Anda di halaman 1dari 11

HSA3043 - ASIA TENGGARA ABAD KE-20 PERKEMBANGAN PENTING MASYARAKAT

DI ASIA TENGGARA DALAM TEMPOH ANTARA DUA PERANG DUNIA 1918-1940.

NAMA : MOHD NORMUSLIM BIN MAT RIPIN

NO MATRIK :D20141067656

SEMESTER: 5

KUMPULAN: A

NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

Jabatan Sejarah dan Arkeologi

Fakulti Sains Kemanusiaan


PERKEMBANGAN PENTING MASYARAKAT DI ASIA TENGGARA DALAM TEMPOH
ANTARA DUA PERANG DUNIA 1918-1940.

MOHD NORMUSLIM BIN MAT RIPIN

D20141067656

1.0 PENGENALAN

Asia Tenggara atau disebut juga “Southeast Asia” atau “Shouth-East Asia”
merupakan sebutan bangsa-bangsa barat terhadap Asia Tenggara. Asia Tenggara terdiri
daripada Semenanjung Indo-China, dan gugusan-gugusan pulau-pulau Indonesia dan
Filipina. Menurut D.G.E. Hall, istilah Asia Tenggara 1 mula digunakan dengan luasnya
dalam masa Perang Dunia Kedua dulu untuk meliputi negeri-negeri di sebelah timur
tanah besar Asia, yang terdiri daripada Semenanjung Indo-China, dan gugusan-gugusan
pulau-pulau Indonesia dan Filipina. Kawasan Asia Tenggara terkenal di kalangan
bangsa-bangsa Eropah sebagai kawasan yang memiliki kekayaan sumber daya alam
yang melimpah dan berpengaruh besar, di mana bangsa Eropah kini begitu menaruh
perhatian akan perkembangan negara-negara di kawasan Asia Tenggara yang mulai
berkembang pesat dan menakutkan bila perkembangan yang pesat itu terjadi.

Bangsa Eropah pertama kali sampai di Asia Tenggara pada abad ke-16. Minat
terhadap bidang perdaganganlah yang secara umumnya membawa bangsa Eropah ke
Asia Tenggara, sementara para golongan agama turut serta dalam kapal-kapal dagang
dengan harapan untuk menyebarkan agama Kristian ke wilayah ini. Portugis adalah
kekuatan Eropah pertama yang membuka jalan perdagangan yang sangat
menguntungkan ke Asia Tenggara tersebut, dengan cara menakluki Empayar
Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kemudian Belanda dan Sepanyol mengikut
langkah dan berjaya mengatasi Portugis sebagai kuasa Eropah utama di wilayah Asia
Tenggara. Belanda mengambil-alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641, sedangkan
Sepanyol mula mengkolonisasi Filipina (sesuai nama raja Phillip II dari Sepanyol) sejak
tahun 1560-an. Perserikatan Perusahaan Hindia Timur yang bertindak atas nama
Belanda, mendirikan kota Batavia (sekarang Jakarta) sebagai pusat perdagangan dan
memperluaskan kuasa ke daerah-daerah lainnya di Pulau Jawa, serta wilayah
sekitarnya.

Tahun 1913, Inggeris telah berhasil menduduki Burma, Malaya dan wilayah-wilayah
Borneo, Perancis menguasai Indocina, Belanda memerintah Hindia Belanda, Amerika
Serikat mengambil Filipina dari Sepanyol, sementara Portugis telah berjaya memiliki

1 D.G.E Hall (1987) Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 3

1
Timor Timur. Penguasaan kolonial memberikan kesan yang nyata terhadap Asia
Tenggara. Mereka telah memperoleh keuntungan yang besar dari sumber alam di Asia
Tenggara, akan tetapi mereka juga mengembangkan wilayah ini dengan tahap
pengembangan yang berbeza-beza. Perdagangan hasil pertanian, percukaian dan
ekonomi berasas eksport berkembang dengan cepat pada zaman ini. Peningkatan
permintaan tenaga kerja menghasilkan imigrasi besar-besaran, terutama dari India dan
Cina, sehingga terjadilah perubahan demografi yang cukup besar.

2.0 KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

2.1 PERANG DUNIA PERTAMA (TAHUN 1914-1918)

Perang Dunia I atau Perang Dunia Pertama, disingkat PD I, dan istilah-istilah dalam
bahasa Inggris lainnya : "Great War" 2, "War of the Nations", dan "War to End All Wars"
(Perang untuk Mengakhiri Semua Perang) adalah sebuah konflik dunia yang
berlangsung dari 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918, yang berawal dari
Semenanjung Balkan. Perang Dunia I bermula setelah Putera Franz Ferdinand dari
Austria-Hungaria (sekarang Austria) beserta isterinya, dibunuh di Sarajevo, Bosnia, oleh
anggota pengganas Serbia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntut oleh
Serbia, salah satu negara kecil di Semenanjung Balkan, dimana pembunuhan tersebut
telah direncanakan sebelumnya. Austria-Hungaria3 dengan bantuan Jerman,
melancarkan perang terhadap Serbia. Konflik yang melibatkan jumlah tentara yang
besar dan jumlah korban yang ramai tidak pernah terjadi.

Austria-Hungaria menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat persediaan


untuk membantu Serbia dan diserang oleh Jerman. Perancis pun turut membantu Rusia
dan diserang oleh Jerman. Untuk tiba di Paris dengan secepat mungkin, tentara Jerman
menyerang Belgium, dan kemudian Britania. Pada awalnya, Jerman ingin menang
menang peperangan tersebut, akan tetapi Perancis, Britania, serta Rusia terus
menyerang. Jerman, Austria-Hungaria, dan sekutunya disebut "Blok Sentral", dan
negara-negara yang menentang mereka disebut "Blok Sekutu".
Sewaktu peperangan berterusan, negara lain pun turut campur tangan. Hampir
semuanya memihak kepada Blok Sekutu.Pada tahun 1915, Italia bergabung dengan
Sekutu kerana ingin menguasai tanah Austria dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat
memasuki peperangan, dan memihak kepada Blok Sekutu.

Kemudian, semakin banyak tentera Amerika Syarikat yang baru tiba dan terus
bergabung dengan Sekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat

2 Adam Hochschild (2011) To End All Wars: A Story of Loyalty and Rebellion, 1914-1918, Houton
Mifflin Harcout, hlm xv
3 ibid

2
membantu menghalau serangan Jerman terakhir di barat. Jerman pun menandatangani
perjanjian gencatan senjata pada 11 November 1918.

2.2 PERANG DUNIA KEDUA (TAHUN 1941-1945)

Perang Dunia Kedua (atau Perang Dunia Ke-2) ialah peperangan yang paling
meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.
Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia, dengan pertempuran di
beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta
nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan
negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China)
serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan
pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di
sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Di Asia, Jepun sebagai kuasa besar telah melancarkan perang untuk memenuhi dasar
imperialismenya bermula dari Disember 1941. 4 Hal ini adalah kerana Jepun melihat
rantau Asia Tenggara adalah sebuah rantau boleh membawa kembali kekuasaannya
yang sedang jatuh dan melihat Asia Tenggara sebagai penyelamat mereka.5

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan
peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam
Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara
operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki 6.
Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri,
kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama,
dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia.
Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar
pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat
selama-lamanya.

Perang Dunia II akhirnya dimenangkan pihak Sekutu pada tahun 1945. Sesuai
perang, kedua belah pihak melaksanakan perjanjian perjanjian untuk mengakhirinya.
Perang Dunia II mencatat kerugian besar bagi Negara-negara di Eropah, Asia Pasifik,

4 Nicholas Tarling (1992) The Cambrigde History Of Southeast Asia Volume Two Part Two From
World War II To The Present, Cambrigde University Press. Hlm 1
5 Nicholas Tarling (1998) Britain, Southeast Asia And Onset On The Cold War 1945-1950, Cambrigde
University Press. Hlm 4
6 Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2014) Raksa Raya Malaysia, Institusi & Terjemahan Buku
Malaysia Berhad Hlm 56

3
dan tempat tempat lain. Perang Dunia telah mengubah peta kehidupan dunia, seperti
politik, ekonomi, dan sosial.

3.0 PERKEMBANGAN MASYARAKAT ASIA TENGGARA DARI TAHUN 1918 SEHINGGA


TAHUN 1940.

Tahun 1918 sehingga tahun 1940 adalah tempoh selama 22 tahun antara dua
Perang Dunia. Pada tahun 1918 adalah selepas Perang Dunia yang mana menyaksikan
Jerman yang mempunyai kekuatan yang hebat dalam peperangan tersebut dan
mempunyai kemungkinan untuk menang telah menandatangani satu perjanjian gencatan
senjata pada 11 November 1918. Hal ini telah menandakan tamat nya perang dunia
pertama di Eropah.

Namun berlainan pula kisahnya di Asia Tenggara, dengan setiap negara di asia
tenggara di takluk oleh kuasa-kuasa besar Eropah. Mereka masih lagi di bawah
penguasaan kuasa-kuasa besar Eropah. British menguasai kebanyakan negara dan
wilayah di Asia Tenggara, Perancis menguasai Indocina iaitu Vietnam, Kemboja dan
Laos, Belanda pula menguasai Indonesia. Amerika pula telah berjaya merampas Filipina
dari Sepanyol. Hal ini adalah kerana Asia Tenggara adalah sebuah rantau yang
mempunyai kepentingan yang besar kepentingan kepada kebanyakan Negara di dunia.7
Masyarakat Asia Tenggara pada awal nya masih belum berkembang dari segi politik,
sosial dan ekonomi. Namun dengan usaha yang di lakukan oleh kuasa Eropah.
Perkembangan masyarakat Asia Tenggara dari aspek ekonomi, sosial dan politik.

Sejak tercetusnya Perang Dunia Pertama, semua Negara di Asia Tenggara kecuali
Thailand berada di bawah pemerintahan Barat. 8 Sebahagian besar wilayah di Asia
Tenggara telah diperolehi oleh kuasa-kuasa barat dalam abad kesembilan belas.
Perancis merupakan salah satu kuasa barat yang telah menakluk kawasan di Asia
Tenggara. Perancis ini telah memperluaskan kawasan jajahan mereka yang dilakukan
secara langsung atau tidak langsung, ke atas Cochin China pada tahun 1862, Tongking
pada tahun 1873, Annam pada tahun 1883, Laos pada tahun 1893, dan Battambang dan
Siem Reap pada tahun 1904. Menurut Vattana Pholsena, kehadiran Perancis di rantau
Asia Tenggara dari abad ke-19 ini didorong oleh faktor kepentingan ekonomi dan
persaingan komersial dengan Britain. Penjajahan ekonomi merupakan perangsang
utama terhadap perluasan jajahan takluk Eropah ke atas negeri-negeri dan kepulauan-
kepulauan Asia Tenggara.

7 Donald E.Weatherbee (2009) Second Edition International Relations In Southeast Asia The
Struggle For Autonomy. Rowman & Littlefield Publisher , INC. hlm 4
8 D.R. SarDesai. 2013. Southeast Asia Past And Present. Los Angeles: University of California. hlm
125.

4
Keinginan benua Eropah untuk mendapatkan pasaran dan hasil keluaran tropika
telah wujud melalui beberapa peringkat perkembangan yang nyata antara tahun 1500
dan tahun 1900. Yang paling nyata sekali berlaku semasa dengan revolusi dalam
kehidupan manusia telah dimulakan dengan adanya keretapi, kapal wap taligraf letrik
serta diperhebatkan lagi oleh motokar, kapal terbang dan wireless. Perusahaan Eropah
menjadi lebih lagi bergantung kepada hasil-hasil keluaran yang dapat dikeluarkan
dengan banyaknya oleh Asia Tenggara seperti minyak, getah dan bermacam jenis
logam, sementara penduduk-penduduk Eropah yang bertambah menyebabkan lebih
banyak permintaan untuk beras, kopi, teh dan gula dari kawasan ini.

Sehubungan dengan itu, sistem ekonomi masyarakat Asia Tenggara pada abad ke
20 semakin berkembang. Hal ini ini dapat dibuktikan ketika Burma berada di bawah
jajahan takluk British. Pembukaan terusan suez telah menyebabkan penanaman telah
berkembang dengan lebih cepat. 15 tahun kemudian, tidak kurang dari sejuta ekar tanah
telah ditanam padi dan perkembangan ini terus berlaku sehingga keadaan meleset dunia
yang penting dalam tahun I930, didapati keluasan untuk kedua-dua bahagian Utara dan
Selatan Burma telah naik kepada 12, 370,000 ekar. Keluasan ini ialah perkembangan
yang paling penting dalam sejarah ekonominya. Di akhir abad, Burma telah
mengekspotkan 2 juta tan beras; hingga tahun I940 jumlah pengeluaran ialah 4.94 juta
tan. Hal ini telah dapat membuktikan berlaku pekembangan ekonomi dalam masyarakat
di Burma dalam tahun 1918 hingga 1940.

Pada permuIaan abad kedua puluhan orang India telah datang ke Burma 9 pada
kadar 250,000 orang setahun. Bilangan bertambah pada tiap-tiap tahun sehingga dalam
tahun 1927 telah meningkat kepada angka puncak seramai 480,000 orang.
Kebanyakannya mereka datang hanya untuk pekerjaan bermusim di ladang-Iadang dan
pulang selepas musim tersebut, ataupun tinggal hingga selama setahun atau dua tahun
sahaja. Tetapi ramai juga yang menetap yang menunjukkan tiap-tiap banci bilangannya
bertambah dalam perbandingan antara kaum India dengan penduduk-penduduk
keseluruhannya.

Di Indocina pula, Perancis10 mempunyai dua pusat penanaman padi iaitu Sungai
Merah di Tongking dan Sungai Mekong di-China. Sebelum kedatangan Perancis,
pembahagaian harta tanah adalah tidak sama rata. Pada tahun 1930, ketika berlaku
kemelesetan ekonomi dunia ramai pemilik tanah yang besar menjadi beku hingga tiada
pembahagian semula tanah kepada orang yang memerlukan. Sistem “Credit Populaire”

9 M.C.Ricklefs…[Et Al] (2010) A New History Of Southeast Asia, Palgrave Macmillan. Hlm 478
10 ibid

5
telah ditubuhkan dalm tahun 1926 dan diatur semula pada tahun 1933 di bawah nama
Credit Mutual Agricole. Badan ini memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat kerjasama
pertanian dan bukan sahaja dalam sektor padi tetapi dalam sektor pertanian tanaman
lain juga. Perlombongan juga telah mula menarik perhatian modal Perancis. Perancis
telah cuba untuk meninggikan taraf hidup masyarakat Indocina dengan cara membawa
masuk sektor ekonomi yang lebih menguntungkan berbanding sektor ekonomi
tradisional.

Belanda pula adalah sebagai kuasa Eropah yang menguasai Indonesia pada tahun
1918 iaitu tahun selepas Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1912 Tanah Jawa telah
mempunyai 12,000 buah bank-bank padi dan 1,161 buah bank-bank kampung dan
syarikat kerjasama kampong dijalankan oleh ketua-ketua kampong di bawah
pengawasan pegawai. Selepas Aceh di takluk, perigi-perigi minyak di pantai timur-laut
telah diusahakan dan hingga tahun 1940, Sumatera telah mengeluarkan sebanyak 5 juta
tan minyak mentah setahun. Bijih-bijih timah yang banyak di kepulauan Banka dan
Belitong menarik kedatangan pekerja-pekerja China dan menjelang tahun 1940
lombong-lombong itu dapat mengeluarkan 44,000 tan bijih setahun. Bauksit pula
dikeluarkan dari Pulau Riau dan hingga tahun 1938 sebanyak 275,000 tan telah
dikeluarkan tiap-tiap tahun. Samarinda pula adalah lombong minyak terbesar di
Indonesia. Emas, suasa, besi dan minyak petrol telah di jumpai di Sulawesi tetapi
sebelum Perang Dunia Kedua tidak dapat dikerjakan secara meluas.11

Sistem ekonomi di Tanah Melayu pula semakin meningkat dibawah penguasaan


British. Tanah Melayu telah berkembang dan banyak mengalami perkembangan melalui
sektor ekonomi yang di bawa masuk oleh British. Antara sektor ekonomi yang terdapat
dan berkembang di tanah melayu ialah pertanian, perlombongan, perusahaan,
perniagaan dan juga pelaburan dari pelabur-pelabur luar. Perusahaan, perlombongan
dan pertanian seperti getah dan bijih timah telah menyebabkan kemasukan imigran dari
negara luar untuk bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu. Masyarakat Asia Tenggara
dalam tahun 1918 hingga tahun 1940 telah banyak mengalami perkembangan dalam
aspek ekonomi yang dibantu dan diubah oleh kuasa-kuasa besar Eropah selepas zaman
Perang Dunia Pertama.12

Keadaan politik dan sosial masyarakat Asia Tenggara pada ketika itu turut
berkembang dan berubah. Sistem pemerintahan tradisional yang melebihkan kuasa raja
dalam semua hal telah diubah dan ganti dengan sistem pemerintahan demokrasi yang
dipimpin oleh kuasa-kuasa barat. Burma dibawah naungan British telah dimasukan

11 D.G.E Hall (1987) Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 962-977
12 Ibid, hlm 967-977

6
kedalam jajahan takluk India. Hal ini adalah kesilapan besar british sebelum Perang
Dunia Kedua berlaku iaitu sekitar tahun 1886. Pada tahun 1909 pembaharuan-
pembaharuan Minto-Morley dalam kerajaan india telah menambahkan tanggungjawab
majlis Mesyuarat Undangan. Namun mempunyai beberapa masalah, namun British
sebenarnya telah melaksanakan sistem berparlimen menerusi Rubicon. Perubahan ini
adalah disebabkan tekanan Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1921 pula parlimen
memutuskan untuk meluaskan ke Burma berperlembagaan Dyarchy seperti yang
diperkenalkan ke beberapa wilayah India yang lain oleh Rang Undang-undang Kerajaan
India Tahun 1919. Hal ini menjelaskan Burma mula menjadi sebuah negara yang
mengguna pakai sistem pemerintahan demokrasi, yang mana rakyatnya perlu mengundi
untuk memilih pemimpin. Kemudian muncul pula pejuang-pejuang politik seperti
Kesatuan Penuntut dalam tahun 1937 hingga tahun 1939. Pejuang-pejuang politik
adalah untuk menentang Inggeris.

Menjelang tahun 1900, Belanda beranggapan bahawa faham liberal terhadap hal
ehwal tanah jajahan tidak sesuai lagi. Anggota-anggota Sosialis yang pertama pada
masa ini telah memasuki Parlimen Belanda dengan lantangnya telah mengisytiharkan
dasar “Kerajaan Hindia Timur untuk Hindia Timur” supaya membuka mata mereka untuk
mencapai kerajaan sendiri. Pergerakan penduduk tempatan telah berluma dengan
munculnya raden Adjeng Kartini, Puteri Pemangku Raja Japara dalam Tahun 1900.13

Fahaman sosialis telah muncul bukan sahaja dikalangan orang Indonesia tetapi juga
dikalangan orang Indo atau Serani Belanda.14 Pemberontakan Rusia pada tahun 1917
mempunyai kesan-kesan yang serta merta terhadap suasana keadaan di negeri Jawa.
Ketika Persidangan kebangsaan dalam bulan Oktober 1917 di Betawi. Perjuangan politik
di Indonesia semakin rancak dalam tempoh tahun 1914 hingga tahun 1940. Pendidikan
di Indonesia juga telah berkembang melalui langkah tegas yang di ambil oleh Belanda di
bawah “Arahan Baru”15.

Perancis pula membawa sistem politik di indo-china khususnya di Vietnam juga telah
mencetuskan gerakan nasinalis di bawah pimpinan cerdik pandai sejak tahun 1920-an.
Walau bagaimanapun, gerakan ini bukanlah dalam bentuk yang besar tetapi hanya
secara sederhana. Menurut Gibert Khoo (1976), pendidikan Perancis telah
menghasilkan satu golongan kaum nasionalis yang baru. Mereka ini mahir dalam
pendapat-pendapat politik Vietnam dan Barat. Orang-orang Vietnam yang mendapat
didikan Perancis ini melihat bahawa pemodenan negeri merupakan langkah yang perlu

13 D.G.E Hall (1987) Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 914
14 Nicholas Tarling (1998) Nation And States In Southeast Asia, Cambridge University Press. hlm 8-9
15 D.G.E Hall (1987) Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 922

7
ke arah memperoleh semula kemerdekaan Vietnam. Dalam tahun-tahun 1910an mereka
itu baru sedar bahawa pemodenan bererti pembaratan sedangkan perkara ini sudah
diinsafi oleh Mongkut dan Chulalongkorn sejak abad kesembilan belas lagi.

Sejak Perancis mengenakan kekuasaannya terhadap negeri-negeri Indo-China,


tentangan kaum nasionalis memang ada. Pada mulanya para pemimpinnya terdiri dari
kalangan bangsawan ataupun mandarin-mandarin yang berpangkat tinggi. Tujuan
mereka ialah untuk mengalahkan Perancis dan memulihkan sisitem Vietnam yang turun-
temurun ini berjalan terus hingga tahun 1917. Perasaan-perasaan anti-Perancis dari
tahun 1917 dan seterusnya diarahkan matlamat yang berlainan pula. Perasaan ini ini
dipimpin oleh nasionalis Vietnam yang berlainan golongan pula. Terdapat banyak
pertubuhan dan parti dibentuk bagi menentang pemerintahan Perancis, antaranya
Pergerakan Kebangsaan (1917-1927), Parti Perlembagaan (1923), Parti Kemajuan
Rakyat Vietnam (1926), Pertubuhan Cao Dai (1926), Parti Kebangsaan Viet Nam (1927),
Parti Komunis Indo-China (PKI) (1930) dan Pimpinan Maharaja Bao Dai (1932).
Kemudian pendudukan Jepun berlaku di Vietnam pada tahun 1939.16

Selain daripada kuasa besar seperti British, Belanda dan Perancis, Amerika Syarikat
juga salah satu kuasa besar yang menguasai Asia Tenggara. Amerika Syarikat telah
menguasai Filipina. Sungguh pun dasar yang terlalu liberal dijalankan oleh Amerika jauh
berbeza dengan Sepanyol ugutan orang yang semangat kebangsaan untuk
kemerdekaan menjadi terlalu kuat sehingga kerajaan terpaksa meluluskan satu Undang-
Undang “perderhakaan” supaya mengelakkan tuntutan kemerdekaan dan menggunakan
Bendera Filipina. Parti Federal yang moderate bertujuan ingin bergabung dengan
Amerika, susah mendapat sebarang sokongan dan pilihanraya yang pertama pengundi-
pengundi terhad kepada mereka-mereka yang hanya mempunyai kelayakan harta dan
bahasa yakni boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan Sepanyol, yang menyebabkan
kemenangan penuh bagi Parti Nasionalista, yang telah menjadikan kemerdekaan
sebagai matlamat perjuangannya.

Perkembangan pelajaran ialah kejayaan Amerika yang terbesar sekali di Filipina. 17


Memang tepat dikatakan, manakala bangunan gereja dan majlis ugama ialah alat utama
untuk mengembangkan kebudayaan Sepanyol, untuk perkembangan kebudayaan
Amerika pula ialah bangunan sekolah dan guru dan boleh juga ditambah lagi, kemajuan
sosial yang dicapai dalam masa berpuluh tahun sahaja melebihi apa yang telah tercapai
dalam masa lebih daripada tiga abad pemerintahan Sepanyol. Untuk melaksanakan

16 Gilbert Khoo.(1976). Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. hlm
165-168
17 D.G.E Hall (1987) Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 944

8
sistem pelajaran yang itu, itu 37 tujuh bahagian telah di bentuk, tiap-tiap satu di bawah
seorang pegawai dan 379 sekolah daerah-daerah, tiap-tiap satu di bawah seorang guru
pengawas. Hingga tahun 1922 terdapat lebih daripada satu juta orang penuntut-penuntut
dalam sekolah-sekolah-sekolah umum dan perbelanjaan untuk pelajaran ialah hamper
setengah daripada keseluruhan belanjawan kerajaan.

Hingga tahun 1939 kebolehan masyarakat menulis dan membaca telah meningkat
daripada 20 kepada 49 peratus. Sistem pelajaran bersendirian juga berkembangan
dengan cepatnya terutamanya di tingkatan yang tinggi. Dalam tahun 1940 sekolah-
sekolah rendah mempunyai seramai 71,000 orang murid dan sekolah menengah
seramai 63,000 orang. Bila Manuel Quezone menjadi ketua majlis kerja dalam kerajaan
Filipina akibat daripada kemenangan Parti Nasionalita dalam pilihanraya bulan
September 1935, beliau telah mengambil tindakan sebagai semboyannya iaitu “Kurang
Politik, Lebih Kerajaan”.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masyarakat Asia Tenggara dalam tempoh antara Perang Dunia iaitu dari
tahun 1918 hingga tahun 1941 telah mengalami perkembangan penting dalam aspek
ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini adalah disebabkan penjajahan kuasa barat di
asia tenggara khususnya di Tanah Melayu, Indonesia, Indo-China dan Filipina. 18
Pembaharuan-pembaharuan telah dilakukan oleh pihak penjajah yang memberi kesan
positif dan negatif kepada masyarakat di Asia Tenggara. Masyarakat asia tenggara dalam
aspek politik mula bangkit menentang penjajah untuk memerintah negara sendiri. Walau
bagaimanapun, kedatangan penjajah barat ini juga telah mewujudkan suasana pendidikan
yang lebih maju.

Secara keseluruhannya, masyarakat di seluruh asia tenggara telah berubah dari segi
ideology dan cara pemikiran yang ingin membina masa depan negara yang lebih teratur
tanpa camputangan kuasa asing. Di saat perkembangan masyarakat ini berlaku, Jepun pula
menimbulkan satu permasalahan baru dalam masyarakat asia tenggara dengan mula
menakluki keseluruhan asia tenggara untuk kepentingan ekonominya.

18 Norman G. Owen … [Et Al] (2005) The Emergence Of Modern Southeast Asia, University Of
Hawaii Press. hlm 90-95

9
5.0 RUJUKAN

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2014) Raksa Raya Malaysia, Institusi & Terjemahan
Buku Malaysia Berhad

D.G.E Hall (1987) Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Donald E.Weatherbee(2009) Second Edition International Relations In Southeast Asia The


Struggle For Autonomy. Rowman & Littlefield Publisher , INC.

D.R Sardesai (2013) Southeast Asia Past And Present, Westview Press.

Gilbert Khoo.(1976). Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500,Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.

M.C.Ricklefs…[Et Al] (2010) A New History Of Southeast Asia, Palgrave Macmillan.

Nicholas Tarling (1998) Britain, Southeast Asia And Onset On The Cold War 1945-1950,
Cambrigde University Press.

Nicholas Tarling (1998) Nation And States In Southeast Asia, Cambridge University Press.

Nicholas Tarling (1992) The Cambrigde History Of Southeast Asia Volume Two Part Two
From World War II To The Present, Cambrigde University Press.

Norman G. Owen … [et al] (2005) The Emergence Of Modern Southeast Asia, University Of
Hawaii Press.

10

Anda mungkin juga menyukai