Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI KLUSTER PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER MEI / TAHUN 2020

ABSR 3103

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (ISLAM)

NO. MATRIKULASI : 940604115184001


NO. KAD PENGENALAN : 940604115184
NO. TELEFON : 014-5009650
E-MEL : aisahawang@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PP TERENGGANU


ISI KANDUNGAN
MUKA
PERKARA
SURAT

PENGENALAN 2-3

1.0 KRITERIA DALAM PERTIMBANGAN PRESTASI SUMBER MANUSIA 3


1.1 Penilaian Kendiri 3
1.2 Perancangan Strategik Kualiti 4
1.3 Menyediakan Program Latihan Pekerjaan 4-5
1.4 Pengiktirafan Kepada Yang Mendapat Prestasi Tinggi 5

2.0 KONSEP PAMPASAN 6-8

3.0 MEMBANGUNGKAN SUMBER ORGANISASI 8-10

4.0 HUBUNGAN PENGURUS DAN PEKERJA DALAM KONTEKS EKONOMI 10-11


YANG SURAM
4.1 Keadilan Pengagihan 11
4.2 Keadilan Berinteraksi 11-12
4.3 Tidak Memilih Kasih 12
4.4 Menjunjung Tinggi Nilai-Nilai Islam 12-13

KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14

PENGENALAN
1
Andaian dan kepercayaan bahawa manusia adalah “aset” atau harta terpenting
bagi sesebuah organisasi, merupakan permulaan daripada pendekatan sumber
manusia. Pihak pengurus membuat satu anggapan penentu kejayaan atau kegagalan
organisasi. Aktiviti yang merangkumi pergabungan semua tenaga kerja yang
pelbagai bagi mencapai matlamat bersama menurut Bohlander, Snell dan Sherman.
Manakala, Ivancerich mengatakan fungsi yang dilakukan dalam organisasi yang
dapat menolong mempermudahkan. Penggunaan sumber manusia secara efektif
untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Mengikut perspektif islam,
pengurusan sumber manusia merupakan satu bidang ilmu kifayah. Dari perspektif
islam terdapat dua jenis ilmu iaitu ilmu Deen dan ilmu Fardhu atau ilmu alat. Ilmu
kifayah merupakan alat yang dituntut oleh agama, mempelajarinya untuk
dilaksanakan bagi memenuhi kehendak kehidupan. Namun, tunutan itu akan gugur
jika terdapat pihak yang melaksanakannnya.

Di dalam pengurusan sumber manusia, usaha dan kerja akan dinilai sebagai
tuntutan jasmani dan rohani manusia. Kecekapan dan keberkesan pengurusan
sumber manusia akan menghasilkqn individu yang berkualiti. Pengurusan sumber
manusia yang penting dan sinonim dengan pemberian pampasan dan faedah
organisasi merupakan penilai prestasi. Justeru, tugasan ini akan membincangkan
kriteria yang penting dalam pertimbang prestasi sumber manusia. Yang mana, ia
perlu dinilai untuk dipraktikkan dalam organisasi. Sekaligus, akan menjelaskan
konsep pampasan yang benar menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, untuk menarik
minat dan mengekalkan individu yang berjaya maju serta berbakat untuk membantu
mencapai matlamat dan misi organisasi.

Kajian ini juga akan menerangkan perancangan mana-mana organisasi atau


firma membangunkan kepakaran pekerja mereka. Ini akan meningkatkan prestasi
organisasi dengan kemahiran dan kepakaran pekerja sama ada daripada segi
profesional, moral, kecergasan diri dan fizikal. Untuk mewujudkan organisasi yang
maju, hubungan pengurus dan pekerja perlu dikaji dengan mendalam. Juateru, kajian
2
ini akan meneliti hubungan di antara pengurus dan pekerja dalam konteks ekonomi
yang suram. Oleh itu, kajian ini akan diterangkan secara teliti di bab yang
seterusnya.

1.0 KRITERIA DALAM PERTIMBANGAN PRESTASI SUMBER MANUSIA

Pelbagai masalah yang akan dihadapi pengurus dan pekerja daripada


pelaksanaan penilaian prestasi yang tidak dilqkukqn dengan betul. Justeru, kriteria
yang penting dalam pertimbangan prestasi sumber manusia di bawah.

1.1 Penilaian Kendiri

Satu sistem penilaian prestasi kualiti yang baik perlu diadakan bagi
memastikan kualiti dapat ditingkatkan. Setiap individu diharuskan mengawasi
segala pekerjaan yang dilakukan kerana ia telah diwujudkan dalam islam
sebagai satu sistem penilaian prestasi yang berterusan. Rasulullah SAW
bersabda, “Periksalah dirimu sebelum memeriksa orang lain, Lihatlah terlebih
dahulu atas kerjamu sebelum melihat atas kerja orang lain.”

Selain membuat penilaian kendiri yang berterusan oleh individu,


terdapat satu sistem pengawasan oleh orang ramai yang akan menilai pekerjaan
pekerja. Aspek akauntabiliti awam amat ditekankan dalam islam. Pada zaman
khlaifah Umar Al-Khattab, telah dilantik seseorang individu bagi memegang
sesuatu jawatan, kesemua hartqnya direkod dan dicatat. Namun, jika
kewangannya meningkat dengan luar biasa, pegawai terlibat akan dipanggil dan
disoal siasat.

1.2 Perancangan Strategik Kualiti

3
Penelitian dan penganalisaan terhadap sesuatu perkara sebelum
melaksanakan tindakan seterusnya amat digalakkan dalam islam. Kepentingan
perancangan telah ditekankan dalam Al-Quran sebagaimana yang terdapat
dalam surah Al-Hasyr, ayat 18:

َ ُ‫وا ٱهَّلل َ ۚ ِإنَّ ٱهَّلل َ َخ ِبي ۢ ٌر ِب َما َتعْ َمل‬


‫ون‬ ۟ ُ‫ت ل َِغ ٍد ۖ َوٱ َّتق‬ ُ ‫وا ٱهَّلل َ َو ْل َت‬
ْ ‫نظرْ َن ْفسٌ مَّا َق َّد َم‬ ۟ ُ‫وا ٱ َّتق‬ َ ‫ٰ َٓيَأ ُّي َها ٱلَّذ‬
۟ ‫ِين َءا َم ُن‬

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah


setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Aspek perancangan ditekankan dalam islam supaya ia dapat


dilaksanakan dengan teratur dan rapi sebelum memulakan sesuatu tindakan.
Justeru, keselari dengan kehendak islam perlu dilakukan bagi kualiti
perancangan strategik.

1.3 Menyediakan Program Latihan Pekerjaan

Mengambil kira kemampuan, bentuk kerja serta peranan yang


dimainkan oleh individu tersebut bagi meningkatkan potensi, motivasi, kualiti
kerja, kemahiran dan kepuasan bekerja diberi latihan yang menyeluruh daripada
aspek mental, spritual dan fizikal kepada setiap individu sesuai dengan
kehendak islam. Keperluan kemahiran dituntut setiap kerja. Dalam memastikan
keberkesanan dan pencapaian matlamat, latihan yang mencukupi harus
diberikan agar setiap pekerja memperoleh kecekapan atau kemahiran. Al-Quran
telah menjelaskan ciri-ciri pekerja yang baik adalah sebagaimana yang tertera
dalam surah Al-Qasas ayat 26:

ِ َ‫ت ِإحْ َد ٰىهُ َما ٰيََٓأب‬


ُ‫ت ٱ ْستَْٔـ ِجرْ هُ ۖ ِإ َّن خَ ْي َر َم ِن ٱ ْستَْٔـ َجرْ تَ ٱ ْلقَ ِوىُّ ٱَأْل ِمين‬ ْ َ‫قَال‬
4
Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai
orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik
yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat
dipercaya".

Penekanan kepada aspek keilmuan dan kemahiran, salah satu ciri


kekuatan selain daripada sudut fizikal. Justeru, latihan seharusnya diberikan
kepada pekerja mengikut peranan masing-masing.

1.4 Pengiktirafan Kepada Yang Mendapat Prestasi Tinggi

Sesuatu yang dibolehkan dalam islam adalah dengan memberikan


ucapan tahniah atau memberi kepujian asalkan tidak keterlaluan dengan tujuan
meberi galakkan atau kegembiraan kepada seseorang. Allah SWT telah
berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya, sebaik-bajknya amal di sisi Allah sesudah solat


fardhu ialah menimbulkan kegembiraan dalam hati seorang muslim”.

Namun, dengan memberi hadiah merupakan salah satu cara


pengiktirafan untuk menimbulkan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan
Rasulullah:

“Biasakanlah memberi hadiah, sebab ia akan menimbulkan kasih


sayang dan menghapuskan permusuhan.”

2.0 KONSEP PAMPASAN


5
Pampasan membawa maksud semua bentuk pulangan kewangan, nyata
atau jelas yang diterima, oleh pekerja sebagai sebahagian daripada satu perhubungan
pekerjaan.

Objektifnya yang tersendiri iaitu berbentuk keuntungan atau bukan


keuntungan (kebajikan) perlu di rancang oleh setiap majikan dengan polisi program
pampasan. Menarik pekerja yang berkelayakan dan seterusnya cuba mengekalkan
mereka secara berterusan dalam organisasi merupakan objektif pampasan yang asas.
Objektif pampasan secara khusus seperti berikut :

(a) Memastikan agar sesebuah organisasi dapat mengekalkan kualiti dan kuantiti
pekerja yang diperlukan.
(b) Menggalakkan pekerja yang sesuai terus kekal dan bekerja dengan organisasi
tersebut.
(c) Menganugerahkan hadiah kepada pencapaian terbaik serta sebagai insentif
untuk memperbaiki pencapaian kerja.
(d) Adil dan saksama dalam organisasi bagi mewujudkan suasana yang harmoni
di dalam dan luar organisasi.
(e) Mewujudkan perbezaaan yang nyata antara kerja dan menggambarkan nilai
kerja tersebut secara perbandingan.
(f) Beroperasi secara fleksibel untuk menghadapi sebarang perubahan secara
dalaman atau pada kadar pasaran.
(g) Mudah untuk diterangkan, difahami, dikawal dan dilaksanakan.

Pampasan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pampasan kewangan dan


pampasan bukan kewangan

6
PAMPASAN

Pampasan Kewangan Pampasan Bukan Kewangan

Kandungan kerja
Bayaran langsung • Tugas yang menarik
• Upah • Jenis tanggungjawab
yang diamanahkan
• Gaji

Insentif • Pencapaian

• Bayaran penghargaan/kepujian • Penghargaan/


pengiktirafan yang diamanahkan
• Insentif bayaran mengikut kadar
kerja lebih • Cabaran
• Bonus • Kemajuan
• Insentif kumpulan Persekitaran
• Perkongsian keuntungan • Tempat yang selesa
• Insentif untuk pegawai • Rakan sekerja yang
Faedah-faedah mesra

• Pampasan pekerja • Penyelia yang


bertimbang rasa
• Pampasan hilang pekerjaan
• Kedudukan/taraf/
• Jaminan sosial
pangkat
• Pencen
• Dasar syarikat yang adil
• Insurans kesihatan dan kemalangan
• Jadual kerja yang
• Insurans nyawa dan sambungan bersesuaian
pendapatan

• Bayaran untuk masa tidak bekerja

• Perkhidmatan pekerja

Dari Ibnu Umar r.a, ia berkata bahawasanya Rasullah s.a.w telah bersabda:

“Takutlah oleh kamu berbuat aniaya, kerana aniaya membawa kegelapan


7
di hari kiamat. Dan takutlah dari sifat kikir, kerana kikir yang merosakkan
orang-orang sebelum kamu”
(Hadith Riwayat Muslim)

Jelas menunjukkan bahawa aspek pengagihan ganjaran dan pampasan


kepada pekerja adalah penting, bagi menjaga kebajikan para pekerja
sesebuah organisasi tersebut. Ini menunjukkan setiap pekerja berhak untuk
mendapat bahagiannya.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan


hartanya adalah seorang yang syahid”

Allah S.W.T juga berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 161 tentang
pampasan:

ْ َ‫س َّما َك َسب‬


‫ت َوهُ ْم اَل‬ ِ ‫َو َما َكانَ لِنَبِ ٍّى َأن يَ ُغ َّل ۚ َو َمن يَ ْغلُلْ يَْأ‬
ٍ ‫ت بِ َما َغ َّل يَوْ َم ٱ ْلقِ ٰيَ َم ِة ۚ ثُ َّم تُ َوفَّ ٰى ُكلُّ نَ ْف‬
َ‫ُظلَ ُمون‬ ْ ‫ي‬
Tidak mungkin seorang nabi berkhianat dalam urusan harta rampasan
perang. Barangsiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, maka
pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian
tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan
(pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak dianiaya.

3.0 MEMBANGUNKAN SUMBER ORGANISASI

Pada masa kini, latihan amat penting bagi semua manusia lebih-lebih lagi
kepada tenaga pekerja supaya dapat menjalankan kerja mereka dengan lebih efektif
lagi. Hal ini kerana, dalam Islam, latihan amat penting kepada manusia kerana
manusia merupakan individu yang lemah. Jadi, latihan dan pembangunan pekerja
perlu diberikan agar seseorang itu lebih mahir dalam tugasnya. Allah S.W.T telah
berfirman dengan mengatakan bahawa manusia itu lemah dan memerlukan
bimbingan. Tambahan lagi, kebolehan individu amat penting supaya dapat
menjalankan tugasnya, jadi dengan cara latihanlah kemahiran dan kebolehan dapat
ditingkatkan.
8
Demikian kerana, manusia mempunyai akal yang dikurniakan oleh Allah
S.W.T dapat menggunakan kebolehan dan kepakarannya bagi memajukan diri di
muka bumi ini. Setiap manusia mempunyai kemahiran dan keistimewaan masing-
masing. Oleh itu, pihak pengurusan mestilah bertanggungjawab mengenal pasti
kemahiran yang ada pada pekerjanya supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan
baik dan sempurna. Sebagai contoh, organisasi di sesebuah hospital akan
menawarkan satu peluang menyambung pelajaran kepada pekerjanya seperti
membuka peluang kepada staf jururawat untuk menyambung kursus lanjutan (post
basic) dalam bidang mereka. Contohnya, seorang jururawat di wad pediatrik yang
mempunyai kelulusan diploma dalam jururawat boleh melanjutkan kursus dalam kos
pediatrik dengan tawaran daripada pihak hospital itu sendiri.

Tambahan lagi, manusia memang bersifat dengan sifat yang perlu dilatih
dan dibangunkan. Bukan sahaja pada waktu kini wujudnya latihan dan pembangunan
pekerja, malahan hal ini dilakukan oleh Rasulullah sendiri dan Khalifah Ar-
Rasyiddin. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab pernah berkata kepada pegawainya
“Lantikan ini merupakan satu percubaan. Jika kamu dapati kamu gagal menunjukkan
keupayaan, aku tamatkan tempoh perkhidmatan mu.”

Seterusnya, latihan atau kursus lanjutan yang diberikan oleh pihak


hospital itu mestilah bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran yang diperlukan
oleh pihak hospital. Buktinya, pihak hospital akan menawarkan kursus lanjutan yang
berkaitan dengan seseorang staf itu. Sekiranya, seseorang staf itu berkhidmat di wad
hemodialisis maka kursus lanjutan yang akan diterimanya ialah berkaitan dengan
hemodialisis.

Tambahan lagi, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “Sesiapa yang


bekerja di bawah kamu adalah saudara kamu: Allah S.W.T telah menetapkan mereka

9
menjadi pekerjanya........saudara kamu tadi tidak seharusnya dengan tugas yang di
luar kemampuannya dan jika tugas itu diberikan juga kamu haruslah menolongnya.

Selain itu, latihan adalah salah satu cara yang terbaik untuk
meningkatkan kebolehan dan kemahiran pekerja. Firman Allah S.W.T “Sesiapa yang
mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan
sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahaya akan menimpa dirinya sendiri; dan
Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”

Latihan dan pembangunan pekerja amat penting kepada sesebuah


organisasi kerana pekerja yang dihantar untuk menjalani latihan tersebut memegang
risiko sama ada latihan yang diberikan berkesan atau tidak. Contohnya, latihan yang
berkesan akan meningkatkan kemahiran pekerja seperti di hospital apabila latihan
dan pembangunan pekerja seperti kursus lanjutan ditawarkan kepada pekerja, pekerja
akan dapat melahirkan kemahirannya dan seterusnya akan dapat menurunkan
peratusan kesalahan yang dibuat sepanjang bekerja. Terpenting sekali, latihan dan
pembangunan pekerja boleh menjimatkan masa dan kos untuk belajar bagi pekerja.
Contohnya seperti pihak hospital akan menanggung kos untuk melanjutkan kursus
lanjutan kepada stafnya. Dengan itu, staf tersebut tidak perlu bimbang tentang kos
yang diperlukan dan hanya perlu fokus kepada menyambung pelajaran mereka.

4.0 HUBUNGAN PENGURUS DAN PEKERJA DALAM KONTEKS EKONOMI


YANG SURAM

Setiap pekerjaan mempunyai pengurus dan juga pekerja. Oleh itu,


pengurus bertanggungjawab menguruskan pekerja. Tetapi jika pengurus
mengabaikan tanggungjawabnya, hubungan di antara pekerja akan berada dalam
keadaan yang tidak baik.

10
4.1 Keadilan Pengagihan

Bagi memastikan pekerja tidak berasa teraniaya, perlu adanya keadilan


pengagihan. Kehendak dan keperluan setiap pihak tidak semua dapat dipuaskan
oleh pengurus, tetapi hubungan yang ada perlu berlandaskan keadilan dan
kesaksamaan . Jika aspek keadilan dalan pengagihan sumber gagal ditangani, ia
akan mendorong tanggapan ketidakadilan berlaku di kalangan para pekerja.
Allah berfirman dalam Surah Al-Jatsiyah, ayat 72:

ِ َ‫ٰ َذلِ ُكم بَِأنَّ ُك ُم ٱتَّخ َْذتُ ْم َءا ٰي‬


َ‫ت ٱهَّلل ِ هُ ُز ًوا َو َغ َّر ْت ُك ُم ْٱل َحيَ ٰوةُ ٱل ُّد ْنيَا ۚ فَ ْٱليَوْ َم اَل ي ُْخ َرجُونَ ِم ْنهَا َواَل هُ ْم يُ ْستَ ْعتَبُون‬

Yang demikian itu, karena sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah


sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada
hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi
kesempatan untuk bertaubat.

Manakala, Allah berfirman dalam Surah asy-Syu’ara, ayat 183


berbunyi:
۟ ۟ ‫َواَل تَ ْب َخس‬
ِ ْ‫اس َأ ْشيَٓا َءهُ ْم َواَل تَ ْعثَوْ ا فِى ٱَأْلر‬
َ‫ض ُم ْف ِس ِدين‬ َ َّ‫ُوا ٱلن‬

Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan


janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan;

4.2 Keadilan Berinteraksi

Salah satu prinsip yang penting dalam perhubungan penguruas dan


pekerja merupakan keadilan berinteraksi. Keadilan berinteraksi dapat
memaksimumkan masalah tidak puas hati akibat berat sebelah, stereotaip,
politik, kesilapan terkini dan manipulasi. Emosi, setia gabungan, keikhlasan,

11
kelompok dan konflik merupakan penyuruh penting dalam menentukan
keberkesanan sesebuah organisasi merupakan ciri-ciri kemanusiaan.

Satu bentuk interaksi yang baik perlu ada antara pekerja yang
menerima kesan daripada perubahan dengan pengurus yang melaksanakan
perubahan. Keadilan interaksi memerlukan pengurus supaya mengelak daripada
melayani pekerja sebagaimana yqng difikirnya. Justeru, layanan yang diberikan
mestilah sama rata.

4.3 Tidak Memilih Kasih

Segala pelaksanaan prosedur yang dilakukan bebas daripada pilih kasih


atau unsur-unsur berat. Pengurus harus memastikan segalq prosedur yang
ditetapkan bebas daripada kepentingan mereka yang sehaluan dengannya dan
kepentingan diri sendiri.

Sikap pilih kasih ataupun melakukan amalan diskriminasi terhadap


pekerja merrka sendiri, perlu dijauh olrh pihak majikan. Sikap pilih kasih ini,
bukan sahaja merosakkan suasana dan keharmonian tempat kerja tetapi turut
menjejaskan reputasi tempat kerja di pandangan umum. Setiap majikan perlu
mendengar setiap luahan hati pekerja perlu didengari dengan baik serta diberi
penuh perhatian. Justeru, pihak pengurus khususnya perlu tanam dalam diri
untuk bersikap sama rata di antara pekerja mereka.

4.4 Menjunjung Tinggi Nilai-Nilai Islam

Organisasi telah mendefinisikan sejauh mana organisasi menjunjung


tinggi nilai-nilai islam dan piawai etika. Antara kelakuan yang dianggap tidak
mengikut nilai-nilai islam ialah menyembunyikan atau memperdayakan fakta,
menceroboh terhadap hak-hak peribadi (privacy), menjalankan keja pengintipan
dan mengamalkan rasuah. Perkara yang digalakkan kepada pengurus dan pekerja
12
ialah menunaikan hak dan tanggungjawab, saling menghormati, bersama-sama
mencari nafkah kehidupan kerana pekerja dan pengurus saling memerlukan
dalam sesebuah organisasi, menjaga kebaikan, hak bersuara, saling menjaga
kepentingan dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa hubungan baik di


antara pengurus dan pekerja akan memberi kesan positif terhadap organisasi tersebut. Ia
juga dapat membantu organisasi dalam perkembangan ekonomi yang pesat dengan
semangat pekerja. Pengurus yang mengambil berat dalam prestasi sumber manusia
dengan adil dapat meningkatkan prestasi pekerja-pekerja yang sedia ada. Selain itu,
keadilan atau kejujuran pihak pengurus dalam menitikberat pampasan terhadap setiap
pekerja akan membela nasib-nasib pekerja sekaligus terhadapa nasib keluarga pekerja.
Lahirnya pekerja yang cemerlang melalui pengurus yang sentiasa memengang dengan
pengurusan yang berlandasan islam. Hal ini, menunjukkan betapa pentingnya pengurusan
yang mengikuti ajaran islam dalam menjaga kebajikan pekerja serta hubungan di tempat
kerja. Kajian ini juga, meneroka hubungan pengurus dan pekerja dalam konteks ekonomi
yang suram dengan mendalam untuk menekankan hubungan yang baikdalam menjaga
pekerha. Secara keseluruhan, kajian dapat dinilai bahawa di dalam organisasi sangat
penting pengurusan sumber manusia dalam menjaga kebajikan pekerja mahupun
pengurus. Justeru, pengurusan sumber manusia di setiap organisasi harus dipertingkatkan
agar dapat menguruskan organisasi dengan sempurna.

RUJUKAN

13
Ab. Wahab Mat., Shahrol Aman Ahmad., Azhari Ramli., & Abu Mansor Ahmad. (2007).
Pengurusan. Kedah: Fakulti pengurusan perniagaan, Universiti Utara
Malaysia.

Dr Muhammad Nasri Md Hussain (2012) ABSR3103 PENGURUSAN SUMBER


MANUSIA (ISLAM). Open University Malaysia.

Muhammad Nasri Md Hussain, & Ab. Aziz Yusof. (2005). Pengurusan sumber manusia

dari perspektif Islam. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mustafa Haji Daud. (1994). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai