Anda di halaman 1dari 70

‫ر‬

‫انشاح‬
‫الصدر‬
HIMPUNAN DOA DAN ZIKIR
BERMANFAAT
YANG BERSESUAIAN DENGAN AL -
QURAN DAN AS-SUNNAH

َِّ ‫إِ َّن الدُّنْيا ملْعونَةٌ ملْعو ٌن ما فِيها إََِّّل ِذ ْكر‬


ُ‫اَّلل َوَما َو َاَّله‬ ُ َ َ َُ َُ َ
‫َو َع ِاِلٌ أ َْو ُمتَ َعلِ ٌم‬
“Dunia itu terlaknat dan segala di dalamnya pun
terlaknat, kecuali zikir kepada Allah, yang melakukan
ketaatan kepada-Nya, seorang ‘alim atau penuntut
ilmu syar’i.”
(HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah. Hasan)

Edisi REVISI, Rabi’ul Akhir 1442


Isi kandungan
Muqaddimah .............................................................................. 1
Kelebihan dan keutamaan berdoa dan berzikir ........................ 5
MEMBACA AL-QURAN ............................................................... 7
SELAWAT KE ATAS NABI ‫ ﷺ‬....................................................... 11
DOA KETEGUHAN HATI DI DALAM KETAATAN ........................ 14
DOA TIDAK DICONDONGKAN HATI KEPADA KESESATAN ....... 18
DOA DIJAUHI KESYIRIKAN ........................................................ 20
DOA BERLINDUNG DARI KEKUFURAN, KEMUNAFIKAN DAN
RIYA’ ......................................................................................... 28
DOA MEMOHON SYURGA DAN DIJAUHKAN NERAKA............. 31
DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA ................................................ 34
DOA UNTUK ANAK-ANAK DAN KETURUNAN .......................... 36
DOA MEMOHON ILMU BERMANFAAT DAN TAMBAHAN ILMU
.................................................................................................. 38
DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI ILMU YANG TIDAK
BERMANFAAT, HATI YANG TIDAK KHUSYUK, JIWA YANG TIDAK
PUAS DAN DOA YANG TIDAK DIDENGAR ................................ 41
DOA MEMOHON DIPERBAIKI AKHLAK..................................... 45
DOA MEMOHON AKHLAK YANG BAIK DAN BERLINDUNG DARI
AKHLAK YANG BURUK.............................................................. 48
DOA MEMOHON KEKAYAAN HARTA ....................................... 50
DOA MEMOHON PETUNJUK, TAQWA, ‘IFFAH DAN KEKAYAAN
JIWA ......................................................................................... 52
DOA DIBERI KECUKUPAN DENGAN YANG HALAL .................... 54
DOA MEMOHON KEAMPUNAN, RAHMAT, KESELAMATAN DAN
REZEKI....................................................................................... 55
DOA BERLINDUNG DARI KEFAKIRAN DAN KEHINAAN ............ 57
DOA BERLINDUNG DARI LILITAN HUTANG DAN KEZALIMAN
MANUSIA ................................................................................. 59
DOA BERLINDUNG DARI BANYAK HUTANG............................. 62
DOA MEMOHON KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT ......... 64
Muqaddimah

Segala puji bagi Allah ‫ﷻ‬, Tuhan sekalian alam.


Dia yang menguasainya, mentadbir dan mengurusi
makhluk-Nya. Dia juga satu-satunya zat yang berhak
diibadahi dengan benar dan tidak layak
dipersekutukan dengan sesuatu apa pun. Selawat
dan salam buat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, penghulu para
nabi dan rasul, insan yang terpilih sebagai kekasih
Allah, kemudian kepada keluarganya serta para
sahabatnya. Amma ba’du,

Sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran


kepada Allah ‫ ﷻ‬yang dengan limpah kurnia-Nya
memberikan peluang kepada saya untuk menyusun
kutaib ini yang menghimpunkan doa dan zikir mulia
yang bersesuaian dengan As-Sunnah. Firman Allah ‫ﷻ‬:

َِ ‫اّلله أَال به هذ ْك هِر‬


‫اّلله‬ َِ ِ‫وُبُِْم به هذ ْك هر‬
ُ ُ‫آمنُوا َوتَطْ َمئهنِ قُل‬ َِ ‫الَ هذ‬
َ ‫ين‬
ُِ ُ‫تَطْ َمئهنِ الْ ُقل‬
‫وب‬
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah.

1
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’du: 28)

Seorang muslim yang diberi taufiq dan hidayah


itu sentiasa membasahi bibirnya dengan zikrullah.
Bahkan di dalam kehidupan seharian kita seharusnya
dipenuhi dengan berzikir kepada Allah. Dari doa
bangun tidur sehinggalah waktu kita hendak tidur
kembali di waktu malam, terkadang boleh mencapai
ratusan zikir jika benar-benar kita mengamalkannya.

Himpunan doa dan zikir di dalam buku ini tidak


meliputi zikir harian pagi dan petang yang mana telah
banyak disusun oleh para ulama dan ilmuwan Islam
seperti Dr. Sa’id Wahf Al-Qahthani dan selainnya.
Walau bagaimanapun doa dan zikir di dalam buku ini
juga amat baik sekiranya dijadikan amalan kerana di
antaranya ialah doa memohon dijauhkan dari
kesyirikan, doa memohon dibantu melunaskan
hutang, diberi kekayaan, memohon hidayah, ilmu dan
selainnya. Semuanya merupakan perkara penting
dan biasa dilalui oleh seorang insan.

Di dalam pada itu, ketahuilah bahawa


termasuk kekeliruan di dalam berdoa dan berzikir iaitu
dengan mengabaikan doa dan zikir yang telah jelas-
jelas sahih diriwayatkan di dalam himpunan-
himpunan ayat Al-Quran mahupun hadith-hadith. Lalu
ramai sekali kaum muslimin pada hari ini yang

2
mengutamakan berdoa dan berzikir dengan zikir-zikir
rekaan atau yang tidak sabit dengan As-Sunnah.

Doa dan zikir di dalam buku ini juga disusun


mengikut tema masing-masing dan setiap doa
diberikan catatan ringkas agar pembaca lebih
mudah memahami maksud dan tujuan doa itu
dibacakan.

Akhir sekali, saya amat berharap mudah-


mudahan penulisan ini diterima Allah ‫ ﷻ‬sebagai
antara amal-amal soleh yang diterima, menjadikan
hati ini ikhlas di dalam mencari keredhaan-Nya dan
menjadikan susunan kecil ini bermanfaat buat kaum
muslimin. Segala yang baik itu datang dari Allah dan
jika ada kesalahan di dalam karya kecil ini, ia adalah
dari kelemahan diri saya sendiri. Mudah-mudahan
Allah ‫ ﷻ‬memberi ganjaran pahala yang besar dan kita
dihimpunkan di dalam syurga-Nya kelak.

Barakallahu feekum.

Abu ‘Aasim
24 Ramadhan 1440
Disunting kembali pada 8 Rabi’ul Akhir 1442

3
4
Kelebihan dan keutamaan berdoa dan
berzikir
Sebelum kita membahas doa dan zikir yang
akan dipaparkan, adalah baik jika kita dapat
mengetahui sedikit sebanyak secara ringkas tentang
apakah kelebihan dan keutamaan berdoa dan
berzikir kepada Allah ‫ﷻ‬.

1. Mendatangkan redha Allah ‫ﷻ‬.


2. Mengusir syaitan.
3. Menghilangkan kegelisahan hati.
4. Menggembirakan dan melapangkan dada.
5. Mendatangkan rezeki.
6. Mengukuhkan tawakkal dan pengharapan
kepada Allah ‫ﷻ‬.
7. Mengukuhkan sikap perhambaan dan takut
terhadap Allah ‫ﷻ‬.
8. Mendatangkan inabah, iaitu kembali kepada
Allah ‫ﷻ‬.
9. Menambahkan kecintaan kepada Allah ‫ﷻ‬.
10. Membuktikan ketaqwaan terhadap Allah ‫ﷻ‬.
11. Mendatangkan pahala dan menghapuskan
dosa.
12. Menjauhkan dari azab neraka, kubur dan
kesengsaraan di dunia.

5
13. Membantu menjauhi dari ucapan tercela
seperti mengumpat, menghina dan
seumpamanya.
14. Menahan diri dari sikap meminta-minta
terhadap manusia.
15. Merupakan senjata orang Islam. Senjata yang
dimiliki oleh yang kaya mahupun yang miskin.
16. Merupakan salah satu cara menzahirkan
kesyukuran kepada Allah ‫ﷻ‬.
17. Menjadikan perkara yang sulit menjadi mudah.

Doa dan zikir merupakan antara amalan yang


sering diremehkan dan dilalaikan. Sejak dari awal
bangun tidur, berapa ramaikah kaum muslimin yang
tidak tertinggal doa bangun tidur, masuk ke tandas,
memakai pakaian, keluar rumah, menaiki kenderaan,
selepas makan dan sebagainya? Sungguh ramai
yang menganggap amalan ini kecil sehingga
diremehkan dan dilalaikan.

Mudah-mudahan Allah ‫ ﷻ‬menggolongkan kita


di kalangan hamba-hamba-Nya yang sering
mengingati-Nya, taat beribadah dan kita tidak lagi
menjadi golongan yang lalai, kurang berzikir dan
berdoa.

6
MEMBACA AL-QURAN
Ketahuilah bahawa antara zikir yang paling
agung ialah membaca Al-Quran. Al-Quran
merupakan kalamullah (firman Allah) dari segala sisi.
Inilah pegangan yang tepat dan yang menjadi
aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah. Ini berbeza dari
golongan muktazilah yang berkeyakinan bahawa Al-
Quran adalah makhluk atau sebilangan ahli kalam
yang meyakini Al-Quran adalah ibarat dari kalam nafsi
(kalam dalam diri/zat Allah ta’ala). Keduanya adalah
AQIDAH YANG SESAT! Isu Al-Quran kalamullah
bukanlah isu yang ringan kerana ia antara isu besar
yang diperjuangkan oleh para imam muktabar
termasuklah Imam Asy-Syafi’i dan muridnya seperti
Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Muzani, Al-Humaidi dan
selain mereka.

Al-Quran seringkali dilalaikan dari dibaca


mahupun ditadabburi (mendalami) maknanya. Sikap
masyarakat yang kurang memberi perhatian di dalam
mempelajari Bahasa Arab turut menambah parahkan
lagi permasalahan ini.

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ِ‫ك‬
َ ‫ك أ َِْو َعلَْي‬
َِ َ‫َوال ُقْراَ ُِن ُح َجةِ ل‬

7
“Al-Quran itu boleh menjadi hujah pembelamu atau
hujah menentang ke atas kamu.”1

Makna ringkas dari potongan hadith di atas


ialah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran serta
mengamalkan isi kandungannya, kelak Al-Quran akan
menjadi pembela bagi dirinya di hari Kiamat.
Manakala orang yang melalaikan dari membaca dan
mengamalkan isi kandungan Al-Quran, maka Al-
Quran akan menjadi hujah yang akan menentangnya
di hari Kiamat nanti.

Al-Quran juga merupakah hujah Allah ta’ala


kepada hamba-Nya yang mukallaf. Sesiapa sahaja
yang telah sampai dan telah mendengar Al-Quran,
maka tiadalah lagi alasan atau keuzuran baginya
untuk tidak beriman kepada Allah ta’ala atau alasan
bahawa dia jahil tidak mengenal perkara tauhid yang
amat terang sekali. Apatah lagi pada hari ini Al-Quran
telahpun diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di
dunia ini. Syaikh Shalih Al-Fauzan sering menekankan
hal ini dan berhujah melalui firman Allah:

ِ ‫َل َٰه َذا الْ ُقرآ ُن ِِل‬


‫ُنذ َرُكم بِ ِه َوَمن بَلَ َغ‬ ِ ِ
ْ َ َّ َ ‫َوأُوح َي إ‬
“..dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya
aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan

1
HR Muslim.
8
juga (kepada) sesiapa yang telah sampai
kepadanya seruan Al-Quran itu..” (Al-An’aam: 19)

Pada hakikatnya kebanyakan manusia itu


yang lalai dan meremehkan Al-Quran seperti yang
disebutkan di dalam firman Allah:

َّ ِ ِ ِ ُ ‫ال ٱ َّلرس‬
ً ‫ول يَََٰرب إ َّن قَ ْومى ٱَّتَ ُذوا ََٰه َذا ٱلْ ُقْرءَا َن َم ْه ُج‬
‫ورا‬ ُ َ َ‫َوق‬
“Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya
kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak
diacuhkan." (Al-Furqaan: 30)

Untuk mengamalkan isi kandungan Al-Quran,


tidak ada cara lain melainkan wajib untuk
mempelajari maknanya (tadabbur). Hadirilah kelas
pengajian tafsir Al-Quran untuk mencapai tujuan ini.
Janganlah menjadi seperti kebanyakan orang yang
meleleh-leleh air matanya bukan kerana keindahan
makna ayat tersebut, tetapi kerana keterujaan
terhadap lantunan suara ‘qari’ si pembaca Al-Quran
tersebut. Hanya mengagumi kelazatan lantunannya,
bukanlah kerana keagungan maknanya.

Sebahagian ulama memakruhkan jika khatam


Al-Quran lebih dari 40 hari jika tiada uzur seperti sakit
atau bermusafir. Imam Ibnu Qudamah rahimahullah
berkata di dalam Al-Mughni:

9
‫وما‬ ِ ِ ِ
ً َ‫ني ي‬
َ ‫كرهُ أَ ْن يُ َؤخَر ال ُقرآ َن أَكثَ ُر م َن اِلَربَع‬
َ ُ‫َوي‬
“Dan dimakruhkan untuk melewatkan khatam Al-
Quran melebihi dari 40 hari.”

Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:

ِ ‫ضي إِ ََل نِسي‬


ِ ‫ان الْ ُق‬ ِ ‫ك ي ْف‬ ِ ِ ِ َّ ‫ِِل‬
‫رآن‬ َ ُ َ ‫َن ََتْخ َريهُ أَكثَ ُر من ذَل‬
‫والتَ َه ُاو ِن بِ ِه‬
“Ini kerana melewatkan khatam melebihi dari itu (40
hari) mengakibatkan kepada melupakan Al-Quran
dan meremehkannya.”2

Tidak dinafikan hal ini merupakan suatu amalan


yang amat berat sekali dengan keadaan umat Islam
di zaman ini yang tidaklah sama kualiti imannya
dengan kaum muslimin yang mulia di zaman salaf.
Akan tetapi perkara ini seharusnya dijadikan iktibar
agar kita tidak meremehkan Al-Quran dan sentiasa
melazimi membaca dan mentadabburinya semampu
yang boleh.

2
Al-Mughni.
10
SELAWAT KE ATAS NABI ‫ﷺ‬

‫ص ِل َو َسلِ ْم َعلَى نَبِيِنَا ُُمَ َّمد‬


َ ‫اَللَّ ُه َّم‬
“Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada
Nabi kami Muhammad.”3

----------------------------------------------------------------------------

Selawat ke atas Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬juga


merupakan antara sebaik-baik zikir yang harus
diamalkan. Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َع ْشَر‬ ِ


َ ،ً‫ص َلةً َواح َدة‬ َّ ‫صلَّى َع‬
َ ‫لي‬ َ ‫َمن‬
ِ ِ
‫ت لَهُ َع ْشُر‬ْ ‫ َوُرف َع‬،‫ت َعْنهُ َع ْشُر َخطيئَات‬ ْ َّ‫وحط‬
ُ ،‫صلَ َوات‬َ
‫َد َر َجات‬
“Barangsiapa yang mengucapkan selawat
kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat
baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh
kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya
sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”4

3
HR Ath-Thabrani. Sahih.
4
HR An-Nasa’i, Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim. Sahih.
11
Hari terbaik untuk berselawat ialah pada hari
Jumaat sebagaimana disebutkan di dalam hadith.
Manakala lafaz selawat yang terbaik ialah lafaz
selawat Ibrahimiyyah iaitu sebagaimana yang dibaca
ketika tasyahhud (at-tahiyyat):

‫ َك َما‬،‫آل ُُمَ َّمد‬ ِ ‫ و َعلَى‬،‫اللَّه َّم ص ِل َعلَى ُُمَ َّمد‬


َ َ ُ
ِ ِ ‫صلَّيت علَى إِب ر ِاهيم وعلَى‬
‫ك‬َ َّ‫ إِن‬،‫آل إِبْ َراه َيم‬ َ َ َ َْ َ َ ْ َ
ِ ‫ و َعلَى‬،‫ اللَّه َّم َب ِرْك َعلَى ُُمَ َّمد‬،‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
‫آل‬ َِ
َ َ ُ
ِ ‫ و َعلَى‬،‫ت َعلَى إِب ر ِاهيم‬
‫آل‬ َ ‫ َك َما ََب َرْك‬،‫ُُمَ َّمد‬
َ َ َْ
‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
َِ ‫ك‬ ِ
َ َّ‫ إِن‬،‫إِبْ َراه َيم‬
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan
kerabatnya sebagaimana engkau memberi selawat
kepada Ibrahim dan kerabatnya. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah,
berilah keberkahan kepada Muhammad dan
kerabatnya sebagaimana engkau memberi
keberkahan kepada Ibrahim dan kerabatnya.

12
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha
Mulia.”5

Bentuk selawat ini boleh dibaca meskipun di


luar solat. Lafaz selawat yang paling ringkas pula ialah
seperti berikut:

‫ص ِل َو َسلِ ْم َعلَى نَبِيِنَا ُُمَ َّمد‬


َ ‫اَللَّ ُه َّم‬
“Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada
Nabi kami Muhammad.”6

Di antara kesalahan di dalam berselawat ialah:


1. Menambah lafaz ‘saiyidina’ ketika bacaan
selawat di dalam tasyahhud solat. Adapun di
luar solat tidaklah mengapa.
2. Berselawat secara berjemaah dengan diketuai
oleh imam, ustaz dan selainnya. Terkecuali jika
bertujuan untuk mengajar.
3. Qasidah seperti Ya Hanana dan sepertinya
BUKANLAH SELAWAT sebagaimana yang
diyakini oleh sebahagian kaum muslimin.
4. Tidak boleh selawat sambil diiringi oleh muzik
mahupun rebana. Ini merupakan bentuk
tasyabbuh (menyerupai) terhadap orang kafir
dan kaum zindiq.

5
HR Al-Bukhari.
6
HR Ath-Thabrani. Sahih.
13
5. Mereka-reka tatacara selawat dengan jumlah
tertentu atau cara-cara tertentu seperti
tatacara selawat ketika membasuh beras dan
selainnya.
6. Menjauhi bentuk selawat yang mengandungi
unsur syirik seperti selawat syifa’ yang
menyebutkan bahawa Nabi ‫ ﷺ‬mempunyai
kemampuan menyembuhkan badan,
penglihatan dan lain-lain. Bahkan ia termasuk
syirik akbar (besar) yang boleh mengakibatkan
terbatal Islam seseorang (murtad).

Semua kesalahan di atas menyalahi sunnah


Rasulullah ‫ﷺ‬. Kaum muslimin hendaklah kembali
kepada ajaran As-Sunnah yang asli dan murni yang
bersih dari bid’ah dan syirik.

DOA KETEGUHAN HATI DI DALAM


KETAATAN

ْ ‫ص ِر‬ ِ ُ‫ف الْ ُقل‬


َ ‫ص ِر‬
‫ف قُلُوبَنَا َعلَى‬ َ ‫وب‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ُم‬
َ ِ‫اعت‬
‫ك‬ َ َ‫ط‬
14
“Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palingkanlah
hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.”

----------------------------------------------------------------------------

Dalilnya dari hadith ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al


‘Ash radiyallahu ‘anhuma bahawasanya dia pernah
mendengar Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

َّ ‫َصابِ ِع‬
‫الر َْحَ ِن‬ ِ ِ ‫إِ َّن قُلُوب ب ِِن آدم ُكلَّها بني إِصب ع‬
َ ‫ني م ْن أ‬ ْ َ َ ْ َ َْ َ َ َ َ َ
‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ِ
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ث يَ َشاءُ ُُثَّ ق‬ُ ‫ص ِرفُهُ َحْي‬ َ ُ‫َك َق ْلب َواحد ي‬
ْ ‫ص ِر‬ ِ ُ‫ف الْ ُقل‬ َ ‫ص ِر‬ ِ َّ
‫ف قُلُوبَنَا َعلَى‬ َ ‫وب‬ َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم اللَّ ُه َّم ُم‬
‫ك‬َ ِ‫اعت‬
َ َ‫ط‬
“Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di
antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha
Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta’ala akan
memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya.”
Setelah itu, Rasulullah ‫ ﷺ‬berdoa; “Allahumma
mushorrifal quluub shorrif quluubanaa ‘ala tho’atik”
[Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palingkanlah
hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu].7

7
HR Muslim.
15
Catatan:
1. Hadith di atas ini menetapkan bahawa di
antara sifat zat Allah ta’ala ialah mempunyai
jari. Penetapan ini diimani (diyakini) tanpa
tamthil (penyerupaan dengan makhluk), takyif
(membayangkan bagaimana sifat tersebut),
ta’thil (penolakan) dan tahrif (penyimpangan).
Ringkasnya, hendaklah mengimaninya sesuai
dengan apa yang dikhabarkan oleh syarak.
2. Di antara sifat hati manusia ialah mudah
berbolak-balik. Terkadang di pagi hari ia di
dalam keadaan beriman manakala di petang
harinya ia telah menjadi kufur. Wal ‘iyadzubillah
3. Memohon keteguhan hati di dalam beriman
ialah permohonan yang sangat agung. Ini
kerana seseorang itu tidak akan selamat
sekiranya iman sudah tercabut dari dirinya.
4. Ibadah yang paling agung ialah tauhid.
Memohon agar konsisten di dalam tauhid juga
merupakan bahagian dari doa ini. Dengan
tauhidlah amal soleh menjadi bermanfaat
sebagaimana tauhid yang telah rosak dengan
kesyirikan boleh membatalkan seluruh amalan.
Sebagaimana ucapan Syaikh Muhammad at-
Tamimi di dalam risalahnya Al-Qowaidul Arba’,
“Ibadah itu tidaklah dinamakan sebagai
ibadah kecuali bersamanya tauhid.”
5. Doa ini juga turut menekankan tauhid kepada
Allah iaitu agar manusia menyedari bahawa

16
dirinya tidak akan selamat tanpa pertolongan
dari Allah ‫ﷻ‬. Seseorang manusia itu boleh
memiliki ilmu seluas lautan, akan tetapi tanpa
pertolongan Allah, ilmu itu tidak akan dapat
membimbingnya ke jalan yang lurus. Ini seperti
seseorang yang menguasai pelbagai cabang
di dalam ilmu hadith, mengenal perawi-
perawinya, cacat-cacatnya, sanad-sanadnya
dan takhrijnya, akan tetapi dia tidak diberi
hidayah untuk memahami manhaj salafussoleh
yang amat lurus ini sehingga dia buta mana
yang sunnah mana yang bid’ah, mana aqidah
yang selamat mana aqidah yang rosak, tidak
mempertahankan tauhid dan tidak pula
membasmi kesyirikan, bergaul dan bermudah-
mudah dengan ahli bid’ah, bahkan sibuk
mendebat mereka padahal para salaf sangat
mengingkarinya. Allahul musta’an. Mudah-
mudahan kita digolongkan di kalangan
hamba-Nya yang konsisten di atas As-Sunnah.

17
DOA TIDAK DICONDONGKAN HATI KEPADA
KESESATAN

‫ب لَنَا ِم ْن‬ ِ
ْ ‫َربَّنَا ََّل تُِز ْغ قُلُوبَنَا بَ ْع َد إ ْذ َه َديْ تَ نَا َوَه‬
‫اب‬
ُ ‫ت الْ َوَّه‬ َ ْ‫ك أَن‬ َ َّ‫ك َر َْحَةً ۚ إِن‬
َ ْ‫لَ ُدن‬
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau condongkan hati
kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau
Maha Pemberi.” (Ali ‘Imran: 8)

ِ ِ ُ‫َي م َقلِب الْ ُقل‬


َ ِ‫ت قَ ْلِِب َعلَى دين‬
‫ك‬ ْ ِ‫وب ثَب‬ َ ُ َ
“Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.”8

----------------------------------------------------------------------------

Dasar kepada doa ini, Imam Ath-Thobari dan


Ibnu Kathir rahimahumallah, masing-masing
menukilkan di dalam tafsir masing-masing riwayat
berikut:

8
HR At-Tirmidzi. Sahih.
18
َّ ‫ َر ِض َي‬،َ‫ َع ْن أُِم َسلَ َمة‬،‫َع ْن َش ْه ِر بْ ِن َح ْو َشب‬
َّ ‫ أ‬،‫اَّللُ َعْن َها‬
‫َن‬
ِ ُ‫ "َي م َقلِب الْ ُقل‬:‫ول‬ ِ َّ ‫النَِِّب صلَّى‬
‫وب‬ َ ُ َ ُ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬ َ َّ
‫{ربَّنَا ََّل تُِز ْغ قُلُوبَنَا بَ ْع َد إِ ْذ‬
َ :َ‫ك" ُُثَّ قَ َرأ‬ َ ِ‫ت قَلِِْب َعلَى ِدين‬ ْ ِ‫ثَب‬
}‫اب‬ ُ ‫ت الْ َوَّه‬ َ ْ‫ك أَن‬ َ ْ‫ب لَنَا ِم ْن لَ ُدن‬
َ َّ‫ك َر َْحَةً إِن‬ ْ ‫َه َديْتَ نَا َوَه‬
Dari Syahr ibnu Hausyab, dari Ummu Salamah
radiyallahu ‘anha, bahawa Nabi ‫ ﷺ‬mengucapkan
doa berikut: “Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan
hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.”
Kemudian membaca ayat berikut: “Ya Rabb kami,
janganlah Engkau condongkan hati kami kepada
kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada
kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-
Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (Ali
‘Imran: 8)

Catatan:
1. Diriwayatkan bahawa Abu Bakr As-Siddiq
membaca doa ini (robbana la tuzig…) pada
rakaat ketiga solat Maghrib selepas membaca
Al-Fatihah.9
2. Termasuk permintaan kelurusan di dalam
agama ialah memohon agar berada di atas
aqidah dan tauhid yang lurus iaitu aqidah yang

9
Al-Muwattho’ Imam Malik.
19
bersesuaian dengan manhaj salafussoleh. Inilah
sebagaimana yang diperintah oleh Allah ‫ﷻ‬, zat
yang mensifati diri-Nya dengan ketinggian,
yang istiwa’10 di atas Arasy-Nya yang agung.
Imam Al-Muzani rahimahullah, salah seorang
murid besar Imam Asy-Syafi’i rahimahullah
berkata: “Tidak sah tauhid seseorang itu
sehinggalah dia mengetahui bahawa Allah ‫ ﷻ‬di
atas Arasy-Nya beserta sifat-sifat-Nya.”11 Imam
Al-Humaidi rahimahullah, salah seorang lagi
murid Imam Asy-Syafi’i pula berkata di dalam
Usul As-Sunnah, “Barangsiapa yang mendakwa
selain dari perkara ini (penetapan sifat-sifat
Allah), maka dia adalah muaththil jahmiyy12.”

DOA DIJAUHI KESYIRIKAN

َ ِ‫ك أَ ْن أُ ْش ِرَك ب‬
‫ك َوأَ ََن أ َْعلَ ُم‬ َ ِ‫الله َّم إِِّن أَعُوذُ ب‬
ُ
‫َستَ ْغ ِف ُرَك لِ َما ََّل أ َْعلَ ُم‬
ْ ‫َوأ‬
10
Imam Ibnul Qayyim menjelaskan 4 pengertian kalimat istiwa’ di
dalam Nuuniyah nya: 1. istaqarr (menetap) 2. ‘alaa (meninggi) 3.
irtafa’a (menaik) 4. so’ida (menaik, meninggi)
11
Siyar Al-A’lam An-Nubala & Al ‘uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar.
12
Termasuk golongan Jahmiyyah yang mengingkari sifat-sifat Allah.
20
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari perbuatan (syirik) yang menyekutukan-Mu
sedangkan aku mengetahuinya; dan aku memohon
ampun kepada-Mu dari apa-apa yang tidak aku
ketahui.”13

----------------------------------------------------------------------------

Syirik merupakan sebesar-besar dosa dan


kezaliman. Seseorang yang membunuh orang atau
berzina sekalipun, dosanya tetap lebih kecil
berbanding dosa kesyirikan. Inilah realiti yang gagal
difahami oleh kebanyakan kaum muslimin hari ini.

Mereka amat khuatir terhadap minuman yang


tercampur arak atau makanan yang tercampur babi,
tetapi tidak khuatir jika diri terjerumus ke dalam
kesyirikan.

Meminta-minta di kuburan wali-wali, meminta


perlindungan atau izin dari jin penunggu hutan (diseru
dengan “Tok nenek!”), menggantung azimat, tangkal
atau benang hitam pada anak-anak, mempercayai
sial pada perkara tertentu, mengambil berkah dari
tempat-tempat khusus yang kononnya dapat
membantu kehamilan, melakukan ritual-ritual
kebudayaan yang terkandung pemujaan hingga

13
HR Ibnu Hibban, Al-Haithami, Al-Busoiri dan Adz-Dzahabi.
21
boleh memakan kaca dan seumpamanya
merupakan antara bentuk kesyirikan yang masih
diamalkan oleh kaum muslimin pada hari ini.

Janganlah merasa aman dengan iman diri


sendiri. Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam
sahaja khuatir dirinya dan anak-cucunya melakukan
kesyirikan, lalu baginda memanjatkan doa kepada
Allah ta’ala sebagaimana firman Allah:

َّ ‫اجنُ ْب يِن َوبَي‬


‫ِن‬ ِ
ْ ‫اج َع ْل َه َذا الْبَلَ َد آمنًا َو‬
ْ ‫ب‬ ِ ‫ال إِبْر ِاهيم ر‬ ِ
َ ُ َ َ َ‫َوإ ْذ ق‬
‫ام‬
َ َ‫َصن‬ ْ ‫أَ ْن نَ ْعبُ َد ْاْل‬
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Rabbku,
jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan
jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada
menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim: 35)

Seorang ulama bernama Ibrahim at-Taimi,


ketika membaca ayat ini beliau berkomentar,

‫َوَمن َيْ َم ُن البَلَءَ بَ ْع َد إِبْ َر ِاه َيم؟‬


“Siapa yang merasa aman dari bala’ setelah
Ibrahim?”14

14
HR Ibnu Khuzaimah.
22
Antara doa menjauhi kesyirikan ialah seperti berikut:

‫َستَ ْغ ِفُرَك‬
ْ ‫ك َوأ َََن أ َْعلَ ُم َوأ‬َ ِ‫ك أَ ْن أُ ْش ِرَك ب‬
َ ِ‫الله َّم إِِّن أَعُوذُ ب‬
ُ
‫لِ َما ََّل أ َْعلَ ُم‬
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari perbuatan (syirik) yang menyekutukan-Mu
sedangkan aku mengetahuinya; dan aku memohon
ampun kepada-Mu dari apa-apa yang tidak aku
ketahui.”

Dalam hadith, Ma’qil bin Yasar radhiyallahu


‘anhu berkata, “Aku bertolak bersama Abu Bakar ash-
Shiddiq radhiyallahu anhu menuju Nabi ‫ﷺ‬, lalu Beliau
‫ ﷺ‬bersabda: “Wahai Abu Bakar! Sungguh, syirik di
tengah kalian itu lebih tersembunyi daripada semut
yang merayap.” Lalu Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu
berkata, “Bukankah makna syirik adalah di kala
seseorang menjadikan adanya sesembahan lain
selain Allah?” Nabi ‫ ﷺ‬menjawab, “Demi Zat yang
jiwaku ada di tangan-Nya! Sungguh, syirik itu lebih
tersembunyi daripada semut yang merayap.
Mahukah aku tunjukkan sesuatu kepadamu, yang bila
mana engkau mengucapkannya, maka kesyirikan
pun akan lenyap darimu, baik syirik yang sedikit (yang

23
kecil) mahupun banyak (besar)? Katakanlah: (lalu
Rasul ‫ ﷺ‬menyebutkan doa di atas).15

Catatan:
1. Doa dari hadith ini secara khususnya berkaitan
dengan syirik khafi (tersembunyi) sebagaimana
dijelaskan di dalam beberapa riwayat.
Manakala dari zahir lafaznya menunjukkan
permohonan perlindungan dari melakukan
sebarang bentuk kesyirikan.
2. Syirik merupakan musuh utama kaum muslimin
kerana ia boleh membatalkan dan
merosakkan tauhid.
3. Seseorang yang melakukan syirik akbar (syirik
besar), maka dia musyrik, terkeluar dari Islam
meskipun dia solat, zakat, puasa serta
mengerjakan ibadah selainnya. Di dunia ini dia
dihukumi sesuai dengan zahirnya.
4. Kewajipan atas umat Islam untuk meyakini
kekafiran pelaku syirik akbar, kerana ia
sebahagian dari dasar pokok agama,
sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikh
Muhammad at-Tamimi di dalam risalah
Ashluddin wa qoo’idatuhu amrooni. Ia juga
merupakan tuntutan dari kalimat syahadat,
sebagaimana ditafsirkan dari ayat dari surah Al-
Baqarah yang bermaksud: “..Kerana itu

15
HR Al-Bukhari di dalam Al-Adabul Mufrad.
24
barangsiapa yang ingkar (mengkufuri) kepada
Thaghut dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada
buhul tali yang amat kuat yang tidak akan
putus..” (Al-Baqarah: 256)
5. Wajib atas setiap muslim untuk mempelajari
bahaya-bahaya syirik dan mengetahui jenis-
jenis kesyirikan kerana terkadang ada perkara-
perkara yang tidak disangka-sangka
sebenarnya ialah kesyirikan.
6. Syirik ada dua kategori iaitu syirik akbar (besar)
dan syirik asghar (kecil). Syirik akbar boleh
membatalkan keislaman seseorang (murtad)
manakala syirik kecil tidak membatalkan
keislaman, tetapi tetap merupakan dosa yang
amat besar sekali, mengurangi kesempurnaan
tauhid serta menghampiri daerah-daerah
kemurtadan.
7. Syirik merupakan dosa yang tidak terampun.
Manakala dosa di bawah syirik boleh
diampunkan bagi orang-orang yang
dikehendaki oleh Allah ‫ﷻ‬. 16

8. Syirik bukan hanya semata-mata menyembah


berhala (patung-patung) seperti yang
disangka oleh ramai kaum muslimin meskipun
itulah perbuatan syirik yang terbesar. Akan
tetapi syirik sangatlah banyak jenisnya. Tidak

16
Surah An-Nisa’: 48.
25
dapat disenaraikan semuanya di sini.
Hendaklah merujuk kepada kitab-kitab tauhid
yang membahas mengenai permasalahan ini.
Antaranya ialah Kitab Tauhid karangan Syaikh
Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi
rahimahullah.
9. Kebanyakan kaum muslimin beranggapan
bahawa selagimana seseorang itu masih
mengucap kalimat syahadah, maka dia masih
Islam meskipun dia melakukan perbuatan syirik
akbar. Mereka mengatakan, “Bukankah setiap
kali solat mereka akan bersyahadah kembali?”
Jawapannya, hendaklah kita ketahui bahawa
syahadah itu mempunyai syarat-syaratnya,
rukun-rukun dan konsekuensinya. Maka
seorang pelaku syirik akbar yang tidak
bertaubat, syahadahnya tidak bermanfaat
untuk dirinya. Dia menjadi murtad dan secara
zahirnya dianggap sebagai musyrik di dunia ini
dan terancam dengan api neraka.
Wal’iyadzubillah. Adapun sekiranya pelakunya
itu tidak sampai risalah para rasul di dunia ini,
dia merupakan ahli fatrah, tetapi tetap
dihukumi sebagai musyrik di dunia ini manakala
nasibnya di akhirat terserah kepada Allah. Allah
ta’ala akan mengujinya di akhirat dan akan
diutuskan seorang rasul padanya. Firman Allah:

26
ِ
‫ث َر ُسوًَّل‬ َ ِ‫َوَما ُكنَّا ُم َعذب‬
َ ‫ني َح َّ ََّٰت نَْب َع‬
“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun
sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul.”
(Al-Isra’: 15)

Ayat ini juga tidak terlepas dari kekeliruan


sebahagian pihak yang beranggapan
bahawa seseorang tidak boleh dianggap
murtad atau kafir kerana mungkin dia tidak
memahami dengan jelas dan masih ada
syubhat dalam pemahamannya terhadap
tauhid. Padahal para ulama telah menegaskan
bahawa tidaklah dituntut sehingga seseorang
itu memiliki pemahaman yang memuaskan
seperti pemahaman Abu Bakar As-Siddiq
(faham iqna’, pemahaman yang memuaskan),
barulah dikafirkan sekiranya dia menolak.
Cukuplah sekadar fahamnya itu seperti
fahamnya Abu Jahal atau Abu Lahab (faham
bahasa), maka sekiranya dia mengingkari
tauhid dan melakukan kesyirikan, makanya dia
dipanggil musyrik. Inilah taqrir (perakuan)
aqidahnya para imam dakwah tauhid
sehinggalah generasi ulama besar zaman ini
seperti Syaikh Ibn Baaz, Syaikh Soleh Al-Fauzan,
Syaikh Abdul Aziz Alu Asy-Syaikh, Syaikh Shalih Al
Ushoimi dan selainnya.

27
DOA BERLINDUNG DARI KEKUFURAN,
KEMUNAFIKAN DAN RIYA’

ِ ‫ والْ ُفس‬،‫ك ِمن الْ َف ْق ِر والْ ُك ْف ِر‬


،‫وق‬ َ ِ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أَعُوذُ ب‬
ُ َ َ َ
‫الرََي ِء‬
ِ ‫ َو‬،‫الس ْم َع ِة‬
ُّ ‫ َو‬،‫اق‬ ِ ‫ والنِ َف‬،‫اق‬
َ
ِ ‫و‬
ِ ‫الش َق‬
َ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kefakiran,
kekufuran, kefasikan, kedurhakaan, kemunafikan,
sum’ah, dan riya’.”17

----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Doa yang ringkas tetapi terkandung
permohonan perlindungan dari hampir semua
bahaya-bahaya besar yang boleh
membinasakan seorang muslim.
2. Kefakiran merupakan bahaya yang besar
sehingga ia didahulukan penyebutannya dari
yang lain. Ia boleh membinasakan sekiranya
seseorang itu mengingkari taqdir. Insya Allah

17
HR Al-Hakim. Sahih.
28
penjelasan lebih lanjut akan dijelaskan di
dalam ulasan doa yang akan datang.
3. Kekufuran sangat merbahaya kerana jika kufur
akbar (besar) boleh menyebabkan pelakunya
menjadi kafir manakala kufur asghar (kecil)
pula merupakan dosa yang amat besar.
4. Kefasikan pula ialah apabila seseorang itu tidak
bertaubat dari perbuatan dosa besar, atau
sekiranya seseorang itu melazimi perbuatan
dosa kecil. Ini seperti peminum arak, penjudi,
pemakan riba, orang-orang yang sering
bermain atau mendengar muzik, atau sering
menonton drama melihat aurat-aurat dan
maksiat di televisyen. Begitu pula lelaki yang
sering melihat wajah para wanita sedangkan
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam telah
memerintahkan agar berpaling dari melihat
wajah mereka sebagaimana disebut di dalam
beberapa riwayat.
5. Kemunafikan juga terbahagi kepada nifak
secara keyakinan (iktiqad) atau nifak amali.
Orang munafik secara keyakinan (iktiqad), jelas
sekali dirinya sebenarnya ialah kafir dan bakal
menghuni neraka Jahannam. Manakala
kemunafikan secara amali ialah pada orang-
orang yang pada dirinya ada sifat-sifat orang
munafik seperti apabila dia berbicara dia
berdusta, apabila berjanji dia mungkiri atau bila

29
diberi amanah, dia khianat18. Di dalam sebuah
hadith dari Imam Muslim, disebutkan bahawa
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berpendapat
bahawa orang yang tidak menghadiri solat
berjemaah juga merupakan munafik yang
telah jelas nifaknya.
6. Sum’ah dan riya’ itu bersaudara. Sum’ah ialah
seseorang itu mahu amalannya disebut-sebut
orang lain sehingga dia dapat mendengar
pujian dari orang lain. Manakala riya’ pula ialah
mempamerkan amalan sehingga dilihat oleh
orang lain. Dia menghiasi amalannya agar
dipuji oleh orang. Kedua-duanya merupakan
antara syirik kecil, kerana beramal demi
perhatian manusia. Perbezaan antara riya’ dan
sombong adalah perbuatan riya’ berlaku pada
amal-amal soleh manakala perbuatan
sombong pula jelas-jelas memperlekehkan dan
merendahkan orang lain.
7. Mengingatkan bahaya kekafiran, kesyirikan
dan kemunafikan yang amat besar, ada
sebuah karya yang sangat baik untuk dibaca
iaitu syarah kepada kitab Al-Wajibaat yang
berjudul, ‘At-Tanbiihaat al-Mukhtasharah Syarh
al-Waajibaat al-Mutahattimaat al-Ma'rifah
'alaa Kulli Muslim wa Muslimah’. Alhamdulillah
terjemahannya sudah ada, terbitan Pustaka

18
HR Muslim.
30
Imam Asy-Syafie yang diberi judul ‘Hal-hal Yang
Wajib Diketahui Setiap Muslim.’ Hampir semua
topik di atas boleh didapati perbahasannya di
dalam buku ini.

DOA MEMOHON SYURGA DAN DIJAUHKAN


NERAKA

‫ك ِم َن النَّا ِر‬
َ ِ‫الَنَّةَ َوأَعُ ْوذُ ب‬
ْ ‫ك‬َ ُ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أَ ْسأَل‬
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan aku
berlindung kepada-Mu dari neraka.” (ulang 3x)

----------------------------------------------------------------------------

Dasarnya ialah dari hadith berikut, dari Anas bin


Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ِ ِ َ‫ قَال‬،‫ث مَّرات‬
ُ‫ اللَّ ُه َّم أ َْدخلْه‬:ُ‫الَنَّة‬
ْ ‫ت‬ َ َ ‫الَنَّةَ ثََل‬ ْ َ‫اَّلل‬
َّ ‫َم ْن َسأ ََل‬
:‫َّار‬ ِ
ُ ‫ قَالَت الن‬،‫ث َمَّرات‬ َ ‫استَ َج َار ِم َن النَّا ِر ثََل‬ْ ‫ َوَم ْن‬،َ‫الَنَّة‬
ْ
‫اللَّ ُه َّم أ َِج ْرهُ ِم َن النَّا ِر‬
31
“Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga
akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam
syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari
neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah,
lindungilah dia dari neraka.”19

Jika dilihat dari hadith di atas kita mendapati


bahawa tiada lafaz doa khusus mengenai amalan ini.
Boleh sahaja untuk berdoa dengan apa-apa lafaz
yang terkait dengannya seperti contohnya:

‫ك ِم َن النَّا ِر‬
َ ِ‫الَنَّةَ َوأَعُ ْوذُ ب‬
ْ ‫ك‬َ ُ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أَ ْسأَل‬
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan aku
berlindung kepada-Mu dari neraka.” (ulang 3x)

Catatan:
1. Doa ini juga dianjurkan untuk dibaca selepas
tasyahhud akhir, sebelum salam. Bahkan itu di
antara waktu yang mustajab untuk berdoa.
2. Masuk ke syurga merupakan antara matlamat
paling agung seorang hamba Allah. Begitu
banyak sekali ayat Al-Quran dan hadith yang
menceritakan tentang syurga dan
kenikmatannya serta menganjurkan kaum
muslimin untuk mengejarnya. Ini amat
berlawanan dengan keyakinan kaum sufi

19
HR Ahmad, An-Nasa’i dan At-Tirmidzi. Sahih.
32
melampau yang beranggapan jika beribadah
kerana mengharapkan syurga boleh menjadi
syirik. Ini adalah bentuk kebodohan yang nyata
sekali. A’udzubillah an akuuna minal jaahilin
(Aku berlindung kepada Allah dari termasuk
menjadi orang-orang yang jahil). Seorang
muslim itu haruslah menghadirkan tiga rukun ini
ketika beribadah iaitu cinta (hubb), takut
(khauf) dan harap (roja’).
3. Berdoa agar dimasukkan ke syurga tidak akan
lengkap tanpa berdoa dijauhkan dari seksa api
neraka. Ini kerana boleh jadi seseorang itu
dimasukkan ke syurga selepas dia diazab di
neraka.
4. Terlalu banyak sekali ayat Al-Quran dan hadith
yang menjelaskan tentang kedahsyatan api
neraka. Sudah seharusnya kaum muslimin
sentiasa memohon perlindungan dari
dimasukkan ke api neraka.
5. Syurga merupakan destinasi yang harus
diimpikan oleh seluruh kaum muslimin. Seluruh
amal apapun tidak bermanfaat jika tidak
dikurniakan syurga. Begitu juga ilmu setinggi
manapun atau seluas lautan apapun tidak
berguna sekiranya tidak dikurniakan
kenikmatan syurga.

33
DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA

‫صغِ ًريا‬ ِ‫ر‬


َ ‫ب ْار ََحْ ُه َما َك َما َربَّيَ ِاّن‬َ
"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua (ibu
bapaku), sebagaimana mereka berdua telah
mendidik aku waktu kecil.” (Al-Isra’: 24)

‫وم‬‫ق‬ُ ‫ي‬ ‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ني‬ِ‫ي ولِْلم ْؤِمن‬


َّ ‫د‬
َ ِ‫ربَّنَا ا ْغ ِفر َِل ولِوال‬
ُ َ َ َْ َ ُ َ ََ ْ َ
‫اب‬ ِْ
ُ ‫اْل َس‬
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu
bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari
terjadinya hisab (hari Kiamat).” (Ibrahim: 41)

----------------------------------------------------------------------------

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ِ ِ
َ ‫اْلنْ َسا ُن انْ َقطَ َع َع َملُهُ إََِّّل م ْن ثََلثَة م ْن‬
‫ص َدقَة‬ َ ‫إِ َذا َم‬
ِْ ‫ات‬
ِ ‫جا ِرية وعِلْم ي ْن ت َفع بِِه وولَد‬
ُ‫صالح يَ ْدعُو لَه‬
َ ََ ُ َ ُ َ َ َ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah

34
jariyah, ilmu yang diambil manfaatnya, atau doa
anak yang soleh.”20

Catatan:
1. Hadith di atas menjelaskan bahawa termasuk
amalan yang berterusan kepada si mati ialah
doa dari anak yang soleh. Ini tidaklah
membatasi bahawa doa orang lain selain dari
anaknya yang soleh itu tidak diterima, akan
tetapi yang difahami di sini ialah doa anak
yang soleh itu lebih utama untuknya
berbanding doa dari yang selainnya. Ini kerana
anak yang soleh itu ialah hasil dari kerja keras
ibu bapanya untuk mencetak anaknya
menjadi seorang yang soleh21, dengan
bimbingan serta galakan olehnya.
2. Anak yang soleh merupakan aset paling
berharga buat ibu bapa. Setelah kematiannya,
sekiranya dia memiliki semua anak yang
memiliki PHD sekalipun tetapi mereka tidak

20
HR Muslim.
21
Dalilnya hadith dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah ‫ﷺ‬
bersabda:

‫الر ُج ُل ِم ْن َك ْسبِ ِه َوَولَ ُدهُ ِم ْن َك ْسبِ ِه‬ ِ َ‫إِ َّن ِم ْن أَطْي‬


َّ ‫ب َما أَ َك َل‬
“Sesungguhnya yang paling baik dari makanan seseorang adalah hasil
jerih payahnya sendiri. Dan anak merupakan hasil jerih payah orang
tua.” (HR Abu Daud , An-Nasa’i dalam Al-Kubra, At-Tirmidzi dan Ibnu
Majah. Sahih)
35
soleh sehingga melupakan untuk mendoakan
ibu bapanya yang telah meninggal dunia,
maka ternyata sekali mereka ialah anak yang
sia-sia dan tidak berguna. Ini kerana berbakti
kepada kedua ibu bapa merupakan antara
puncak adab seorang muslim terhadap
sesama hamba Allah yang lain.
3. Seorang muslim juga haruslah ingat bahawa
ibu bapa mempunyai hak yang amat besar
sekali ke atas dirinya. Wajib berbakti kepada
mereka sehinggalah ke akhir hayat. Bahkan di
dalam Al-Quran seringkali digandingkan ayat
berkenaan hak Allah (tauhid & ibadah) dan
hak ke atas ibu bapa (berbakti kepada
mereka). Janganlah berlalu satu hari di mana
seorang anak itu tidak mendoakan ibu
bapanya.
4. Kita turut digalakkan untuk mendoakan kaum
muslimin yang lain secara umumnya.

DOA UNTUK ANAK-ANAK DAN KETURUNAN

‫ب لَنَا ِم ْن أ َْزَو ِاجنَا َوذُ ِرََّيتِنَا قُ َّرةَ أ َْع ُني‬


ْ ‫َربَّنَا َه‬
‫ني إِ َم ًاما‬ ِ ِ
َ ‫اج َعْلنَا لْل ُمتَّق‬
ْ ‫َو‬
36
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami,
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam
bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan: 74)

----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Intisari dari tafsir Ibnu Kathir, doa ini ialah doa
orang yang memohon dikeluarkan dari sulbi
mereka insan-insan yang mentauhidkan Allah
dan tidak berbuat syirik kepada-Nya serta yang
selalu menjalankan ketaatan kepada-Nya. Ini
juga merupakan doa yang agung yang
mengutamakan perihal ketaatan berbanding
dari kecantikan rupa paras fizikal. Tafsiran
‘imam bagi orang-orang yang bertakwa’,
menurut Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,
Qatadah rahimahullah dan selainnya,
bermaksud para pemimpin yang diikuti dalam
kebaikan. Ditafsirkan pula oleh selain mereka,
sebagai para pemberi petunjuk dan penyeru
kebaikan.
2. Memelihara keluarga dan keturunan
merupakan antara tanggungjawab besar
yang wajib diambil perhatian. Berapa
ramaikah orang yang berdakwah di luar sana
tetapi mengabaikan ahli keluarga mereka
sendiri? Ingatlah kepada firman Allah yang

37
bermaksud: “Wahai orang-orang yang
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka.” (At-Tahrim: 6)
3. Al-Hasan Al-Bashri berkata, “Tidak ada sesuatu
yang lebih menyejukkan mata seorang mukmin
selain melihat isteri dan keturunannya taat
pada Allah ‘azza wa jalla.”

DOA MEMOHON ILMU BERMANFAAT DAN


TAMBAHAN ILMU

،‫ َو َعلِ ْم ِِن َما يَْن َفعُ ِِن‬،‫اللَّ ُه َّم انْ َف ْع ِِن ِِبَا َعلَّ ْمتَِِن‬
‫َوِزْدِّن ِعْل ًما‬
“Ya Allah, berilah kemanfaatan atas segala ilmu
yang Engkau ajarkan padaku. Berilah aku ilmu yang
bermanfaat buatku dan tambahkanlah ilmu
padaku.”22

----------------------------------------------------------------------------

22
HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah.
38
Catatan:
1. Ini amat berbeza dengan apa yang selalu
dianjurkan oleh sebahagian pakar motivasi
iaitu mereka menggalakkan untuk mempelajari
segala macam ilmu. Manakala Islam pula
menekankan kepada mempelajari ilmu yang
bermanfaat sahaja.
2. Ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang
dapat membawa kepada kebahagiaan di
akhirat iaitu ilmu-ilmu agama. Ini berbeza
dengan sikap masyarakat yang mempelajari
ilmu-ilmu agama hanya sebagai ilmu
tambahan sahaja, dan bukan sebagai ilmu
asas kehidupan.
3. Ilmu agama secara umumnya semuanya
adalah ilmu yang mulia, akan tetapi seseorang
penuntut ilmu agama harus memerhatikan ilmu
mana yang paling utama untuk dipelajarinya
kerana terkadang bukan semua ilmu itu bakal
diamalkannya. Contohnya ilmu-ilmu cabang
seperti faraid dan jinayat, yang amat jarang
sekali dipraktikkan oleh masyarakat awam. Ia
hanya digunakan oleh individu khusus yang
berkait dengannya. Oleh itu, hendaklah
menekankan kepada ilmu-ilmu asas seperti ilmu
aqidah, fiqh ibadah dan muamalat yang
berkaitan dengan kehidupan sehariannya.
Tidak dilupakan juga pembelajaran adab dan
akhlak Islam.

39
4. Ilmu-ilmu yang tidak diamalkan kelak boleh
menjadi bebanan kepada seseorang. Maka
hendaklah seseorang itu mengamalkan apa
yang telah dipelajarinya. Ini juga merupakan
bentuk syukur atas nikmat ilmu yang telah
dianugerahkan kepadanya.
5. Doa ini juga memohon untuk ditambahkan
ilmu. Ini bermakna seseorang muslim tidak
seharusnya berasa selesa dengan ilmu yang
dimiliki sehingga dia tidak mahu lagi untuk terus
belajar. Guru kami pernah berkongsi cerita,
bahawa dia ditanya oleh jirannya tentang apa
yang diajarinya di kelas pengajiannya. Lalu
beliau menjawab bahawa dia mengajar
tentang aqidah tauhid. Lantas jirannya
berkata, “ohhh, mengulangkaji ye…” Lihatlah
bagaimana masyarakat memandang remeh
pelajaran ilmu aqidah kerana menyangka
dirinya sudah cukup arif, padahal jika disuruh
membezakan yang mana syirik akbar dan syirik
asghar belum tentu dia mampu
membezakannya.
6. Di dalam mempelajari ilmu agama, amat
penting sekali untuk menguasai asas dan
dasarnya (ta’sil) terlebih dahulu serta haruslah
secara bertahap-tahap (tadarruj). Tidaklah
sepatutnya mempelajari Sahih Al-Bukhari
terlebih dahulu sekiranya Arba’in An-Nawawi
tidak pernah khatam. Begitu juga tidak

40
sepatutnya menelaah Alfiyah Al-Iraqi
sedangkan matan Al-Baiquniyyah pun masih
merangkak-rangkak lagi. Begitulah wasiat para
ulama sejak dahulu buat para penuntut ilmu.
7. Ilmu duniawi juga boleh menjadi antara ilmu
bermanfaat apabila ilmu tersebut membantu
dirinya untuk bekerja dan memperoleh nafkah
buat dirinya dan keluarganya atau dapat
membantunya untuk lebih banyak bersedekah
serta membantu orang lain. Sekiranya ilmu-ilmu
yang dimilikinya hanya dia gunakan untuk
mengumpul harta kekayaan duniawi, jelas
sekali bahawa dia telah tertipu dengan fitnah
dunia ini. Padahal perhiasan di dunia ini tidak
kekal, sedangkan negeri akhiratlah yang kekal
abadi.

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI


ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT, HATI
YANG TIDAK KHUSYUK, JIWA YANG TIDAK
PUAS DAN DOA YANG TIDAK DIDENGAR

41
‫ َوِم ْن قَ ْلب‬،‫ك ِم ْن ِع ْلم ََّل يَْن َف ُع‬
َ ِ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أَعُوذُ ب‬
‫ َوِم ْن ُد َعاء ََّل‬،‫ َوِم ْن نَ ْفس ََّل تَ ْشبَ ُع‬،‫ََّل ََيْ َش ُع‬
‫يُ ْس َم ُع‬
“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang
tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari
jiwa yang tidak merasa puas, dan dari doa yang
tidak didengar (tidak dikabulkan).”23

----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Si’di
rahimahullah menyebutkan bahawa ilmu yang
tidak bermanfaat itu ada empat iaitu; Pertama,
ilmu yang 100% berbahaya dan tiada manfaat
sama sekali atau yang bahayanya lebih besar
dari manfaatnya. Ini seperti ilmu sihir. Kedua,
ilmu duniawi yang asalnya adalah mubah,
tetapi dia sibuk menekuninya sehingga
mengabaikan perintah agama seperti tidak
solat secara berjemaah. Ketiga, ilmu-ilmu
agama yang tidak diamalkannya. Keempat,

23
HR Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah. Sahih.
42
menyibukkan diri dengan ilmu alam atau ilmu
moden (sains moden) sehingga berpaling dari
belajar ilmu agama. Ilmu-ilmu seperti ini
kadangkala bukan lebih membuatkan
seseorang bertambah keimanan pada Allah,
bahkan menjadi pengingkar Tuhan (atheis).24
2. Hati yang tidak khusyuk ialah hati yang telah
terpaut begitu dalam terhadap kehidupan
dunia dan kelazatannya. Ketahuilah bahawa
hati tidak mungkin boleh condong secara
sama rata antara dunia dan akhirat. Hati itu
pasti akan cenderung kepada salah satu di
antara keduanya. Hati yang sentiasa
mengingati kehidupan akhirat akan
menambahkan iman dan kesabaran di atas
menghadapi ujian-ujian serta fitnah di dunia ini.
Hati yang seperti ini mampu untuk merasai
manisnya khusyuk dengan pertolongan dari
Allah ‫ﷻ‬.
3. Jiwa yang puas ialah jiwa yang memiliki sifat
qana’ah (merasa puas dengan pemberian
Allah ‫)ﷻ‬. Untuk mendidik sifat ini, hendaklah
menyedari bahawa segala apa kenikmatan
dan rezeki yang diberikan kepada semua

24
Lihat sahaja sepertimana bila berlaku malapetaka seperti tsunami,
banjir besar atau gempa bumi, para pentaksub ilmu alam dan sains ini
seringkali mengatakan, “ohh ini fenomena alam sahaja.” Mereka tidak
mahu mengakui bahawa perkara seumpama itu merupakan sebahagian
dari peringatan oleh Allah ta’ala.
43
makhluk-makhluk Allah di dunia ini telah
ditentukan kadarnya masing-masing oleh Allah
‫ﷻ‬. Memang benar usaha memainkan peranan,
tetapi usaha itu hanya mampu membuahkan
hasil setakat apa yang telah ditentukan oleh
Allah sahaja. Sekiranya ada dua orang yang
memiliki perniagaan yang sama, kedai yang
sama, kilang yang sama, lokasi yang sama dan
pelanggan yang sama, tetap sahaja rezeki
antara keduanya berbeza-beza mengikut
kadar yang telah ditentukan oleh Allah ‫ﷻ‬.
Dengan keyakinan (aqidah) ini, maka
seseorang akan berasa lebih tenang dan
mensyukuri apa yang dikurniakan Allah
terhadap dirinya. Dia tidak akan terlalu
memaksa dirinya, atau mencela dirinya. Dia
juga tidak akan berasa sombong seperti Qarun
yang menganggap kekayaannya ialah kerana
ilmu yang dimiliki dirinya.
4. Doa yang tidak didengar merupakan antara
malapetaka buat seorang muslim. Ia bukan
perkara yang ringan. Bahkan ia merupakan
petunjuk bahawa seseorang muslim itu
mempunyai hal dan urusan yang perlu
diperbaikinya. Antara sebab-sebab doa
tertolak ialah apabila melazimi benda dan
perkara yang haram sebagaimana disebutkan
di dalam hadith. Boleh jadi juga dia seorang
pelaku maksiat dan sering menzalimi orang lain.

44
5. Doa ini sudah selayaknya diamalkan oleh
seorang muslim untuk menggapai kebahagian
di dunia dan akhirat.

DOA MEMOHON DIPERBAIKI AKHLAK

‫ت َخْل ِقي فَأَ ْح ِس ْن ُخلُ ِقي‬ َّ َّ‫الل‬


َ ‫هم أَ ْح َسْن‬
“Ya Allah, Engkau telah membaguskan
penciptaanku, maka baguskanlah akhlakku.”25

‫ت َخ ْل ِقي فَ َح ِس ْن ُخلُ ِقي‬


َ ‫اللَّ ُه َّم َك َما َح َّسْن‬
“Ya Allah sebagaimana Engkau telah membaguskan
penciptaanku, maka baguskanlah akhlakku.”26

----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Tiada dalil yang sahih menyebut bahawa ini
adalah doa ketika bercermin. Walau
bagaimanapun para ulama menjelaskan tidak

25
HR Ahmad, Al-Haithami di dalam Majma’u Az-Zawaid. Sahih.
26
HR Ahmad, Ath-Thabrani dan Ibnu Hibban. Sahih.
45
mengapa membacanya ketika bercermin
mengingatkan keumuman lafaz doa ini.
2. Doa ini amat layak sekali menjadi amalan
kaum muslimin secara berterusan. Ini kerana
akhlak merupakan hal yang sangat penting
yang mencerminkan peribadi unggul seorang
muslim. Bahkan akhlak yang mulia membantu
di timbangan mizan di akhirat kelak
sebagaimana disebutkan di dalam hadith27.
3. Para ulama salaf dahulu amat menekankan
mempelajari dan melazimi akhlak yang baik.
Bahkan sebahagian mereka mengatakan
bahawa mereka lebih berhajatkan kepada
banyaknya akhlak yang baik berbanding
banyaknya hadith yang dihafal.
4. Doa ini mengandungi unsur kesyukuran iaitu
dengan pengakuan bahawa Allah ‫ ﷻ‬telah
memperindahkan penciptaan rupa dirinya,
maka dengan itu dia memohon agar
diperindahkan akhlaknya.

27
Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi ‫ ﷺ‬bersabda:

ِ ‫اْلُلُ ِق وإِ َّن‬ ِ


‫ب ُح ْس ِن‬ ِ ِ
َ َ ْ ‫وض ُع ِِف الْم َيزان أَثْ َق ُل م ْن ُح ْس ِن‬
َ ‫صاح‬ َ ُ‫َما ِم ْن َش ْىء ي‬
َّ ‫الص ْوِم َو‬
ِ‫الصلَة‬ َّ ‫ب‬ ِ ‫ا ْْلُلُ ِق لَي ب لُ ُغ بِِه درجةَ ص‬
ِ ‫اح‬ َ َ ََ َْ
“Tidak ada sesuatu amalan yang jika diletakkan dalam timbangan
lebih berat dari akhlak yang mulia. Sesungguhnya orang yang
berakhlak mulia boleh menggapai darjat orang yang rajin puasa dan
rajin solat.” (HR At-Tirmidzi. Sahih)
46
5. Akhlak yang baik akan memperbaiki hubungan
seorang hamba dengan Tuhannya serta
memperbaiki hubungannya dengan sesama
hamba Allah yang lain terutamanya terhadap
ibu bapanya, kaum kerabatnya, sahabat
handainya dan kaum muslimin yang lain
khususnya.
6. Akhlak bukanlah suatu hal yang ringan. Jika
tidak kerana dikhuatirkan buku ini akan menjadi
meleret-leret perbahasannya, sudah tentu
saya akan menukil lebih banyak kata-kata
hikmah dari para salafussoleh berkenaan adab
dan akhlak. Akan tetapi cukuplah di sini saya
nukilkan ucapan Ibnul Mubarok rahimahullah,
“Kami mempelajari masalah adab itu selama
30 tahun sedangkan kami mempelajari ilmu
selama 20 tahun.”

47
DOA MEMOHON AKHLAK YANG BAIK DAN
BERLINDUNG DARI AKHLAK YANG BURUK

‫َخلَ ِق َّلَ يَ ْه ِدى‬ ِ ِ


ْ ‫اللَّ ُه َّم ْاهدِّن ِلَ ْح َس ِن اِل‬
ِ ِ
َ‫ف َع ِّن َسيِئَ َها َّل‬ ْ ‫اص ِر‬
ْ ‫ت َو‬ َ ْ‫ِلَ ْح َسن َها إَِّلَّ أَن‬
‫ت‬َ ْ‫ف َع ِّن َسيِئَ َها إَِّلَّ أَن‬ُ ‫ص ِر‬ ْ َ‫ي‬
“Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik, tidak
ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan
palingkanlah keburukan akhlak dariku, tidak ada
yang memalingkannya dariku kecuali Engkau.”28

‫َخلَ ِق‬ ِ ِ َ ِ‫اللَّه َّم إِِّن أَعوذُ ب‬


ْ ‫ك م ْن ُمْن َكَرات اِل‬ ُ ُ
‫َواِل َْع َم ِال َواِل َْه َو ِاء‬
“Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlak,
amal dan hawa nafsu yang mungkar.”29

----------------------------------------------------------------------------

28
HR Muslim.
29
HR At-Tirmidzi. Sahih.
48
Catatan:
1. Telah disentuh pada bab sebelumnya tentang
kepentingan dan keutamaan mempunyai
akhlak yang mulia.
2. Dua doa di atas ini pula menekankan kepada
meminta perlindungan dari akhlak yang buruk
dan tercela.
3. Juga terkandung permohonan perlindungan
dari amal dan hawa nafsu yang mungkar.
Amalan yang mungkar termasuk amalan-
amalan yang jelas maksiat, atau amalan-
amalan yang kelihatan baik akan tetapi
bercanggahan dengan As-Sunnah iaitu
amalan bid’ah. Nafsu yang mungkar ialah
hawa nafsu yang mengajak kepada
kemaksiatan dan dosa. Manakala nafsu yang
terpelihara ialah hawa nafsu yang disalurkan
kepada tempat yang benar sebagaimana
seorang suami yang melepaskan nafsu
seksualnya terhadap isterinya. Bahkan ini
perbuatan yang dapat mendatangkan
pahala.
4. Pelajarilah adab dan akhlak Islam melalui Al-
Quran dan As-Sunnah. Demi Allah, kedua-
duanya sudah mencukupi untuk kaum
muslimin. Terkadang saya kehairanan melihat
sebilangan kaum muslimin yang sering
mendendangkan agar mencontohi akhlak

49
orang Jepun atau orang barat. Tidakkah
mereka mahu memerhatikan dan mengambil
pelajaran dari apa yang terkandung di dalam
Al-Quran dan Al-Hadith. Bahkan di dalam
keduanya pelajaran yang jauh lebih AGUNG
dari selainnya!

DOA MEMOHON KEKAYAAN HARTA

‫ َوََب ِرْك َِل فِْي َما‬،‫ َوَولَ ِدي‬،‫اللَّ ُه َّم أَ ْكثِْر َم ِاَل‬
‫ َوأَ ْح ِس ْن‬،‫ك‬َ ِ‫اعت‬ ِ
َ َ‫أَ ْعطَْي تَ ِِن َوأَط ْل َحيَ ِاِت َعلَى ط‬
‫َع َملِي َوا ْغ ِف ْر َِل‬
“Ya Allah perbanyakkanlah harta dan anakku serta
berkahilah kurnia yang Engkau beri padaku.
Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu
dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-
dosaku.”

----------------------------------------------------------------------------

50
Catatan:
1. Ini doa yang amat bagus sekali yang disusun
oleh Dr. Sa’id bin Wahf Al-Qahthani. Doa ini
merupakan susunah dari hadith dari Anas bin
Malik radhiyallahu ‘anhu yang didoakan oleh
baginda ‫ ﷺ‬supaya diberikan banyakkan harta
dan anak serta keberkahan di dalamnya30.
Kemudian hadith dari Abdurrahman bin Abi
Bakrah yang menyebutkan tentang manusia
yang dikatakan baik itu ialah yang panjang
umur dan baik amalnya31.
2. Doa ini sekaligus menjelaskan bahawa tiada
kesalahan untuk memohon harta yang banyak
dan anak yang ramai. Ini bukan bererti
menafikan aspek ukhrowi (akhirat). Hanya
sahaja harta yang banyak dan anak yang
ramai itu seharusnya dapat membantu dirinya
untuk mencari dan menambah lagi amalan-
amalan akhirat. Harta banyak yang disyukuri
amatlah bermanfaat sekali kerana dapat
membantu ibadah seorang hamba. Dia akan
mudah untuk memperbanyakkan sedekah
serta membantu kaum kerabatnya. Harta yang
banyak juga mengurangkan kerunsingan
seseorang hamba sekaligus boleh memberikan
lebih fokus terhadap ibadahnya. Anak yang
ramai pula jika semuanya soleh, bagaikan

30
HR Al-Bukhari dan Muslim.
31
HR At-Tirmidzi. Sahih lighairihi.
51
tumbuhan-tumbuhan amal yang ditanamnya
yang kelak akan diraih hasil buahnya (pahala-
pahala). Segala usaha dirinya mengajari
anaknya dan menggalakkan mereka menjadi
insan yang soleh akan menjadi saham-saham
pahala amal jariyah yang sangat bermanfaat
kelak.
3. Umur yang panjang di dalam ketaatan
merupakan suatu kelebihan yang sangat besar
sekali. Ini kerana kehidupan di dunia ialah hari-
hari beramal manakala akhirat ialah hari
dihisab dan bukan lagi hari beramal. Oleh itu,
seseorang yang dikurniakan umur yang
panjang yang sentiasa dimanfaatkan dengan
beramal akan memperoleh kelebihan yang
lebih besar dengan izin Allah.

DOA MEMOHON PETUNJUK, TAQWA, ‘IFFAH


DAN KEKAYAAN JIWA

‫اف َوالْغِ َّن‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أ‬


َ ُ‫َسأَل‬
َ ‫ك ا ْْلَُدى َوالتُّ َقى َوالْ َع َف‬
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk,
ketakwaan, keterjagaan dan kekayaan.”32

32
HR Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
52
----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Petunjuk yang dimohon oleh seorang mukmin
ialah petunjuk khusus berupa hidayah kepada
mentaati perintah Allah, konsisten (istiqomah)
di atas iman sehinggalah kematian
menjemputnya serta petunjuk kepada jalan ke
syurga. Doa permohonan hidayah juga
seringkali kita bacakan di dalam surah Al-
Fatihah (ihdina..).
2. Ketakwaan akan membawa kepada
kesempurnaan keimanan seorang muslim.
Secara ringkasnya takwa bermaksud takut
kepada Allah ‫ ﷻ‬dengan menjalankan ketaatan
kepada-Nya serta menjauhi larangan-Nya.
Oleh itu, bukanlah disebut takwa sekiranya
hanya takut kepada Allah ‫ ﷻ‬semata-mata
tanpa menjalankan perintah-Nya serta
melanggar larangan-Nya.
3. Imam An-Nawawi menjelaskan di dalam
Syarah Shahih Muslim, “Al ‘Afaaf dan al iffah
ertinya terhindar dari hal-hal yang tidak halal
dan terjaganya diri dari hal tersebut.”
4. Kekayaan jiwa yang dimaksudkan ialah jiwa
yang bergantung dan berharap kepada Allah
‫ ﷻ‬dan menahan diri dari mengharap apa yang
berada di tangan manusia.

53
DOA DIBERI KECUKUPAN DENGAN YANG
HALAL

‫ك‬ ِ ْ ‫اللَّه َّم ا ْك ِف ِّن ِِبلَلِك عن حر ِامك وأَ ْغنِِّن بَِف‬


َ ‫ضل‬ َ َ ََ ْ َ َ َ ُ
‫َع َّم ْن ِس َو َاك‬
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan
jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah
aku dengan kurnia-Mu dari bergantung pada selain-
Mu.”33

----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Kecukupan merupakan sebahagian dari
kebahagiaan seorang muslim. Manakala
kefakiran kadang kala boleh mengakibatkan
seseorang itu menjadi kufur kerana
mengingkari taqdir, atau runsing sehingga
terhalang dari pelbagai kebaikan kecuali bagi

33
HR At-Tirmidzi. Hasan.
54
orang-orang yang dikurniakan kesabaran yang
tinggi.
2. Doa ini juga termasuk doa untuk membantu
melunaskan hutang.
3. Terjaga dari harta yang haram juga merupakan
antara permohonan yang penting. Mengapa?
Ini kerana berapa ramai orang yang akhirnya
mengambil harta dari rezeki yang haram
apabila dirinya tertimpa ujian seperti tiada
perbelanjaan dan pekerjaan. Lihat sahaja
berapa ramai yang beralasan ‘darurat’
sehingga mereka menganggap halal untuk
bekerja di kedai-kedai yang menjual arak. Ini
merupakan suatu musibah yang kerap diambil
ringan oleh kebanyakan manusia. Allahul
musta’an.
4. Sikap bergantung kepada orang lain boleh
membawa kepada menghinakan diri sendiri di
hadapan orang lain. Sikap ini juga boleh
mengurangi tawakkal terhadap Allah ‫ﷻ‬,
apatah lagi sehingga merasa binasa jika tidak
ditolong orang lain.

DOA MEMOHON KEAMPUNAN, RAHMAT,


KESELAMATAN DAN REZEKI

55
‫ و ْارُزقْ ِِن‬،‫ َو َعافِِِن‬،‫ َو ْار ََحِِْن‬،‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر َِل‬
“Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, selamatkan
aku (dari berbagai penyakit) dan berilah rezeki
padaku”.

----------------------------------------------------------------------------

Dalilnya hadith dari Thariq, dia berkata bahwa


dia mendengar Nabi ‫– ﷺ‬dan ketika itu beliau
didatangi seorang lelaki-, lalu lelaki tersebut berkata,

:‫ قُ ْل‬:‫ال‬ َ َ‫أسأ َُل َرِب؟ ق‬ ِ ُ ُ‫ َكيف أق‬، ِ‫ول هللا‬


ْ ‫ني‬ َ ْ ‫ول ح‬ َ ْ َ ‫ََي َر ُس‬
‫فإن هؤَّلَ ِء ََْت َم ُع‬
َّ ،‫ و ْارُزقْ ِِن‬،‫ َو َعافِِِن‬،‫ َو ْار ََحْ ِِن‬،‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفْر َِل‬
.‫ك‬ ِ ‫اك و‬
َ َ‫آخَرت‬ َ َ َ‫ك ُدنْي‬ َ َ‫ل‬
“Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan
ketika aku ingin memohon pada Tuhanku?” Beliau
bersabda, “Katakanlah: Allahummaghfir lii,
warhamnii, wa ‘aafinii, warzuqnii”, kerana doa ini
telah mencakup dunia dan akhiratmu.”34

34
HR Muslim.
56
Catatan:
1. Doa ini ialah doa yang sebagaimana dibaca
ketika duduk antara dua sujud.
2. Doa ini meskipun ringkas tetapi sarat dengan
permohonan yang mencukupi untuk seorang
hamba Allah.
3. Rasulullah ‫ ﷺ‬menyarankan agar memohon
kebaikan bagi dunia dan akhirat, tidak
mengabaikan salah satunya.

DOA BERLINDUNG DARI KEFAKIRAN DAN


KEHINAAN

ِ ‫اللَّه َّم إِِّن أَعوذُ بِك ِمن الْ َف ْق ِر والْ ِقلَِّة و‬


ُ‫الذلَِّة َوأَعُوذ‬ َ َ َ َ ُ ُ
‫ك ِم ْن أَ ْن أَظْلِ َم أ َْو أُظْلَ َم‬
َ ِ‫ب‬
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kefakiran,
kemiskinan, kehinaan. Dan aku berlindung kepada-
Mu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.”35

----------------------------------------------------------------------------

35
HR Ahmad dan Abu Dawud. Sahih.
57
Catatan:
1. Kefakiran boleh membinasakan apabila
seseorang itu tidak redha dengan taqdirnya,
tidak qana’ah (merasa puas) dengan
pemberian-Nya dan sering berkeluh-kesah.
2. Kefakiran juga boleh membawa manusia
kepada sikap sering meminta dan bergantung
harap terhadap orang lain. Seseorang itu
terpaksa menghinakan dirinya sendiri di
hadapan orang lain. Oleh, itu amat wajar sekali
kita memohon dari diuji dengan kefakiran
kerana ia merupakan antara ujian yang amat
besar sekali.
3. Doa ini turut dilengkapi dengan memohon
agar tidak menzalimi serta tidak dizalimi.
Kezaliman itu ialah apabila tidak meletakkan
sesuatu perkara sesuai dengan tempatnya
atau haknya. Oleh sebab itu juga disebutkan
bahawa syirik merupakan kezaliman yang
paling besar sekali. Ini kerana ia memalingkan
hak peribadatan dari zat yang satu-satunya
berhak diibadahi iaitu Allah ‫ﷻ‬.
4. Menzalimi juga boleh diertikan dengan
mengkhianati sebagaimana dikatakan
bahawa si fulan telah menzalimi rakannya,
kerana dia telah bersikap khianat pada
rakannya itu.

58
DOA BERLINDUNG DARI LILITAN HUTANG
DAN KEZALIMAN MANUSIA

‫الع ْج ِز‬ ِ ْ ‫ك ِمن ا ْْل ِم و‬ ِ‫اَللَّ ُه َّم ِإّن أَعُوذُ ب‬


َ ‫ َو‬،‫اْلََزن‬ َ َ َ َ
‫ َو َغلَبَ ِة‬،‫ضلَ ِع الدَّيْ ِن‬
َ ‫ َو‬،‫ْب‬ ِ ُْ‫ال‬
ْ ‫ َوالْبُ ْخ ِل َو‬،‫َوالْ َك َس ِل‬
‫الر َج ِال‬
ِ
”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada
Engkau dari rasa gundah dan sedih, dari lemah dan
malas, dari sifat bakhil dan pengecut, dan dari lilitan
hutang dan penguasaan manusia.”36

----------------------------------------------------------------------------

Catatan:
1. Doa memohon perlindungan dari pelbagai
perkara besar.
2. Rasa gundah dan sedih boleh mengakibatkan
matinya motivasi hingga boleh memberi kesan
terhadap amalan dan aktiviti seorang muslim.

36
HR Al-Bukhari.
59
3. Sifat lemah ini kadang kala bukan kerana faktor
fizikal semata-mata sebagaimana anda
mungkin pernah melihat video bagaimana
seorang yang cacat yang terpaksa menyeret
atau menggolek dirinya untuk bergerak masih
mampu untuk menghadiri solat berjemaah
atau menyertai halaqah Al-Quran di masjid.
Manakala terkadang kita melihat orang yang
masya Allah sungguh aktif bersukan serta
mempunyai badan yang tegap dan sihat,
tetapi amat lemah untuk menunaikan solat
atau lemah di dalam menjalankan perintah
agama. Maka lemahnya hati itu lebih
membinasakan dari lemahnya fizikal tubuh
badan.
4. Sifat malas pula amat merugikan seorang
muslim. Malas beribadah, malas beramal dan
malas beraktiviti, semuanya akan merugikan
dirinya sama ada untuk urusan dunianya
mahupun akhiratnya.
5. Kebakhilan berpunca dari sikap berlebihan
mencintai harta duniawi atau sikap terlalu takut
sekiranya tertimpa kemiskinan. Ini dikuatkan
dengan sebuah hadith Nabi ‫ ﷺ‬yang
menyebutkan bahawa anak boleh
mengakibatkan orang tuanya menjadi bakhil,

60
pengecut dan selainnya37. Dia khuatir anaknya
tidak akan cukup makan dan miskin, lalu dia
menjadi bakhil dari membelanjakan hartanya
ke jalan Allah ‫ﷻ‬. Begitu juga dia menjadi
pengecut untuk berjuang di jalan Allah ‫ﷻ‬
kerana khuatir akan mati yang akhirnya
anaknya akan terlantar.
6. Lilitan hutang merupakan perkara yang amat
besar yang sering diremehkan masyarakat hari
ini. Bahkan ada yang berhutang sejak awal
sudah berniat tidak mahu membayarnya. Ini
jelas sekali sesuatu yang diHARAMkan! Tidakkah
kita pernah mendengar hadith yang menyebut
bahawa, “Jiwa seorang mukmin itu tergantung-
gantung dengan sebab hutangnya sampai
hutang itu dilunasi.”38 Bahkan Imam Al-Bukhari
dan Muslim turut merekodkan hadith bahawa
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda, “Sesungguhnya,
apabila seseorang terlilit hutang, maka bila
berbicara dia akan berdusta dan bila berjanji

37
Dalilnya hadith dari Khaulah binti Hukaim berkata, bahawa Nabi ‫ﷺ‬
pernah memegang tangan Al Hasan, lalu Beliau menciumnya seraya
bersabda,

َّ
.ٌ‫إن الَْولَ َد َمْب َخلَةٌ ََْمبَ نَةٌ ََْم َهلَةٌ َمََْزنَة‬
“Sesungguhnya anak itu membuat bakhil, pengecut, bodoh dan
menyusahkan (orang tua).” (HR Ibnu Majah. Sahih)

38
HR Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ad-Darimi. Sahih.
61
dia akan mungkiri.” Orang yang mati syahid
juga akan merasa kesan dari hutangnya
sebagaimana hadith yang direkodkan Imam
Muslim, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda, “Orang yang
mati syahid diampuni seluruh dosanya, kecuali
hutang.”
7. Memohon perlindungan dari penguasaan dan
sikap sewenang-wenangnya oleh manusia lain,
biasanya berlaku pada orang-orang yang
mempunyai kekuasaan ke atas diri kita
contohnya dari kerabat-kerabat yang lebih
tinggi darjatnya, atau dari majikan-majikan
atau dari para ketua.

DOA BERLINDUNG DARI BANYAK HUTANG

‫ك ِم َن الْ َمأْ َُِث َوالْ َم ْغَرِم‬


َ ِ‫اللَّ ُه َّم إِِّن أَعُوذُ ب‬
“Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat
dosa dan banyak hutang.”39

----------------------------------------------------------------------------

39
HR Al-Bukhari dan Muslim.
62
Catatan:
1. Sebelumnya telah disebutkan beberapa
bahana kesan akibat berhutang, insya Allah di
sini akan ditambah lagi akibat-akibat buruk dari
berhutang.
2. Orang mati yang masih mempunyai hutang
dan masih tidak dilunaskan oleh warisnya, kelak
di akhirat hutangnya akan dibayar dengan
diambil dari pahala kebaikannya.40
3. Di dalam sebuah hadith dari Imam Al-Bukhari
disebutkan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬enggan
mensolatkan jenazah orang yang mempunyai
hutang.41
4. Oleh itu, sudah seharusnya kaum muslimin
sentiasa berwaspada dengan hutang. Jangan
bersikap remeh dan acuh tak acuh serta
menganggap hutang sebagai urusan yang
kecil. Kita juga biasa mendengar ada ibu bapa
yang menganjurkan anak mereka supaya
bekerja di sektor kerajaan agar mudah untuk
mendapat pinjaman hutang. Ya

40
HR Ibnu Majah. Sahih.
41
Potongan hadithnya ialah, “…Kemudian didatangkan lagi jenazah
ketiga, lalu para sahabat berkata, “Solatkanlah dia!” Beliau bertanya,
“Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Mereka (para sahabat)
menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki
hutang?” Mereka menjawab, “Ada tiga dinar.” Beliau berkata,
“Solatkanlah sahabat kalian ini.” Lantas Abu Qotadah berkata, “Wahai
Rasulullah, solatkanlah dia. Biar aku saja yang menanggung
hutangnya.” Kemudian beliau pun mensolatkannya.” (HR Al-Bukhari)
63
Subhaanallaah! Ingatlah bahawa hutang
bukan untuk bersenang-senang dan
bermewah-mewah, tetapi hutang ialah kerana
tidak mampu menutupi keperluan diri dan
keluarga. Amat malang sekali pada hari ini
manusia sanggup mengambil hutang hanya
sekadar untuk bergaya dan tunjuk mewah
semata-mata. Ini kebodohan yang amat luar
biasa sekali! Begitu mudahnya dia tertipu
dengan kemanisan dunia.

DOA MEMOHON KEBAHAGIAAN DUNIA DAN


AKHIRAT

‫َربَّنَا آتِنَا ِِف الدُّنْيَا َح َسنَةً َوِِف ْاْل ِخ َرةِ َح َسنَةً َوقِنَا‬
‫اب النَّا ِر‬
َ ‫َع َذ‬
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari
seksa neraka.” (Al-Baqarah: 201)

----------------------------------------------------------------------------

64
Catatan:
1. Intisari dari tafsir Ibnu Kathir, iaitu doa ini
mencakupi permohonan semua kebaikan di
dunia baik berupa kesejahteraan, rumah yang
luas, isteri yang cantik, rezeki yang lapang, ilmu
yang bermanfaat, tunggangan (kenderaan)
yang menyenangkan dan selainnya. Adapun
kebaikan di akhirat ialah seperti dikurniakan
nikmat syurga serta dapat melihat wajah Allah
yang Maha Agung. Kebaikan lainnya ialah
seperti dimudahkan hisab.
2. Antara kebaikan terbesar di dunia ialah
kurniaan tauhid dan iman. Iman sebagaimana
yang ditakrifkan menurut Ahli Sunnah wal
Jama’ah, iman itu adalah ucapan dengan
lisan, keyakinan di dalam hati dan beramal
dengan anggota badan. Iman juga boleh
bertambah (apabila menjalankan ketaatan)
dan berkurang (apabila melakukan
kemaksiatan). Amalan merupakan bahagian
dari iman itu sendiri dan bukanlah hanya
sebagai ‘syarat kesempurnaan iman’ sahaja
sebagaimana kekeliruan sebahagian individu
yang menyatakan demikian. Ini kerana antara
definisi ‘syarat’ menurut ilmu usul, ia adalah
sesuatu yang berada di luar hakikat benda itu
sendiri. Makanya tidak mungkin kita
mengatakan bahawa amal itu sesuatu yang di
luar iman. Berhati-hatilah juga dengan takrifan

65
yang lebih buruk lagi dari para ahli kalam yang
mengatakan iman itu hanyalah tasdiq
(pembenaran) semata-mata.
3. Imam Al-Bukhari dan Imam Ahmad
meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬sering
membaca doa ini.
4. Diriwayatkan juga bahawa Anas radhiyallahu
‘anhu apabila hendak mengucapkan suatu
doa, dia pasti membaca doa ini, atau bila dia
hendak mengucapkan suatu doa (lain), maka
dia menyertakan doa ini di dalamnya.
5. Terbebas dari seksa azab neraka juga
merupakan suatu pertolongan yang sangat
besar dari Allah ‫ﷻ‬. Sudah seharusnya seorang
muslim tidak meninggalkan doa memohon
agar dijauhkan dirinya, ibu bapanya, dan
keluarganya dari azab neraka.

SELESAI, WALHAMDULILLAH.

66

Anda mungkin juga menyukai