Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS 100


PENGURUSAN BILIK DARJAH
DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
Nama : NADHIR EZZANI BIN IZUDDIN

Angka Giliran : 2020202340166

No. Kad Pengenalan : 011029080977

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2020

Kumpulan/Unit : 3.02

Nama Pensyarah Kursus : PUAN SHARIDAH BINTI ABDUL RASHID

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah


Wajaran

1. Pengurusan Grafik 12/07/2021 19/07/2021

2. Penulisan Akademik 12/07/2021 08/09/2021


Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat kurniaanNya saya
berjaya menyiapkan tugasan 3 kerja kursus subjek Teknologi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran (EDUP3053) ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek
iaitu Puan Sharidah bt Abdul Rashid yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan
yang sempurna kepada saya sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini ketika
berada di rumah. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin saya tidak dapat
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan
terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-
lumus menyiapkan tugasan ini dan juga saling bertukar idea dan pendapat dalam menyiapkan
kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang dihasilkan ini dapat menambahkan ilmu
pengetahuan disamping dapat menjadikan saya seorang bakal guru yang bertanggungjawab
bagi melahirkan modal insan yang cemerlang kelak serta menjadikan saya seorang bakal
pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam
proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.

2
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PERANAN GURU MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DALAM BILIK DARJAH

2.1 INGAT NAMA MURID DAN PANGGIL MURID DENGAN NAMA MASING-
MASING

2.2 MEMASUKKAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PDP

3.0 PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH ATAS TALIAN
BERLAKU

4.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

5.0 RUMUSAN

6.0 RUJUKAN

3
1.0 PENDAHULUAN
Bentuk hubungan yang baik di antara murid dan guru amat penting. Hal ini kerana ia boleh
menyumbang kepada suasana pembelajaran di dalam bilik darjah sama ada sebagai positif,
neutral atau negatif. Selain itu, hubungan ini juga dapat memberi kesan kepada kelancaran
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini dapat dilihat apabila guru sedang
melakukan aktiviti di dalam bilik darjah dan murid akan turut sama menyumbang agar aktiviti
tersebut bertambah menarik (Haliza & Samuel, 2016). Oleh itu, guru perlu mahir dalam
mencari kaedah untuk mewujudkan hubungan yang erat antara murid agar iklim pembelajaran
menjadi lebih berkesan di samping guru juga akan lebih dihormati dan disayangi.

Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan peranan guru dalam membina
hubungan positif di dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga akan menghurai punca berlakunya
masalah tingkah laku di dalam bilik darjah tersebut di samping memilih model pengurusan
disiplin yang sesuai bagi menangani masalah tingkah laku yang berlaku. Penulisan ini juga
menyentuh berkaitan bagaimana model yang dipilih dapat membantu para guru menangani
masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah berkenaan.

4
2.0 PERANAN GURU MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DALAM BILIK DARJAH

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru bertanggungjawab dalam
merancang, melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di dalam bilik darjah.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah yang
efisien. Kajian mendapati bahawa guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai
proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan persekitaran pembelajaran akan
cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas sebagai guru disiplin dan
pentadbir semata-mata.

2.1 INGAT NAMA MURID DAN PANGGIL MURID DENGAN NAMA MASING-
MASING

Pengetahuan seseorang guru berkaitan muridnya, terutama mengenali mereka secara


rapat akan mewujudkan hubungan yang positif antara kedua belah pihak (Kwo, 2004), (Nur
Hanani, Mohd Aderi, & Ab. Halim, 2013). Perkara ini boleh dilakukan oleh guru-guru untuk
cuba mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan
bermula. Dengan ini, murid akan berasa bangga dan terharu apabila guru-guru yang mengajar
mereka memanggil mereka dengan nama sebenar. Secara tidak langsung, perkara ini dapat
memudahkan guru untuk mengawal tingkah laku di dalam kelas iaitu apabila seorang murid
sedang membuat salah laku, para guru boleh terus memanggil namanya. Hal ini kerana hasil
kesan positif pembinaan hubungan antara murid dan guru. Guru perlu mengingati nama
kerana perkara ini dapat membentuk hubungan yang positif dan dapat mengelakkan
perbuatan menuding jari untuk memanggil murid di dalam kelas. Tambahan pula secara tidak
langsung, anak anak didik berasa lebih seronok serta dihargai apabila seseorang memanggil
namanya.

Selain itu, para guru juga boleh memanggil terus nama murid tanpa menggunakan lagi
kata ganti nama. Guru-guru yang berdedikasi tidak lagi perlu memanggil seperti “Hei awak!
Boleh tolong cikgu bacakan ayat ini?” Sebaliknya penghormatan akan wujud apabila guru
mengatakan “Muhammad Adib, boleh tolong cikgu bacakan ayat ini dengan kuat dan jelas?
Sebagai contoh menujukan sesuatu kepada murid. Sesetengah murid akan merasa sungguh
seronok dan merasa dihargai apabila guru berupaya memanggil mereka menggunakan nama
mereka. Hal ini menampakkan keadaan yang sedikit tidak produktif kerana proses PdP yang
berlaku secara alam maya. Kesannya, ia akan membawa perubahan besar terhadap
perhubungan positif guru dengan murid di dalam bilik darjah.

5
2.2 MEMASUKKAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PDP

Jenaka atau kecindan adalah merupakan kebolehan seseorang, objek, situasi atau perkataan
yang dapat membangkitkan perasaan terhibur atau gembira, (Shaffe, Ramli, Roselan,
Sahandri Ghani & Mokhtar, 2011). Unsur kecindan boleh membantu seseorang itu menjadi
guru yang baik dan berjaya. Unsur jenaka yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran akan dapat mengurangkan situasi tegang dalam bilik darjah. Amalan kecindan
dalam kalangan guru juga akan membolehkan murid merasa lebih seronok dan membantu
menaikkan semangat murid untuk belajar di dalam bilik darjah disamping dapat merapatkan
hubungan guru dan murid. Kesannya, murid akan menjadi lebih berani untuk berinteraksi dan
bersoal jawab. Unsur-unsur ini haruslah berpada-pada dan bersederhana agar tidak
meukakan hati murid-murid. Hal ini kerana apabila seseorang murid itu terasa hati, mereka
akan senyap dan menutup mikrofon apabila disoal oleh kerana,

Sebagai contoh, jika seseorang guru merupakan seorang guru yang bengis dan
garang pada setiap masa ia akan menyebabkan situasi di dalam kelas lebih senyap kerana
murid akan diam dan berasa takut untuk memberi tindak balas ketika beliau sedang mengajar.
Di sini, jenaka atau lawak yang digunakan oleh guru haruslah sesuai agar objektif
pembelajaran dapat dicapai. Hal ini kerana guru yang tidak tahu bagaimana membuat
kecindan juga mampu mempengaruhi kemerosotan prestasi pelajar, (Wan Nur Hasymy,
2014). Justeru, usaha ini dapat memberikan peluang kepada murid bagi melihat guru sebagai
seorang yang prihatin dan tidak terlalu serius serta hubungan yang positif juga dapat dicapai
dengan jayanya.

6
3.0 PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH ATAS TALIAN
BERLAKU

Antara punca masalah tingkah laku di dalam bilik darjah atas talian ini ialah masalah
kehadiran murid-murid. Masalah ini berkemungkinan berpunca kerana murid-murid sering
bangun lambat untuk masuk ke kelas dan tidak mempunyai prasarana atau kemudahan
seperti telefon pintar, komputer riba atau kemudahan rangkaian internet yang baik di rumah
mereka. Di samping itu, ia juga berkemungkinan berpunca daripada ibu bapa yang sibuk
dengan kerjaya sampaikan tidak mengambil tahu tentang kerja rumah anak-anak kerana
selalunya kerja-kerja sekolah diberikan pada pautan Whatsapp atau Telegram dimana group
tersebut dibina bersama ibu bapa dan guru.

Selain itu, masalah disiplin yang sering berlaku ketika PdPR ialah tidak membuat kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Hal ini juga berkemungkinan berpunca daripada murid
kekurangan kemudahan prasarana seperti internet dan telefon pintar. Ianya juga
berkemungkinan kerana ramai murid yang berasal daripada keluarga yang tidak
berkemampuan. Hal ini kerana kerja rumah yang diberikan tersebut berkemungkinan telah
dibuat oleh murid namun mungkin terdapat segelintir dari mereka tidak mempunyai jaringan
internet yang baik. Tingkah laku negatif ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku 3 anti sosial
atau distruktif iaitu tingkah laku klik di mana murid mempunyai hubungan dengan beberapa
orang atau rakan sebaya yang mempunyai tabiat dan tingkah laku yang tidak baik.

7
4.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Selain itu, sudah menjadi peranan guru dalam memahami tingkah laku personaliti
setiap muridnya. Pengalaman merupakan aset utama bagi guru-guru untuk menangani
masalah tingkah laku murid-murid dalam menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif.
Guru yang mempunyai pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara
pelaksanaannya dapat dijadikan panduan dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
Berdasarkan isu-isu tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah iaitu hiperaktif dan masalah
pintar cerdas yang telah dibincangkan tadi, model pengurusan disiplin yang boleh mencegah
dan menangani masalah tingkah laku ini ialah menggunakan Model Pengurusan Kelompok
Kounin. Menurut Charles (2008), Model Pengurusan Kelompok Kounin ini memfokuskan
tentang bagaimana pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran boleh mempengaruhi
tingkah laku murid. Menurut Kounin, faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam
bilik darjah ialah dengan melihat kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang
berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa malah mengetahui cara untuk menangani
masalah sebelum menjadi masalah disiplin.

Seperti yang telah dibincangkan, tingkah laku hiperaktif ini berpunca akibat pengajaran
guru yang tidak menarik dan membosankan. Impaknya, akibat berasa bosan murid akan
mengganggu rakan lain yang sedang belajar. Hal ini akan menyebabkan murid lain berasa
tidak selesa untuk belajar dan boleh mempengaruhi murid lain untuk berkelakuan seperti
mereka. Oleh itu, teknik pengurusan bilik darjah dalam model ini menggunakan elemen
momentum yang merujuk kepada kebolehan guru dalam memastikan murid sentiasa terlibat
dengan aktif dalam sesuatu tugasan atau aktiviti dalam bilik darjah bagi mengurangkan
tingkah laku yang tidak diingini. Terdapat beberapa cara untuk melibatkan semua murid dalam
aktiviti PdP. Tamsilannya, guru perlu kreatif dalam menarik perhatian murid sebelum
memulakan sesuatu topik dengan bantuan bahan bantu mengajar (BBM) seperti kad gambar
atau bersumber teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Justeru itu, perancangan aktiviti
juga haruslah menyeronokkan dan pelbagai dengan mengambil kira aspek minat, kebolehan
dan perkembangan murid-murid. Tambahan pula, guru perlu sentiasa memanggil nama murid
yang bertingkah laku hiperaktif untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan dan
membuat demonstrasi di hadapan (Charles, 2010). Hal ini bertujuan agar mereka berasa
dihargai dan tidak terasa terpinggir dalam bilik darjah. Cara ini juga bertujuan untuk
mengekalkan perhatian murid dalam proses PdP agar mereka tidak berasa bosan dan
tertekan. Hal ini juga disokong oleh Weinstein dan Romano (2015) yang menyatakan bahawa
guru perlu memberikan perhatian kepada murid hiperaktif agar dapat menggalakkan tingkah
laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa

8
isu tingkah laku hiperaktif dalam bilik darjah dapat dicegah dengan menggunakan Model
Pengurusan Kelompok Kounin ini.

Selain itu, tingkah laku bermasalah positif iaitu pintar cerdas ini juga dapat dibaik pulih
dengan menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin ini. Teknik pengurusan bilik
darjah ini boleh diaplikasikan oleh guru dalam elemen pertindanan (Overlapping). Menurut
Choong (2009), pertindanan merujuk kepada keupayaan guru menangani lebih daripada satu
situasi secara serentak. Contohnya, guru berupaya menulis di papan tulis sambil mengawasi
murid pintar cerdas yang mungkin menganggu rakan yang lain untuk kekal fokus di dalam
kelas. Hal ini akan menjadikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang terkawal dan tidak
bising. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan teknik kepekaan kelompok (Group
Focus). Teknik ini membantu dalam mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan
minat mereka, Choong (2009). Perkara ini dapat dilakukan apabila guru berupaya
mengemukakan soalan yang boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid. Murid pintar
cerdas ini mempunyai keupayaan intelek, kreativiti, daya kepimpinan serta prestasi akademik
yang cemerlang. Hal yang demikian, kebolehan murid pintar cerdas ini membolehkan guru
untuk melaksanakan aktiviti gerak kerja dalam kumpulan malah murid-murid boleh
membimbing dan menolong rakan-rakan kelasnya yang lain. Kesannya, guru dapat
mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil. Jelas bahawa, murid pintar
cerdas ini akan berkelakuan baik jika guru mahir dalam mengatur proses PdP dengan baik,
lancar dan berkesan.

9
5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, bagi menangani masalah tingkah laku di
dalam kelas seperti hiperaktif dan masalah pintar cerdas, guru perlulah bijak memilih kaedah
dalam mengajar bahasa Melayu bagi mengatasi masalah tingkah laku yang dihadapi sama
ada murid biasa atau murid berkeperluan khas. Hal yang demikian, dengan berpandukan
model pengurusan disiplin yang sesuai mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
guru. Tamsilannya, penggunaan Model Berkelompok Kounin dalam elemen pertindanan
(overlapping), momentum (momentum) dan kepekaaan kelompok (group focus) yang sesuai
digunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah kedua-dua isu tingkah laku ini. Tambahan
pula, pemilihan kaedah yang ingin guru laksanakan ke atas murid perlu dilihat secara
keseluruhan dari segenap aspek dengan mengambil kira kepelbagaian murid dan kecerdasan
murid. Tingkah laku yang tidak diingini perlulah dibendung dari kecil bak kata pepatah Melayu
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ternyatalah bahawa, guru memainkan peranan yang
penting dalam memastikan bahawa hubungan yang terjalin antara guru dengan murid itu
harmoni dan positif. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan pihak sekolah sewajarnya
memainkan peranan masing-masing dalam menangani permasalahan ini. Oleh itu, sudah
jelas bahawa, pembudayaan pembelajaran yang kondusif menghasilkan suasana aman, ceria
dan membangkitkan semangat murid supaya lebih kekal fokus semasa proses PdP sedang
dijalankan.

10
6.0 RUJUKAN

Eng, J. A. (2013). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti


Pembelajaran Berkesan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Daud, Shaffe dan Basri, Ramli dan Baki, Roselan dan Hamzah, Sahadri Ghani dan
Nawawi, Mokhtar. (2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Murid. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 125-144.
Nur Hanani Hussin, Mohd Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri. (2013). Elemen Mengenali
Murid dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam. The Online Journal of
Islamic Education, 10-19.
Wan Nur Hasymy. (2014). Penerapan Unsur Kecindan dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1-
121.
Charles et. al. (2008). Building Classroom Discipline. (9th ed.). Allyn & Bacon.

Charles et. al . (2010). Building Classroom Discipline. (10th ed.) Allyn & Bacon.

Weinstein et. al. (2015). Elementary Classroom Management: Lessons From Research And
Practice (6th Ed.) Mc Graw Hill Education.

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajury. 2010. Amalan pengajaran guru
Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep Mu’allim. Journal of Islamic Education 2(1):
43-36.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai