Anda di halaman 1dari 2

UNIT 5 : ADAB DIJAGA, PERSAHABATAN TERBELA DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

Dalam unit ini, saya belajar tentang:


1. perlakuan beradab dalam persahabatan
2. kepentingan adab dalam persahabatan
3. perbezaan perlakuan beradab dengan tidak beradab dalam persahabatan
4. batasan adab dalam persahabatan
5. perasaan apabila dapat menjalinkan persahabatan yang beradab
6. amalan hidup beradab dalam menjalinkan persahabatan pelbagai kaum

Setiap orang yang hidup di dunia ini memerlukan sahabat. Sahabat diperlukan pada setiap masa tidak
kira saat susah atau senang, gembira atau sedih. Persahabatan pada hakikatnya merupakan satu
anugerah daripada Tuhan kepada manusia yang sentiasa memerlukan teman dalam hidupnya.

Sahabat yang setia dapat


a) membantu kita apabila berada dalam kesusahan.
b) Sahabat juga dapat mengurangkan kesedihan dan kebimbangan yang kita alami.
c) Walaupun tidak ada hubungan kekeluargaan, sahabat berupaya mewujudkan
hubungan yang mirip dengan hubungan persaudaraan

Rakan pula ialah


a) individu yang dapat berkongsi minat, matlamat dan kerjaya dalam sesebuah kumpulan seperti
persatuan, kelab dan pertubuhan.
b) individu yang dapat mewujudkan kerjasama pada saat yang diperlukan.

Kenalan ialah individu yang


a) pernah berinteraksi dengan kita tetapi kita tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan
sebenarnya.
b) Kadangkala kenalan wujud sebagai hiburan dan pada masa yang sama
c) boleh memberikan kebaikan melalui perkongsian pendapat dan penyelesaian masalah.

Tidak kira siapa pun kita, beradab dalam persahabatan perlu diutamakan untuk membina dan
mengekalkan hubungan tersebut.
Yang berikut ialah beberapa contoh perlakuan beradab dalam persahabatan.

CONTOH PERLAKUAN BERADAB DALAM PERSAHABATAN


Menjaga keaiban sahabat Tidak membocorkan rahsia
Ikhlas Memberikan tunjuk ajar dalam pelajaran
Saling menghormati Tidak mengejek sahabat
Bertoleransi Tidak menengking ketika bercakap
Memberikan sokongan Menasihati ke arah kebaikan

Adab dalam persahabatan mampu melahirkan perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan
saling mempercayai. Rajah di bawah menunjukkan kepentingan adab dalam persahabatan

KEPENTINGAN ADAB DALAM PERSAHABATAN


a) Mengelakkan perselisihan faham dan Tidak membuat sesuatu yang boleh melukakan hati
pertelingkahan. sahabat.
b) Menjaga hati dan perasaan sahabat. Bercakap dengan sopan dan berhemah dengan sahabat
c) Mempererat hubungan persahabatan. Menziarahi sahabat yang sakit.
d) Menimbulkan kepercayaan dan Menjaga rahsia dan aib sahabat.
keyakinan kepada sahabat.
e) Meningkatkan kerjasama dan Sentiasa menjaga batas persahabatan
tanggungjawab kepada sahabat.

Sahabat yang beradab ialah sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan
sesuatu daripada kita sebagai sahabatnya,

Sahabat yang tidak beradab boleh mendatangkan keburukan kepada diri kita. Terdapat beberapa
perlakuan yang patut dielakkan dalam persahabatan seperti yang di bawah

CONTOH PERLAKUAN TIDAK BERADAB DALAM PERSAHABATAN

Hubungan persahabatan memerlukan kesanggupan untuk menerima keluhan, pandangan, nasihat


dan teguran. Namun, terdapat juga batasan persahabatan yang perlu dijaga bagi menjamin hubungan
yang berkekalan.

BATASAN DALAM PERSAHABATAN


1. Tidak mencampuri urusan peribadi sahabat.
2. Tidak berprasangka buruk dan mencurigai sahabat.
3. Menjaga batasan pergaulan lelaki dengan perempuan.
4. Tidak menghina kekurangan sahabat
5. Tidak melakukan tindakan yang boleh menyakiti hati sahabat.
6. Tidak menggunakan barang sahabat tanpa kebenaran.

Seorang sahabat perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Seorang sahabat
boleh membahagiakan kita untuk menjalani kehidupan dan membantu kita ketika diperlukan. Kita
perlu mengamalkan dan menghayati nilai seperti kejujuran, kebebasan, toleransi, hemah tinggi dan
saling membantu untuk mengukuhkan persahabatan. Oleh itu, kita perlu bertindak sebagai sahabat
terlebih dahulu untuk mendapatkan persahabatan sejati yang diimpikan.

Anda mungkin juga menyukai