Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN

INSTRUMEN BIMBINGAN
PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
(PBD)

SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
BAHAGIAN A: PEMENTORAN
Pementoran dalam konteks PBD adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah
cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBD mengikut prosedur dan
garis panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan PBD.

ITE PERKARA STATUS RUJUKAN CATATAN/FOKU


M PELAKSANAAN S
YA TIDAK BIMBINGAN
1 Para pentadbir (PGB/PK):
 Telah mendapat penataran Kursus Coaching Of
Coaches (COC) Bimbingan Instruksional Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD)
 Telah memuat turun dan memahami Buku Panduan
Pelaksanaan PBD (Edisi 1 2018 / Edisi 2 2019) dan
Panduan Pelaksanaan PBD secara dalam talian
(2021)

2 Para pentadbir (PGB/PK):


 Melaksanakan Penataran Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) kepada semua guru melalui
bengkel/taklimat/PLC
 Membentuk JK Penjaminan Kualiti PBD sekolah bagi
memastikan kualiti pelaksanaan PBD mengikut garis
panduan yang ditetapkan melalui 4P (Pementoran,
Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan)

3 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP):


 Membantu, memudah cara dan membimbing
guru bagi meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman bentuk pentaksiran formatif (PUP/PSP)
dan pentaksiran sumatif (PTP) dalam
melaksanakan PBD secara berterusan

4 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP):


 Membantu, memudah cara dan membimbing
guru meningkatkan kefahaman dan kualiti
pelaksanaaan PBD dan kaedah pentaksiran dari
semasa ke semasa melalui PLC/ mentor
mentee/taklimat/ latihan dalaman/ peer coaching/
kajian tindakan

5 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP):


 Membantu, memudah cara dan membimbing
guru melalui Dialog Prestasi mengikut keperluan
berdasarkan pencapaian pelaporan PBD

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
BAHAGIAN B: PENGESANAN
Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan
sesuai dengan tujuan pentaksiran. Pengesanan dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan kaedah dan
instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PBD untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan
murid.

ITEM PERKARA STATUS RUJUKAN CATATAN/FOKUS


PELAKSANAAN BIMBINGAN
YA TIDAK
1 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):
Memastikan semua guru MP memahami dan jelas
dalam memastikan kaedah dan instrumen pentaksiran
yang digunakan bersesuaian dan menepati:
 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi dalam (DSKP)
 Sesuai dengan tahap keupayaan dan keperluan murid

2 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Memastikan semua guru MP memahami dan jelas
melaksanakan pentaksiran secara berterusan dalam
PdP/PdPR dengan menggunakan kaedah dan instrumen
pentaksiran yang boleh digunakan semasa membuat
pentaksiran (i) lisan, (ii) bertulis, (iii) pemerhatian

3 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Memastikan semua guru MP memahami dan jelas
Instrumen pentaksiran yang sesuai digunakan semasa
membuat (i) pentaksiran kendiri (ii) rakan sebaya

4 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Mengenalpasti isu kebolehtadbiran dan kesesuaian
kaedah dan instrumen pentaksiran, serta
mencadangkan tindakan penambahbaikan semasa
pengesanan dijalankan

5 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Melaksanakan perjumpaan/perbincangan bersama bagi
menilai kaedah dan instrumen pentaksiran yang
digunakan sesuai dengan tujuan pentaksiran

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
BAHAGIAN C: PEMANTAUAN
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan pelaksanaan PBD mengikut panduan yang
ditetapkan. Aktiviti pemantauan boleh dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PdP (Dalam/Luar bilik
darjah) berdasarkan proses pelaksanaan, perekodan dan pelaporan PBD.

ITEM PERKARA STATUS RUJUKAN CATATAN/FOKUS


PELAKSANAAN BIMBINGAN
YA TIDAK
1 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):
Melaksanakan pemantauan bagi memastikan semua
guru MP memahami dan jelas dalam membuat
perancangan PdP/PdPR dan pentaksiran dalam:
• Menentukan objektif, berdasarkan SK, SP dan SPi
Seperti dalam DSKP
 Menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai
mengikut keupayaan murid (formatif/sumatif)

2 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Melaksanakan pemantauan bagi memastikan semua
guru MP memahami dan jelas dalam melaksanakan
PdP/PdPR dan pentaksiran :
 Melalui strategi dan kaedah PdP/PdPR yang
bermakna dan menyeronokan serta melalui cadangan
aktiviti seperti (Projek mudah /Bercerita /Kuiz /
Permainan /Main Peranan) atau aktiviti lain yang
bersesuaian.

3 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Melaksanakan pemantauan bagi memastikan semua
guru MP memahami dan jelas dalam merekod tahap
perkembangan murid:
• Secara sistematik dari semasa ke semasa dan
maklumat tahap penguasaan murid direkod serta
dianalisis bagi tujuan tindakan susulan dan pelaporan

4 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Melaksanakan pemantauan bagi memastikan semua
guru MP memahami dan jelas dalam memastikan :
 Pelaporan murid perlu dilaksanakan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun kepada pihak yang
berkepentingan (murid/ ibu bapa/penjaga/guru)

5 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Melaksanakan pemantauan bagi memastikan semua
guru MP memahami dan jelas dalam:
• Melaksanakan intervensi berfokus dan berterusan
sebagai tindakan susulan berdasarkan pelaporan PBD

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
BAHAGIAN D: PENYELARASAN
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan penetapan TP adalah adil kepada murid. Aktiviti
penyelarasan boleh dilakukan melalui perbincangan bersama-sama para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP), ahli
panitia/guru mata pelajaran dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang ditetapkan dalam DSKP.

ITEM PERKARA STATUS RUJUKAN CATATAN/FOKUS


PELAKSANAAN BIMBINGAN
YA TIDAK
1 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):
Memastikan penyelarasan dilaksanakan dan semua
guru MP memahami dan jelas :
• Standard Prestasi dalam DSKP merupakan petunjuk
utama dalam menentukan TP murid

2 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP):


Memastikan penyelarasan dilaksanakan dan semua
guru MP memahami dan jelas :
 Cara menilai pencapaian hasil kerja murid dalam
Menentukan TP / skor murid

3 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP):


Memastikan penyelarasan dilaksanakan dan semua
guru MP memahami dan jelas :
• Penentuan TP murid dilaksanakan secara adil
(kesahan
dan kebolehpercayaan) mengikut keupayaan sebenar
murid

4 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Memastikan penyelarasan dilaksanakan dan semua
guru MP memahami dan jelas :
 Moderasi dilaksanakan antara panitia yang sama/
panitia lain bagi mengurangkan jurang pertimbangan
professional antara seorang guru dengan guru yang
lain bertujuan memastikan kesahan dan kesaksamaan
dalam pertimbangan profesional dan pentaksiran
yang dilakukan

5 Para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KP):


Memastikan penyelarasan dilaksanakan dan semua
guru MP memahami dan jelas :
• Pertimbangan profesional guru memerlukan mereka
membuat keputusan secara beretika dan bertanggung
jawab mengenai TP murid, berdasarkan analisis dan
rumusan maklumat terhadap pembelajaran

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
SEKTOR PEMBELAJARAN JPNP 2021

Anda mungkin juga menyukai