Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM

BACHELOR OF TEACHING ( PRIMARY EDUCATON )WITH HONOURS

SEMESTER
SEPTEMBER

TAHUN
2018

KOD KURSUS
MPU3223

TAJUK KURSUS
PENULISAN REFLEKTIF
Untuk semester ini, saya telah didedahkan dengan subjek Keusahawanan . Ianya satu subjek yang
agak asing pada saya memandangkan saya tidak terlibat langsung dengan bidang keusahawanan.
Tetapi, apabila mula diperkenalkan dengan subjek ini, saya agak teruja kerana saya dapat
mempelajari sesuatu yang baru tentang keusahawanan disamping mempelajari cara mengurus
kewangan dengan baik.

Sepanjang mempelajari subjek ini, saya juga telah didedahkan tentang ciri-ciri yang perlu ada
sebagai seorang usahawan. Subjek ini juga memberi pengetahuan tentang francais, pemilikan
perniagaan, cara merancang kewangan dan juga membuat pelaburan.

Saya mula merasai pentingnya mempelajari subjek ini kerana saya dapat belajar tentang cara untuk
mengembangkan pelaburan dan membuat perancangan untuk situasi yang tidak terduga, seperti
mengambil insurans.

Dari kursus ini, dapat saya pelajari bahawa untuk mencari maklumat, kita tidak seharusnya
bergantung kepada modul yang diberikan sahaja. Tambahan pula, modul yang diberikan dalam
Bahasa Inggeris, jadi agak sukar untuk memahaminya jika saya belajar sendiri. Untuk itu, saya telah
mengambil inisiatif dengan bertanya dengan pelajar-pelajar senior tentang tajuk yang kurang jelas.
Selain dapat menambah ilmu, saya juga memperolehi rakan baru .

Selain itu, saya juga telah cuba mengaplikasikan penggunaan perpustakaan dalam talian yang
disediakan oleh pihak OUM untuk mencari maklumat yang diperlukan. Ianya sangat membantu saya
dalam memberi kefahaman tentang subjek ini.

Saya juga dapat mempelajari ilmu baru melalui penggunaan myInspire dimana, saya boleh
berbincang mengenai sesuatu topik secara atas talian. Kami boleh mengambil bahagian untuk
berbincang dengan tutor yang telah disediakan, selain mendapat maklum balas dari rakan-rakan.

Untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini, saya perlu menguasai cara menggunakan
perpustakaan digital memandangkan masa yang agak terbatas untuk pergi ke perpustakaan. Cara ini
lebih memudahkan saya mencari maklumat yang diperlukan untuk menambah pengetahuan.

Selain itu, saya juga mesti menguruskan masa dengan bijak kerana disamping saya belajar, saya juga
bekerja sebagai guru. Kekangan masa dan faktor keletihan membuatkan saya selalu tidur awal,
namun saya gagahkan diri untuk berjaga malam dan mengulangkaji. Untuk kekal positif, saya
tanamkan dalam minda, tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Akhirnya, subjek Keusahawanan ini telah membuka mata saya tentang pentingnya kita memahami
ilmu keusahawanan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Tanpa ilmu dan kefahaman, matlamat
kejayaan sesuatu perniagaan tidak akan dapat dicapai. Ia juga memberi manfaat kepada saya untuk
lebih mencintai ilmu pengetahuan serta memahami dunia keusahawanan dari perspektif akademik.

( 371 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai