Anda di halaman 1dari 6

KESAN PENGARUH BARAT TERHADAP TAMADUN MALAYSIA

Ekonomi

Aspek ekonomi ialah negara-negara membangun akan sentiasa bergantung kepada Negara Barat
kerana mereka kurang mahir dari segi teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mahir.
Selain itu, setiap urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini menjadikan
negara-negara membangun sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih yang akan digunakan
untuk membangunkan negara masing-masing dan juga untuk menampung keperluan rakyat mereka.

Politik

Aspek politik ialah politik menjadi tidak stabil memyebabkan sistem pentadbiran negara menjadi
kucar-kacir. Selain itu juga suasana politik menjadi tidak telus dan kotor dengan rasuah. Oleh itu
keadaan ini akan menjadikan negara pincang dan lemah. Di samping itu, negara tidak dapat untuk
membuat sesuatu keputusan melainkan mereka mendapat persetujuan daripada kuasa Barat. Ini
menunjukkan bahawa negara-negara membangun akan sentiasa ditindas diberi layanan yang tidak
adil oleh kuasa besar.

Media

Aspek media pula, masyarakat Islam di seluruh dunia menghadapi kesulitan untuk menonjolkan diri
kerana pihak media Barat sentiasa memburuk-burukkan rakyat Islam dengan pelbagai gelaran yang
tidak sepatutnya seperti pengganas, pemberontak dan sering menimbulkan kekecohan. Hal ini akan
menyebabkan negara-negara lain memandang serong terhadap bangsa Islam dan ini akan
menjejaskan hubungan politik yang terbina pada sebelum ini. Jika hubungan yang dibina itu terputus,
maka hal ini akan menjejaskan sumber ekonomi negara tersebut. Ekonomi sesebuah negara amat
penting untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara yang mundur akan ditindas
oleh kuasa-kuasa besar seperti negara Barat. Negara Barat menggunakan media sebagai senjata
utama untuk menguasai dunia.

budaya

Aspek budaya pula pelbagai hiburan yang dibawa dari Barat menyebabkan masyarakat dunia
mendewa-dewakan penghibur dari Barat sebagai idola mereka. Mereka meniru cara pemakaian dan
perangai artis-artis tersebut tanpa menghiraukan pegangan agama. Hal ini dapat menarik diri
mereka ke kancah maksiat kerana kebanyakan artis dari Barat mempunyai tingkah laku dan akhlak
yang buruk seperti minum arak, merokok, seks rambang, homoseksual dan sebagainya. Apabila
mereka terjebak di dalam kehidupan sebegini, nilai moral tidak ada lagi dalam diri mereka. Gejala-
gejala sosial semakin meningkat dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa kini. Kesannya juga
dapat dilihat dengan apabila ramai penagih-penagih dadah dari kalangan remaja bagai cendawan
tumbuh selepas hujan apabila gejala ini tidak dapat dibendung. Remaja merupakan tonggak dan
harapan bangsa, jika budaya Barat menjadi ikutan mereka maka punah ranahlah harapan negara.
Jadi pelbagai pihak mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung budaya dari
Barat ini dari terus menguasai dunia. Kebebasan bertingkahlaku juga amat hangat dipromosikan di
media-media dan telah berjaya melahirkan amalan hedonisme, individualistik dan sikap
mementingkan diri sendiri pada masyarakat kita termasuk golongan remaja. Budaya gotong royong,
bantu-membantu, bertegur sapa serta mengambil berat antara satu sama lain di dalam sesebuah
masyarakat telah semakin sirna. Keadaan seperti ini telah melahirkan masyarakat yang
mengagungkan hawa nafsu mengatasi hukum dan Syariat Allah.

Kebebasan pemilikan telah memaksa pemerintah atau penguasa membiarkan sumber-sumber alam
penjana ekonomi dikelolakan oleh pihak swasta dan termasuk negara asing. Akibatnya, Negara
kehilangan kemampuan dan keupayaan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas rakyat seperti
makanan, pakaian, kesihatan serta pendidikan. Negara juga terpaksa menanggung hutang yang tidak
pernah surut, kos sara hidup menjadi sangat tinggi sehingga membebankan rakyat. Bebanan dan
kesempitan hidup ini telah memaksa sesebuah keluarga menggadai maruah dan institusi
kekeluargaannya demi mendapatkan sesuap nasi dan bagi memenuhi keperluan hidup yang lain.
Kaum wanita terpaksa bekerja malah para ibu terpaksa mengharungi keperitan dan kepayahan
mengimbangi antara tanggungjawab sebagai seorang ibu (ummun), menguruskan keluarga (rabbatul
bait) dan membantu suami mencari nafkah. Natijahnya, anak-anak diabaikan dan kurang mendapat
perhatian serta didikan ibubapa dan seterusnya menyalurkan anak-anak yang berharga ini ke kancah
kemaksiatan dan terjebak dalam gejala sosial.

Sosial

Implikasi dominasi Barat terhadap sosial ialah masyarakat dunia kini lebih mengenali tamadun barat
berbanding tamadun mereka sendiri lalu pincanglah penghormatan diri seseorang individu.
Kehidupan sosial mereka turut terjejas kerana mereka terlalu taksub mengejar kemewahan dan
kesenangan dunia lantas membelakangkan agama mereka sendiri.

Pemikiran

Dominasi terhadap pemikiran pula memberikan kesan yang besar terhadap pembangunan manusia
dan seterusnya membantutkan proses pembentukan modal insan. Penjajahan dari segi pemikiran
juga amat bahaya dan sukar diatasi kerana penjajahan ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi
meresap secara halus dan membawa natijah yang besar kepada diri, agama dan bangsa.

Jadi umat Islam perlu yakin terhadap Islam kerana ia adalah kurnia terbesar Allah berikan kepada
manusia. Hakikatnya adalah Islam merupakan identiti utama umat Islam yang perlu dibanggakan dan
bukan disembunyikan. Sikap percaya diri sangat penting sebelum sesebuah bangsa atau umat dapat
bangkit dan bersaing dengan yang lain. Kita perlu tegas terhadap golongan yang mempersoalkan
kerelevanan Islam dan mempertikaikan ajaran Islam untuk menyambung lidah para orientalis yang
didorong rasa kebencian terhadap Islam. Golongan liberal ini lebih berbahaya kerana ibarat musuh
dalam selimut atau parasit yang merosakkan Islam dari dalam tubuh umat Islam sendiri. Banyaknya
kajian-kajianyang membuktikan keunggulan dan keutuhan Islam sudah cukup untuk memberi
keyakinan kepada umat Islam melangkah ke hadapan bersama Islam dan bukan dengan falsafah-
falsafah Barat yang mengelirukan.
KESAN TAMADUN MELAYU KEPADA TAMADUN MALAYSIA

PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA

Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai buktinya,
mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di
istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan pawang.
Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat untuk belajar
setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan
juga sekolah pondok. Istana adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu
kepada golongan bangsawan dan juga golongan pembesar.
Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang dianuti kerana
Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di akhirat kelak.
Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh.
Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan beberapa
panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.
Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang di capai pada
ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-
mana unsur luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh
Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)
dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu
menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.

Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan

Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan, sepatutnya perkara
ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu kebanggan kepada kita semua.
Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.
Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran
Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin meluntur dalam
masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir,
(2005):
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan
bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong
dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan
sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi
dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang.
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu
hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan
iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan
watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Sistem Pemerintahan

Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu ketika dahulu.
Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung parti-parti politik yang terdapat
suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya
Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu.
Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat
tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan sebagainya(Zainal
Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang mempunyai
beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka
paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun
Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.
Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamadun
Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu
merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong
merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu
badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman
(judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).
Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik
negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal
dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya,
Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Sistem Perundangan

Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat Terengganu
yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu bersurat ini menceritakan
tentang perundangan yang mengikut Islam yang perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab
pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang,
rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara
semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu
ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
(1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau
keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan
daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi
keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul
Monir, 2005:68).
Agama Dan Adat Istiadat

Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang
mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua
agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam
Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam
pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti
melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan
tertentu sahaja.
Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak bermakna
agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam.
Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan
boleh mengubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan
yang dianggap menyeleweng atau sesat.

Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316) menjelaskan
bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan
telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.

Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan

Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa Melayu
telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi.
Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan
wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah meningkatkan taraf,
kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan yang
baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih
tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan
masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga
membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di
Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat,
mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan
kalam juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu
serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk
menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan
tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka tidak
Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa.
Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras kepada
kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha
mereka untuk menguasaai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa
yang sama, mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu.
Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan
kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep
The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu
berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu
secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan
Ab Rahman, 2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu, namun apabila
British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi
(universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan
bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama
dibandingkan dengan bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587).

Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu adalah
bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di institusi-institusi pengajian.

Anda mungkin juga menyukai