akal yang dimiliki oleh manusia ini, Islam
meletakkan ‘hifz al-Aql’ iaitu memelihara akal sebagai salah satu maqasid syariah
(objektif syarak). Apa sahaja perkara yang boleh merosakkan fungsi akal seperti
meminum minuman yang memabukkan adalah haram.
Melalui wasilah akal yang dimilikinya, manusia mampu terbang tinggi di udara,
mahupun menyelam jauh ke dasar lautan, bahkan berupaya menundukkan haiwan
liar di hutan belantara. Disebabkan anugerah akal ini, manusia
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.
Walau sehebat mana pun akal yang dianugerahkan, manusia seharusnya sedar
bahawa akal bukan segala-galanya. Dalam ertikata lain, keterbatasan akal manusia
harus diakui .
Justeru, kekurangan akal ditampung oleh kesempurnaan wahyu.
2.3.1 Perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia dan ditampung
oleh wahyu :
1. Akal fikiran manusia berbeza di antara satu sama lain, tidak sama dalam
menentukan nilai hidup, baik atau jahat. Mungkin satu nilai dipandang baik
oleh satu masyarakat tetapi dipandang tidak baik oleh masyarakat yang lain.
2. Akal fikiran manusia terdedah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu,
perkauman, semangat kenegerian dan semangat mementingkan diri sendiri .
Keadaan ini tidak akan mampunmenegakkan keadilan mutlak yang
dihajatkan oleh seluruh manusia. Banyak undang-undang dan peraturan
yang digubal berdasarkan akal fikiran manusia semata-mata akhirnya
berubah , dibatal atau ditokok tambah kerana mengikut hawa nafsu manusia.
3. Akal fikiran manusia memang terbatas dan bergantung kepada maklumat
yang diterima oleh pancainderanya sahaja. Akal tidak mampu membuat
ramalan yang tepat atau menentukan peristiwa yang akan berlaku, akal juga
tidak dapat menjangkau perkara-perkara yang tidak dapat dikesan oleh
pancaindera manusia. Banyak peristiwa berlaku di luar dugaan manusia.
Maka yang maha mengetahui ialah pencipta manusia iaitu Allah SWT.
4. Tabiat manusia di dalam dunia ini tidak begitu menghormati undang-undang
sendiri walaupun undang-undang itu munasabah kerana undang-undang itu
tidak menghubungkaitkan dengan pembalasan di akhirat. Undang-undang
ciptaan manusia hanya ditumpukan kepada dunia semata-mata tetapi
undang-undang berdasarkan wahyu adalah berkaitan dengan dunia dan
akhirat. Oleh itu tabiat manusia lebih menghormati dan lebih takut kepada
balasan Allah di akhirat.
1. Datang daripada Allah. Maka apa sahaja yang menjadi wahyu adalah
sempurna dan selamat daripada sebarang kekurangan dan kecacatan.
2. Kekal tiada perubahan hingga kehari kiamat. Wahyu yang disampaikan
kepada nabi Muhammad SAW adalah yang terakhir kerana baginda adalah
penutup segala nabi. Maka sifatnya kekal dan tidak akan berubah hinggalah
ke hari kiamat.
3. Kebenarannya mutlak. Apa sahaja yang datang daripada Allah adalah benar
tanpa perlu ditokok tambah.
4. Hanya disampaikan kepada nabi dan rasul. Wahyu tidak disampaikan
kepada sebarang orang, hanya disampaikan kepada nabi dan rasul sahaja.
Orang yang terakhir menerima wahyu ialah Nabi Muhammad SAW. Selepas
itu tiada lagi penurunan wahyu. Oleh itu jika ada lagi orang yang mendakwa
bahawa dia mendapat wahyu daripada Allah, maka jelaslah bahawa dia
berbohong.
2.4 PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH
Kedudukan Akidah dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting. Akidah
yang benar merupakan asas tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Allah
berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110;
صالِحً ا َوال ُي ْش ِركْ ِب ِع َبا َد ِة َر ِّب ِه أَ َح ًدا
َ ان َيرْ جُو لِ َقا َء َر ِّب ِه َف ْل َيعْ َم ْل َع َمال
َ َف َمنْ َك
“Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah
dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam
beribadah kepada-Nya.”
Ayat-ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa amalan tidak akan diterima apabila
bercampur dengan kemusyrikan. Oleh sebab itulah para Rasul sangat
memperhatikan perbaikan akidah sebagai prioriti utama dakwah mereka. Inilah
dakwah pertama yang diserukan oleh para Rasul kepada kaum mereka;
menyembah kepada Allah sahaja dan meninggalkan penyembahan kepada selain-
Nya.
Hal ini telah diterangkan Allah di dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 36;
َّ َولَ َق ْد َب َع ْث َنا فِي ُك ِّل أ ُ َّم ٍة َرسُوال أَ ِن اعْ ُب ُدوا هَّللا َ َواجْ َت ِنبُوا
َ الطا ُغ
وت
“Dan sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang menyerukan
‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain Allah).”
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjadi pegangan sebahagian besar urnat
Islam di dunia. Di Malaysia, Islam diistytiharkan sebagai agama Pesekutuan dan
akidah Ahli Sunnah dterirna sebagai pegangan seluruh umat Islam. Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat
keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari pada segi akidah,
syariah dan akhlak. Ketetapan tersebut juga telah membentuk pandangan semesta
(world view) masyarakat Islam yang juga mempengaruhi perkembangan tamadun di
Malaysia.
Akidah adalah asas tegaknya bangunan agama. Para daie yang menyerukan
kebaikan telah menempuh jalan sebagaimana jalannya para nabi dan Rasul dari
zaman ke zaman. Dalam masyarakat kita sekarang, masih banyak penyimpangan
akidah yang benar. Kerena sebuah masyarakat yang tidak dibangun di atas fondasi
akidah yang benar akan mudah terkena dengan berbagai pemikiran materialisme,
liberalisme dan isme-isme yang lainnya.
1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara
dengannya.
4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh
kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
5. Menghina al-Quran.
10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang
diketahui umum.