Analisis Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian
Analisis Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian
3. S - Select Media, Methods Dalam sesuatu pengajaran, perlu adanya media, kaedah dan bahan yang digunakan.
and Materials (Pemilihan Penggunaan bahan ini dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Oleh itu, pemilihan
Media, Kaedah dan kaedah, media dan bahan adalah penting bagi meningkatkan tahap pembelajaran murid.
Bahan) Guru memainkan peranan yang sangat penting bagi pemilihan media yang sesuai untuk
murid, kaedah pengajaran yang tepat juga dapat mengelakkan murid bosan ketika guru
sedang mengajar.
Guru harus menyediakan media yang bersesuaian dengan objektif pengajaran.
Contoh dalam RPH, kami menggunakan komputer untuk memaparkan video. Selain itu,
terdapat juga bahan maujud yang digunakan seperti gambar-gambar dan kad imbasan.
Penggunaan speaker adalah untuk memaparkan video supaya dapat menarik perhatian
murid dan penglibatan murid secara aktif.
4. U - Utilize Media and Setelah pemilihan dilakukan, guru perlu untuk mengetahui bila dan bagaimana media dan
Materials (Penggunaan bahan tersebut dapat digunakan oleh guru dan murid di dalam kelas.
Media dan Bahan) Penggunaan media dan bahan merupakan proses yang paling penting kerana ianya
menjadi penentuan kepada keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan sepenuhnya media ini secara bermakna oleh guru dapat memberikan
motivasi kepada murid untuk turut melibatkan diri dalam P&P. Jika guru hanya memilih
media dan bahan tanpa memanfaatkan penggunaannya adalah suatu yang sia-sia dan
merugikan.
Penggunaan media bahan juga perlu dilakukan dengan sesuai mengikut masa yang
ditetapkan agar P&P berjalan lancar tanpa mengambil waktu atau masa yang lain. Kaedah
atau strategi yang diletakkan dalam RPH perlu dinyatakan. Contohnya, penggunaan
gambar dan kad imbasan sebagai bahan maujud yang dinyatakan atau diajar sebagai isi
pelajaran, hendaklah digunakan pada waktu itu juga.
Melalui RPH yang disediakan, guru seharusnya mengikuti semua perancangan yang telah
ditetapkan agar penggunaan media dan kaedah berjalan seperti yang dirancangkan.
5. R - Require Learner Pembelajaran berpusatkan murid amat digalakkan digunakan dalam P&P. Ini kerana bagi
Participation (Penglibatan melibatkan diri murid secara aktif semasa P&P berlangsung.
Murid dalam Dalam RPH kami, cara paling mudah untuk memperoleh maklum balas murid adalah
Pembelajaran) dengan menanyakan soalan kepada murid mengenai topik yang dipelajari. Contoh soalan
yang boleh ditanya kepada murid-murid ialah apakah topik yang telah kita belajar pada
hari ini? Siapakah nama tokoh Negara?.
Penglibatan murid dalam P&P harus diadakan bagi melihat keberkesanan pengajaran
guru pada hari tersebut. Jika murid memberikan respon yang baik, maka ini menunjukkan
apa yang ingin disampaikan oleh guru berjaya difahami oleh murid.
6. E - Evaluation/Review Sebelum menamatkan sesi P&P, guru perlu menilai dan menyemak semula bahan yang
(Penilaian/Semak Semula telah digunakan. Contohnya, guru dapat menilai melalui segala hasil pengajarannya
Bahan) selepas kelas iaitu adakah hasilnya tercapai atau tidak. Bagi menilai tahap kefahaman
murid, guru boleh memberikan soalan kepada murid seperti soalan pemahaman
berdasarkan petikan.
Latihan pengukuhan juga boleh diberikan kepada murid sebagai lembaran kerja tambahan
untuk melihat sejauh mana kefahaman murid akan topik yang dipelajari.
Dalam RPH kami, guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai latihan
pengukuhan bagi topik pada hari tersebut.