Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1.0 Seni dalam Pendidikan 2

1.1 Pendekatan bertema 2

2.0 Tema Persekitaran 4

3.0 Tema Masyarakat 5

4.0 Tema Komunikasi 6

5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema 7

6.0 Cadangan 9

7.0 Rancangan Pengajaran Harian 12

7.1 Pendidikan Islam 12

7.2 Bahasa Melayu 17

7.3 Pendidikan Seni Visual 22

7.4 Pendidikan Jasmani 26

7.5 Kemahiran Hidup 29

8.0 Bibliografi 30
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0 Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan (SDP) meliputi pengetahuan asas guru dalam seni visual,
muzik dan pergerakan. Ia menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang
ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan
kelebihan yang ada pada diri mereka.

Kepentingan seni dalam pendidikan adalah untuk mengembangkan proses


pembelajaran di kalangan pelajar bagi mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran
ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan
ekspresi yang melibatkan kepekaan deria pelajar mereka. Guru akan memberi peluang
kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi
citarasa pancaindera. Aktiviti ini akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi
kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan
bersifat holistik.

2.0 Pendekatan Bertema

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) mendefinisikan pendekatan bertema


adalah sebagai pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang

2
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

dipilih oleh guru dan bersesuaian dengan masa, tempat dan minat dan latar belakang murid.
Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006) pula, pendekatan bertema ini
mempunyai dua situasi. Kandungan topik pembelajaran boleh ditentukan oleh guru.
Pengalaman belajar digabungkan dalam bidang yang luas. Topik-topik pembelajaran
meliputi pelbagai bidang tetapi tidak mendalam. Pengajaran adalah berdasarkan tema yang
dipilih dengan melangkaui bidang atau komponen sesuatu konsep atau kemahiran.

Manakala menurut Nani Menon (2007), keberkesanan dan kejayaan pengajaran


bertema bergantung kepada daya usaha , kemahiran, dan kesungguhan guru dalam
merancang tema dan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai demi menhidupkan lagi suasana
pembelajaran. Pendekatan bertema juga dapat meningkatkan perkembangan pelajar secara
menyeluruh. Dalam pendekatan bertema, pengajaran gabung jalin adalah salah satu unsur
utama yang ditekankan. Di bawah satu unit tema, melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, kanak-kanak akan memperoleh pelbagai hasil pembelajaran. Pendekatan
bertema juga adalah bermatlamat menambah pengetahuan kanak-kanak dalam menangani
kehidupan masa kini dan akan datang.

Pemilihan sesuatu tema perlulah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan


dengan kehidupan seharian pelajar. Contohnya, tema yang mudah seperti rumah saya,
cuaca, tumbuh-tumbuhan, sehinggalah kepada tema-tema yang lebih abstraks seperti
institusi swasta atau cakerawala. Satu unit tema kecil, dapat meliputi pengetahuan konsep
yang berkait dengan aspek estetika, kemahiran afektif, kognitif, bahasa, fizikal, dan sosial
pelajar. Apa yang penting, aktiviti yang dirancang perlulah ada kesinambungan di antara
tema supaya mesej yang khusus dapat disampaikan kepada pelajar sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Aspek-aspek yang mesti dipertimbangkan oleh guru dalam pemilihan sesuatu


tema adalah seperti ia boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan
dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar, bersesuaian dengan situasi, masa atau
peristiwa. Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam

3
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu
tema. Selain itu, guru juga perlu berminat terhadap tema yang dipilih. Tema yang dipilih
pula perlu ada pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar supaya
mudah untuk pelajar memahami sesuatu topik yang diajar.

2.0 Tema Persekitaran

Persekitaran merangkumi persekitaran fizikal seperti bahan, ruang dan masa


manakala persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh ibubapa, rakan sebaya dan masyarakat.
Elemen–elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-
kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.

Terdapat 3 eleman persekitaran iaitu alam semula jadi, buatan manusia, dan
teknologi. Elemen persekitaran diimbangi oleh ekosistem supaya semua kehidupan hidup
dengan berharmoni. Sekiranya satu rantaian ekosistem berubah, ia akan mempengaruhi
kehidupan manusia. Manakala perbuatan manusia yang dilakukan terhadap persekitaraan
seperti pembakaran terbuka, pembersihan hutan secara besar-besaran akan mencetuskan
perubahan yang positif atau negatif terhadap kehidupan manusia itu sendiri.

Seiring dengan peredaran zaman, teknologi telah membawa perkembangan dan


perubahan kepada manusia. Teknologi membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Ia
juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi.
Teknologi mampu menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik,
cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Penggunan teknologi yang menarik dan
kreatif juga mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri
dalam bidang kesenian.

Tajuk persekitaran boleh diajar melalui mata pelajaran pendidikan jasmani, muzik
dan seni visual. Tema yang berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk

4
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris
dengan menggabungkan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan
jasmani. Penggunaan tema persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman bukan sahaja kepada kanak-kanak malah
kepada orang dewasa secara optimum dan menyeluruh.

3.0 Tema Masyarakat

Masyarakat terbahagi kepada tiga zaman iaitu ,asyarakat purba, zaman batu dan
masa kini. Ini bermaksud, manusia telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Menurut kitab
suci Al-Quran, manusia mula wujud sejak zaman nabi Nabi Adam a.s. Manusia
dikategorikan sebagai makhluk sosial yang berkongsi keperluan asas yang sama. Ini
bermakna setiap manusia perlu merasa untuk dikasihi, dimiliki, merasai kejayaan, merasa
selamat dan memperolehi pengiktirafan.

Sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat manusia.


Kerjasama perlu wujud di antara setiap manusia untuk menjaga kepentingan masyarakat.
Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada manusia mencipta pelbagai aktiviti untuk
memenuhi masa lapang sehingga menjadi budaya dalam masyarakat. Dalam konteks
pelajar di sekolah, mereka memulakan penghidupan dengan diri mereka sendiri kemudian
berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang lebih
besar dalam masyarakat. Ia meliputi pelbagai budaya, latar belakang, keluarga dan individu
yang berbeza di persekitaran kanak-kanak. Pelajar dapat mempelajari dan memahami setiap
peranan yang dimainkan oleh manusia seperti pegawai bomba, posmen, dan pemandu teksi
dalam kehidupan seharian. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran
pelajar itu sendiri. Mereka dapat memahami betapa pentingnya hidup bermasyarakat.
Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi
dalam pergaulan setiap pelajar.

5
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Kesimpulannya, tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan


budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat
membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami
tentang masyarakat. Di samping itu, pelajar akan dapat menghargai pelbagai budaya yang
wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar
tema masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi pergerakan, muzik dan seni visual di sekolah.

4.0 Tema Komunikasi

Komunikasi bermaksud perlakuan tindak balas seseorang atau lebih individu


untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan
memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu
komunkasi verbal dan bukan verbal. Manusia berkomunikasi untuk berhubung di antara
satu sama lain dan seterusnya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Setiap
komunikasi memberi kesan terhadap orang yang terlibat semasa berkomunikasi.
Komunikasi terbahagi kepada empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal dan
temporal.

Konteks fizikal dalam komunikasi merujuk kepada komunikasi yang berlaku di


dalam persekitaran yang nyata. Contohnya, bilik, ruang tamu, dewan dan sebagainya.
Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan
sikap yang turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya.
Contohnya seperti peraturan yang diwarisi dari zaman nenek moyang yang akan diturunkan
kepada pewaris yang seterusnya. Dari segi konteks sosio-psikologikal pula, ia merangkumi
contoh hubungan dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan
budaya sesuatu masyarakat Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan
tarikh semasa kemunikasi telah berlaku.

6
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Komunikasi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar


dan menerima mesej melalui sesiapa sahaja. Malah dari mana-mana organ deria anda
sekalipun. Mesej yang ingin disampaikan bukan sahaja dari segi verbal, malah secara
bukan verbal. Dalam konteks pendidikan, komunikasi sering mendatangkan kesan ke atas
pelajar. Contohnya, pelajar boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana
untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Ia merupakan kesan intelektual
atau kognitif yang akan diperolehi oleh pelajar. Guru boleh juga mengubah sikap,
kepercayaan, emosi dan perasaan pelajar anda yang akan mendatangkan kesan afektif.
Pelajar juga boleh diajar untuk membuat perlakuan verbal atau bukan verbal yang
merupakan kesan psikomoter. Apa yang penting, pelajar harus memahami bagaimana
untuk berkomunikasi dengan betul dalam sesuatu masyarakat supaya mesej yang ingin
disampaikan atau pun yang perlu diterima berjaya diperoehi.

5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema

Terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan pendekatan bertema. Antara


kelebihannya ialah, ia boleh mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyediakan satu pengajaran yang lebih
tersusun, menarik dan berkaitan dengan pengalaman pelajar. Antara kaedah yang boleh
digunakan ialah menggunakan elemen muzik, video, animasi dan sebagainya. Pendekatan
bertema juga dapat dijalankan merentas pelbagai mata pelajaran lain dengan aktiviti-
aktiviti yang mampu merangsang minda pelajar. Contohnya, penggabungan antara mata
pelajaran pendidikan Islam, mata pelajaran sains, matematik, bahasa melayu dan bahasa
Arab di dalam sesuatu tajuk. Pembelajaran secara menyeluruh yang menghubungkaitkan
pengetahuan dan kemahiran juga dapat dijalankan secara terancang dan berkesan.

Kedua, pendekatan bertema juga dapat menyemai daya imaginasi pelajar melalui
penerokaan. Ini kerana, pendekatan bertema memerlukan semua pelajar meneroka sesuatu
tema yang dipilih secara mendalam sambil dibimbing oleh guru. Sebagai contoh, jika guru
ingin mengajar matapelajaran sains guru boleh menerapkan elemen khayalan dan imaginasi

7
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

kepada pelajarnya. Mereka boleh berimaginasi tentang angkasa lepas, membawa kapal
terbang dan sebagainya. Imginasi mereka ini akan memudahkan pemahaman seseorang
pelajar tentang angkasa. Melalui imaginasi, pelajar juga dapat membayangkan pro dan
kontra sesuatu tajuk yang diberi kepada mereka terhadap alam sekitar dan masyarakat.
Pelajar juga secara tidak langsung telah dilatih membuat pilihan yang sesuai dan relevan
dalam membuat keputusan di dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan pelbagai pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran,


pelajar dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan
pengalaman lalu mereka. Aktiviti yang dijalankan dapat memupuk sifat keberanian dalam
diri setiap pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan diri. Ini kerana dalam pendidikan
bertema, semua murid terlibat ketika aktiviti dijalankan dan semua aktiviti yang dijalankan
adalah berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pelajar. Apabila keyakinan diri
pelajar dapat ditingkatkan ia akan membantu pelajar bersedia untuk menghadapi apa jua
cabaran tanpa rasa takut dan malu. Ini akan membantu meningkatkan potensi pelajar secara
optimum. Disamping itu, pelajar juga dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dan
intrapersonal kerana mereka dilatih bergaul dengan rakan sebaya. Semua kemahiran ini
diperolehi secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dijalankan
dalam kelas. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal ialah aktiviti berkumpulan, bercerita, mendeklamasikan sajak atau
penyelesaian masalah secara berkumpulan.

Nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan dapat dipupuk di kalangan
pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Seperti yang kita semua
sedia maklum, masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum, berlainan
adat dan juga berlainan bahasa, Dengan menekankan pendekatan bertema dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, ia dapat menyemai sikap saling hormat-menghormati di
kalangan pelajar sejak mereka di sekolah rendah lagi. Ini secara tidak langsung dapat
mengerat hubungan antara pelajar yang pelbagai kaum.

8
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Antara kelebihan lain pendekatan bertema ialah, ia berfokuskan guru dan murid.
Di samping itu pelajar dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri. Kurikulum
berdasarkan pengajaran bertema juga menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang
menggabungkan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan
pembelajaran pelajar dapat dipelbagaikan. Guru tidak akan kekeringan idea bagi mencari
aktiviti yang barkaitan setiap kali marancang jadual aktiviti. Selain daripada menambah
pengetahuan kognitif pelajar pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan
ciri-ciri kepimpinan, keyakinan diri, sikap saling membantu, bertolenrasi dengan pendapat
yang berbeza dan bekerjasama dengan rakan sebaya. Secara tidak langsung, pendekatan
bertema akan meningkatkan kesedaran sosial dan tanggung jawab pelajar sebagai ahli
masyarakat..

Pendekatan bertema yang selalu digunakan oleh semua guru mampu melahirkan
pelajar yang lebih kreatif dan aktif. Melalui pendekatan bertema juga pelajar dapat lebih
memahami konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini kerana bukan semua pelajar
yang mampu menerima sesuatu konsep secara terus. Ini secara langsung dapat meransang
minda pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Melalui pengajaran bertema, pelajar
dapat meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal dalam
pelbagai bentuk seperti pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik. Pelajar dapat
meluahkan rasa gembira melalui senyuman sambil menyanyi ketika menjalankan aktiviti
yang melibatkan muzik.

6.0 Cadangan

Bagi memantapkan lagi pengisian pendekatan bertema yang diguna pakai di


dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus menambah ilmu
pengetahuan di dalam memahami sesuatu pendekatan bertema dengan lebih mendalam. Ini
kerana, guru merupakan orang yang paling penting dalam pelaksanaan pendekatan bertema
kerana guru merupakan pemudahcara bagi pelajar ketika pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Melalui pendekatan ini guru harus mempunyai kecekapan yang tinggi dalam

9
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pelbagai bidang matapelajaran kerana pendekatan ini mengabungjalinkan pelbagai mata


pelajaran dalam satu pengajaran. Jika guru mempunyai kecekapan yang rendah, ini akan
menyebabkan objektif pengajaran bertema tidak dapat dicapai secara optimum. Contohnya
jika guru mempunyai kurang pengetahuan tentang seni visual, maka pengajaran bertema
yang mengabungjalinkan mata pelajaran seni visual tidak dapat dijalankan dengan
berkesan.

Seiring dengan peredaran zaman, teknologi telah memainkan peranan yang


penting di dalam aspek kehidupan kita. Tidak terkecuali juga penggunaan teknologi di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru perlu memahirkan dirinya
di dalam menguasai sesuatu teknologi supaya boleh digunakan di dalam pengajarannya.
Hal yang demikian kerana, dengan menggunakan teknologi seperti perisian berbantukan
komputer, ia akan dapat menarik minat murid di dalam menghayati sesuatu pelajaran yang
diajar. Contohnya penggunaan perisian yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan sewaktu proses pengajaran. Perisian yang dihasilkan adalah suatu perisian yang
menarik. Ia merangkumi penggunaan warna yang menarik, penggunaan animasi, video dan
audio yang pastinya boleh menarik minat murid. Oleh itu, adalah penting untuk setiap guru
untuk memantapkan dan memahirkan diri dalam menguasai teknologi supaya mereka dapat
menggunakannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar..

Guru perlu merebut peluang untuk menyertai sebarang kursus-kursus yang di


anjurkan di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah yang berkaitan dengan pedagogi.
Ini kerana hanya dengan menghadiri kursus yang berbentuk pedagogi sahaja mampu
membantu guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Seringkali kita melihat
bahawa guru hanya menggunakan teknik yang serupa sahaja sewaktu mengajar di dalam
kelas. Kita juga selalu menyaksikan para pelajar hanya duduk di kerusi mereka dan
mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh guru mereka di hadapan kelas. Apa yang
berlaku ialah pelajar akan mudah bosan sekiranya guru hanya menggunakan teknik yang
biasa sahaja. Ini akan mengakibatkan tahap pemahaman pelajar terbatas dan pelajar juga
akan mudah berasa bosan. Hal ini boleh dielakkan sekiranya guru menghadiri kursus-

10
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

kursus pedagogi dan seterusnya mengaplikasikannya di dalam kelas. Penguasaan pelbagai


teknik pedagogi dan digabungkan dengan pendekatan bertema akan mampu menghasilkan
suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mampu mencapai objektif yang
disasarkan.

Selain daripada menambah ilmu pengetahuan di dalam memahami sesuatu


pendekatan bertema, menguasai kemahiran teknologi, menyertai kursus pedagogi, guru
juga perlu mengetahui cara yang betul untuk menilai pelajarnya. Ini kerana semua pelajar
mempunyai kebolehan yang berbeza di antara satu sama lain. Contohnya ada pelajar yang
mempunyai kebolehan yang tinggi dalam mata pelajaran bahasa tetapi mempunyai
kebolehan yang rendah dalam matematik dan sebaliknya. Ini akan menyukarkan guru untuk
membuat penilaian yang sewajarnya. Untuk mengelakkan daripada guru menggunakan
kaedah penilaian yang salah kepada pelajarnya, guru harus memahami setiap pelajarnya
dari segi pemikiran dan tahap IQ mereka. Melalui pemahaman ini sahaja, guru mampu
mengelakkan diri daripada salah menilai pelajar. Setiap pelajar harus dinilai menggunakan
kaedah penilaian yang berbeza namun adil dari segi perlaksanaanya. Oleh yang demikian,
penguasaan dalam membuat penilaian dan penggunaan pendekatan bertema juga pasti akan
mampu menbantu guru dalam menilai tahap kemampuan setiap pelajarnya dengan betul.

Kesimpulannya, setiap guru perlu menanamkan di dalam diri mereka untuk


sentiasa maju ke hadapan di dalam bidang pendidikan. Walaupun pelbagai cabaran yang
harus ditempuhi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran bertema dalam usaha
melahirkan murid yang kreatif dan kritis, semangat yang tinggi dengan usaha yang tidak
mengenal penat lelah sudah pasti segala cabaran ini dapat di atasi dengan baik.

Bibliografi

11
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. MALAYSIA, Open University. (2009). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Kuala


Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

2. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan: Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna, Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Ee Ah Meng (2003), Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas


(semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2005), Panduan Pendidikan Prasekolah,
Bentong: PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai