Anda di halaman 1dari 81

SESI

JANUARI – MAC 2022


MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
TUGASAN 1
REFLEKSI
(PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJADI FAKTOR PENDUKUNG KEPADA
KEMAJUAN DAN KERUNTUHAN SESEBUAH TAMADUN)
TARIKH SERAHAN
13 FEBRUARI 2022
PENSYARAH
PUAN ZUNIKA SAMIYAH BINTI KHALIB

NO NAMA PROGRAM NO.


. MATRIK
1 MUHD IRFAN HAFIZ BIN ROSLAN B22010035

2 MOHD AZANI BIN YUSOF BTL B21120002


MASNI BT KANDANGAN
3 @KANDANGUN BBA B21120029

B22010015
4 FREDRICK SUKOM AK WILSON
MUHD. ASMALIKI BIN SEMAN B22010018
5

6 MOHD. AKMAL BIN JAILANI B21050020

7 SULKIFLI BIN SUKIRAN BTL B21120004


8
9
10 ADAM IDRUS BUNAJOS BBA B21080019
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJADI FAKTOR PENDUKUNG KEPADA
KEMAJUAN DAN KEJATUHAN SESEBUAH TAMADUN
MUHD IRFAN HAFIZ BIN ROSLAN
B22010035

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 PENDAHULUAN

2 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: KEPENTINGAN

TEKNOLOGI

3 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: FAKTOR KEPADA

KEMAJUAN TAMADUN

4 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: FAKTOR KEPADA

KEJATUHAN TAMADUN

5 KESIMPULAN

6 RUJUKAN
PENDAHULUAN

Islam memandang ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang amat penting. Hal ini dapat
dibuktikan dengan merujuk kepada ajaran-ajaran Islam yang didasarkan kepada Al-Quran
dan Sunna. Islam memerintahkan umatnya mencari ilmu pengetahuan supaya kehadiran
mereka sebagai manusia di bumi ini mampu memenuhi tujuan mereka, iaitu sebagai khalifah
Allah. Islam menyuruh umatnya menjadi seorang manusia terpelajar supaya benar-benar
berjaya mengambil tempat yang sewajarnya sebagai khalifah Allah yang benar-benar
dikehendaki.

Dalam Islam jelas menunjukkan tidak terdapat pertentangan di antara Islam dan ilmu
pengetahuan. Bahkan Islam itu sendiri mengandungi banyak ilmu pengetahuan. Islam
merupakan agama yang cinta akan ilmu pengetahuan dan menyuruh penganutnya mencari
ilmu di mana sahaja seseorang itu berada tanpa mengira faktor umur, tempat, dan pangkat.
Islam menyuruh mereka memperkembangkan ilmu untuk dimanfaatkan kepada semua
manusia di muka bumi ini. Ilmu yang disuruh tuntut tidak hanya terbatas pada ilmu ibadah
tetapi merangkumi seluruh aspek ilmu utnuk urusan dan pendtadbiran, dunia dan akhirat

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: KEPENTINGAN TEKNOLOGI


Apabila diperkatakan tentang kepentingan teknologi, sudah pastilah teknologi memainkan
peranan yang penting dalam kemajuan sesuatu tamadun itu, Dengan adanya teknologi maka
kekuasaan akan bertambah kuat dan boleh memandu negara itu ke arah yang lebih gah dan
berani.

Dari sudut Kamus Dewan Edisi Empat, teknologi merujuk kepada aktiviti atau kajian yang
menggunakan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan,
sains gunaan dan lain-lain. Selain itu dalam makna yang lain ialah kaedah atau proses
menangani sesuatu masalah teknikal contohnya maklumat teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. Oleh
itu, kita dapat gambaran bahawa walaupun tamadun dahulu tidak menggunakan sistem
secanggih sekarang, tetapi mereka memiliki teknologi yang boleh dibanggakan dan tercapai
oleh dek akal waras kita.

Dikaitkan lagi dengan teknologi yang berunsurkan keislaman. Islam amat menitikberatkan
sains dan teknologi dalam penyebaran agam yang benar. Teknologi dalam Islam merupakan
cabang ilmu yang hakiki dan berpaksikan tauhid kepada Allah yang Maha Esa. Dengan
lahirnya agama yang benar, sistem keislaman telah menjadi satu kuasa yang sangat hebat
dengan berlandaskan keadilan dan tanggungjawab yang adil dan saksama kepada aturan
kehidupan manusia sebagai khalifah Allah dalam menyebarkan agama Islam yang benar.
Tidak hairanlah jika diperkatakan ketamadunan Islam adalah satu tamadun yang berjaya
melahirkan para ilmuan-ilmuan sarjana Islam yang hebat dan disegani pada masa itu.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: FAKTOR KEPADA KEMAJUAN TAMADUN


Darsawarsa ketika ini, apabila kita mengungkapkan tamadun dalam peradaban manusia.
Seringkali kita di hadapkan dengan pelbagai ceritera daripada sejarah-sejarah ketamadunan
manusia yang dianggap memberi nilai utama dalam kehidupan. Berdasarkan sejarah-sejarah
banyak penemuan dari segi perkembangan teknologi, arca-arca, bahan-bahan tinggalan
sejarah membuktikan bahawa ketamadunan pada zaman dahulu sangat mengkagumkan.

Terdapat beberapa perkembangan teknologi kepada kemajuan tamadun Islam iaitu kerajaan
Uthmaniyah. Banyak kemajuan tersebut tidak kira dari segi pentadbiran, keilmuan, ekonomi,
ketenteraan, dan sosial.

Satu faktor kegemilangan yang membuatkan kerajaan tersebut maju ialah dari segi
ketenteraan. Ketenteraan mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam kalangan
tentera Islam dalam mempertahankan agama dan negara. Seterusnya, mereka juga menjaga
kebajikan tentera dengan menyelaraskan sistem kenaikkan pangkat, imbuhan dan
kelengkapan senjata yang moden. Di samping itu, tentera Islam mempunyai semangat ghazi,
iaitu semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam
tanpa perasaan gentar. Selain itu, mempunyai tentera Janissari iaitu kumpulan tentera elit
yang terlatih dan berkemahiran dalam latihan fizikal dan persenjataan seperti selok belok,
taktik, dan Teknik peperangan sejak kecil. Seterusnya, mempunyai tentera darat yang kuat
seperti tentera berkuda dan tentera laut yang mempunyai 300 buah kapal mengawal
keselamatan di Laut Meditteranean. Oleh yang demikian, sultan memberi sanjungan yang
tinggi kepada tentera yang berjaya dalam peperangan dengan hadiah seperti tanah ladang.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: FAKTOR KEPADA KEJATUHAN TAMADUN

Tidak dapat dipertikaikan lagi setiap kejayaan ketamadunan itu pasti akan berlaku kejatuhan
selepasnya. Banyak faktor, sebab dan akibat daripada kejatuhan itu yang memberi impak
besar sesuatu kepada kerajaan. Tidak terkecuali juga kepada Kerajaan Uthmaniyah yang
mana untuk pengetahuan kita telah mengalami kejatuhan yang begitu dahsyat sekali.

Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut mari kita imbas faktor kejatuhan kerajaan
Uthmaniyah dari segi ketenteraan. Akibat berlakunya krisis dalam teknologi ketenteraan yang
ketinggalan berbanding dengan kuasa Barat sehingga kalah dalam peperangan. Seterusnya,
terdapat sesetengahnya terlibat membuat kerja sampingan seperti berniaga dan aktiviti tidak
bermoral seperti minum arak dan rasuah. Selain itu, disiplin ketenteraan mulai longgar
apabila anggota tentera tidak lagi tinggal di dalam kem dan bergaul dengan masyarakat luar.
Di samping itu, semangat tentera semakin cepat putus asa kerana siri peperangan yang tidak
pernah berhenti menyebabkan ramai anggota tentera bertukar profesion. Oleh itu,
keanggotaan ketenteraan hanyalah dipertahankan semata-mata untuk menikmati hak istimewa
tentera sedangkan jika ada panggilan ketenteraan kebiasaannya mereka mengirimkan
pengganti yang kurang cekap. Oleh yang demikian, tentera elit Janissari telah lari daripada
landasan perjuangan

KESIMPULAN

Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa jatuh dan bangunnya sesuatu ketamadunan itu
bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan yang tertinggi ketika menerajui kerajaan
tersebut. Kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri
untuk kita nilai dan ambil pengajaran dari sejarah-sejarah silam.
Secara tuntasnya, kesinambungan dan kelangsungan sesuatu tamadun adalah terpulang
kepada hak masing-masing sama ada kita boleh menerima perubahan ataupun tidak.
Seandainya kita menerima dengan fikiran dan hati yang terbuka, maka akan berjaya sesebuah
negara itu tetapi jika sebaliknya maka akan terimalah padahnya. Kita sebagai generasi
baharu haruslah terus memandang ke hadapan untuk kita meneroka kehidupan yang lebih
bermakna, kita jadikan ketamadunan pada zaman lampau sebagai sandaran dalam
membentuk kerajaan yang harmonis.

RUJUKAN

 Pendidikan Islam Tingkatan 5


 FOCUS Pendidikan islam SPM Tingkatan 4&5 KSSM

Perkembangan Teknologi Menjadi Faktor Pendokong


Kepada Kemajuan Dan Kejatuhan Sesebuah Tamadun.
Mohd Azani bin Yusof
B21120002 (BTL PART TIME)

PENDAHULUAN
Tamadun merupakan satu proses peradapan yang dikenali sebagai medani dengan maksud
pembangunan, pembandaran dan penerapan budi pekerti mulia.Tamadun ini selalu
digunapakai kepada tindakan dan kemajuan yang dicapai khususnya pembangunan duniawi
dalam kebudayaan, kemasyarakatan,perilaku, pemikiran, Kemajuan sains, No suggestions
dan kesusasteraan (Repositori 1995,11). Kemunculan kerajaan Islam selepas zaman
Rasulullah SAW Dan khulafa al-Rasyidin seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyah,
kerajaan Turki seljuk,kerajaan Turki Uthmaniyah, Empayar Moghul India,dan kesultanan
Melaka telah terbukti membawa banyak asas-asas ketamadunan dunia.pusat keilmuan yang
hebat telah mewujudkan satu tamadun Islam dan dunia yang agung.ramai ahli-ahli sains,
falsafah dan pendidikan muncul dari negara-negara Islam terutamanya pada nizaman
keemasan Islam pada kurun ke 18 dan ke 19 masihi.nasib malang menimpa dunia Islam di
mana banyak kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah dan Amerika selepas perang
dunia pertama.Empayer Turki Uthmaniyah ( empayar Islam terakhir ) berpecah.maka
merosotlah perkembangan ilmu dan kemahiran umat Islam untuk menguasai tamadun
dunia.usaha gaya hidup , pembudayaan ilmu dan kebangkitan era tamadun barat telah
merebut peluang dan menjadikan segala hasil usaha umat Islam sebagai milik mereka.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: KEPENTIANGAN TEKNOLOGI

Perkembangan Teknologi mula berkembang selaras dengan perkembangan ilmu


pengetahuan dalam sesebuah masyarakat.ia membentuk tamadun daripada satu tahap ke
satu tahap lebih tinggi dari semasa ke semasa. sebagai contoh di awal perkembangan
Teknologi setiap tamadun memiliki ciri yang sama antara satu sama No suggestions
menjadikan batu sebagai alat terpenting dalam kehidupan. seiring dengan kemajuan
teknologi semasa.
a). Penulisan.
Selain pertuturan sistem tulisan adalah perantaraan komunikasi terpenting yang turut
melambangkan ciri-ciri sebuah tamadun.pada tamadun awal,tulisan terdapat dalam perbagai
bentuk yang hanya difahami oleh masyarakat atau komuniti setempat.gambar-gambar
dilukis sebagai piktograf.daripada piktoraf ia berkembang menjadi tulisan yang berbentuk
abjad atau dikenali sebagai logografi.tamadun jadi lebih dinamik dengan kewujudan sistem
tulisan ini malah, komunikasi masyarakat menjadi lebih luas dan berkesan.perkembangan ini
mewujudkan kelas terpelajar atau leterati dimana mereka terlibat dalam aktiviti pemerhatian
dan penyimpanan rekod.cintoh dalam sejarah China wujud tradisi menyimpan rekod istana
sejak tamadun shang.ilmu astronomi juga berkembang seiring dengan sistem tulisan.sistem
tulis dan angka menjadi ilmu pengetahuan lebih berkembang dimana catatan dibuat dan
rekod disimpan.daripada sistem ini menjadikan penganut agama Islam boleh menghayati
Islam melalui AL quran menerusi tulisan yang yang dibukakan oleh para ulamak terdahulu.
b). Agama dan Kepercayaan
Kehidupan beragama juga merupakan satu aspek tamadun seperti yang dinyatakan oleh
ibnu Khaldun.malah Edward L Famer memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri
masyarakat bertamadun.manakala R.A Buchanan pula menyebut, wujudnye upacara
beragama yang kompleks adalah ciri-ciri kerajinan.ini sekaligus membuktikan kewujudan
kehidupan agama.wujud kepercayaan pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal
kehidupan dan peninggalan bangunan agama.contohnye masyarakat tamadun Indus yang
menyembah dewa muka tiga.malah ade yang percaya ada kuasa ghaib menguasai alam
sekeliling.amalan keperluan Animisme dan amalan politisme yang menyembah banyak
tuhan.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: KEMAJUAN TAMADUN


Kemajuan sesebuah tamadun boleh diukir menerusi ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah
tamadun yang dibenarkan.masing-masing memiliki pengaruh dan kelebihan yang
tersendiri.contohnye tamadun yunani yang menjadi asas tamadun barat masa kini terkenal
dengan perspektif kehidupan menyeluruh serta perkembangan sains dan teknologi.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: KEJATUHAN TAMADUN


Para ilmuwan memiliki pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang membawa kepada
keruntuhan sesebuah tamadun menurut ibnu Khaldun, keruntuhan tamadun disebabkan
oleh nilainilai moral kerana taksub dengan kemewahan yang melimpah-ruah dan kehidupan
yang penuh hiburan.malah ketidakseimbangan antara aturan fizikal dan spiritual juga turut
menyumbang ke arah kejatuhan tamadun ini.sesuatu tamadun bukan sahaja fokus kepada
elemen modenisasi dan kosmopolitan sebaliknya ia perlu seiring dengan dimensi
ideologi.spiritual dan moral.menurut Edward Gibbon ,dalam karyanye The Decline and fall of
the Roman Empire,kejatuhan empayar Rom adalah disebabkan kekalahan Constantinople
kepada kerajaan Turki Uthmaniyah pada 1453 masihi.Theodor Mommsen pula menjelaskan
bahawa keruntuhan tamadun cenderung kepada analogi iaitu kitaran tamadun melalui
proses kelahiran, kematangan dan keakhirnye mengalami proses kejatuhan.manakala
tulisan Arnold J Toynbee ada mengatakan bahawa kejatuhan tamadun berpunca daripada
dekadensi moral.apabila rakyat terlalu leka dan alpa menyebabkan moral manusia semakin
lemah.secara keseluruhanyr kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakanye disebabkan
oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan
moral, ketidakadilan,tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan
terhadap rakyat.tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek
keilmuan, kemiskinan,kejatuhan ekonomi dan fakta penyakit juga boleh menyumbang
kepada kemerosotan tamadun.

KESIMPULAN
Pembentukan sebuah tamadun dipengaruhi oleh ketua dan faktor tersendiri.oembinaan,
Kemajuan dan pembangunan sebelum tamadun itu nyata begitu unik.ada tamadun yang
mampu bertahan lama dan ade juga yang sebaliknya. Contoh tamadun Malaysia, ia terbina
berasaskan acuan polarisasi kaum dan bangsa.

RUJUKAN.

Kamus dewan (2005).


Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Zaki Abd Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aris, 2009.
Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS) Oxford Fajar.

Mohd Yadman Sarwan 2009.


Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Institut Perkembangan Pendidikan (InED) UiTM.

Uqbah Iqbal (2015).


Pembangunan Tamadun Melayu, Book-Rix.
Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @Mihamad. (2011)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TUTAS) Edisi Lengkap
Universiti Sains Islam Malaysia

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJADI FAKTOR PENDUKUNG


KEPADA KEMAJUAN DAN KERUNTUHAN SESEBUAH TAMADUN ISLAM.
MASNI BT KANDANGAN@KANDANGUN
B21120029 (BBA PART TIME)

1.0 Pendahuluan
2.0 Perkembangan teknologi :kepentingan teknologi.
3.0 Perkembangan teknologi faktor kepada kemajuan tamadun.
4.0 Perkembangan teknologi faktor kepada kejatuhan tamadun.
5.0 Kesimpulan.
6.0 Rujukan.
1.0 Pendahuluan.

Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala
perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti kesenian dan kesusasteraan yang tinggi , baik,
halus dan sopan kearah pembentukan peribadi dan komoditi yang memiliki personaliti,
tatatusila dan pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa. Sejarah menyaksikan Tamadun Islam melalui beberapa peringkat perkembangan.
Ajaran Islam diturunkan di Kota Mekah, Tamadunnya diasaskan di Kota Madinah,
dikembangkan di Kota Syam dan Damsyik tetapi seterusnya digemilang di Kota Damsyik.
Pengaruhnya mula bertapak di Semenanjung Arab sehingga berjaya menukar kehidupan
masyarakat Arab jahiliah pada ketika itu kepada kehidupan bersusila. Kekuatan pengaruh
Islam juga turut menyumbang kearah kelahiran Renaissa (zaman pembaharuan) di Eropah
dan seterusnya perluasannya ke nusantara seluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Asia.
2.0 Perkembangan teknologi :kepentingan teknologi.

Penggunaan teknologi bererti penggunaan ilmu mengenai cara-cara mencipta barangan-


barang dalam perusahaan seperti bagunan, jentera dan lain-lain. Manakala tamadun dapat
didefinisikan sebagai suatu petempatan yang kekal dan suatu proses yang berlaku secara
berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh masyarakat. Menurut Professor
M.A.J.Beg, tamadun ialah pencapaian manusia dalam bentuk kata, skrip, kesenian, seni
bina, agama, undang-undang dan politik. Contohnya di Mesir dan Mesopotamia, struktur
masyarakat menjadi lebih teratur apabila pembentukan sebuah kerajaan berlaku. Bukan itu
sahaja, penggunaan teknologi sememangnya wujud dalam perkembangan tamadun awal
manusia seperti tamadun Mesir, Mesopotamia, China, India dan sebagainya. Salah satu
penggunaan teknologi dalam perkembagan tamadun awal manusia dapat dilihat dari segi
teknologi pembinaan bandar terancang di tamadun India. Mohenjo-Daro dan Harappa
merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. Pembinaan bandar Mohenjo-Daro dan
Harappa memperlihatkan penggunaan teknologi yang tinggi apabila bandar-bandar ini dibina
secara terancang mengikut pelan yang sama. Pembinaan bandar-bandar di tamadun India
menggunakan batu-batu yang bermutu tinggi. Batu-batu tersebut diperbuat daripada bahan
yang dibakar di bawah suhu yang tinggi supaya dapat meningkatkan daya tahanan semasa
pembinaan. Pembinaan kolam mandi besar (The Great Bath) berukuran 12*7 meter dan 2.5
meter dalam memperlihatkan kemajuan tinggi dalam teknologi pembinaan. Terdapat tangga
di kedua-dua belah kolam menuju ke bahagian dasar kolam. Tangga ini dibina dengan
menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Keunikan kolam ini ialah air kolam boleh
dikosongkan dan diisi semula. Kolam mandi turut dibina dengan bilik-bilik mandi
persendirian untuk kegunaan golongan pendeta. Selain itu, perkembangan tamadun awal
manusia dapat dilihat melalui penggunaan teknologi peralatan. Kemunculan tamadun-
tamadun awal seperti di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan penggunaan logam
seperti tembaga, gangsa dan besi. Logam-logam ini dibuat menjadi bajak dan alat pertanian
lain untuk kegiatan pertanian. Hasil penciptaan ini secara tidak langsung telah meluaskan
kawasan pertanian. Kesan daripada ini, pengeluaran ekonomi bertambah dan mampu
menampung keperluan sebahagian besar masyarakat di bandar mahupun di luar bandar.
Jelasnya, penggunaan teknologi peralatan mampu menggalakkan ekonomi tempatan yang
membawa perkembangan tamadun. Tambahan lagi, teknologi pengairan turut membawa
kepada perkembangan tamadun. Hal inidemikian, kerana hasil pertanian sesuatu tamadun
akan berkembang pesat sekiranya terdapatsistem perairan dan terusan yang sistematik.
Proses pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesia memudahkan masyarakat untuk
mengawal air-air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Malahan, proses
perairan yang dijalankan membolehkan Mesir mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku
yang boleh membawa kerosakan kepada tanaman. Kebanyakan tamadun-tamadun yang
terletak di tebing sungai seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus dan Hwang Ho akan dilengkapi
dengan sistem perairan untuk tujuan pertanian. Penggunaan teknologi pengangkutan dapat
dilihat dalam perkembangan sesuatu tamadun. Penciptaan roda membawa perubahan
kepada corak pengangkutan. Dengan ini, kereta kuda dan lembu dicipta untuk mengangkut
hasil pertanian yang lebih banyak. Hal ini telah menjimat tenaga manusia yang sebelum ini
perlu mengangkut hasil tanaman dengan kekuatan manusia. Penggunaan teknologi roda
juga dapat mempercepat industri seperti industri kerja tangan bagi memenuhi permintaan
agama dan sosial. Penciptaan roda turut menyebabkan barangan yang dihasilkan secara
seragam dan kemudiannya dapat dieksport. Contoh barang yang dapat dihasilkan dengan
seragam yang melalui penggunaan teknologi roda ialah tembikar. Hal ini menggalakkan
perdagangan antara tamadun. Misalnya, perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan
Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro. Selain itu, penggunaan teknologi perkapalan
memudahkan dan membantu pengangkutan barangan dari pulau ke tempat lain.
Penggunaan teknologi ini dapat mengembangkan tamadun awal manusia. Dalam
penggunaan teknologi ini, tenaga angin diperlukan sebagai corak pengangkutan baru dan
untuk mengelakkan “Wind Mills”. Perdagangan jarak jauh dapat direalisasikan untuk
memperoleh bahan-bahan mentah untuk keperluan pelbagai bidang antara tamadun-
tamadun awal ini. Hal ini menyebabkan pertembungan tamadun-tamadun berlaku. Ciriciri
kebudayaan pembinaan bangunan, agama dan ekonomi sesebuah kerajaan dapat
diperkaya dengan pertukaran fikiran dan teknik perindustrian menerusi pertembungan
tamadun-tamadun ini. Perkembangan tamadun awal manusia juga dapat dilihat dalam
penggunaan teknologi perekodan. Penciptaan sistem tulisan merupakan satu faktor yang
penting dalam pembentukan dan perkembangan sesebuah tamadun awal. Hal ini
disebabkan oleh tulisan adalah asas kepada penambahan pengetahuan dan berfungsi
melicinkan pengurusan ekonomi. Dengan adanya tulisan, banyak perkara dapat direkodkan.
Pengganaan teknologi tulisan yang berbentuk simbollisme dapat merekodkan hal-hal
pentadbiran, keagamaan, aktiviti perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Contoh tulisan
yang berbentuk simbollisme ialah tulisan ideogram di China, Piktograf di India, Cuneiform di
Mesopotamia, dan Heiroglif di Mesir. Jelasnya sistem tulisan memperlihatkan teknologi yang
berkesan dalam merekod ingatan-ingatan dalam bentuk tulisan atau simbollisme. Tambahan
lagi, penghasilan pakaian oleh masyarakat turut memperlihatkan penggunaan teknologi
tenunan yang berkesan. Manusia pada zaman paliolitik membuat pakaian mereka daripada
kulit dan bulu binatang disebabkan suhu yang sejuk. Keadaan ini berbeza pada zaman
Neolitik dimana manusia mula membuat pakaian mereka daripada gentian tanaman.
Perubahan persekitaran telah mempengaruhi manusia pada masa itu untuk mencipta alat
tenunan. Jelasnya, tamadun-tamadun yang muncul dalam zaman Neolitik telah
menggunakan teknologi tenunan dalam membuat pakaian mereka. Ahli kaji bintang
melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari
dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian
dibahagikan kepada 3 musim iaitu

3. 0 Perkembangan teknologi faktor kepada kemajuan tamadun

3.1 Aktiviti pertanian Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam
bentuk skala yang lebih besar. Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah. Dalam
bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja
pertanian. Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam
hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air –
mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

3.2 Sistem ketahanan dan pertahanan Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok
berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia
tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata Bahan letupan
telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya
mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari
telah menggunakannya dalam peperangan.
3.3 Kemudahan asas Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan
infrastruktur sperti longkang dan sistem pembuangan air. Longkang-longkang yang dibina di
sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang
memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Tempat mandi awam
didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus. Binaan yang paling
unik ialah kolam mandi great bath. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.
Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu
dan disadur dengan bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak
berhampiran kolam tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh
dikosongkan dan diisi semula. Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas
kepada pendudukan pada zaman tamadun awal. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia
jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di
dalam bandar. Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran
30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat
dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut
terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.

3.4 Petempatan. Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan


kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu
pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampungkampung yang mengandungi rumah
ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan
turut dibina. Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang
bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih. Rumah-rumah
dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah
bilik dan serambi yang berbentuk empat segi. Ciri yang menarik ialah setiap rumah
mempunyai bilik mandi dan perigi. Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang
jalan-jalan utama. Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran
udara yang baik.

3.5 Aktiviti keagamaan Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan
agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat
binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan
termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina
antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Orang Sumeria menganggap raja sebagai
wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Sebuah kuil telah dibina di atas menara
yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang
termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah
menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).

3.6 Aktiviti pengangkutan dan pelayaran Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat
hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-
mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria
menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan. Kapal layar
dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat. Dalam Tamadun China,
Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6,
pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9,
telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

3.7 Sistem perbandaran Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan


pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar. Sumbangan orang Sumeria yang
paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina
arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia
mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat
monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang. Di Babylon, terdapat lapan pintu
gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

3.8 Intelektual Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi,
takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat
mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain.musim banjir,
menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari
dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat
segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka
mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang perubatan,
mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga
menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan. Orang Sumeria telah
mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah
mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60.
Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan
mengandungi 30 hari. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam
digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Terdapat empat ciptaan
agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan
kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-
tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula di enalkan semasa
pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang
terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220
SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. 3.9 Peralatan Dengan kemajuan teknologi,
pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta. Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat
digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera
dihasilkan. Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir. Mereka
telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk. Dengan terciptanya peralatan, aktiviti
pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar.

4.0 perkembangan teknologi faktor kepada kejatuhan tamadun.

4.1 Kredibiliti Terhadap Kemampuan Teknologi Kemudahan teknologi akan mengakibatkan


manusia menjadi semakin malas dan lalai disebabkan kemudahan teknologi.Dengan adanya
teknologi, terdapat kesan keburukan dan memberikan kesan negatif yang boleh
mempengaruhi fikiran dan minda masyarakat sesebuah tamadun tersebut. Manusia pada
tamadun awal menjadi tidak produktif dan kurang kreatif untuk meningkatkan taraf hidup.
Akibat terlalu leka dengan kemudahan teknologi sedia ada, pencapaian tamadun tersebut
akan berkurangan dari masa ke semasa.Mereka tidak akan berkerja keras malah leka
dengan penggunaan teknologi yang sedia ada pada masa tersebut. Oleh sebab itu, tenaga
kerja pada tamadun itu akan semakin lemah dan akan menjejaskan imej dan ekonomi
negara. Akibatnya, tamadun tersebut akan mengalami kemunduran dari segi ekonomi,
politik dan sosial.Kegemilangan tamadun tersebut akan mula merosot. Teknologi
menyebabkan masyarakat sesebuah tamadun bersikap prejudis. Sikap seperti ini telah
melumpuhkan perkembangan sesebuah tamadun disamping menyekatkan ketulenan daya
cipta kreativiti dan pembaharuan sesebuah masyarakat. Hal ini akan menyebabkan
masyarakat berkeadaan kental atau statik berpanjangan kerana tidak mahu meminta
ataupun berkongsi teknologi dengan tamadun lain. Sebagai contohnya kerajaan Turki
Uthmaniyyah mengalami kemerosotan disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu
menerima perubahan teknologi. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang
enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot
dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.
4.2 Peperangan Antara Negara Senjata adalah musuh utama sesebuah negara.Alatan
senjata juga merupakan elemen penting dalam sesebuah negara untuk melawan dan
mempertahankan keselamatan negara. Kemenangan dalam perang boleh menaikkan taraf
sesebuah Negara itu di samping meluaskan kuasanya. Oleh itu, setiap negara dalam semua
tamadun sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf peralatan perang, terutamanya senjata
canggih teknologi. Mereka akan menghabiskan puluhan ribu untuk membeli senjata
berteknologi tinggi. Tetapi pada masa yang sama, usaha ini akan membawa kesan buruk,
menyebabkan kejatuhan tamadun. Sebagai contoh, negara-negara maju akan mempunyai
senjata yang lebih canggih daripada negara-negara yang mundur.Demi mempertahankan
kuasa, negara ini akan sentiasa cuba untuk menyerang negara-negara lain yang lemah.
Oleh itu, negara-negara yang telah diserang pastinya akan kehilangan banyak nyawa dan
iharta benda yang turut akan megakibatkan keruntuhan tamaduTamadun China merupakan
negara pertama untuk mencipta ubat bedil digunakan untuk menggulingkan kerajaan
Mongolia. Sementara itu, tentera India mempunyai kayu lastik, meriam, lembing, pedang,
dan arka. Walaupun kemajuan teknologi dalam peralatan peperangan adalah sangat
penting bagi sebuah negara untuk keselamatan, tetapi kebarangkalian ia membawa kepada
pengorbanan beribu-ribu orang dan keruntuhan tamadun.Kekuatan sesebuah negara
bergantung kepada penduduk di negara tersebut. Dunia yang pertama dan kedua telah
meragut nyawa beribu-ribu orang. Serangan ke atas Jepun oleh Amerika Syarikat telah
membawa keruntuhan tamadun Jepun. Adalah jelas di sini bahawa perkembangan teknologi
dalam peralatan perang mampu meruntuhkan sesebuah tamadun.

4.3 Akhlak Masyarakat Semakin Merosot. Budaya masyarakat juga merupakan suatu aspek
yang sensitif dan penting dalam sesuatu negara dan tamadun. setiap tamadun mempunyai
budaya yang berlainan antara satu sama lain.Sebagai Contoh, Bagi negara Timur / Asia,
sebagai contoh ialah Jepun yang mengamalkan etika kerja berpandukan budaya tradisi
yang diubahsuai mengikut masa, tempat dan keadaan. Manakala negara Timur Tengah
seperti Arab Saudi, perlakuan perniagaannya berpandukan kepada pandangan Islam, yang
mana mengandaikan perlakuan manusia secara amnya dikawal oleh kesamaan nilai moral
semula jadi.Jelasnya, kita boleh lihat betapa bezanya budaya antara kedua-dua negara
tersebut.Namun begitu, penciptaan dan perkembangan teknologi telah mengakibatkan
budaya masyarakat dalam sesebuah tamadun semakin pudar dan akhirnya akan pupus
disebabkan keruntuhan tamadun tersebut. Fenomena ini berlaku kerana dengan
penggunaan teknologi yang banyak, manusia jarang mahu mengamalkan budaya mereka
sebelum ini kerana takut dianggap kolot. Bagi manusia yang sudah terlalu fanatik dengan
perkembangan teknologi, mereka pastinya akan memandang rendah terhadap orang yang
masih terikut-ikut akan budaya nenek moyang dan mengkategorikan orang tersebut sebagai
golongan yang tidak bertamadun. Fenomena ini akan memberi banyak manfaat kepada
tamadun. Ini kerana banyak budaya nenek moyang yang mengandungi kebaikan dan juga
boleh memberi manfaat dalam kehidupan. Sebagai contoh, jika orang tempatan tidak
menghormati budaya asing, pedagang-pedagang asing yang datang untuk berniaga pasti
akan menganggap mereka sebagai angkuh dan seterusnya tidak akan datang berdagang di
sana lagi. Hal ini, sudah tentu akan menjejaskan dan melembabkan ekonomi dan turut
mengalibatkan keruntuhan tamadun. Jelaslah di sini bahawa, walaupun teknologi mampu
membangkitkan sesebuah tamadun daripada pelbagai aspek, namun ia juga dapat
membawa kejatuhan kepada tamadun tersebut. Oleh itu, adalah amat penting bagi manusia
untuk menggunakan teknologi secara bijak dalam kehidupanmereka.

5.0 Kesimpulannya penggunaan teknologi


Sememangnya dapat dilihat dalam perkembangan tamadun awal manusia dengan
penggunaan teknologi yang pelbagai namun demikian perkembangan teknologi juga
menjadi faktor kejatuhan sesebuah tamadun melalui penyalahgunaan teknologi dan
penggunaan yang keterlaluan iaitu bergantung harap kepada teknologi itu sendiri.

6.0 Rujukan
Buku teks sejarah tingkatan1 dan 4 tamadun awal manusia dewan bahasa dan pustaka
kuala lumpur 2016. Abdullah Hassan Mydin(Shaik)JUT 101.Tamadun Islam dan Tamadun
Asia .USM.Pendidkan Jarak Jauh.(2008)
Perkembangan Teknologi Menjadi Faktor Pendokong
Kepada Kemajuan Dan Kejatuhan Sesebuah Tamadun.
FREDRICK SUKOM ANAK WILSON
B22010015

1.0.Pendahuluan

Melalui kitabnya yang dikenali sebagai mukadimah Ibnu Khaldun telah


memperkenalkan pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan pada abad yang ke-
14 (1332-1406 M). Ibnu Khaldun juga telah memperkenalkan konsep tamadun iaitu
Umrran dan Hadarah, Umran yang membawa maksud membangun atau
memakmurkan bandar dan Kawasan tanah yang didiami oleh sekumpulan
masyarakat tinggal menetap di suatu tempat tertentu dalam keadaan yang
berkembang lebih maju lagi. Manakala Hadarah membawa maksud suatu wilayah,
daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Hadarah juga
meninjukkan wujudnya kehidupan tetap dan berlaku urbanisai.

Menurut sarjana barat pula kebanyakkan mereka menggunakan islilah


“Civilization” untunk menerangkan maksud tamadun. Darct Riberio menggunakan
istilah “civilization” dalam bukunya “The Civilizeed Society” beliau mentakrifkan
tamadun sebagai puncak pencapaian sesuatu masyarakat dalam proses untuk
mencapai kemajuan. Manakala dalam bukunya yang bertajuk “The Civilization
Process” dalam buku ini beliau menekankan beberapa proses dalam memaju
tamadun atau peradaban, proses yang paling penting ialah revolusi bandar kerana
bandar-bandar memancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk kemajuan
material dan spiritual mereka. Ciri-ciri asas tamadun adalah penempatan kekal,
kehidupan yang berkualiti, strasifikasi social, Bahasa dan tulisan, organisasi politik
dan pemerintahan, teknologi dan reka cipta, kretiviti dan kehidupan beragama.
Tamadun dan agama mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Oleh itu, ramai
sarjana Islam dan Barat cuba menjelaskan antara hubungan kedua aspek ini.
2.0 Perkembangan Teknologi
Pembangunan sesebuah tamadun tertentu bergantung kepada kemajuan teknologi
sesebuah tamadun itu sendiri.perkara ini dapat dilihat jelas melalui sumbangan
tamadun Cina dalam beberapa bidang seperti astronomi yang telah dibuktikan
dengan penciptaan katalog bintang, bidang matematik iaitu pengguna sempoa dan
melalui bidang perubatan menerusi penemuan teori Yin dan Yang. Hua Tua
merupakan antara tokoh perubatan yang terkenal beliau merupakan seorang pakar
bedah yang berjaya menghasilkan anestesia yang digunakan dalam bidang
perubatan sehigga masa kini. Di samping itu, Choa Yun Fang juga merupakan
antara tokoh perubatan yang terkenal di mana beliau telah menghasilkan karya
perubatan yang berkaitan dengan penyakiit mata, kudis buta dan sebagainya. Selain
itu perkembangan tamadun Cina telah ditunjukkan dengan perkembangan dalam
bidang optik iaitu melalui prinsip fokus, imej dari kanta cengkung , bidang kimia dan
teknologi China dengan adanya abah-abah yang diikat pada dada, kereta sorong
dan juga kain sutera serta bermacam-macam lagi teknologi lain.

Selain itu, interkasi dan hubungan antara China dengan negara barat kurang
terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, pertemuan negara
barat dengan negara China telah menarik minat dunia Barat tentang keungullan
teknologi yang terdapat di negara Chaina. Seterusnya, perkara ini telah
membolehkan berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari Chaina ke Barat. Ini
termasuk ilmu sutera, kompas pembuatn kertas dan porselin dibawa masuk ke Barat
dari negara China.

Dalam tamadun jepun pula, bidang perindustrian merupakan bidang utama yang
diberi perhatian untuk dimajukan. Pada zaman pemerintahan Meji, Beliau
mengalakkan para cendiakawan mereka cipta alat-alat elektrik, melalui hasil
pengubahsuaian dari barat. Zaman ini merupakan salah satu zaman yang paling
gemilang dalam swjarah jepun. Jepun telah dubah kepada negara berkuasas dan
moden. Mata wang Yen juga turut diperkenalkan pada zaman ini.

Perkembangan teknologi juga telah sedikit sebanyak menyumabng kepada


pembangunan bandar terancang yang menjadi keungulan dalm sesebuauh tamadun.
Kemajuan tamadun india telah lama bermula dengan pebukaan bandar terancang
yang pertama wujud di dunia yang dikenali sebagai Mohenjo-Daro dan Harappa
yang telah dibina pada tamadun Hindus. Bermula daripada detik itu bidang seni
tamadun Hindu semakin berkembang maju. Seni dan kehidupan masyarakat india
tidak akan dapat dipisahkan. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh tamadun india
seperti seni halus, tarian, drama, seni bina dan seni ukir dan seni lukis

3.0 Faktor yang Menyebabkan Perkembangan Teknologi Mampu memberi


Kemanjuan kepada Tamadun

Dalam bidang perkembangan teknologi, bidang penulisan juga tidak ketinggalan


mengalami perubahan kemajuan pada masa kini. Pada zaman dahulu, Bahasa
Melayu adakah bahasa yang digunakan seabgai bahasa perantaraan di Kepulauan
Melayu, Selain itu Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa pengahantar
untuk para pedagang yang berdagang di Tanah Melayu dan pengembara yang
datang dari Eropah, China dan India. Oleh itu, perkembangan itu juga membawa
kepada perkembangan sastera rakyat.

Bidang penulisan merupakan zaman yang penting dalam sejarah yang digunakan
pada zaman berzaman. Penulisan ini juga mendapat pengaruh luar yang datangnya
dari Chaina,India dan Eropah daripada pelbagai sudut.

Hasil penulisan mereka mengikut pelbagai bidang kepakaran masing-masing


antaranya ialah dari segi ekonomi, politik, sosial sejarah, mahupun bidang
ketenteraan. Dengan adanya penulisan ini, warganegara seperti Malaysia pada
zaman kini dapat mengetahui asal usul zaman dahulu.

Selain itu, pada zaman teknologi sekarang bidang komputer adalah alat
penghubung, alat komunikasi dan juga alat penghubung, alat komunikasi dan juga
alat penulisan yang canggih yang digunakan di peringkat universiti, sekolah, dialam
pekerjaan dan juga dalam bidang perniagaan dan sebagainya. Anatara contoh
inovasi kemajuan teknologi yang digunakan adalah dari segi pembelajaran seperti
pembentangan kertas kerja dilakukan dalam bentuk power point berbanding yang
dilakukan secara lisan sebelum ini. Perisian microsoft office banyak membantu
dalam memudahkan kerja-kerja dokumentasi. Teknolgi komputer ini juga merupakan
percantuman alat ilmu pengetahuan yang mempunyai pelbagai input dan sumber
yang boleh didapati dan dan boleh memudahkan kepada sekolah-sekolah, institusi
pengajian tinggi dan pekerja dalam sektor awan dan sektor swasta yabg boleh
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
4.0 Faktor yang Menyebabkan Perkembangan Teknologi Mampu Menyebabkan
Keruntuhan Tamadun

Jika sesebuah tamadun menghadapi zaman kegemilangan maka tamadun tersebut


juga akan menghadapi zaman keruntuhan. Menurut kajian Muhamad Abdul Jabbar
Beg dalam konsep tamadun Islam mengikut ulama Islam dan Barat mengenai
pandangan Ibnu Khaldun tamadun beliau berkata sesebuah tamadun dapat
dimusnahkan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-
kanak, remaja, dewasa dan tua. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa
sesebuah tamadun merupakan suatu kitaran sejarah. Ini kerana pada zaman
permulaan sesebuah tamadun, masyarakat mahupun raja-raja tamadun tersebut
akan bekerja keras bagi menegakkan kegemilangan tamadun tersebut. Apabila
mereka telah mencapainya, mereka tidak akan menghiraukan dan juga tidak akan
mengekalkan kegemilangan tersebut. Di sini lah mereka akan mula menghadapi
kemerosotan.
Selain itu, Esa Khalid dan Mohamad. Azhar Abd. Hamid (2004), berkata bahawa
kejatuhan tmadun ialah suattu titik masa yang memperlihatkan bagaimana sesebuah
tamadun itu beransur-ansur runtuh. Hal ini bermakna keruntuhan sesebuah tamadun
bukan sahaja disebabkan oleh bencana seperti peperangan . namun keruntuhan
tamadun juga boleh berlakku disebabkan oleh pengunaan teknologi yang berleluasa.
Terdapat beberapa bukti yang kukuh yang menunjukkan penggunaan teknologi yang
pesat menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun.
Kemudahan teknologi akan mengakibatkan manusia menjadi semakin mals dan lali
disebabkan kemudahan dan teknologi. Dengan adanya teknologi, terdapat kesan
keburukkan dan memberikan kesan negatif yang boleh mempengaruhi fikiran dan
minda masyarakat dalam sesebuah tamadun. Manusia pada tamadun awal mejadi
tidak kreatif dang tidak produktif dalam meningkatkan taraf hidup. Mereka tidak akan
bekerja keras dan akan terus leka dan bergantung kepada teknologi tersebut. Oleh
sebab itu, tenaga kerja pada tamadun itu akan semakin lemah dan boleh
menjejaskan imej dan ekonomi negara. Akibatnya, tamadun itu akan mengalami
kemerosotan dan kemunduran .

Teknologi menyebabkan masyarakat sesebuah tamadun tidak bersikap terbuka.


Oleh itu, tamadun yang mengalami keruntuhan ikutan daripada sikap tidak mahu
menerima perubahan. Sikap seperti ini membuatkan perkembangan tamadun
disamping merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat. Mereka
tidak mahu berkongsi atau meminta dengan tamadun lain. Sebagai contoh, kerajaan
Turki Uthmaniyyah mengalami kemerosotan disebabkan sikap tertutup yang tidak
mahu menerima perubahan teknologi. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun
China yang enggan menerima perubahan dari barat menyebabkan kerajaan China
semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk
memulihkannya.

5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan daripada perkembangan teknologi ini, banyak perkara
yang boleh diambil kira. Perkembangan dalam bidang teknologi ini boleh memberi
kebaikkan yang berguna untuk memudahkan pekerjaan seharian masyarakt di
sesebuah tamadun dan boleh menjadi salah satu saingan terhadap sesebuah
tamadun yang lain.

Di samping itu, perkembangan dalam bidang teknologi juga boleh memberi impak
yang besar dalam keruntuhan sesebuah tamadun, penduduk di sesebuah tamadun
akan mula mengalami kiebergantungan terhadap perkembangan teknologi yang
telah dicapta dan akan menghasilkan tamadun yang leka dan tidak berfikiran secara
kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat kebaikkan dalam
penggunaan teknologi dalam sesebuah tamadun masyarakat dalam sesebuah
tamadun hendaklah tetap mengamalkan cara hidup yang tidak sepenuhnya
bergantung kepada teknologi dan boleh menghasilkan lebih banyak teknologi kreatif
untuk memajukan sesebuah tamadun.

Rujukan

Ibnu Khaldun. (1991)


Muqaddimah. Beriut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, [Halaman 101]

Kamus Dewan. 1996.

Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan. 2005.

Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mad. Aros, Azhar 2004.

Tamadun Islam dan Tamadun As ia (TITAS) Kertas 1 dan 2. Selangor:

Fajar Bakti

Shantini Raman (April 2014),

Sumbangan Teknologi terhadap kelestarian dan keruntuhan manusia.


https://www.slideshare.net/shantinimenon/esei-titas

Perkembangan Teknologi Menjadi Faktor Pendokong


Kepada Kemajuan Dan Kejatuhan Sesebuah Tamadun.
Muhammad Asmaliki Bin Seman
B22010018
PENGENALAN TAMADUN ISLAM

1.1 KONSEP TAMADUN ISLAM

1.1.1 Pengertian Tamdun dan Tamadun Islam

Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada
aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya
dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari
sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara
istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana
Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah
telah menggunakan istilah urnran, Umran digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar
atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal
menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah
hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah,
kota, bandar, kampung atau tanah yang riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab
moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota
dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut epistemologi, istilah civilization
dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang
membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang
dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia
di dalam membangunkan Kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat
negara.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi
berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad
Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan
insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakatnya". Ibn Khaldun, sebelum ini menghuraikan maksud
tamadun Islam atau peradaban sebagai "pencapaian manusia yang sudah melebihi
keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai sent." Tamadun Islam
bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan tamadun ini didirikan
oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna,
tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau
bersifat kebangsaan sematamata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh
bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling
melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur
penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.). Manakala golongan minoriti
bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemenntahan Islam dianggap sebagai
penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan golongan minoriti
bukan Islam ialah menterjemahkan buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum Islam
ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang
dianggap tidak bertentangan dengan prinsipprinsip.

1.1.2 Hubungan Tamadun Dengan Kebudyaan.

Selain beberapa istilah yang telah digunakan untuk merujuk kepada tamadun atau
peradaban, istilah tamadun dapat dihubungkan dengan istilah kebudayaan. Namun begitu,
antara tamadun dengan budaya wujud jurang pengertian yang berbeza terutamanya dari
segi jangka hayat, iaitu tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan
manakala budaya mempunyai jangka hayat yang pendek dan sentiasa mengalami
perubahan dan pembaharuan. Unsur-unsur kebudayaan yang berkekalan hayatnya akan
dianggap sebagai unsur-unsur tamadun. Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang
bersifat sejagat atau universal, iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan di dunia ini.
Antara unsur-unsur bersifat sejagat ini ialah pertama, peralatan dan kelengkapan keperluan
kehidupan manusia termasuklah pakaian, perlindungan (rumah), peralatan senjata, alat-alat
pengeluaran dan sebagainya. Kedua, sistem perekonomian dan mata pencarian kehidupan.
Ketiga, sistem kemasyarakatan, sistem keluarga, organisasi politik dan sebagainya.
Keempat, bahasa sebagai alat komumkasi sama ada bahasa secara lisan ataupun melalui
sistem tulisan; dan kelima, sistem ilmu pengetahuan.

Dalam konteks ini, terdapat sekumpulan sarjana sains kemasyarakatan, antaranya pengikut
aliran Max Weber, yang membahagikan kebudayaan kepada dua kategon iaitu pertama,
kebudayaan berbentuk kerohaman dan kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan. Kategori
kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan inilah yang dinamakan civilization yang bermakna
tamadun atau peradaban. Berdasarkan ketamadunan Islam, kebudayaan Islam diertikan
sebagai suatu cara kehidupan, cara berfikir dan cara berasa ketakwaan dalam seluruh
bidang kehidupan sekelompok manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang
dan waktu.
Berdasarkan ketamadunan Islam, kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu cara
kehidupan, cara berfikir dan cara berasa ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan
sekelompok manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang dan waktu. Dalam
konteks ini, kebudayaan tertakluk kepada prinsip dan merupakan lanjutan dari agama dan
membentuk integrasi yang lengkap dengan agama. Pembentukan kebudayaan atau
kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui sumber-
sumber asas perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Sekiranya berlaku sebarang
pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia dianggap sebagai kebudayaan
bukan Islam.

1.2 MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam dipelajari dan diperkenalkan secara sistematik kepada semua pengkaji dan
pelajar kerana mempunyai dua matlamat yang utama iaitu matlamat umum dan khusus.
Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-
Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Memandangkan Islam
mempunyai satu cara hidup yang lengkap kepada manusia, maka melalui ilmu tamadun
Islam ini kesemua sistem hidup tersebut akan dihuraikan secara ilmiah.

Matlamat tamadun Islam secara umumnya juga akan memaparkan keadilan sistem
pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., khulafa'
al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem
pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-
fakta sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah
dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya
difahami dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam.

Matlamat khusus tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah
Pencipta Alam. Di samping itu, tamadun Islam juga mempunyai matlamat khusus untuk
mewujudkan hubungan manusia dengan sesama manusia serta mewujudkan hubungan
manusia dengan alam sejagat. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tamadun Islam,
terdapat beberapa ciri yang dianggap sebagai bersifat alat bantu yang diperlukan dan
dilaksanakan seperti pengenalan dan penggunaan sistem tulisan. Tulisan merupakan salah
satu ciri penting tamadun Islam kerana ia berperanan mempercepat proses penyebaran
kebudayaan Islam dan seterusnya meningkatkan perkembangan ilmu yang member! kesan
penting terhadap perubahan dan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan umat Islam.
Kedua, kemunculan kota dan bandar yang berkemampuan untuk menampung peningkatan
jumlah penduduk yang sedia ada di samping yang datang berhijrah atau bermigrasi. Ketiga,
wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan membentuk suatu
masyarakat Islam yang mengandungi pelbagai bangsa dengan pelbagai peranan.
Perbezaan peranan ini pula melahirkan pembahagian pengkhususan kerja dan seterusnya
terbentuklah suatu ekonomi bandar. Dan keempat, kewujudan bangunan-bangunan atau
monumen bersejarah yang menjadi lambang keagungan dankebanggaan generasi
kemudiannya, seperti istana, masjid dan sebagainya.

Ciri-ciri yang bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat melahirkan
matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama, hubungan manusia
dengan Allah Pencipta Alam; kedua, hubungan manusia dengan sesama manusia; dan
ketiga, hubungan manusia dengan alam sejagat

1.2.1 Hubungan Manusia dengan Allah Pencipta Alam

Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk
memikirkan tentang alam ini semata-mata. la menyuruh manusia berfikir lebih jauh daripada
itu, dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang
terkandung dalam alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa
perhubungan dengan pencipta-Nya kerana Dialah (Allah s.w.t.) yang memudahkan dan
mengurniakan kepada ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa
untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna, tumpuan tidak
hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi
sepenuhnya segala sumber dalam alam ini.

Hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. merupakan matlamat yang terpenting
dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang paling tinggi berbanding
dengan hubungan-hubungan lain; seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa,
jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain ini merupakan
makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Hakikatnya,
hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada
perhubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu, hubungan dengan
Allah s.w.t. adalah perhubungan yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni.
Perhubungan dengan Allah s.w.t. adalah setinggi-tinggi martabat perhubungan, yang
melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci.

Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa
membatalkannya. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara- saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-
rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya
dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampal Allah mendatangkan keputusan-
Nya. Dan Allah tidak member! petunjuk kepada orang- orang fasik. (Surah At-Taubah: Ayat
24).

Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. adalah suatu bentuk
hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan
dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta tidak
dapat menyamai atau dibuat perbandingan. Umpamanya, hubungan dengan para rasul
merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan
aktiviti mereka (sunnah), serta mematuhi ajaran yang dianjurkan oleh mereka, di samping
mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungan
perhambaan, kerana para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah s.w.t. Firman Allah
s.w.t. bermaksud: Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamha yang Kami kumiakan
kepadanya nikmat (kenabian)dan Kamijadikan dia sebagai taw/a bukti (kekuasaan Allah)
untuk Bani Israel (Surah Az Zukhruf: Ayat 59).

Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t telah melahirkan beberapa implikasi dan
tanggapan yang tersendiri. Pertama, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap
Penciptanya, Pencipta Manusia dan Alam Semesta. Pencipta ke atas segala-galanya
termasuk undang-undang dan peraturan-peraturan yar.g manusia dan alam tunduk di
bawahnya, yang dikenali dengan nama 'undang-undang sebab-musabab'. Dalam
pengiktirafan ini, manusia di dalam genggaman Allah s.w.t dan di bawah tadbiran-Nya, dan
tidak dapat terpesong daripada- Nya. Segala kejadian yang berlaku mendorong timbulnya
perasaan manusia, bahawa ia adalah suatu makhluk yang dimiliki Allah s.w.t., dan
daripadanya terbit perasaan bertawakal ketika ia melaksanakan undang-undang sebab-
musabab itu. Maka itu, terbentuklah pergantungan hati terhadap Penciptanya dan
permohonan pertolongan adalah semata-mata kepada Allah s.w.t.

Kedua, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan


kebesaran kekuasaan-Nya. Pengiktirafan ini termasuklah sikap mengagungkan dan
membesarkan Allah s.w.t. serta mentakdiskan-Nya, di samping tunduk dan khusyuk kepada-
Nya, serta patuh kepada suruhan dan larangan-Nya, reda dan menyerah diri kepada segala
hukuman-Nya, setelah manusia itu sendiri menghabiskan daya usahanya dalam setiap
kegiatan wajib yang berhubung dengan duniawi dan akhirat.
Ketiga, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap nikmat-nikmat Allah s.w.t. Pengiktirafan
ini merupakan suatu kewajipan manusia yang berbudi tinggi dan mengenang jasa, kerana
nikmat-nikmat Allah s.w.t. kepada manusia tidak ternilai dan tidak terhingga. Maka itu,
sebagai makhluk yang dicipta, manusia membalasnya dengan mengucap kata puji-pujian
dan kesyukuran yang layak bagi sifat-sifat ketinggian-Nya dengan membuktikan melalui
amal yang ikhlas, lahir dari batin semata-mata untuk-Nya.

Keempat, manusia yang dicipta sentiasa menyedari dan mengharapkan rahmat dari
Penciptanya. Penganugerahan Allah s.w.t. adalah meliputi dirinya dengan apa yang
diusahakan melalui jalan-jalan yang mendampingkan dirinya dengan Allah s.w.t. dan
rahmat-Nya.

Kelima, manusia yang dicipta mempunyai perasaan bertanggungjawab. Melalui satu


hubungan yang murni, hendaklah wujud perasaan bertanggungjawab kepada Allah s.w.t.
sebagai Penciptanya yang memegang teraju kehidupannya, penguasa ke atas dirinya dan
untung nasibnya.

Keenam, penumpuan hanya kepada Allah s.w.t. melalui permohonan dan doa. Permohonan
dan permintaan hanyalah kepada Penciptanya sahaja kerana selain-Nya, semuanya adalah
makhluk yangjuga dicipta-Nya, yang lemah dan tidak berdaya. Oleh itu permohonan kepada
yang lain, adalah merendahkan ketinggian dan kemurahan Allah s.w.t. yang tiada tolok
bandingnya itu, dan ini merupakan suatu kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.

Dan ketujuh, bagi manusia yang dicipta, cinta dan rindukan Allah s.w.t. adalah sebagai
matlamat kehidupan. Cinta dan rindukan Allah s.w.t. sebagai sumber bagi segala yang
maivjud (wujud) dan sumber bagi segala kenikmatan dan rahmat umum di alam ini, di
samping mencari keredaan-Nya yang sejati, agar dapat menikmati kebahagian di dunia dan
akhirat.

1.2.2 Hubungan Manusia Sesama Manusia

Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat
perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan
geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan
Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa,
malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu tetapi sebaliknya
mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. Bagi
masyarakat Islam, hanya terdapat satu ukuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq,
iaitu ketakwaan dan ketaatan kepada-Nya, di samping berbuat baik kepada hambahamba-
Nya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan semang iwanita, lalu Kamijadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan.
Sesungguhnyayangpaling mulia di sisiAllah ialahyangpaling takwa di antara kamu (Surah Al-
Hujuraat: Ayat 13). Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan
tentang umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang
bermaksud: Tidak ada kelebihan seorangArah dengan seorang 'Ajam, kecuali kerana
takwanya (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam
masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, dan sebaliknya, membuka pintunya
kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini atas dasar persamaan yang sempurna,
dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni. Atas dasar ini, maka semua manusia
berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem
sosialnya. Namun begitu, dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang berbeza
antara orang Islam (Muslim) dengan orang Islam yang lain, dan antara orang Islam dengan
bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. Dengan itu, Islam mewajibkan kepada
pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-
adilnya, di samping terhadap orang Islam sendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan
sesama manusia tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras
menurut ajaran Islam.

Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran
Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w.
antaranya yang bermaksud; Orang Mukmin itu dengan mukmin yangl ain adalah
laksariasatu bangunan, bahaffanyangsatu mengwttkan bahagian yang lain (diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud:
Bandingan orang-orangmukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan
timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tuhuh,jika satu anggota mendapat sakit,
maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidurdan merasa demam (panas)
(diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dan kasih
sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang tinggi. Ini
merupakan gambaran yang jelas bahawa tamadun Islam begitu mementingkan hubungan
sesama manusia.

1.2.3 Hubungan Manusia dengan Alam Sejagat

Tidak dapat diragukan lagi, bahawa manusia itu merupakan sebahagian daripada alam
sejagat, tetapi berada di kedudukan yang istimewa dan berbeza antara bahagian-bahagian
lain. Berbanding makhluk lain di alam ini, manusia dikurnia atau dianugerahkan dengan
pancaindera yang berkembang dan subur, di sampmg akal fikiran yang dapat
mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan hasil
yang dicapai oleh pancaindera itu hmgga dapat menjelaskan tentang hakikat alam itu
sendiri. Manusia dikurniai roh yang mempunyai keupayaan untuk subur dan membesar serta
meningkat ke arah ketinggian.

Maka itu, hubungan manusia dengan alam sebagaimana yang dibentangkan dalam al-
Quran ialah pertama, hubungan dalam bidang pengambilan kepentingan dan penundukan
segala yang terdapat padanya untuk faedah, maslahat dan kepentingannya. Dalam al-
Quran, ternyata banyak ayat yang menyentuh mengenai kemanfaatan yang diperolehi
manusia. Antaranya, mengenai hubungan manusia dengan binatang. Firman Allah s.w.t.
bermaksud: Dan Kami tundukkan binatang-hinatang itu untuk mereka, maka seixihagiannya
menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan (Surah Yaa Slin: Ayat 72).
Manfaat hubungan manusia dengan laut, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud,Dan Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat
memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu
perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera belayar di dalamnya, dan supaya
kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah An Nahl:
Ayat 14). Manfaat hubungan manusia dengan air dan tumbuh-tumbuhan, menurut firman
Allah s.w.t. yang bermaksud, Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk
kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang
pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu
dengan air hujan, tanam- tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan bermacam- macam buah-
buahan, sesungguhnya padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang
berfikiran. (Surah An Nahl: Ayat 10-11;

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, Allah s.w.t. sebagai Pencipta manusia dan alam ini
memerintahkan hamba-Nya, manusia mengambil daya usaha untuk memanfaatkan segala
ciptaan. Pemanfaatan terhadap ciptaan Allah s.w.t. ini, hendaklah dipergunakan dengan
sepenuh tanggungjawab untuk kemaslahatan dan kepentingan manusia.

Keduanya, dalam hubungan manusia dengan alam sejagat ini, alam sejagat merupakan
pentas yang dijadikan renungan dan kajian serta mendalamkan pemikiran terhadapnya
termasuk isi kandungannya. Tentang alam sejagat ini, al-Quran telah mengulang-ulangkan
beberapaperkataan mengenai pmglihatan,pemanclangan,pendengamn, selain yang
menunjukkan pemikiran iaitu mereka memahami, mereka berfikir, mereka mengetahuinya
dan sebagainya. Melalui perkataan-perkataan ini, manusia hendaklah membuka mata
terhadap alam sekitarnya, memerhatikan dan mendalami renungan terhadapnya dengan
menggunakan akal yang sempurna. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan
apakah mereka tidak, memerhatikan bahawasanya Kami menghalau (awan yang
mengandungi, air) kebumiyangtandus,lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-
tanaman (Surah As-Sajdah: Ayat 27).

Sebagai kesimpulan, manusia dengan fitrah dan tabii yang semula jadi akan tunduk akur
kepada Allah Yang Maha Bijaksana sebagai Pencipta Sekalian Alam, termasuk manusia.
Maka itu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan sesama
manusia, dan hubungan manusia dengan alam sejagat akan melahirkan kekukuhan iman di
dalam jiwa serta ketakwaan yang padu daripada aspek rohani dan jasmani, dan akhirnya
akan tunduk dan patuh hanya kepada Penciptanya, Allah Yang Maha Perkasa.

1.3 DASAR TAMADUN ISLAM

Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati
hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya di
dunia ini, termasuk lainlain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan,
didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau
hak-hak hidup; memelihara akal fikiran; Nama : Muhammad Asmaliki Bin Seman ID
Student : b22010018 9 memelihara kehormatan dan keturunan; memelihara harta benda;
dan memelihara hak dan kebebasan.

2.3.1 Hak-hak Hidup

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan
kepada setiap makhluk termasuk manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan
adalah hak masyarakat, tanpa kebenaran-Nya tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar
hak ini. Tentang kehidupan ini, Allah s.w.t. telah menegaskannya dalam firman-Nya, yang
bermaksud: Dan sesungguhnya Kamilah yangmenghidupkandan mematikan, dan Kamillah
yangmenjadi 'waris (Surah Al-Hijr: Ayat 23).

Dalam hal ini, seseorang yang menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna
menceroboh masyarakatnya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Siapayangmembunuh
orangtanpakesalahanatau berbuatkerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh
manusia semuanya (Surah Al-Maaidah: Ayat 32).

Manakala seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah
sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah s.w.t. dan kekuasaan-Nya. Maka itu ia berhak
untuk menerima azab di akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Siapa
yang melakukan yang demikian secara ceroboh dan zaiim, maka Kami akan membakamya
dengan api (Surah An-Nisaa': Ayat 30).

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan pertamanya, setiap perkara yang


berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan,
melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua, setiap perkara yang
boleh memudaratkan atau merosakkantubuh badan manusia atau mengancam nyawa
kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras,
menghisap dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh
badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah
s.w.t. Sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya terhadap dirikamu, kamu
ada mempunyai hak, dan terhadap tuhuh kamu, kakamu mempunyai hak. (Diriwayatkan
oleh Bukhari). Ketiga, setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan
minum, pakaian dan sebagainya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Makan
dan minumlah kamu, tetapijangan melampaui batas (Surah Al-A'raaf: Ayat 31). Dan
keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan
seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut,
maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing),
kiranya dengan perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian.

1.3.2 Memelihara Akal Fikiran Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang
pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana
membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia
daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar
akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal. Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap
penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh
had masa, tempat atau bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (Diriwayatkan oleh
Muslim). Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam
kepada orang-orang yang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah s.w.t. yang
bermaksud: Manusia itu ada dua golongan; orangpandai danpelajar, tidak ada kebajikan
selain daripada kedua-duanya (Diriwayatkan oleh Muslim). Mengenai pemeliharaan akal
fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau
member! kesan negatif. Ini akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang
manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah s.w.t. Maka
itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan, dan kemabukan boleh
menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan.

Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah s.w.t.,
fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan,
khayalan, keraguan dan waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan
tingkah laku negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, yang bermaksud:
Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya,
keamli orang-orangyangpandai (Surah Al- 'Ankabuut: Ayat 43).

1.3.3 Memelihara Kehormatan dan Keturunan Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa
telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan kehormatannya telah tetap
dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan
keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang
mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan
sebagainya.

Maka itu, diturunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa
pengecualiannya. Mereka sama-sama dihukum dan sama- sama diberi pengajaran. Allah
s.w.t. telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firman-Nya yang
bermaksud: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menumt apa yang
telah diusahakannya (Surah An-Najm: Ayat 39). Rasulullah s.w.t. juga menerangkan
bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu Nama : Muhammad Asmaliki
Bin Seman ID Student : b22010018 11 bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud:
Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal)dan kamu sekalian berasal
daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Dengan undang-undang dan peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh
kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan
masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia
tanpa pengecualian. Jaminan tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di
dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda bermaksud:
Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari
haji ini (Diriwayatkan oleh Bukhari).
Dalam Islam juga, ditekankan tentang pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat undang-
undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-
mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap
perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan
sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia
daripada sifat-sifat kebinatangan.

1.3.4 Memelihara Harta Benda

Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak
untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu,
Islam melalui kaedah ilmufaraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut
secara halal mengikul fitrah manusia sendiri.

Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua orang dituntut
mencan haluan hidup dan pencanan rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang.
Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap
orang hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Allah s.w.t. meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk-Nya di
dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: A llah
yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh berjalanpadanya
dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu holeh mencan daripada
kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan la telah memudahkan kamu apa-apa
yang di langit dan apa-apa yang di humi semuanya (Surah Al-Jaatsiyah: Ayat 12-13).

Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak
harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.Islam mengurniakan pahala
yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke
titisan darah terakhir. Ini jelas dan pada sebuah hadis Rsulullah saw yang bermaksud:
Abdullah bin Omar berkata, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang
terbnnuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid (Diriwayatkan oleh
Bukhari). Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran
seperti pencun, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.

1.3.5 Memelihara Hak dan Kebebasan

Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Kata-
kata Saidina Umar al-Khattab berbunyi, Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia,
sedangkan ia diperanakkan dengan bebas. Hak dan kebebasan manusia tidak boleh
dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri
(kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna musuh-
musuh telah melucutkan hak kebebasan manusia.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau
sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa.
Maka itu, syiar Islam iaitu tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. dan lambang
ketaatan ialah, Kepada-Mulah kami sembah dan kepada Mulah kami memohon pertolongan
(Surah Al-Faatihah) yang diulang- ulang sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam di
dalam solat lima waktu. Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada
segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yangjahat.
Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas. Allah
s.w.t. dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat demikian melalui firman-Nya, yang
bermaksud: Tidakkah engkaufikirkan (bagaimana peliknya) orangyang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhannya (Surah Al-Furqaan: Ayat 43). Teras bagi segala kebebasan
ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: Tiadapaksaan dalam beragama (Surah Al-Baqarah: Ayat 256).

Mengenai kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah menjelaskan
kedudukan tersebut sebagai waris. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan Kami hendak
memberi kumia kepada orang-orangyang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak
menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang- orangyang mewarisi (humi)
(Surah Al-Qashash: Ayat 5).

Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan dan kritikan
terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini
kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: Mereka yang sekiranya Kami berikkan kedudukan yang baik di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menyuruh mamisia herbuat
kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan mungkar (Surah Al-Hajj: Ayat 41).

Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka dapat memenuhi
dua aspek penting, iaitu pertama, melaksanakan kebajikan dan kedua, melarang
kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara, serta mereka sentiasa mendapat
sokongan dari rakyat. Segala kebebasan ini terikat kepada hak-hak tabii manusia dan
maslahat umum. Maka itu, Islam telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.

1.4 SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM DAN CIRI-CIRI UTAMA ISLAM

1.4.1 Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa


bahagian atau sifat-sifat yang dianggap unik berbanding tamadun- tamadun dunia lain.
Pertama, sifat tamadun Islam ialah sejagat. Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak
terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya seluruh
umat manusia yang berpegang kepada al-Din. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana
kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa
ataupun sempadan geografi moden.

Kedua, sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Dalam konteks ini,
keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh
had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap
dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua
tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara
tamadun atau interaksi antara tamadun. Ini bermakna, keterbukaan ini menunjukkan
wujudnya sifat toleransi iaitu unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan
dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat. Sebaliknya, Islam
membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa
kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut.

Ketiga, tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman iaitu berkesinambungan dan
mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan
turunnya wahyu pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi
oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.
Keempat, sifat tamadun Islam ialah toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau
kebudayaan yang lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali,
tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah
pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama
dan kepercayaan mereka, sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan balk dalam
masyarakat dan kepentingan kestabilan.

Dan kelima, tamadun Islam mempunyai ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk
kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam, dan dalam pelbagai bidang semuanya di
bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta
Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia
semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta Seluruh Alam.

1.4.2 Ciri-ciri Utama Islam Setelah mengetahui sifat-sifat tamadun Islam secara
menyeluruh di dalam topik di atas, maka amat wajar untuk kita mengetahui pula ciri-ciri
utama Islam yang mendasari kehidupan umat Islam dalam membina sebuah ketamadunan
yang suci. Ciri-ciri utama Islam ini juga disebut oleh Dr. Karim Zaidan dalam bukunya Usul
al-Dakwah sebagai ciri-ciri khusus Islam.

Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan
dengan Allah s.w.t. dan hubungan sesama manusia. la juga menekankan dan menyeru
keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan
sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman,
tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana
dalam sejarah. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat
antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.

Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan
semua orang setiap masa dan setiap tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan
terbuka. Setiap manusia di seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri
tersebut. Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang kepada manusia untuk membina
tamadun yang sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini
bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan
matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik
pelaksanaannya. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk
merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan
kemajuan kebendaan sematamata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual).

Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. Islam sentiasa menekankan dan
meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan
mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t.
Tunjangnya lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la realistik dan segi mengambil kira
realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku
di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t

2.0 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: KEPENTINGAN TEKNOLOGI

Pendahuluan

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada
di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit
dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin”
(Surah Luqman Ayat 20) Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat supaya manusia
mengkaji dan meneliti fenomena Alam agar memahami serta mencapai ilmu pengetahuan
dan dapat membina tamadun di dunia ini. Dari ayat di atas lebih jelas, bahawa alam yang
dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukumhukum tertentu dan apa sahaja yang ada
di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak
terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek
kehidupan.

Suatu kenyataan yang telah diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh
Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah melalui universiti-universitinya di Andalus,
Sepanyol pada abad ke13M. Umat Islam cukup terkedepan dalam tamadun ilmuan,
kebendaan dan kemanusiaan.Semasa Eropah masih dalam suasana malap di Cordova
bandar Umat Islam sudah diterangi dengan lampulampu awam di jalan-jalan
rayanya.Pencapaian ketamadunan peringkat tinggi oleh orang Islam amat jauh dihadepan
ibarat langit dengan bumi kerana Eropah terlalu jauh tertinggal dibelakang.

2.1 Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi

2.1.1 Sumbangan Islam mengikut pandangan Draper


Orang Islam merupakan pengasas sebenar dalam kaedah percubaan sains dalam
pengetahuan moden. Pakar-pakar Ilmuan Islam telah memberikan sumbangan yang amat
bermakna kepada sumbangan sains. Sejarah telah mencatatkan pada zaman kegemilangan
tamadun Islam, masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang merupakan
salah satu faktor utama yang mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di
Eropah. Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang
sains.
“Hampir lapan ratus tahun mereka berada di bawah pemerintahan Islam, Umat Islam
Sepanyol menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang
bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol
tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari negeri
Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di
bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu
Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli
dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.”Draper, 1979: Jil. 1)

2.2 Bidang Biologi

Sains biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan benda-benda hidup.
Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-
tumbuhan telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada
zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan
itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam
bidang zoologi dan biologi biak-baka.

Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana
kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh
masyarakat Islam ketika itu. AlRiyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai limau
dan rubab dan penggunaannya. AlGhafiqi dari Cordava telah berjaya mengkelaskan
tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau
telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-
buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya.

Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara,


Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang
tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar telah menyusun sebuah buku
yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan
dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami’fi al-
Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.

Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah dan Fez terdapat beberapa taman bunga
yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian umat Islam jauh lebih dari bangsa
Yunani. Asma’i dari Basrah(739-783 M) telah menulis beberapa buah buku seperti “Kitab al-
Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya’ (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-
Khalq al-Insan” yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia. Al-Jahiz telah
mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan, dan menghasilkan “Kitab al-Hayawan”. Kitab ini
menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan
dan adaptasi kepada alam sekitar.

Al-Damiri telah menghasilkan “Hayat al-Hayawan” dan dicetak beberapa kali di Kaherah,
sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

Di Malaysia kaedah pembiakkan ikan air masin berjaya dimajukan secara komersial di
kolam-kolam, terletak di daratan dengan kaedah teknologi terkini. Seperti di Lembah Kelang
iaitu di 7 miles, Black Water Jalan Kelang Banting. Begitu juga kolam ikan tersebut
dikomesialkan dan menjadi kunjungan serta tumpuan ramai yang terletak di Kampung
Melayu Subang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Selangor.

2.1.2 Astronomi

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah
pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-
Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan
satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Sumbangan dalam
bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku
astronomi dari India bertajuk “Siddharta” ke Bahasa Arab pada tahun 155H/771M.
Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama“Zij”. Diikuti pula
penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani.

Antara saintis-saintis Islam yang berjaya menkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn
Tariq, alKwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.
Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad
dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria,
Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain. Balai-balai cerap tersebut dilengkapi
berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan jarak
antara sesuatu bintang diukur, pengukuran paksi bumi dan luas bumi. Alat ini juga boleh
digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang–bintang di galaksi. Hasil pembinaan
balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau
berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Khalifah al-Ma’mun telah membina sebuah balai cerap di Baghdad dan juga di Gunung
Gasayun di Kota Damsyik. Para sarjana astronomi daripada pusat ini telah berjaya membuat
perhatian yang sistematik terhadap pergerakan planet-planet di langit dan juga telah berjaya
membuktikan secara tepat unsur-unsur yang terdapat di dalam “Algmest”. Iaitu tentang garis
gerak yang tidak berperaturan dari garis edar matahari, perubahan-perubahan yang menjadi
penyebab equinoks muncul lebih cepat dan tepat.

Nasiruddin al-Tusi merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau
berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan.
Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama “al-Zij al-Ilkhani” yang
dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau
termasyhur di seluruh Asia dan China.

Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya al-Zarqali juga adalah seorang ahli astronomi Andalus. Beliau
menyusun Jadual Toledo (Table of Toledo) yang memuatkan singkatan-singkatan maklumat
geografi yang berasal dari Ptolemy dan al-Khawarizmi. Beliau telah memberikan sumbangan
yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab
mencipta “safihah” sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh
Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

Terdapat beberapa karya Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin pada tahun 520H/1126M oleh Adelard of Bath dan telah dijadikan bahan
rujukan asas di Timur mahupun di Barat dalam penulisan-penulisan ilmu bumi pada zaman
selepasnya. Beliau telah berjaya mengambil alih peranan yang dimainkan oleh daftar-daftar
astronomi yang pernah dibuat oleh orang-orang India dan Yunani.

Tamadun Islam juga berkembang subur di sebelah Barat Andalus yang menjadi pusat
kegiatan intelektual Islam di Barat telah menghasilkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang.
Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah
kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan
matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran
di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.

Umar Khayyam seorang sarjana yang dikenali dunia luar sebagai penyair Parsi dan pemikir
bebas, juga seorang ahli astronomi dan matematik yang menghasilkan taqwim “al-Tarikh al-
Jalili”. Karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-11H/17M. Abu Jaafar
al-Khasizin dari Khurasan berjaya menjelaskan ketidaksejajaran garis edar matahari di bumi
ini.Demikian juga terdapat ramai lagi ahli astronomi Andalus (Sepanyol) seperti Jabir Ibn
Aflah yang dikenali di barat sebagai Geber, berasal dari Seville dan merupakan penyusun
“Kitab al-Hay’ah (buku astronomi). Nuruddin Abu Ishaq alBitruji yang dikenali di barat
sebagai Alpatragus, beliau menghasilkan “Kitab al-hay’ah”. Beliau termasyhur kerana
berjaya mengubahsuai serta menghidupkan semula teori homosentrik (mempunyai pepusat
yang sama). Islam hari ini yang juga memberi sumbangan seperti Kolej Ugama Sultan
Zainal Abidin (KUSZA) yang telah membina balai cerap di Merang Terengganu. Persatuan
Astronomi Islam yang di ketuai oleh Dr. Mohib. M. Durrani telah ditubuhkan pada tahun 1987
dan berpusat di Colombia Amerika ianya dikenali sebagai ISNA (Islamic Societi of North
America)

2.1.3 Matematik

Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam
bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang
menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana
Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka
sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem
nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa
sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang
difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.

Al-Khawarizmi mempunyai kepintaran mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan


beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar. Jadual al-Khawarizmi dan
“Habasy al-Habib” turut membantu mempercepatkan sistem angka India ini terkenal di
dunia. Mulai awal abad ke 5H/11M didapati penggunaan sistem angka baru secara meluas
dalam penulisan sarjana-sarjana Islam. Karya beliau dalam bidang matematik yang terkenal
ialah “al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr waal-Muqabalah” telah diterjemahkan ke bahasa
Latin dan digunakan hingga abad ke 10H/16M, dan jadikan teks asas yang digunakan di
Universiti-Universiti di Barat.
Tokoh matematik seperti Fibonci, Master Jacob dan Leonardo telah terpengaruh dan
menceduk teori matematik al-Khawarizmi dalam kajian mereka. Beliau telah merekabentuk
satu kaedah am untuk mencari punca nyata kepada sebarang persamaan. Kaedahnya hisab
al-khatayan telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona seterusnya di
terjemah ke Bahasa Inggeris. Angka juga dikenali sebagai “algorismus dan ‘logaritma”
sempena nama al-Khawarizmi.

Umar al-Khayyam telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam


memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang
persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan
jelasnya dalam penulisan alKhawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat
perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu
sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan
dalam bentuk geraf.

2.1.4 Perubatan Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang
memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi (865-925M)
yang menghasilkan “Kitab al-Hawi”, Ammar bin Ali yang menulis “Kitab al-Muntakhab”, Ibn
Sina (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-
Hikmah), Ibnu Rusyd (al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu
surgeri.

Di Baghdad cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan
perubatan. Rumah-rumah sakit banyak dibina oleh sarjana Islam. Khalifah Harun al-Rashid
(170H/786M – 193H/809M) mendirikan rumah-rumah sakit (Bimaristan) di seluruh negara.
Rumah-rumah sakit di Kaherah pada zaman Ibn Tulun telah diasingkan wad lelaki dan
wanita. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pula membina hospital khas untuk merawat pesakit-
pesakit kusta.

Yuhana Ibn Musawaih telah melakukan kajian mengenai anotomi tubuh manusia. Oleh
kerana pembedahan mayat belum lagi dilakukan, beliau melakukan kajian dengan
membedah seekor monyet. Dengan pembedahan monyet itu ilmu anatomi mata telah
berkembang dengan pesat. Beliau juga turut menghasilkan buku yang bertajuk “al-Asr
Maqalat fi al-Ain” yang merupakan kitab tertua yang ditulis secara bersistematik
menerangkan kaedah tentang oftalmologi.
Ibn al-Nafis, adalah seorang doktor dan pakar bedah. Beliau telah menghasilkan teknik
pembedahan dan perawatan selepas pembedahan. Dalam kajiannya, beliau mendapati
darah beredar antara jantung dengan paru-paru. Kajian ini membetulkan kesilapan teori
Galen Yunani. Al-Nadhr telah mempelajari ilmu perubatan dari bapanya al-Harith (meninggal
23H), beliau telah membuat pil-pil yang digunakan untuk merawat penyakit kuning.

Di antara pakar bedah Islam terkenal ialah al-Zahrawi (936-1013M) pengarang “Kitab al-
Tasrif” dan Ibnu al-Quff (1233-1286M) pengarang “Kitab al-Umbda”. Mereka telah
menggunakan pelbagai peralatan surgeri rekaan sendiri dan telah mendiskripsikan ilmu ini
dengan jelas hinggakan karya-karya mereka dijadikan buku teks di Eropah untuk beberapa
abad lamanya.

Di negara kita Malaysia Pusat Perubatan Darul Shifa’ di Bandar Baru Bangi yang diasakan
oleh Y.Bhg Dato’ Haron Din menggunakan kaedah perubatan Islam sepenuhnya. Kaedah ini
diakui oleh masyarakat Islam juga bukan muslim memberikan sambutan yang amat
memberangsangkan.

2.1.5 Kimia

Ahli kimia Islam yang paling awal ialah Khalid Ibn Yazid (abad ke-7), cucu Muawiyah,
Khalifah Umaiyah yang pertama. Khalid bukan sahaja mengambil langkah menterjemahkan
teks kimia Iskandariah, tetapi beliau sendiri juga menghasilkan penulisan tentang kimia.
Kitab al-Hararat dan wasiat tentang kimia kepada anaknya. Yazid banyak menghabiskan
perbelanjaan untuk menghasilkan emas dan mengadakan peralatannya melalui ilmu kimia.

Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam
abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan
yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin
Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Di antaranya
termasuklah “Kitab al-Sab’in” dan kitab “al-Mizan” yang merupakan asas kepada Kimia Latin
yang mula berkembang pada abad ke-15M. Jabir al-Hayyan mengemukakan kaedah
percubaan sains.

Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida


logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian
seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain. Seorang pengkaji sejarah terkemuka Holmyard, telah
mengesahkan fakta bahawa Jabir adalah pengasas dan bapa kepada kimia moden dan dia
menegaskan kimia ertikata tidak wujud sebelum Jabir.

Pada awal abad ke-9M, Uthman Ibn Suwayd dari Ahkim, Mesir telah menghasilkan kitab
“Mushaf al-Jamaah” iaitu sebuah teks kimia latin yang begitu popular pada abad
pertengahan dan zaman Renaissance. Ahli Sufi Mesir Dzul al-Nun al-Masri, al-Junid dan al-
Hallaj juga menulis tentang kimia.

Al-Kindi (875M) membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam
bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses
pengeluaran pewangi tiruan. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib pula menyusun kitab “Manafi
al-Ahjar” yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.

Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M), menghasilkan “Kitab al-Asrar” dan “kitab Sirr
alAsrar” serta “al-Madkhal al-Thalim” yang masih digunakan oleh para ahli kimia
terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam
penulisannya. Sumbangan terpenting al-Razi termasuklah pengkelasan benda-benda
kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang
lebih teliti tentang proses pemejalwapan penyulingan, penghabluran, penurasan dan
sebagainya. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar,
kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi. Perjumpaan dan penerangan proses
pengasingan dan penceraian ini adalah sangat penting kerana tanpa pengetahuan kepada
proses ini adalah amat sukar untuk menyediakan bahan bagi sesuatu pengujian.

Al-Marrakusyi dari Magrib menulis proses kimia dalam bentuk mimpi dalam Risalat al-
Ruhawiyat. Berikutnya, dalam abad ke-16M. Bel-Mughus al-Maghribi menghasilkan satu
penulisan pendek tentang sejarah kimia dari zaman Nabi Adam hingga kepada zaman Nabi
Muhammad S.A.W untuk menunjukkan bahawa kimia merupakan ilmu warisan yang
diwahyukan.

Di Andalus juga terdapat beberapa ramai ahli kimia Islam antaranya Jabir Ibn Aflah. Antara
sumbangan beliau di dalam ilmu fizik ialah menemukan asid sulfurik, asid nitrik dan nitro
muriatik. ,Abbas Ibn Firnas telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain.

2.1.6 Kejuruteraan
Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar
ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan
awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi, beberapa buah
terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil
dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan
panjangnya kira-kira 110km.

Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir,
Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam ketika itu telah
mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan
minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-Amili seorang ahli sufi safavid
yang mahir dalam Matematik dan keagamaan. Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan
“qanat” iaitu sistem pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan
pengewapan air.

Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kefahaman
sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan
rekaan seni-seni halus. Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah
menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne. Pada
awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan
mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad
ke-8M.

Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah
melopori teknologi mendapatkan tenaga dari angin dan kincir angin. Kincir digunakan untuk
mengepam air di Nama : Muhammad Asmaliki Bin Seman ID Student : b22010018 23 dalam
pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia
dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa
revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima
hingga sepuluh kuasa kuda.

Al-Biruni (973M – 1048M) adalah peneroka bidang sains tabei Islam yang ternama. Beliau
merupakan pengasas teknologi sains sukat setelah berjaya menentukan ketumpatan
spesifik kepada sebanyak lapan belas mineral dan batu-batan. Dalam teknologi perkapalan,
jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang
Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-
pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke
sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.

Kejuruteraan petroleum dalam sistem carigaliannya di dasar laut telah ditemui kaedah
barunya oleh jurutera-jurutera Malaysia dan berjaya dilaksanakan di pusat cari gali dasar
laut Kerteh, Terengganu. Kaedah ini mempercepatkan kerja-kerja cari gali dan
mengurangkan pembaziran bahan galian terbabit. Kaedah ini telah digunapakai oleh negara
dunia ketiga seperti Ghana, Mouritus dan Tajikistan menggunakan perundingan dan
kepakaran jurutera-jurutera Malaysia.

2.1.7 Geografi

Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu
inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan
juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka
mempelajari ilmu ini sejak abad ke1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan
benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Russia. Buku pertama dalam bidang
ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan
Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan
bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.

Thabit Ibn Qurrah (289H/901M) telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung


dengan tempat-tempat di bumi berdasarkan letaknya Lotitud dan Longitud. Berdasarkan
buku-buku terjemahan inilah kemudiannya al-Khawarizmi menyusun bukunya bertajuk
“Surah al-Ardh”. Buku ini merupakan sebuah atlas wilayah kekuasaan Islam. Karya inilah
yang menjadi panduan dan dorongan sarjanasarjana terkemudian menghasilkan buku-buku
geografi. Salah seorang sarjana terkemudian yang mendapat manfaat daripada buku ini
ialah al-Mas’udi yang hidup pada pertengahan pertama abad ke 4H/10M.

Piri Re’is, laksamana tentera laut Turki merupakan pakar tentang kedudukan geografi
kawasan pantai Laut Mediteranean. Haji Khalifah juga bekas tentera laut telah berusaha
menghasilkan satu Kosmografi berjudul Word Survey namun tidak sempat disiapkan. Karya
ini dikatakan diasaskan kepada Atlas Mina karangan Mercator. Ibn Khurdazbih berketurunan
Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M
yang diberi judul “Kitab al Masalik wa al-Mamalik”. Buku yang bernilai khusus tentang
topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara
bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis
geografi lain pada masa selepasnya.

2.1.8 Geologi

“Dan bumi sesudah ia dihamparkan-Nya. Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan


menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-gunung dipancarkanNya dengan teguh.
Semua itu untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu” (surah al-Nazi’at
: Ayat 33)

Ayat di atas menerangkan geologi ini antara salah satunya yang menyatakan tentang Allah
mengubah bentuk permukaan atau lapisan dan kegunaan gunung-ganang kepada manusia
sebagai sumber dan storan air. Pengkajian geologi berlandaskan berbagai aspek mengenai
bumi iaitu dari struktur dan kandungannya. Ahli-ahli geologi meneliti kandungan dan struktur
batuan, bahan-bahan mineral, tenaga serta sumber alam yang lain di bumi, dan juga proses-
proses fizik, kimia serta biologi yang telah dan akan berlaku di permukaan atau dalam bumi.
Dalam konteks yang lebih luas ahli-ahli geologi juga mengkaji mengenai bintang, bulan,
matahari dan planet-planet lain di dalam cakrawala.

Dalam abad ke-15M Muhammad Ibn Mansur Syirazi telah menulis di dalam bahasa Parsi
sebuah buku mengenai batu-batan berharga, tradisi itu telah disambung pada ke-18M oleh
Syeikh Ali Hazin. Ahmad Al-Magribi telah mengaitkan mineralogi, kimia dan perubatan telah
berterusan hingga ke hari ini dalam bentuk perubatan desa dan aspek kehidupan seharian.
Penulisan tentang mineral oleh para ahli sains muslim juga menarik minat orang-orang
Barat.

Sektor perlombongan dan kuari juga telah terlebih dahulu diterokai oleh orang Islam
sebelum zaman perindustrian. Perlombongan yang biasanya diketahui adalah lombong-
lombong yang didapati di Sepanyol. Hasil-hasil dari lombong tersebut termasuklah emas,
perak, tembaga, besi dan raksa. Industri perlombongan ini telah diperbaiki oleh orang Islam
setelah terbiar di bawah pemerintahan orang Goth. Idrisi, ahli geografi Islam yang
termasyhur, telah pernah melawat beberapa lombong dan menulis tentangnya di dalam
abad ke-12M. Kuari-kuari di Sepanyol juga kaya dengan batuan marmar dan batuan lain
yang digunakan untuk binaan bangunan-bangunan.

Di Cazalla di Evira, sejenis mar-mar putih yang lembut boleh didapati. Ia telah digunakan
untuk membuat bekas-bekas, patung-patung dan lain-lain. James Hutton ialah tokoh geologi
moden yang mula-mula sekali mengutarakan prinsip proses pertukaran bentuk lapisan bumi
adalah sama dari dulu hingga masa akan datang. Penulisan orang Islam menunjukkan
kefahaman yang jelas tentang perubahan geologi di bumi.

2.1.9 Fizik

“Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di
langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua
tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)” ( Surah Yunus: 61)
Konsep fizik walaupun dipengaruhi orang Yunani sebenarnya diperolehi dan digarap dari
mafhum ayat al-Quran di atas. Perkembangan fizik teori semasa tamadun Islam telah
dilakukan oleh beberapa golongan. Golongan yang terkenal ialah ahli-ahli falsafah pripatetik,
ahli teologi dan ahli gnostik. Seorang ahli falsafah Turki telah mengkaji tentang bunyi dalam
muzik dalam sebutan gelombang udara. Ibnu Sina telah mengkaji perkara berkenaan halaju
bunyi dan cahaya seperti terdapat dalam bukunya al-Syifa.

Al-Biruni (973-1048M) seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristotles. Beliau
banyak mengkritik tentang landasan asas fizik Aristotle seperti hipomorfisma, tempat tabei
bagi objek di bumi. Beliau menyangkal kewujudan vakum berdasarkan pemaakulan,
cerapan femonmenon tabei dan juga eksperimen. Ketika hidupnya beliau banyak
membincangkan dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti graviti ,
jirim dan ruang dan gerakan bumi.

Abu Barakbah telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga
telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu
yang berhubung dengan sesuatu proses yang akan berlaku dari gerakan translasi sahaja.

Suhrahwadi telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet
adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti
semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-
bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting
dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik, beliau telah menulis
tentang kajian lanjutannya berkenaan dengan hukum pantulan dari permukaan satah ke
permukaan cekung parabola.

Teori Muslim yang kekal digunakan hingga ke hari ini seperti teori Ibn Haitham yang
mengemukakan bahawa cahaya terpancar dan melantun menghasilkan sudut yang sama
secara normal pada permukaan yang melantun cahaya itu dan jenis cahaya yang berlainan
bergerak secara lurus.

Dikenalpasti bahawa pada abad ke 6M sanya sains fizik telah digunakan untuk memahami
fenomena ke tabii an. Sebelum itu penerangan dan sejarah fenomena dalam alam kita
sekadar berdasarkan methologi atau dengan kata lain berdasarkan hikayat tradisi.Bahasa
sains ini meliputi penggunaan konsep sains,pemikiran rasional,prinsip,falsafah dan model
mekanik.Terdapat dua prinsip dalam fizik yang telah dikenalpasti iaitu.
- Prinsip tak berubah yang menjadi landasan bagi fenomena yang kelihatan berubah .
- Punca tunggal terdapat kegandaan benda di dalam tabii

3.0 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI: FAKTOR KEPADA KEMAJUAN TAMADUN

3.1 Penubuhan Universiti dan Sekolah Penubuhan

Pusat pendidikan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad lagi apabila sekumpulan
sahabat nabi tinggal di masjid dan menumpukan masa dan tenaga mereka kepada ilmu
pengetahuan khasnya berkaitan dengan agama. Selepas itu lahir pula sistem kuttab di mana
kanak-kanak diajar membaca dan menulis bersama dengan pelbagai ilmu yang berkait
dengan al-Qur’an dan al-Hadith. Sistem pendidikan berkembang dan berpusat di masjid.

Sehingga abad ke 4H, berlaku satu perubahan besar di Naisabur apabila sistem madrasah
diperkenalkan di perkarangan masjid. Sistem ini akhirnya bergerak maju sehingga beberapa
buah institusi pendidikan tinggi diperkenalkan seperti di Nizamiyyah, Qairawan dan al-Azhar
di Mesir. Kemajuan pusat pendidikan tinggi ini juga menggambarkan kemajuan ilmu
pengetahuan yang ada pada masa itu.

3.2 Perdagangan Antarabangsa Peranan perdagangan antarabangsa memainkan peranan


yang besar dalam memajukan tamadun Islam melalui pelbagai cara. Perkara ini juga
didorong oleh kewujudan kota-kota besar Islam. Dengan cara perdagangan luar, pedagang
Islam yang berdagang bukan sahaja membawa balik pelbagai bahan dagangan tetapi juga
pelbagai ilmu baru sama ada dari negara China, India dan Timur Jauh. Golongan pemodal
amnya juga berusaha membaiki keluaran mereka dengan teknologi terkini. Sehubungan
dengan itu, perdagangan juga telah menggalakkan teknologi pembinaan kapal yang
merupakan alat pengangkutan terpenting pada ketika itu. Melalui perdagangan juga,
pelbagai ilmu baru berkembang pesat seperti ilmu geografi, astronomi dan pelayaran.

3.3 Peranan Para Sarjana

Perkhidmatan yang istimewa telah diberi kepada para ilmuan merupakan satu pemangkin
utama kepada kemajuan pelbagai bidang ilmu. Bani Musa misalnya hidup senang semasa di
zaman Baghdad. asas terutamanya dari segi kewangan di akademik, perpustakaan, rumah
sakit dan balaicerap membolehkan para sarjana menumpukan kepada pembangunan dan
penyelidikan dalam sains teknologi. Perbelanjaan yang banyak digunakan oleh al-Ma’mun
bagi mengupah sarjana dalam mengumpulkan bahan dan manuskrip, menerjemahkannya
ke dalam bahasa Arab telah menambahkan khazanah di Baitul Hikmah.

3.4 Peranan Pemerintah

Selain faktor-faktor sebelum ini yang telah dibincangkan tadi peranan pemerintah juga
memainkan faktor peranan yang penting dalam memajukan tamadun Islam. Kecintaan
mereka terhadap ilmu pengetahuan seperti yang ditunjukkan oleh al-Walid b. Abdul Malik di
zaman Bani Umayyah, Umar Abdullah al-Ma’mun di zaman Abbasiah dan Abdul Rahman al-
Nasir II pada zaman Umaiyah di Andalus. Mereka telah memainkan peranan masing-masing
sehingga pelbagai ilmu berkembang dengan pesatnya. Istana khalifah pada masa itu
menjadi tumpuan ilmu Islam dan non-muslim untuk mengkaji segala penemuan baru. Dalam
usaha menggalakkan perkembangan ilmu, mereka juga diberikan pelbagai insentif untuk
memajukan lagi bidang ilmu yang ada. Secara ringkasnya untuk ilmuan tidak perlu
melakukan kerja sampingan hasil daripada dorongan ini dan keadaan ini sangat membantu
mereka meneruskan usaha sehingga berjaya.

Dalam membantu usaha dalam perkembangan ilmu pemerintah telah menubuhkan pelbagai
pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan seperti sekolah, perpustakaan, balaicerap dan
pelbagai institusi ilmu. Salah satu contoh, Baitul Hikmah yang ditubuhkan di Baghdad pada
zaman al-Ma’mun (198H/813M) memberi sumbangan besar dalam menerjemahkan karya
ilmiah falsafah ke dalam bahasa Arab.

Batul Hikmah tidak sekadar menjadi pusat penterjemahan malah juga sebuah perpustakaan
dan pusat penyelidikan terkenal pada masa itu. Semasa kerajaan Fatimiyah (297-567H-
1171M) wujudnya Darul Hikmah iaitu sebuah perpustakaan tempat pertemuan para sarjana
dalam berbagai ilmu. Mereka juga telah menubuhkan universiti al-Azhar pada tahun 970M.
Selain dari sekolah, universiti, masjid juga berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu dan
kebudyaan Islam. Begitulah juga balaicerap adalah penting sebagai pusat perkembangan
sains dan teknologi Islam terutamanya berkaitan dengan astronomi.

3.5 Peranan Bahasa Arab

Bahasa Arab menjadi bahasa pentadbiran di seluruh daerah. Bahasa Arab juga menjadi
ilmu pengetahuan falsafah dan diplomasi. Pada ketika itu, beberapa bahasa seperti bahasa
Latin, Qibthi dan Siriac kelihatan hilang penggunaannya.

Integrasi terjadi juga dalam bidang kebudayaan dan tamadun. Kebudayaan dan tamadun
yang berada dari Sepanyol hingga ke India dan dari Sudan hingga ke Kaukasus adalah
kebudayaan dan tamadun Islam dengan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya.

Kemajuan tamadun Islam pada zaman ini tidaklah berlaku dengan sendiri atau secara
kebetulan, tetapi melalui suatu proses yang cukup panjang dan banyak faktor yang
membawa kepada kemajuan itu. Boleh dikatakan bahawa, pada zaman inilah tamadun
Islam mencapai puncak kejayaannya. Hal ini, antara lain kerana ajaran Islam sendiri yang
dijiwai dan memberi gerak yang cukup luas bagi pemeluknya untuk mengembangkan
pemikiran dan melakukan kegiatan ilmiah.

Bahasa Arab juga merupakan bahasa ilmu bagi penduduk antara kota Baghdad dan
Kordova yang menggantikan bahasa Yunani, Latin, Kibti dan Aramaic. Bahasa Arab telah
menjadi bahasa sains dan teknologi serta kebudayaan Islam terutamanya pada awal
pemerintahan Bani Umaiyah. Keupayaan bahasa Arab begitu mengkagumkan yang
membuka peluang bagi orang Islam sendiri menambah perbendaharaan dan istilah-istilah
saintifik dan teknologi. beberapa istilah itu masih wujud hingga ke hari ini. Bahasa Arab juga
telah menjadi bahasa rasmi kerajaan Islam. Dengan penggunaan ini telah membantu
meluaskan lagi penggunaannya hingga ke luar negara.

4. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI : FAKTOR KEPADA KEJATUHAN TAMADUN

4.0 Pengenalan
KITA banyak mempelajari zaman kegemilangan umat Islam sejak turunnya wahyu daripada
Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menyampaikan kebenaran kepada umat
Rasulullah. Dahulunya, empayar Islam tersebar luas terutama ketika pemerintahan Saidina
Umar Al Khattab dan semasa zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan Bani
Abbasiyah. Setelah Islam dijulang tinggi oleh penduduk di seluruh dunia, umat Islam juga
menghadapi zaman kejatuhan dan empayar Islam berakhir ketika di hujung pemerintahan
kerajaan Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah. Kejatuhan kerajaan Islam ini dimanfaatkan
oleh orang Eropah kerana setelah berlakunya kejatuhan Islam, berlaku pula zaman
kebangkitan Eropah terutamanya dalam penyebaran agama Kristian.

4.1 Kejatuhan Umat Islam

Faktor-faktor kejatuhan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Faktor-faktor ini
merupakan kelemahan dalam pemerintahan dan apabila berkumpulnya kelemahan-
kelemahan ini menyebabkan sehingga satu tahap ia tidak lagi boleh dibendung dan dapat
diperlihatkan kerajaan Islam jatuh kerana kelemahan ini tidak diperbaiki oleh pemimpin
Islam terdahulu. Ingin ditegaskan di sini bahawa kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah
dan Turki Uthmaniyyah juga merupakan sebuah kerajaan yang hebat namun cuma zaman
akhir kerajaan ini sahaja yang mempunyai banyak kelemahan.

4.2 Kelemahan Pemimpin Semasa akhir zaman pemerintahan empayar Islam seperti Turki
Uthmaniyyah, pemimpin-pemimpin Islam yang diketuai oleh sultan mula menunjukkan
kelemahan dalam kepemimpinan. Pada kurun ke-17, pemimpin Islam mula mementingkan
kemewahan lebih daripada kerajaan dan rakyatnya sendiri. Oleh sebab itu, sultan yang
hanya menurut hawa nafsu tidak rasional dalam membuat keputusan untuk kerajaannya.
Selain itu, berlakunya percakaran politik dalam pemerintahan zaman ini yang menyebabkan
ramai orang bergaduh untuk merebut kuasa dan pangkat-pangkat yang tinggi. Disebabkan
gila kuasa, ini telah menyebabkan mereka buta dengan kepentingan sebenar menjadi
pemimpin dan ini telah menyebabkan pelbagai aspek kerajaan diabaikan seperti ilmu,
ketenteraan dan sebagainya.

4.3 Kelemahan Ketenteraan dan Ekonomi Kepada mereka yang mengkaji tentang sejarah
Islam sudah tentu pernah dengar perkataan Janissari. Janissari merupakan sebuah pasukan
tentera elit dan tentera ini merupakan pasukan yang mampu memberi kemenangan yang
hebat kepada umat Islam. Namun pada akhir zaman pemerintahan, kesetiaan pasukan ini
terhadap Sultan sudah lagi tidak kuat.
Ini disebabkan oleh banyak faktor termasuk kelemahan sultan sendiri menyebabkan mereka
kurang mempercayai sultan. Selain itu, pasukan tentera juga mendapat latihan ketenteraan
yang mencukupi kerana mereka juga terlibat dengan kerja sampingan lain seperti berniaga
dan sebagainya. Janissari juga sering memberontak dan tidak berpuas hati dengan
kepimpinan sultan menyebabkan ketidakstabilan dalam kepimpinan.

Kerajaan Islam pada waktu itu juga mempunyai hutang yang dahsyat kerana mendapat
tekanan untuk membuat pembaharuan seperti semasa zaman pemulihan ekonomi di Turki.
Disebabkan mendapat tekanan yang berat, pemimpin waktu itu memikirkan pelbagai cara
untuk membangunkan semula kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Islam terlalu mengagumi kemajuan Eropah pada waktu itu seperti zaman
pemerintahan Sultan Mahmud (1808-1839) dan banyak wang dihabiskan untuk membuat
penambahbaikan. Ini juga telah menyebabkan kerajaan Islam banyak berhutang dengan
negara asing. Bunga hutang yang dikenakan menambahkan lagi masalah ekonomi dan
kewangan negara Islam dan akhirnya kewangan Turki Uthmaniyyah dikuasai oleh bank
Eropah.

4.4 Perselisihan Hukum Fiqh dan Mazhab

4.4.1 Perbezaan Pendapat 484

Disebut oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, antara faktor menyebabkan kejatuhan Islam
adalah kerana terdapat perbezaan pendapat dalam hukum fiqh dan mazhab. Sebenarnya,
perbezaan pendapat ini tidak menimbulkan masalah yang terlalu besar tetapi disebabkan
ramai orang yang terlalu taksub dengan pendapat mereka sendiri, ini menyebabkan
pergaduhan dan pertelingkahan antara mereka.

Disebabkan perselisihan tentang soal agama inilah menyebabkan umat Islam berpecah
belah sehingga membentuk banyak mazhab-mazhab baru. Ada daripada mazhab ini yang
aqidahnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan ini sudah tentu menyebabkan
masyarakat pada waktu itu semakin ke belakang. Jiwa mereka menjadi kosong dan dikuasai
oleh hawa nafsu sendiri. Terpesongnya akidah ini diikuti dengan kemunculan 4 mazhab Ahli
Sunnah Waljamaah bagi membetulkan semula akidah dan menyampaikan kebenaran.
4.4.2 Mazhab 13

Kurangnya toleransi dalam perselisihan pendapat inilah yang menyebabkan pergaduhan


dalaman masyarakat Islam. Bayangkan jika umat Islam sudah bergaduh sesama sendiri,
betapa mudahnya musuh luar ingin memusnahkan empayar Islam ini. Faktor ini boleh
diambil sebagai satu iktibar agar perpecah belahan tidak berlaku dalam masyarakat hari ini.

4.5 Mengabaikan Ilmu Sains dan Teknologi

4.5.1 Mengabaikan ilmu

Keseimbangan ilmu amat penting dalam kehidupan seharian seseorang dan ini juga penting
untuk sesuatu empayar kerana ia merupakan satu asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan. Empayar yang berjaya mewujudkan keseimbangan daripada pelbagai aspek
seperti ekonomi, falsafah, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya. Ia tidak boleh
difokuskan kepada satu aspek sahaja.

Disebabkan kerajaan Islam terlalu fokus kepada ilmu falsafah, mereka mencari ilmu sains
dan teknologi yang memberikan kemajuan kepada sesebuah negara. Sudah tentu ilmu
falsafah juga penting tetapi sesuatu ilmu itu haruslah seimbang supaya semua aspek boleh
dimajukan.

4.5.2 Ibnu Sina

Ini memburukkan lagi keadaan kerana ilmu sains dan teknologi sangat penting untuk
memajukan negara dari segi aspek ketenteraan kerana tanpa ilmu ini, kerana ketenteraan
tidak cukup kuat untuk mengalahkan pihak musuh. Selain itu, ilmu sains dan teknologi juga
penting dalam kehidupan seharian seperti untuk pertanian dan untuk mendapatkan sumber
air bersih. Ini hanyalah contoh yang diberikan untuk memudahkan pemahaman.

Oleh sebab pengabaian dalam ilmu sains dan teknologi, kerajaan Eropah mengambil
peluang ini untuk memajukan kerajaan mereka sementara umat Islam ketika itu semakin ke
belakang. Di sinilah bermulanya zaman kebangkitan Eropah yang dikenali sebagai
Renaissance dan zaman ini merupakan sambungan daripada kejatuhan umat Islam.

4.6 Secara Ringkasan Kejatuhan Empayar Islam


4.6.1 Kejatuhan Baghdad

Faktor-faktor di atas merupakan antara faktor utama kejatuhan umat Islam dan terdapat
banyak lagi faktor lain yang menyebabkan kejatuhan ini. Kejatuhan umat Islam ini
sebenarnya berlaku secara berperingkat tetapi antara kejatuhan paling jelas dapat dilihat
semasa kerajaan Islam diserang oleh orang Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

Orang-orang Mongol terkenal dengan sifatnya yang sangat kasar dan mereka menyerang
Baghdad pada tahun 1258M. Hulagu Khan membawa pasukan tenteranya untuk menawan
kota Baghdad dan banyak bangunan-bangunan dimusnahkan termasuk perpustakaan dan
pusat ilmu terkenal, Baitul Hikmah yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyah.

Selain itu, pada zaman Turki Uthmaniyyah juga berlaku pertarungan antara umat Islam dan
orang Mongol. Raja Tartar pada tahun 1402M berjaya menumpaskan tentera Islam di
Ankara. Walau bagaimanapun, kerajaan Islam berjaya bangun semula semasa
pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

5.0 KESIMPULAN

“Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang
berilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Surah Al-Mujaadilah; Ayat 11) Semua ilmu sains dan
teknologi berpunca dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad
SAW. Bertambah yakin lagi keimanan kita bila kita memahami makna sebenar ayat-ayat al-
Quran dengan cara mendalami serta membuat kajian. Ajaran-ajaran yang terkandung di
dalam alQuran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi
kemajuan sains dan teknologi. Ia merupakan asas yang penting bagi sarjana-sarjana
mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah.

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga
menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud. Tidak hairanlah kita dapati
bahawa sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai pelajaran-
pelajaran sains dan teknologi, malahan mereka mampu memikul beban dan tugas yang
difardhukan oleh Allah kepada semua makhluk-Nya. Jelaslah pada kita yang sains dan
teknologi yang di sumbangan pada hari ini adalah dipelopori dari sarjanansarjana Islam
dahulu dan bukannnya dari orang barat, malah orang barat sendiri menceduk ilmu ini dari
Islam.
Betapa hebatnya atau pentingnya hasil atau kejayaan yang diperolehi dari kajian sains, bagi
sarjanasarjana Islam, baik dahulu atau sekarang, tidaklah merupakan satu kejayaan yang
mutlak dan dibanggakan. Bahkan kajian-kajian sains dalam berbagai bidang merupakan
satu tanggungjawab yang berat kepada hamba-hamba Allah yang dikurniakan pemikiran
yang subur dan kemudahan-kemudahan istimewa oleh sarjana-sarjana Islam patut
menumpukan pemikiran mereka kepada kajian-kajian dan penemuan-penemuan yang boleh
memberi manfaat kepada kajian manusia dan yang boleh membantu manusia beribadat
kepada Allah dengan lebih sempurna.

Realitinya sekarang umat Islam kini nyata baru sedar betapa bercanggahnya fakta-fakta
sebenar dengan apa yang berlaku pada abad kegemilangan tamadun Islam. Umat Islam
sekarang telah menjadikan Barat sebagai destinasi terpenting mereka dalam mencari ilmu
pengetahuan, terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi. Ini kerana Barat telah
berjaya mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh negara Islam, iaitu sebagai
pemimpin dalam bidang sains dan teknologi. Sumbangan besar saintis Muslim di dalam
bidang sains dan teknologi ialah memulakan tradisi menjalankan ujikaji yang teliti dan
teratur.
Wallahu A’lam.

RUJUKAN
1.https://d.docs.live.net/999ff814de5ca797/Documents/Pengenalan%20Tamadun
%20Islam.docx
2. Abdul Rauf, 1987, Ikhtisar Sejarah Islam dan Hubungannya Yang Khusus Dengan
Semenanjung Malaysia. Terj. Oleh Rustam A. Sani. Edisi Kedua. Petaling Jaya:Penerbit
Fajar Sdn. Bhd.
3. Ahmad Muhammad Jali. 1988. Dirasah ‘An al-Firaq Fi Tarikh al-Muslimin: al-Khawarij Wa
al-Syi’ah. Riyadh: Markaz al-Faishal.
4. Arkib Negara Malaysia. 1999. Majlis Pengkisahan Sejarah Semangat Nasoinalisme
Dalam Bidang Penulisan. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
5. Awwad al-Mu’tiq. 1409. Al-Mu’tazilah. Riyadh: Dar al-Ashimah.
6. Cheesman, H. R. 1955. Education in Malaysia, 1900-1941. Malayan Historical Journal.
Jilid. 1. Nombor 1. Jun.
7. Esposito, J. L. 1995. The Oxford Encylopedia of The Morden Islamic World, Vol 111,
Oxford: Universiti press.
8. Mahayudin Haji Yahaya. 1998. Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
10. Mamduh Farhan Buhairi. 1422. Al-Syi’ah Minhum Alaihim, Indonesia: Dar al-Faruq.
11. Mustafa al-Siba’ie. 1972. Al-Sirah al-Nabawiyyah. Al-Qahirah: Dar al-Kutub al-
‘Arabiyyah. 12. Nahmar Jamil. 1987. Menghadapi Ancaman Pengkristianan. Kuala Lumpur:
Pustaka al Mizan.
13. Nashir ibn Abd. Allah al-Qifari. 1994. Ushul Madzhab al-Syi’ah al-Imamiyah al-Itsna
Asyariyah. Cet. 2. Dimasq: Dar al-‘Ulum.
14. Nazri Mohd Amin. 1989. Penderitaan Umat Islam Abad Ke 20. Shah Alam: Penerbit
Hizbi Sdn. Bhd.
15. Al-Qaradhawy, Yusuf. Dr. 1999. Tamadun Islam: Altenatif Masa Depan. Terj. Haji
Juanda Haji Jaya. Selangor: Maktabah al-Qardhawi.
16. Shalahudin Maqbul. t.t. Zawabi’ Fi Wajh al-Sunnah. T.tp.
17. Syed Qutb. 1971. Fi Zilal al-Quran. Cetakan Ketujuh. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-
‘Araby.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJADI FAKTOR PENDUKUNG KEPADA


KEMAJUAN DAN KERUNTUHAN SESEBUAH TAMADUN ISLAM.
Mohd Akmal Bin Jailani
B21050020
1 Pendahuluan
2 Perkembangan Teknologi (Kepentingan Teknologi)
3 Perkembangan Teknologi Faktor Kepada Kemajuan Tamadun
4 Perkembangan Teknologi Faktor Kepada Kejatuhan Tamadun
5 Kesimpulan
6 Rujukan

1. Pendahuluan

Tamadun Islam membangunkan ummah supaya maju dalam bidang kebendaan,


kebudayaan, pendidikan keilmuan, politik, ekonomi, social, kesihatan, keagamaan,
kerohanian dan sebagainya. Ia membentuk manusia menjadi baik, dan manusia yang
baik ini pula akan membentuk tamadun baru yang baik dan bersifat Rabbani
(ketuhanan). Manusia ini pula akan benar-benar dapat menjalankan tugasnya sebagai
“Khalifah Allah” untuk memakmurkan bumi ini. Bumi dijadikan tempat kediaman manusia
dan segala apa yang ada di atas muka bumi atau di dalam perut bumi adalah untuk
keperluan dan kegunaan manusia.
Justeru itu, Tamadun Islam didefinasikan sebagai “pembangunan, kebudayaan,
peradaban, pendidikan dan sebagainya yang berlandaskan ajaran Islam yang
berpaksikan tauhid, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu”

2. Perkembangan Teknologi (Kepentingan Teknologi)

Perkembangan teknologi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. tidaklah semaju dan
secanggih sepertimana yang ada pada hari ini, namun begitu, sistem perhubungan terus
maju dan berkembang dari semasa ke semasa sama ada melalui jalan darat mahupun
jalan laut bagi menghubungkan negara Islam Madinah dengan negara-negara luar.
Dengan wujudnya sistem perhubungan ini menyebabkan kerajaan Islam Madinah
menjadi terkenal dan berpengaruh, dan pengaruhnya meluas hingga sampai ke seluruh
dunia. Teknologi perhubungan yang diamalkan pada ketika itu dikenali sebagai trans-
communication. Sejarah ibarat “roda” berputar mengikut perubahan zaman. Begitu juga
teknologi perhubungan dan komunikasi berkembang pesat mengikut peredaran masa
selari dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. Begitu juga masyarakat
turut berkembang dan berubah melalui proses penghijrahan. Keadaan masyarakat tidak
sama mengikut perebezaan iklim dan geopolitik di mana mereka tinggal. Semua ini
sedikit sebanyak memberi kesan dari segi sosio budaya dan pemikiran mereka. Namun
begitu, menerusi teknologi perhubungan yang berkesan akan merapatkan jurang
perbezaan tersebut bagi melahirkan masyarakat yang harmonis serta saling hormat
menghormati antara satu dengan yang lain

3. Perkembangan Teknologi Faktor Kepada Kemajuan Tamadun

mendefinisikan tamadun sebagai satu hasil adab, ilmu, kesenian, ciptaan oleh bangsa
yang digunakan dalam kehidupan politik. Kesimpulannya, tamadun disifatkan sebagai
pencapaian gemilang manusia dalam bidang kerohanian dan material yang berpusat di
bandar-bandar. Sekali gus membentuk bahasa dan sistem tulisan, perkembangan
teknologi dan pengkhususan, pembentukan sistem organisasi sosial, pembentukan
sistem undang-undang dalam kerajaan dan pentadbiran, pembinaan bandar dan
pertumbuhan pertanian dan perdagangan.
4. Perkembangan Teknologi Faktor Kepada Kejatuhan Tamadun

Para ilmuwan memiliki pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang membawa


kepada keruntuhan sesebuah tamadun. Menurut Ibn Khaldun, keruntuhan tamadun
disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral kerana terlalu taksub dengan kemewahan
yang melimpah-ruah dan kehidupan yang penuh hiburan. Malah, ketidakseimbangan
antara aturan fizikal dan spiritual juga turut menyumbang ke arah kejatuhan tamadun ini.
Sesuatu tamadun bukan sahaja fokus kepada elemen modenisasi dan kosmopolitan,
sebaliknya ia perlu seiring dengan dimensi ideologi, spiritual dan moral.

Menurut Edward Gibbon, dalam karyanya “The Decline and Fall of the Roman Empire”,
kejatuhan empayar Rom adalah disebabkan kekalahan Constantinople kepada kerajaan
Turki Uthmaniyyah pada 1453 Masihi.

5. Kesimpulan

Pembentukan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh kriteria dan faktor yang tersendiri.
Pembinaan, kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun itu nyata begitu unik. Ada
tamadun yang mampu bertahan lama dan ada juga yang sebaliknya. Contohnya
Tamadun Malaysia, ia terbina berasaskan acuan polarisasi kaum dan bangsanya.

6. Rujukan
 MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.
 Ibn Khaldun. 1991. Muqaddimah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, hlm.101. 7
 Tamadun Islam & Tamadun Asia. Mohd Yadman Sarwan. Institut
PerkembanganPendidikan (InED) UiTM. 2009
 Pembangunan Tamadun Melayu (2015). Book-Rix. Uqbah Iqbal
 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Lengkap (2011). UniversitiSains
Islam Malaysia.Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJADI FAKTOR PENDUKUNG
KEPADA KEMAJUAN DAN KEJATUHAN SESEBUAH TAMADUN
ADAM IDRUS BUNAJOS
B21080019

1.0 Pendahuluan
2.0 Perkembangan Teknologi: Kepentingan Teknologi
3.0 Perkembangan Teknologi: Faktor Kepada Kemajuan Tamadun
4.0 Perkembangan Teknologi: Faktor Kepada Kejatuhan Tamadun
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan

Pendahuluan
Tamadun yang berasal dari kata kerja dalam bahasa Parsi dan Arab membawa maksud
Maddana atau ‘Membuka Bandar’ dan juga membawa maksud ’Membuat Penempatan’.
Proses tamadun ini menyebabkan perubahan keadaan masyarakat dan sosio-ekonomi
mereka termasuk peradaban. Pada akhirnya mengubah status manusia kepada lebih maju
dari segi lahiriah dan rohaniah. Tamadun boleh diperjelaskan dari empat sudut berbeza iaitu
arab, india, cina dan barat.

Kajian terhadap peradaban ini jelas digambarkan oleh Sejarawan Islam iaitu Ibnu Khaldun.
Beliau adalah orang yang pertama membuat kajian pada kurun ke-14. Diperjelaskan
bahawa tamadun adalah situasi dimana manusia telah mencapai kemampuan dalam
meningkatkan peradaban yang memberi keupayaan dalam daya fikir dan cipta yang
menghasilkan kemajuan teknologi.

Untuk mendalami kepentingan Tamadun, kita akan membincangkan salah satu tamadun
yang wujud sekitar 3000 tahun lalu. Tamadun Maya yang sangat terkenal wujud disekitar
Semenanjung Yucatan, melibatkan Belize, El Salvador, Guatemala, Honduras dan Mexico.
Kewujudan tamadan ini memberi kesan yang cukup besar pada era Mesoamerika.

Perkembangan Teknologi: Kepentingan Teknologi

Teknologi adalah satu keadaan, dimana perkembangan dalam ilmu pengetahuan saintifik
dalam penghasilan satu budaya atau benda. Ianya bertujuan untuk membaiki atau
meningkatkan taraf dan praktikal kehidupan manusia atau, dengan kata lain juga,
perubahan dan manipulasi persekitaran manusia.

Dengan berlakunya perubahan teknologi, keadaan manusia ditempat itu telah mengalami
perubahan kemajuan. Kemajuan ini selalunya didorongi oleh pengaruh agama. Ini kerana,
agama selalunya menggalakkan penganutnya berkembang dan menambah bilangan serta
merebak diseluruh muka bumi. Bila berlakunya penambahan populasi, keperluan dan
kehendak semakin meningkat. Ini secara tidak langsung, keupayaan dalam penghasilan
keperluan turut meningkat. Hal turut berlaku di masa Tamadun Maya.
Hubungkait peningkatan populasi ini jelas mempengaruhi keperluan dan kehendak. Sosio-
ekonomi turut bertambah baik. Ini menjadikan dorongan golongan bijaksana dan
cendekiawan mencari solusi bagaimana memakmurkan kesejahteraan rakyat. Peningkatan
teknologi di era Tamadun Maya banyak melibatkan peningkatan kemahiran senibina,
matematik, seni ukiran dan ilmu pertanian.

Pada zaman ini, masyarakat kaum Maya lebih terlibat dalam pertanian yang menjadi sumber
ekonomi utama. Kemahiran dalam pelbagai teknik penanaman digunakan. Hasil pertanian
dijadikan sebagai bahan pertukaran untuk mendapatkan bahan keperluan lain. Selain
daripada itu, benda berharga seperti emas turut digunapakai sebagai barang pertukaran.
Selain itu, kemahiran dalam senibina boleh dilihat daripada bangunan perninggalan
bersejarah. Dari Istana, makam sehinggalah tapak awam dimana orang awam berkumpul
seperti gelanggang bola. Kemajuan ini secara tidak langsung meningkatkan peradaban
tamadun Maya pada masa itu. Keadaan intelektual mereka melangkaui keadaan mereka.

Perkembangan Teknologi: Kemajuan Tamadun

Di zaman Tamadun Maya, antara faktor utama kemajuan adalah senibina. Ini kerana, lokasi
pembinaan bangunan akan menjadi daya tarikan masyarakat untuk berkumpul. Kuil yang
dibina memperlawa masyarakat kaum Maya berhimpun untuk beribadat. Gelanggang yang
dibina menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan aktiviti sukan.

Kesan pembinaan ini menyebabkan kewujudan bandar sebagai pusat pertemuan dan
kemajuan sosio-ekonomi. Masyarakat tamadun Maya datang berkumpul untuk pertukaran
barang dan aktiviti lain.

Kesan lain akibat perkembangan bandar, adalah dalam penghasilan produk berasaskan
pertanian kerana ia menjadi bahan utama dalam pertukaran barang. Secara tidak langsung
pelbagai teknik pertaninan dihasilkan. Ini kerana pada zaman, pengguna logam untuk
pertanian tidak terlalu memberansangkan.

Perkembangan Teknologi: Kejatuhan Tamadun


Walaupun Tamadun Maya tidak banyak menghasilkan teknologi yang berkaitan peralatan
atau kebendaan, akan tetapi kemajuan dalam kaedah teknik pertanian diperkenalkan.
Selaras dengan peningkatan permintaan hasil pertanian dalam ekonomi. Pembukaan tapak
pertanian semakin bertambah.

Jika dilihat teknik pertanian yang banyak digunapakai di zaman ini banyak melibatkan
pembukaan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian. Teknik ini dikenali sebagai Teknik
Memotong dan Membakar. Teknik kaedah ini adalah dengan memotong tumbuh-tumbuhan
di kawasan tertentu kemudian membakarnya. Setelah itu, abu digunakan sebagai baja agar
benih lain dapat tumbuh. Setelah beberapa ketika, apabila tanah mulai kehilangan
kesuburan, masyarakat Maya mengubah kawasan ini menjadi kebun. Kawasan ini akan
dibiarkan untuk menjadi hutan lagi untuk mengulangi prosesnya. Pada saat ini, masyarakat
Maya akan memindahkan tanaman mereka ke kawasan lain. Pada waktu itu, kaedah ini
banyak membantu dalam penghasilan sumber ekonomi berasaskan pertanian.

Walaupun tiada bukti sahih bahawa kesan daripada ini telah mempengaruhi ekosistem dan
cuaca. Akan tetapi, terdapat tanggapan dari pengkaji sejarah menjelaskan purata taburan
hujan semakin merosot sehingga lebih 50 peratus. Kemarau sering kali berlaku sehinggakan
hasil pertanian berkurangan. Ini didokong dengan keadaan kandungan oksigen dan
hidrogen dilapisan mendapan tanah di Tasik Chichancanab di semenanjung Yucatan.
Pengkaji sejarah berpendapat, punca taburan hujan menurun adalah kerana kawasan hutan
semakin berkurangan yang akhirnya mempengaruhi cuaca. Akibat dari kemerosotan ini,
masyarakat Maya mula meninggalkan dan membiarkan bandar yang dibina pada akhir
kurun ke-9.

KESIMPULAN

Tamadun Maya tidak seperti tamadun di asia-barat yang banyak menghasilkan perlbagai
teknologi. Akan tetapi, kemampuan masyarakat maya dalam bidang ilmuan tidak dapat
singkalkan. Hasil mereka dapat dilihat dengan adanya bangunan yang berdiri gah sehingga
hari ini. Bidang ekonomi masyarakat Maya turut berkembang akibat kemampuan dalam
menghasilkan teknik pertanian bagi memenuhi permintaan, penghasilan barang perhiasan
serta pertukaran bahan makanan seperti hasil buruan dan laut. Tamadun Maya turut
diagungkan kerana berjaya dalam menghasilkan ilmu matematik dan astrologi dimana
mereka berjaya membuktikan kalender 365 hari secara tepat.
Ini jelas menunjukkan bahawa Tamadun telah memberi kesan yang amat besar dalam
peradaban manusia kerana ianya mampu memberi impak kepada kehidupan manusia
terutamanya dalam kebolehan berfikir dan mereka-cipta. Pelbagai ilmu sains dan teknologi
dihasilkan dalam membudayakan masyarakat ke arah kemodenan. Antara faktor yang
mendorong adalah keperluan dalam memudahkan dan mempercepatkan kegiatan urusan
harian serta kecenderungan masyarakat dalam sesuatu yang baru.

Bagi saya, Tamadun adalah satu proses membudayakan manusia ke arah kemajuan. Ianya
juga satu keadaan dimana manusia mengalami proses perkembangan dalam pemikiran
dalam menghasilkan sesuatu yang baru. Tamadun juga menjadi panduan terhadap manusia
sebagai peringatan. Kejayaan yang dihasilkan mampu menjadi punca kegagalan dan
kejatuhan.

RUJUKAN

Adam Augustyn,
Technology, Britannica,
https://www.britannica.com/technology/technology

Wikimedia Foundation, Inc, edit terakhir pada 28 January 2022, at 15:41 (UTC).
Maya civilization,
https://en.wikipedia.org/wiki/Maya_civilization

Webster, David L., 2002.


The Fall of the Ancient Maya: Solving the Mystery of the Maya Collapse, London:
Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05113-9.
https://www.researchgate.net/publication/248725519_Real-time_Maya_The_Fall_of_
the_Ancient_Maya_Solving_the_Mystery_of_the_Maya_Collapse_by_David_
Webster_2002_London_Thames_Hudson_ISBN_0-500-051135_hardback_1995_
US3495_368_pp_84_ills

Maria C. Gomez, 29 July 2015.


Maya Religion, World History Encyclopedia,
www.worldhistory.org/Maya_Religion/

Rai Illani, 17 Ogos 2018.


Ini Sebab Mengapa Tamadun Hebat Kaum Maya Boleh Berakhir, Iluminasi,
https://iluminasi.com/bm/persoalan-mengapa-tamadun-kaum-maya-berakhir-kini
-terbongkar.html
SESI
JANUARI – MAC 2022

MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUGASAN 1
REFLEKSI
(PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MENJADI FAKTOR PENDUKUNG
KEPADA KEMAJUAN DAN KERUNTUHAN SESEBUAH TAMADUN)

TARIKH SERAHAN
13 FEBRUARI 2022

PENSYARAH
PUAN ZUNIKA SAMIYAH BINTI KHALIB

NAMA : SULKIFLI BIN SUKIRAN


PROGRAM : BACHELOR OF SCIENCE (HONS) IN
TRANSPORTATION AND LOGISTICS
NO. MATRIK : B21120004
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan …………………………………………………………………………………………… i

Pendahuluan ………………………………………………………………………………………….. 1

Konsep Tamadun ………………………………………………………………………………. 1

Ciri-Ciri Tamadun …………………………………………………………………………………………… 2

Urbanisasi …………………………………………………………………………………………… 2

Pembahagian Kerja ……………………………………………………………………………….. 3

Organisasi Sosial ……………………………………………………………………………….. 3

Tulisan Dan Bahasa ……………………………………………………………………………….. 3

Agama Dan Kepercayaan ……………………………………………………………………. 4

Perubahan Kehidupan Nomad Kepada Kehidupan Moden …………………….. 4

Kesenian Dan Estetika ……………………………………………………………………. 4

Teknologi Pendukung Kepada Kemajuan Tamadun …………………………………. 4

Teknologi Penyebab Kejatuhan Tamadun ……………………………………………………….. 5

Kesimpulan …………………………………………….……………………………………………………….. 6

I
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

PENDAHULUAN

KONSEP TAMADUN

Tamadun berasal daripada


perkataan Arab ; mudun, madain,
madana. Madana bererti tinggi
budi bahasa, pembukaan bandar.
Ia merangkumi pembangunan
lahiriah dan rohaniah. Syed
Naquib al-Attas berpendapat
tamadun ialah pencapaian
tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan
yang luhur oleh sesebuah
masyarakat manakala Richard
Sullivan mengakui kepentingan
unsur
rohaniah dalam konsep tamadun

1
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

Rentetan tamadun manusia yang bermula sejak 10,000 SM telah disenaraikan oleh seorang
sarjana yang bernama Courtland Canby (1980). Tamadun telah bermula pada zaman Hassuna Ware
di timur tengah sehingga ke tamdun yang lebih moden seperti tamadun Mesir, Babylon, Romawi,
China, India, Islam dan banyak lagi. Pembinaan dan perkembangan sesuatu tamadun didukung oleh
para sarjana yang memiliki keilmuan yang tinggi. Para sarjana tersebut telah menyumbang keilmuan
mereka kepada bangsa dan negara mereka. Sejarah juga telah membuktikan sesuatu tamadun akan
memeliki ramai cendikiawan dalam pelbagai bidang sewaktu tamadun tersebut berada di
kemuncaknya.

Tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Arab mudun, madain, madana
yang membawa maksud perbuatan memperhalus budi pekerti dan pembukaan bandar serta
merangkumi pembangunan secara fizikal dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas tamadun
merupakan satu pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah
masyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2007) tamadun adalah keadaan masyarakat
yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran yang merangkumi
sosial, budaya, politik, dan lain-lain. Bagi masyarakat barat pula menyebut tamadun sebagai
civilization iaitu perkataan inggeris yang diambil daripada bahasa greek civitas yang bermaksud
bandar. Oleh yang demikian, tamadun adalah lambang peningkatan sesebuah negara yang telah
mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.

Setiap masyarakat didunia mempunyai definisi konsep tamadun yang tersendiri. Masyarakat
barat mengaitkan tamadun dengan pembagunan secara lahiriah terutamanya dalm hal-hal seperti
penulisan, kebudayaan, undang-undang, kesenian dan pembangunan bandar. Menurut Dr. Ghazali
Darusalam (2014), sesetengah sarjana barat seperti Max Weber, Dancy Ribiero dan beberapa
sarjana lagi telah menolak unsur-unsur rohaniah dan hanya menekankan pembangunan lahiriah dan
hanya melihat konsep tamadun dari perspektif kebendaan. Manakala Sarjana islam seperti Ibnu
Khaldun, Syed Naquib Al-Attas, Muhammad Al-Bahi dan beberapa tokoh islam lagi mengaitkan
perkembangan sesuatu tamadun perlu seiring dengan perkembangan rohaniah dan lahiriah.

CIRI-CIRI TAMADUN

2
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

Seiring berjalannya masa, pemikiran manusia turut berubah dan berkembang menjadi lebih
inovatif serta kreatif untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Perubahan pola pemikiran ini
bergantung kepada tahap pencapaian dalam bidang keilmuan dan rohaniah. Proses pembentukan
dan perkembangan tamadun adalah menefestasi kepada pencapaian manusia dalam aspek keilmuan
dan rohani. Pelbagai perubahan dalam aspek kehidupan dapat dilihat dalam sesebuah negara
bertamadun. Antara ciri-ciri dalam sesebuah tamadun dapat dilihat dalam rajah 1.

Rajah 1

URBANISASI

Urbanisasi merupakan ciri utama dalam pembentukan sesebuah tamdun. Kehidupan


masyarakat pada waktu ini lebih teratur dan bersitematik kerana mereka ingin memastikan
kelangsungan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Pada waktu ini manusia mula membuka
penempatan secara tetap dan mereka banyak mebuka penempatan di kawasan pesisiran sungai.
Pesisran sungai menjadi lokasi strategik untuk pertanian dan penternakan kerana mereka
mempunyai bekalan air yang mencukupi. Selain itu masyarakat pada waktu ini juga menjadikan
sungai sebagai jalan pengangkutan utama mereka. Pembukaan penempatan yang berpusat ini juga
mengakibatkan pengurusan kehidupan mereka semakin mudah dan teratur. Masyarakat ketika ini
lebih maju dalam membuat peralatan baru untuk memudahkan aktiviti pertanian mereka seperti
cangkul, Selain itu juga mereka mebina empangan menggunakan teknologi pengairan mereka untuk
meningkatkan pengeluaran pertanian.

3
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

PEMBAHAGIAN KERJA

Akibat daripada peningkatan produktiviti masyarakat ketika ini telah membuat pembahagian
pekerjaan mengikut kepakaran mereka. Pelbagai jenis pekerjaan dapat mereka wujudkan seperti
petani, penternak dan nelayan serta mereka saling memerlukan antara satu dengan yang lain.
Barangan atau produk yang dihasilkan oleh satu komuniti juga diperlukan oleh komuniti yang lain.
Keadaan ini secara tidak langsung membawa kepada proses pertukaran atau sistem barter. Sistem
barter ini juga telah menjadi asas kepada perdagangan dengan tamadun lain.

ORGANISASI SOSIAL

Pertambahan penduduk secara tidak langsung mewujudkan kehidupan berorganisasi dalam


pelbagai aspek kehidupan mereka dimana wujud golongan yang memimpin dan golongan yang
dipimpin. Sistem sosial pada masa ini berbentuk piramid dan berlapis. Raja atau pemerintah
biasanya menduduki kedudukan yang teratas serta raja akan menggunaka unsur keagamaan untuk
pengikhtirfan sebagai pemerintah. Seterusnya adalah golongan bangsawan dan pemimpin agama,
golongan ini akan membantu raja dalam urusan pentadbiran dan upacara keagamaan. Seterusnya
dikedudukan bawah adalah gologan rakyat yang terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas dan
golongan hamba sahaya. Kewujudan organisasi sosial ini juga telah menyebabkan wujudnya sistem
perundangan dan kehakiman.

TULISAN DAN BAHASA

Bahasa dan tulisan merupakan hasil daripada perkembangan ilmu pengetahuan. Pada
awalnya tulisan berbentuk gambar, simbol dan pepaku dipahat di atas pelbagai permukaan seperti
batu, dinding gua dan kayu. Tulisan dan bahasa menjadi medium untuk masyarakat pada satu-satu
tamadun tersebut merekodkan perundangan, percukaian, pengetahuan dan pelbagai lagi. Selain itu
tulisan dan Bahasa juga amat penting untuk tujuan komunikasi, penyebaran ilmu pengetahuan serta
untuk menyampaikan, mengembangkan dan mencatatkan segala idea pemikiran manusia.

4
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Menganuti agama adalah fitrah manusia agar ia tidak tersasar dari matlamat hidupnya.
Kehidupan bertamadun amat menitikberatkan soal kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi.
Menurut sejarah dalam ketamadunan manusia, kepercayaan manusia telah berevolusi daipada
kepercayaan naturalisme iaitu penyembahan kepada alam semula jadi seperti pokok, batu dan
sebagainya sehinggalah kepada kepercayaan secara politeisme iaitu kepercayaan kepada banyak
tuhan dewa dewi.

PERUBAHAN KEHIDUPAN NOMAD KEPADA KEHIDUPAN MODEN

Pada awalnya manusia hidup secara berpindah randah (nomad) dari satu Kawasan ke
Kawasan lain. Namun siring peningkatan pemikiran, ilmu pengetahuan dan teknologi manusia mula
tinggal menetap di satu-satu tempat kesan perkembangan teknologi terhadap pertanian,
perdagangan dan pengangkutan.

KESENIAN DAN ESTETIKA

Setiap kesenian memiliki nilai estetika yang tersendiri iaitu persaan indah yang dapat dirasai
jauh kedalam jiwa manusia. Kesenian dan nilai estetika yang tinggi merupakan lambing keagungan
terhadap tamadun tersebut.

TEKNOLOGI PENDUKUNG KEPADA KEMAJUAN TAMADUN

Kajian menunjukkan setiap tamadun dari tamadun awal sehingga tamadun moden telah
memberi sumbangan dalam perkembangan sains dan teknologi. Poh (1996, seperti yang dipetik oleh
Alias, 2013) telah menunjukkan dengan jelas carta perkembangan teknologi yang bermula sejak
3500 sebelum masihi yang dikenali sebagai tamadun awal sehingga 500 masihi yang dikenali sebagai
tamadun moden.

Kemajuan teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sesebuah
tamadun Perkembangan teknologi telah membantu masyarakat untuk mencipta banyak peralatan
yang dapat digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti cangkul, kapak, parang yang

5
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

digunakan dalam pertanian, manakala perahu dan sampan yang dapat digunakan untuk perikanan
dan pengangkutan. Sifat ingin tahu manusia serta keinginan untuk memudahkan kerja juga telah
menyumbang kepada perkembangan teknologi yang menjadi pendukung utama kepada
perkembangan sesebuah tamadun.

Tamadun Cina adalah contoh terbaik bagaimana teknologi telah membantu perkembangan
tamadun mereka. Kemajuan teknologi tamadun cina dapat dilihat secara jelas dalam beberapa
bidang seperti astronomi yang dapat dibuktikan dengan penghasilan katalog bintang, matematik
dengan penciptaan sempoa dan perubatan dengan terhasilnya beberapa ubat-ubatan daripada
sarjana-sarjana tamadun cina. Faktor yang menyebabkan teknologi tamadun cina semakin
berkembang adalah kerana kelahiran ramai pelayar cina yang menjadi faktor terciptanya katalog
bintang, selain itu tamadun cina juga merupakan pedagang dengan tamadun lain oleh itu ahli
matematik mereka telah mencipta sempoa untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.

Selain tamadun cina, tamadun mesir juga telah berkembang dengan bantuan teknologi
ciptaan cendikiawan mereka, tamadun mesir merupakan tamadun pertama yang menggunakan
kertas daripada pokok papyrus, faktor yang menyebabkan terhasilnya kertas daripada pohon
papyrus ini adalah kerana berkembangnya penggunaan tulisan hieroglif dan banyaknya pokok
papyrus tumbuh disepanjang Sungai Nil. Selain itu pembinaan piramid merupakan satu lambang dan
bukti kemajuan teknologi tamadun mesir. Walaubagaimanapun menurut Suhaimi (2018) saintis pada
hari ini masih berdebat dan belum dapat merungkai teknologi sebenar yang digunakan dalam
pembinaan piramid. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan teknologi mesir purba
adalah kerana kepercayaan agama mereka

TEKNOLOGI PENYEBAB KEJATUHAN TAMADUN

Walaupun teknologi memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah tamadun,


namun teknologi juga sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada kejatuhan tamadun. Teknologi
yang dikembangkan untuk tujuan peperangan dan pertahanan adalah antara teknologi yang
menyumbang kepada kejatuhan tamadun. Faktor persaingan untuk mendapatkan kuasa, hasil bumi,
penyebaran agama dan kemegahan bangsa menjadikan sesebuah tamadun berperang dengan
tamdun lain. Peperangan telah terbukti dapat mengukuhkan serta meluaskan kuasa sesebuah
tamadun. Pada penghujung abad ke-14, Dinasti Ming telah mencipta bahan letupan untuk
mengalahkan pemerintahan Mongol.

6
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

Pada tahun 1453 Empayar Rome Timur atau lebih dikenali sebagai Empayar Byzantium telah
runtuh selepas tewas dalam peperangan dengan Empayar Uthmaniah. Empayar Uthmaniah dibawah
pimpinan Sultan Muhammed Al-Fateh berjaya menawan Constatinople hasil daripada bantuan
perkembangan teknologi pada ketika itu sehingga Empayar Uthmaniah mampu membuat meriam
besar yang kuasa tembakan nya mampu meruntuhkan tembok pertahanan Constatinople.
Perkembangan teknologi juga menjadi faktor penyebab pemimpin dan pemerintah menjadi tamak
sehingga menyebabkan rakyat bangkit menjatuhkan pemerintahan tersebut seperti yang berlaku
kepada Maharaja Yang Ti daripada Dinasti Sui yang memaksa rakyatnya membina terusan dan
bangunan sehingga rakyatnya bangun menjatuhkan pemerintahan beliau.

Selain itu, penciptaan peralatan teknologi yang tidak praktikal dan pragmatik mengundang
kepada sifat tertutup sesebuah tamadun yang akan menyebabkan kehilangan daya kreativiti dan
inovasi masyarakat pada tamadun tersebut. Ini dapat dilihat dalam empayar Uthmaniah yang
mengalami keruntuhan akibat sikap tertutup dan masih bergantung kepada teknologi lama serta
tidak menerima perubahan teknologi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya teknologi memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun dan


peradaban manusia. Teknologi mampu melipat gandakan pengeluaran dan penghasilan sesebuah
tamadun selain memudahkan urusan harian dan pengangkutan manusia. Walaubagaimanapun
teknologi juga menjadi penyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun dan kehilangan banyak
nyawa manusia. Oleh itu, Manusia perlu membangunkan teknologi kearah yang lebih positif serta
tidak menyalah gunakan teknologi demi kepuasan dan keinginan sendiri. Pemimpin juga perlu
bersikap terbuka dan menggalakkan rakyatnya untuk lebih berdaya saing dalam mengembangkan
lagi teknologi kearah yang lebih baik.

(1536 patah perkataan)

7
SULKIFLI BIN SUKIRAN B21120004

RUJUKAN

Wawasan Open University. (n.d). Perbandingan Konsep dan Perspektif Tamadun Islam dan Barat.
Retrieved from https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-
perspektif-tamadun-islam-dan-barat/.

Dewan Bahasa & Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Course Hero. (2022). Maksud dan Ciri Tamadun. Retrieved from


https://www.coursehero.com/file/83930294/Maksud-dan-ciri-tamadun-M1docx/

Ghazali Darusalam. (2014). MPU3123 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Selangor: Open University
Malaysia.

Alias Azhar. (2013). Sains Dan Teknologi Dalam Ketamadunan Islam: Analisa Epistemologi Dan
Metodologi. Jurnal Al-Tamaddun, 8 (1), 51-66.

Kay Suhaimi. (2018, April 20). Ini Antara Teori Lama Saintis Berkaitan Bagaimana Piramid Dibina.
Retrieved from https://iluminasi.com/bm/ini-teori-saintis-mengenai-pembinaan-piramid-zaman-
purba.html

Anda mungkin juga menyukai