Anda di halaman 1dari 12

DIPLOMA ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEMESTER MEI / TAHUN 2021

ADSE1303

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI, KEDAH

1
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
ISI KANDUNGAN

Pengenalan 3

1.0 Konsep Pemulihan 4-5

1.1 Konsep Pengayaan 5-7

2.0 Kaedah Pemulihan dan Pengayaan 8

3.0 Rancangan Pengajaran Harian 9 - 10

Kesimpulan 10

Rujukan 11 - 12

2
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGENALAN

Para pendidik tidak percaya semua pelajar itu adalah sama dan setiap pelajar mempunyai cara
pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Malahan juga pengalaman guru di dalam
kelas setiap hari membuktikan akan hal ini. Selain itu juga, teori-teori yang diterima dengan baik
diperjelaskan melalui penyelidikan yang meluas dan berdasarkan kepada dokumen yang
menggambarkan akan perbezaan pembelajaran setiap pelajar. Kebanyakkan para pendidik ini
hanya boleh bercakap tentang perbezaan pengajaran, sama ada dari segi gaya pembelajaran, gaya
kognitif, jenis psikologi atau tahap kepintaran pelajar. Namun ia juga perlu meniliti akan
pendekatan yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi
pembelajaran.

Pemulihan dan pengayaan merupakan salah satu teknik dan aktiviti pengajaran yang
bukanlah menjadi perkara baru dalam kaedah pengajaran di negara ini. Hal ini bertepatan dengan
kejadian manusia yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian, kecerdasan, kebolehan dan bakat.
Aktiviti utama dalam kaedah pemulihan ialah membaca, menulis dan mengira. Dalam konteks
subjek Pendidikan Islam, pemulihan yang diberikan adalah kepada pelajar yang lemah dalam
membaca al-Quran, tidak mahir dalam membaca dan menulis jawi, dan mengira faraid. Bagi
kaedah pengayaan pula, aktiviti utamanya ialah menyiapkan tugasan tambahan yang diberikan
oleh guru untuk mengukuhkan lagi kemahiran mereka seperti menghafaz al-Quran, doa-doa
harian, menyiapkan projek berbentuk eksperimen dan kajian seperti kajian terhadap fadhilat
surah al-Fatihah, permainan rekreasi dan pembelajaran akses sendiri.

Oleh itu, tugasan ini bertujuan untuk mencadangkan cara-cara pemulihan dan pengayaan
dalam pelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam kepada murid-murid yang mempunyai
kemampuan belajar yang berbeza.

3
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
TUGASAN 1

1.0 KONSEP PEMULIHAN

Menurut Sharifah Alwiah (1983), pemulihan didefinisikan sebagai satu tindakan khusus yang
diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi
pembelajaran. Selain itu, pemulihan juga membawa maksud sesuatu pengajaran untuk
membetulkan sesuatu yang kurang ini berbeza dengan aktiviti biasa dalam pendidikan. Justeru,
aktiviti ini memerlukan satu kaedah yang disebut pemulihan yang dikhususkan untuk murid yang
menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas menulis, membaca dan mengira atau
ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah. Dalam kajian Robiah Kulop (1992)
menyatakan bahawa mentakrifkan pemulihan sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan
khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta
berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi
keperluan mereka.

Kajian beliau turut mendapati bahawa Albewhite (1997) menyatakan bahawa pemulihan
membawa pengertian yang hampir sama iaitu suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh
murida yang bersifat ketikupayaan yang disertai oleh gangguan emosi. Walaupun pelbagai
takrifan yang diberikan, pemulihan dapat dirumuskan sebagai suatu pendekatan atau proses
untuk menambah baik daripada kekurangan kepada satu dimensi baru yang lebih berkesan.
Perubahan yang wujud daripada aktiviti pemulihan ke arah yang lebih baik disebut pemulihan
yang dikhususkan kepada murid yang lemah atau lambat. Aktiviti pemulihan yang dijalankan di
dalam kelas merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu para pelajar
yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Pemulihan dalam kelas itu akan berlaku
selepas pengajaran berlangsung dan dibuat penilaian. Daripada penilaian yang dibuat, maka guru
hendaklah memastikan kumpulan yang lemah sebagai sasaran dan pemulihan perlu diadakan.

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid mempunyai tahap pencapaian
yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh
guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru.
Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi
masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas

4
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
proses pengajaran guru dalam kelas. Aktivi pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas
kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian.

Kelas Biasa : Murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti penilaian.

Kelas Khas : Murid yang gagal dalam kelas biasa.

Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas
pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa dan aktiviti yang
dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih. Pendidikan pemulihan adalah
satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu
yang tidak betul.

1.1 KONSEP PENGAYAAN

Pengayaan dalam bahasa Inggeris ialah enrichment yang bermaksud menjadikan sesuatu itu kaya
atau tambah. Pengayaan merupakan perihal usaha atau proses untuk mengayakan. Dengan ini,
aktiviti pengayaan dapat membantu murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran dengan
lebih berkesan lagi. Mentakrifkan program pengayaan sebagai satu rancangan pembelajaran yang
dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai pengalaman serta pengalaman berdasarkan aktiviti
yang sejajar dengan kebolehan mereka. Aktiviti pengayaan dapat meluaskan lagi pengalaman
dan pengetahuan mereka menggunakan masa lapang dengan bijaksana, menaruh minat murid
terhadap bacaan, berminat untuk belajar sendiri, memupuk daya cipta dan mengembangkan sifat
pimpinan.

Sang M.S. (1990) menegaskan bahawa pengayaan ialah sejenis aktiviti pembelajaran
yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan lagi sifat
ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Aktiviti pengayaan
disediakan untuk semua murid dalam kelas sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau
lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan murid-murid akan dapat memperluaskan
pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang
pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan

5
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-
murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat,
kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

Biasanya pengayaan ini akan diberikan kepada para pelajar selepas mereka berjaya
menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Melalui aktiviti pengayaan ini, para
pelajar dapat memperluaskan pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat
mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Telah dimaklumkan bahawa pemulihan adalah
untuk pelajar yang lemah dan pengayaan adalah untuk pelajar yang cerdas dan sederhana.
Kumpulan pelajar yang cerdas dan sederhana ini akan menghadapi masalah pembelajaran
sekiranya mereka dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang sama dengan kumpulan yang
lemah.

Akhirnya mereka merasa bosan terhadap pembelajaran mereka kerana aktiviti


pembelajaran yang diberikan tidak sesuai dengan minat dan perkembangan mental mereka.
Untuk memenuhi keperluan pelajar ini, adalah wajar untuk guru menyediakan program
pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada manusia. Dalam
konteks KSSR dan KSSM, program pengayaan hendaklah dirancangkan untuk semua pelajar
dalam kelas, tidak kira sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Bagaimana pun, dari segi kadar
pembelajaran, pelajar kumpulan cerdas dan sederhana boleh menjalankan aktiviti pengayaan
lebih banyak daripada pelajar dalam kumpulan lemah (rujuk Rajah 1).

KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN


CERDAS SEDERHANA LEMAH

AKTIVITI AKTIVITI
PENGAYAAN PEMULIHAN
Rajah 1

6
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
I. PENGAYAAN MELALUI KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
 Aktiviti pengayaan melalui kumpulan mengikut kebolehan merupakan aktiviti
pengayaan mendatar. Dalam aktiviti pengayaan ini murid dipecahkan kepada tiga
kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan lemah. Setiap kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama tetapi berbeza tahapnya.
Murid dalam kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih
kompleks dan mencabar daripada murid dalam kumpulan sederhana. Manakala
aktiviti bagi kumpulan sederhana pula adalah lebih sukar daripada kumpulan
lemah.

II. AKTIVITI PENGAYAAN DILAKSANAKAN SERENTAK DENGAN AKTIVITI


PEMULIHAN
 Dalam strategi pengayaan ini, aktiviti pengayaan hanya diberikan kepada
kumpulan cerdas dan sederhna sahaja sementara kumpulan lemah menjalankan
aktiviti pemulihan. Dalam strategi ini, guru boleh menyediakan aktiviti pengayaan
dengan arahan atau petunjuk yang jelas supaya murid kumpulan cerdas dan
sederhana boleh menjalankan aktiviti pengayaan secara sendiri tanpa bantuan
daripada guru. Dengan cara ini, guru dapat menumpukan masanya untuk
membimbing murid dalam kumpulan lemah bagi menjalani aktiviti pemulihan.

III. AKTIVITI PENGAYAAN MELALUI KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN


 Apabila guru menggunakan strategi ini, guru boleh melakukan aktiviti pengayaan
meliputi kertas projek, permainan dan rekreasi. Menurut cara ini, murid dalam
setiapa kumpulan terdiri daripada murid yang mempunyai kebolehan dan
kecenderungan. Murid yang cerdas dilatih membantu atau membimbing murid
lemah menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan. Dengan cara ini, murid
cerdas bukan sahaja dapat menambah pengalaman memimpin tetapi juga
memupuk semangat kejersama antara murid dalam kumpulan masing-masing
serta memantapkan lagi penguasaan dalam sesuatu kemahiran.

7
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
2.0 KAEDAH PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam hidup manusia terutamanya
Pendidikan Islam kerana ia diibaratkan sebagai satu tapak kepada sesebuah bangunan yang akan
didirikan. Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M
(membaca, menulis dan mengira). Kepentingan aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu. Murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran memerlukan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka mengikut kemampuan dan
perkembangan individu tersebut.

Menambah kefahaman pelajar dengan menggunakan kaedah pemulihan dan pengayaan


pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih terperinci. Para pelajar dapat memahami
peranan Fardu Ain dan Fardhu Kifayayah sebagai ibadah yang diperlukan untuk membangunkan
diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat serta menghayati al-Quran dan
Hadis sebagai sumber hukum. Meneladani sirah Radulullah S.A.W. dan Tamadun Islam iaitu
dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan Tamadun Islam. Para
pelajar juga dapat mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam dan memahami
keistimewaan, rahsia, hikmah dan tujuan sesuatu hukum.

Pemulihan membolehkan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran supaya pelajar


dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka dan mengembangkan posisi minat mereka
terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan. Memperolehi serta mengamalkan sikap positif
seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan dan dapat
meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa dan mengurangkan masalah keciciran.

Aktiviti pengayaan untuk membolehkan murid menggunakan kemahiran yang telah


dikuasai dalam pembelajaran biasa bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman
mereka. Pelajar juga dapat memupuk tabiat membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan
memperolehi ilmu pengetahuan.

8
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
TUGASAN 2

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tarikh 30 Jun 2021


Masa 8.00pagi - 9.00pagi
Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran
Tajuk Membaca Surah Al-Qariah
Objektif 1. Membaca Surah al-Qariah.
2. Membaca Surah al-Qariah dengan betul dan bertajwid.
3. Membaca Surah al-Qariah dengan betul dan bertajwid serta
mengamalkan bacaannya.
4. Membaca Surah al-Qariah dan mengamalkan dalam kehidupan
harian secara beradan dan istiqamah.
Hasil 1. Murid dapat menyebut kalimah-kalimah daripada Surah al-Qariah.
Pembelajaran 2. Murid dapat membaca potongan ayat yang betul daripada Surah al-
Qariah.
3. Murid dapat membaca Surah al-Qariah dengan betul dan fasih
dengan memberi perhatian pada kalimah bertanda sukun dan syaddah.
4. Murid dapat menghafaz Surah al-Qariah dengan fasih dan lancar.
Nilai - Cintakan al-Quran.
- Bertolak ansur.
- Bersungguh-sungguh.
- Rajin berusaha.
Set Induksi 1. Murid menonton bacaan Surah al-Qariah di video yang guru
sediakan
Link video : https://youtu.be/RUZkPqHty-0
Aktiviti 1. Murid merujuk buku teks Pendidikan Islam.
2. Murid membaca Surah al-Qariah dan mengikuti bacaan guru.
3. Murid mendengar penerangan guru tentang hukum tajwid yang
terdapat di dalam Surah al-Qariah.

9
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
4. Murid merakam bacaan dengan betul dan lancar.
5. Murid menghantar rakaman bacaan kepada guru untuk semakan.
Penutup/Rumusan 1. Murid diminta menyalin ayat Surah al-Qariah dalam buku tulis
Tilawah Al-Quran sambil menghafal surah tersebut.
2. Murid membuat latihan pada modul yang disediakan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pendekatan kaedah pemulihan dan pengayaan diperlukan dalam


pengajaran pembelajran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Ini disebabkan cabaran bagi
murid-murid Islam untuk memahami konsep Pendidikan Islam dengan jelas. Memandangkan
peringkat murid pelbagai, seharusnya guru perlu mahir dalam pemilihan pendekatan kaedah
pengajaran bagi memudahkan penyampaian pengajaran dan aktiviti berjalan dengan lancar.
Berdasarkan teknik-teknik dan aktiviti-aktiviti yang ada dalam kaedah pemulihan dan pengayaan
seharusnya boleh menjadikan pembelajaran dalam kelas menjadi lebih efektif dan menarik serta
memberi kesan kepada murid dapat menguasai isi pelajaran yang berkaitan dengan Pendidikan
Islam dengan jelas. Walaupun kita sudah berada di alaf 21, itu tidak menjadikan kaedah ini
ditelan zaman, kerana perlaksanaannya yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Tambahan
pula, tahap kefahaman murid yang berbeza menjadikan keperluan kepada penggunaan kaedah ini
perlu dititikberatkan terutamanya dalam Pelajaran al-Quran dan Pelajaran Jawi. Kaedah ini
bersesuaian untuk digunakan kerana untuk menguasai sesuatu jenis hurif itu mengambil masa
untuk menyebut dengan jelas dan tertib. Justeru, diharap kaedah ini dapat digunakan dengan
betul dan sentiasa diperlbagaikan aktiviti semasa proses pembelajaran berlangsung agar ia dapat
menarik minat murid dan membantu murid menguasai dengan baik.

10
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
RUJUKAN

Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1983). Teknologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

Ismail Abas, Fadzilah Mustapha, Abu Hisham Yusof, Muzni Borhan, Lizza Mohamed Said,
Zaini Yahaya, Zamro Muda & Ridzuan Awang. (2021). ADSE1303 Kaedah Pengajaran
Pendidikan Islam. Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi. Open University Malaysia

Kulop Hamzah, Robiah (1992). Fungsi dan Masalah-Satu Kajian . Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Sang. Mak Song. (2010). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kumpulan Budiman. Kuala
Lumpur.

Alia Ayumi. (2013). Kerja Kursus Pemulihan dan Pengayaan. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/AliaAyumi/kerja-kursus-pemulihan-dan-pengayaan-bmm3106

Azela. (2009). Kepelbagaian Pelajar di Sekolah. Diperolehi daripada


https://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah

Fauziah Md Noor. (2014). Bincangkan Kepentingan Aktiviti Pemulihan Dalam Suatu Sesi
Pengajaran Dan Pembelajaran. Diperolehi daripada
https://www.scribd.com/doc/237137277/Bincangkan-Kepentingan-Aktiviti-Pemulihan-Dalam-
Suatu-Sesi-Pengajaran-Dan-Pembelajaran

Habibah Abdullah. (2015). Pemulihan dan Pengayaan. Diperolehi daripada


http://www.slideshare.net/HabibahAbdullah1/pemulihan-dan-pengayaan-44976097

Nuramina. (2011). Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan. Diperolehi daripada


https://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-pemulihan-dan-penggayaan/

Nur Rish Asanullah. (2012). Pemulihan dan Pengayaan. Diperolehi daripada


https://www.scribd.com/doc/81044832/Pemulihan-Dan-Pengayaan

11
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Mohd Khir Kassim. (2009). Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah. Diperolehi
daripada http://khirkassim.blogspot.com/2009/02/kaedah-pengajaran-pelajar-sederhana-dan.html

Mohd Syaubari. Pelaksanaan Pemulihan dan Pengayaan Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir


Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Diperolehi daripada
https://docplayer.info/71679046-Pelaksanaan-pemulihan-dan-pengayaan-mengintegrasikan-
kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbat-menerusi-mata-pelajaran-pendidikan-islam.html

12
ADSE1303 KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM

Anda mungkin juga menyukai