Anda di halaman 1dari 3

5 TAULADAN DAN PENGAJARAN KISAH HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.

W UNTUK
SEBUAH PERUBAHAN

Salam Ma'al Hijrah untuk semua umat Islam. Syukur kerana kita masih diberikan
nikmat-Nya. Hijrah bermula daripada peristiwa hijrah (perpindahan) Nabi
Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam memperkukuhkan
kedudukan Islam dan merancang strategi baru untuk penyebaran Islam.

Hijrah dari segi bahasa pula bermaksud perpindahan, kepada satu keadaan yang
lebih baik.

Apabila sampai tahun baru sering akan timbul pertanyaan azam baru yang ingin kita
capai. Tidak dinafikan perasaan saya sendiri, semangat tahun baru sering
mendorong kepada terciptanya impian atau cita-cita baru. Namun, memang ada
yang tidak berjaya. Apakah sebabnya? Sebagai seorang manusia biasa, saya fikirkan
anda anda juga sama (mungkin).

Sememangnya ada sebab kepada kegagalan masing-masing dalam mengejar impian


- pasti. namun, apa yang paling penting adalah untuk tidak berhenti berusaha.
Justeru, jika kita semua punyai impian atau cita-cita besar demi satu perubahan
dalam kehidupan kita, peristiwa hijrah punyai pengajaran dan tauladan untuk
dipelajari. Antaranya ;

1. Allah, manusia dan doa - Rasullulah s.a.w adalah seorang manusia yang
keyakinannya kepada Allah s.w.t tidak punyai belah bahagi. Keyakinannya baginda
ditunjukkan melalui perbuatan baginda dengan berdoa. Jika dibaca semula tentang
sejarah hijrah, baginda menjadikan doa sebagai salah satu senjata yang mana
baginda gunakan antaranya untuk ;

mengalahkan Suraqah (kaki kuda tenggelam dalam pasir),

membantu dengan memberi minum susu kambing

Doa adalah senjata mukmin. Gunakanya sentiasa. sebagai seorang manusia, dengan
berdoa ia menguatkkan lagi keyakinan dalam kita mencapai cita-cita disamping
membantu ketika kita berada dalam kesusahan. Ingat Allah ketika senang dan susah.

2. Perancangan - Tanpa perancangan agak sukar atau langsung tidak kita akan
berjaya. Iktibar daripada perjalanan Baginda Rasullulah s.a.w adalah
Untuk mengelakkan daripada rancangan pembunuhan oleh kafir Quraisy. Baginda
telah keluar dari rumahnya seawal pagi dan Ali Bin Abi Talib mengantikan tempat
tidurnya bagi mengelirukan para pembunuh kafir Quraisy.

Menggunakan jalan yang berlainan untuk mengelirukan musuh dan berhenti di Gua
Thur untuk menenangkan keadaan. Di gua selama 3 hari, Aishah dan Asma' adalah
pembekal makanan.

Itu antara perancangan yang baginda telah lakukan dalam mencapai cita-cita Hijrah
dan menegakkan syiar Islam. Pengajarannya, sesudah kita punyai impian - sebuah
perancangan adalah sangat penting. Rancangan hendaklah sesuatu yang praktikal
dalam usaha kita. Iktibar dalam perancangan Rasullulah s.a.w dalam mencapai
tujuannya adalah dengan menggunakan cara yang berbeza dan bertenang sebelum
melangkah.

3. Perubahan ada rintangan - Kita berjalan tanpa kita sedari sedang dirintang oleh
berat kerana graviti tidak lurus kerana penghalang dalam perjalanan. Itu fitrah dan
lumrah kehidupan. Semakin besar sebuah cita-cita dan impian, jangkakan rintangan
yang semakin besar.

Baginda Rasullulah s.a.w atas perintah Allah s.w.t memang tanggungjawab yang
menjadi cita-citanya sebuah perubahan bagi menyebarkan Islam keseluruh pelusuk
muka bumi. Tidak hairanlah kenapa masyarakat kafir Quraisy bercita-cita untuk
membunuh beginda. Ia adalah rintangan yang sentiasa baginda Rasullulah s.a.w
tahu dan hadapi. Sedar akan perkara tersebut, baginda sentiasa bersedia dan
merancang dengan setiap tindakan beginda.

4. Hijrah/Berubah atas peluang - Mengetahui peluang besar terutamanya bagi


mencapai cita-cita menyebarkan Islam dengan lebih baik, baginda atas arahan Allah
s.w.t mengambil keputusan untuk berhijrah. Antara peluang yang ada di kota
Madinah ketika itu adalah;

1. Jemputan dari masyarakat Arab Madinah untuk memimpin dalam memulihkan


ekonomi dan

2. Mendamaikan masyarakat Madinah yang sering bertelagah


3. Peluang penyebaran Islam dalam suasana lebih aman selepas tentangan kuat dari
kafir Quraisy kota Mekah

4. Kedudukan Madinah yang strategik dalam laluan perdagangan (Peluang


penyebaran yang lebih banyak)

5. Kesan atas mengambil peluang yang ada, penyebaran Islam selepas hijrah
menjadi semakin cepat dan meluas kerana perkembangan ekonomi, politik dan
sosial umat Islam yang semakin stabil.

Pengajarannya, jika inginkan satu perubahan dalam hidup atau mencapai impian,
pastikan ia punyai peluang yang baik dan terbuka. Selidiki peluang-peluang yang ada
dalam kehidupan kita seharian dan gunakan ia sebaiknya dalam mengubah hidup
kepada yang lebih baik. Pastikan juga peluang-peluang tersebut realistik dan mampu
dicapai.

5. Erti Sahabat - Untuk berjaya dalam mencapai sesuatu yang lebih baik perlukan
sahabat. Dan untuk berubah dan berjaya kita perlukan orang sekeliling, kenalan dan
paling penting sahabat. Iktibarnya bagaimana ;

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq berjalan di depan dan belakang Rasulullah s.a.w demi
untuk melindunginya dalam mencapai cita-cita sahabatnya

Sayidina Ali Bin Abi Talib menggantikan baginda Rasullulah s.a.w ditempat tidurnya
bagi mengelirukan pembunuh kafir Quraisy

Begitu pentingnya seorang sahabat sama ada orangnya dari kalangan sanak saudara
sendiri atau orang lain. Dengan adanya semangat setiakawan tinggi, ia memberikan
impak moral yang membantu dalam kita mengejar sebuah perubahan dan kejayaan
terutamanya. Oleh sebab itu, jagalah perhubungan kita dengan sahabat yang ada.

Kegemilangan Islam tercetus selepas berlakunya hijrah baginda Rasullulah s.a.w dari
kota Mekah ke kota Madinah. Daripada tekanan kepada kebebasan, kemiskinan
kepada kekayaan, daripada sengsara kepada kedamaian. Justeru, kita ambil iktibar
peristiwa sejarah besar tersebut sebagai pemangkin untuk mencari ruang, kekuatan
dan keyakinan untuk melakukan perubahan - kepada yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai