Anda di halaman 1dari 7

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan pengajaran kemahiran berfikir telah diperkenalkan dalam semua mata pelajaran di
Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaanya dalam mata pelajaran pendidikan seni visual
masih kurang diamalkan. Guru misalnya masih tidak begitu cenderung untuk menekankan
aspek membimbing murid menguasai peta pemikiran.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menetapkan enam ciiri utama setiap
murid perlu ada untuk bersaiang pada peringkat global. Berdasarkan keperluan ini salah satu
ciri yang utama ialah kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir yang ditekankan dalam konteks ini
ialah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Kemahiran berfikir adalah keupayaan menggunakan minda bagi menghadapi sesuatu situasi
dan membuat keputusan melalui penaklukan. Kemahiran berfikir terbahagi kepada kepada
kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kritis.

Kerajaan Malaysia telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk membuat satu
program yang dinamakan Program i- Think. Program Peta Pemikiran i- Think bertujuan untuk
melahirkan murid mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikiran aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing. Perlaksanaan program i-think ini
dapat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah
menghasilkan murid berinovatif.

Peta pemikiran i-Think diperkenalkan untuk menggalakkan murid berfikir dan lebih fokus dalam
memahami tajuk yang dipelajari. Peta Pemikiran i-Think adalah alat yang berfungsi seperti
pemikiran visual yang dapat membantu murid dalam memahami dan mengintati kembali topik
atau tajuk yang dipelajari dengan mudah.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual Menengah Atas memberi fokus
kepada perkembangan pemikiran seni visual dalam kalangan murid. Bagi merealisasikan
matlamat yang dihasratkan, murid diberi pengukuhan pengetahuan dan pemahaman terhadap
bidang sejarah dan apresiasi seni visual, seni halus, reka bentuk, seni kraf dan komunikasi
visual melalui eksplorasi maklumat daripada pelbagai sumber serta penerokaan pelbagai media,
teknik dan proses dalam penghasilan karya atau produk seni.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kementerian Pendidikan Malaysia (2011), Perlaksanaan program i-think di sekolah – sekolah


seluruh Malaysia bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid yang berinovatif pada masa hadapan.

Mata pelajaran Pendidikan seni visual adalah mata pelajaran elektif bagi murid tingkatan 4 dan
tingkatan 5. Murid – murid ini perlu mengambil mata pelajaran ini sejak tingkatan 4 lagi.
Terdapat 4 tajuk utama yang di bahagikan kepada 25 tajuk – tajuk kecil. Bentuk soalan bagi
kertas 1 (Teori Pendidikan Seni Visual ) ini adalah berbentuk objektif. Di sini murid akan di nilai
pengetahuan dan kefahaman. Terdapat 50 soalan aneka pilihan. Masa yang diperuntukkan
untuk menjawab kertas 1 adalah selama 1 jam 15 minit. Manakala markah penuh bagi kertas 1
ialah 50 markah.

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap sikap
dan pencapaian murid tingkatan empat pendidikan seni visual. Peta pemikiran i-Think ini dapat
memudahkan murid untuk mengingati setiap fakta-fakta yang dipelajari dengan lebih baik dan
mudah. Selain itu penguasaan murid terhadap tajuk yang dipelajari dapat meningkatkan
prestasi pencapaian murid.
1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan seni visual selalunya di labelkan sebagai mata pelajaran yang tidak penting oleh
murid-murid, ibu bapa mahupun pihak sekolah sendiri. Kebanyakan murid-murid yang
mengambil pendidikan seni visual bagi penilaian SPM merupakan murid kelas belakang. Seperti
yang diketahui murid-murid ini amat lemah dalam penguasaan teori. Penggunaan peta
pemikiran i- Think dapat membantu murid mengingati fakta-fakta dan aspek-aspek penting
yang agak sukar.

Berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan, di dapati murid -murid tingkatan empat ini
sangat rendah. Untuk mencapai paratus lulus amat sukar apabila murid tidak mengingati fakta-
fakta dan aspek – aspek penting dalam silibus pendidikan seni visual. Kebanyakan murid hanya
menggunakan teknik membaca dan menghafal yang kurang memberi impak dalam membantu
mutid mengigati fakta-fakta penting. Peta pemikiran i-Think digunakan bagi membantu
meningkatkan lagi pencapaian murid di dalam mata pelajaran Pendidikan seni visual.

Menurut Abd. Azizi Abd. Talib (2007), teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang
berpandukan buku teks, buku latihan topikal dan nota pensyarah masih menjadi amalan. Ini
menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping membuatkan pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran.

1.5 Objektif kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan peta pemikiran i-Think
terhadap sikap dan pencapaian murid tingkatan empat pendidikan seni visual di sebuah sekolah
daerah kudat. Objektif kajian secara khusus adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kesan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap sikap murid
tingkatan empat pendidikan seni visual.
2. Mengenal pasti tahap pencapaian pendidkan seni visual murid tingkatan empat dalam
pendidikan seni visual.
3. Mengenal pasti perbezaan kesan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap sikap
murid tingkatan empat pendidikan seni visual berdasarkan jantina.
4. Mengenalpasti perbezaan kesan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap sikap dan
pencapaian murid terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual .
5. Mengenal pasti pengaruh penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap sikap dan
pencapaian murid terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual .

1.6 Persoalan Kajian


Di dalam kajian ini persoalan kajian yang diutarakan adalah :
1. Apakah kesan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think terhadap sikap murid
tingakatan empat pendidikan seni visual?
2. Apakah tahap pencapaian pendidikan seni visual murid tingkatan empat di sekolah
dalam daerah kudat?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kesan penggunaan peta
pemikiran i-Think terhadap sikap murid berdasarkan jantina?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kesan penggunaan peta pemikiran i-Think
dengan pencapaian pendidikan seni visual?

5. Adakah terdapat pengaruh min skor kesan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think
dengan sikap dan pencapaian murid tingkatan empat dalam pendidikan seni visual
sekolah menengah di daerah Kudat?

1.7 Hipotesis Kajian


Berdasarkan objektif kajian, berikut merupakan senarai hipotesis nol bagi kajian penyelidikan ini

Ho1 Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam skor min kesan sikap murid
berasaskan jantina.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan pencapaian pendidikan seni visual dengan
kesan pengguan peta pemikiran i-Think.
Ho3 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan dalam min skor kesan penggunaan kaedah
peta pemikiran i-Think terhadap sikap dan pencapaian murid tingkatan empat dalam
pendidikan seni visual sekolah menengah di daerah Kudat.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana dapat memberikan satu pendekatan baru kepada guru Pendidikan
Seni Visual tentang kepentingan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi melihat kesan
penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap sikap dan pencapaian murid tingkatan empat
dalam pendidikan seni visual sekolah menengah di daerah Kudat.

1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Peta pemikiran i-Think

I-Think membawa maksud innovative Thinking (Pemikiran Inovatif). Penggunaan peta


pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu teknik pengajaran
yang diperkenalkan untuk menggalakkan pelajar berfikir dan lebih fokus dalam memahami tajuk
yang dipelajari (Hyerle & Yeager, 2007).

1.9.2 Sikap

Crow dan Crow (1963) telah memberikan pengertian terhadap sikap sebagai hasil sampingan
yang menjelaskan pengalaman individu yang mempunya asasnya pada desakan dalaman, tabiat
yang dipelajari dan pengaruh alam sekitar yang mengelilinginya. Sikap adalah sebahagian
daripada personality individu itu sendiri tetapi dipengaruhi oleh sikap dan tingkahlaku kumpulan
atau beberapa kumpulan yang ada hubungan dengannya. Sikap memainkan peranan yang
penting kepada individu dan ia bertindakbalas sebagai akibat kepada tingkahlaku. Sikap juga
merupakan perkara peribadi dan ia berkaitan dengan perasaan dan ia berhubung dengan
pengalaman individu.
1.9.2 Pencapaian

Menurut Kamus Dewan Bahasa pencapaian ialah sesuatu yang dicapai; sesuatu yang telah
berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan : ~ murid – murid meningkatkan pada
tahun ini. Pencapaian akademik membawa maksud tahap pencapaian yang diperoleh oleh
setiap individu berdasarkan bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah
ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan
individu berkenaan aspek pendidikan dan kelayakan.

1.9.4 Pendidikan Seni Visual

Srisa-an dan Oey (2005), Pendidikan Seni Visual merangkumi aspek perkaryaan yang
dihubungkan dengan disiplin seni halus dan perekaan meliputi bidang – bidang komunikasi
visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Kepentingan mata pelajaran seni
telah dinyatakan dalam matlamat Pendidikan Seni Sekolah Menengah yang antara lain
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya, khususnya yang kreatif,
berpengatahuan seni dan peka terhadap ciri – ciri estetik (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1998)

1.10 Rumusan

Sikap dan pencapaian murid memainkan peranan yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap murid yang positif dapat membantu
mereka dalam meningkatkan pencapaian di dalam akademik. Setiap murid mempunyai
sikap dan pencapaian yang berbeza. Kesan penggunaan peta pemikiran i-Think semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid tingkatan
empat dalam mata pelajaran pendidikan seni visual.

Anda mungkin juga menyukai