Anda di halaman 1dari 1

ADIWIRA NEGARA

Karya : Fernando Irudy Anak Diana

Dua ribu dua puluh satu


Era mencabar satu global
Kagumlah aku pada mu semua
Dalam menempuhi cabaran berbisa ini
Engkau, aku, kita adalah adiwira negara

Tatkala badai ekonomi mengancam kita,


Lemas dalam tekanan jiwa,
Kita adiwira negara harus dan perlu bersama

Berbalutlah dikau demi tugasmu,


Berpanaslah dikau mengawal sempadan negeri,
Berkurunglah dikau di bawah lindungan bumbung rumahmu,
Kerana kita, adiwira negara

Tak usah engkau ke mana-mana


Kompaun itu tidak setanding harga nyawa
Janganlah engkau ingkar mencari bahana
Wahai adiwira negara, dengarlah pesanan ini.

Dalam diam ada yang terputus punca,


Dalam diam ada yang duduk sengsara,
Dalam diam ada yang tidak tahu mengadu di mana..
Dalam diam, kita semua tidak sama,

Saat nafasmu tersekat,


Kibarkanlah bendera putihmu
Akan ada yang menjadi talian hayat
Datang menyumbang memberi sokongan
Kerana kita, adiwira negara

Ku pohon semua ingat sentiasa


Jaga negara ini bersama
Wahai adiwira negara.

Anda mungkin juga menyukai