Anda di halaman 1dari 10

KURSUS SIJIL

TAREQAT TASAWWUF
(STT)

Tajuk: Peranan Ajaran Sufi Dan Para Habaib Di Singapura

Murabbi: Tuan Guru Dr Shuhadak Mahmud Al-Ja’fari

Pelajar:

• Khairul Amilin
• Fazrihan Duriat
15 March 2021
Rangka

1. Definisi Sufi & Para Habaib ............................................................................................... 3


2. Perkembangan Sufi Di Singapura ...................................................................................... 3
3. Para Ulama & Habaib Di Singapura ................................................................................... 4
4. Ajaran Sufi Dalam Pembinaan Insan Di Singapura ............................................................ 4
5. Sufi Di Masa Modern .......................................................................................................... 6
6. Krisis Pemikiran Islam ....................................................................................................... 6
7. Kesimpulan ........................................................................................................................ 7
8. Bibliografi........................................................................................................................... 8

Page 2 of 10
1. Definisi Sufi & Para Habaib
Sufi selalu disamakan dengan tasawuf iaitu ilmu Islam yang menekankan dimensi rohani
(Ensiklopedi Islam Untuk Pelajar, 12, 2001). Sementara amalan ilmu tasawuf yang muktabar
boleh dikenali sebagai tarekat yang membawa erti “as-sirat al-mustaqim” iaitu jalan yang lurus
berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Beberapa konsep yang diperlu difahamkan adalah
mengenai silsilah, suluk serta zikir dan wirid. (Ensiklopedi Islam Untuk Pelajar, 9-10, 2001).

2. Perkembangan Sufi Di Singapura


Singapura terdapat banyak kubur para ulama dan para wali, satu bukti bahawa pengajaran Sufi
dahulu memang tersebar luas di negara tersebut. Lampiran 1 mempunyai senarai nama mereka
yang telah lama wafat tapi masih diziarahi orang Islam sampai sekarang. Ia telah disusun oleh
organisasi Tariqatu-l Arusiyyatu-l Qadiriyya Worldwide Association di Singapura (2019). Senarai
yang lengkap boleh didapati di laman web.

Menurut kajian kami, setelah berunding (bukan secara rasmi) dengan beberapa orang yang
berasas pelbagai tarekat, kami mendapati bahawa terdapat banyak aliran Sufi. Berikut adalah
pelbagai tarekat mu'tabar yang pernah wujud di Singapura.

1. Ahmadiyah Idrisiyah 17. Naqshahbandiyah Khalidiyah


2. Ahmadiyah Idrisiyah Ja'fariyah 18. Naqshahbandiyah Khalidiyah
3. Ahmadiyah Idrisiyah Rashidiyah Suhrawardiyah Sanusiyah
Dandarawiyah 19. Naqshahbandiyah Mujadidiyah Saifiyah
4. Arusiyah Qadiriyah 20. Qadiriyah
5. Aurad Al-Muhammadiah 21. Qadiriyah Aleemiyah
6. Ba'Alawiyah 22. Qadiriyah Chistiyah Suhrawardiyah
7. Chistiyah Naqshahbandiyah Sanusiyah
8. Darqawiyah Alawiyah 23. Qadiriyah Naqshahbandiyah
9. Darqawiyah Shadhiliyah Qadiriyah 24. Qadiriyah Rifa'iyah
10. Dasuqiyah Shadhiliyah 25. Qadiriyah Samaniyah
11. Khalidiyah 26. Rifa'iyah
12. Khalwatiyah 27. Sanusiyah
13. Naqshahbandiyah Mohsiniyyah 28. Shadhiliyah Aliyyah
14. Naqshahbandiyah Aliyyah 29. Shadhiliyah Samaniyah
15. Naqshahbandiyah Haqqani 30. Shattariyah
16. Naqshahbandiyah Haqqani Osmanli 31. Tijaniya

Kini, tariqa yang baru diperkenalkan di Singapura adalah tariqa Halveti-Jerrahi yang dinisbahkan kepada
Shaykh Muzzafer Ashki al-Jerrahi, Shaykh Nur al-Jerrahi, and Shaykha Fariha al-Jerrahi (Hanisah, 2010).

Page 3 of 10
3. Para Ulama & Habaib Di Singapura
Singapura juga dikenali sebagai Temasek, sebuah negara kosmopolitan dengan pelbagai bangsa
dan agama:

• Cina – 74%
• Melayu – 14%
• India – kurang daripada 10%

Sementara, cuma ada 10,000 kaum Arab di Singapura, walaupun kebanyakan mereka berasal dari
Yaman. Jumlah tersebut mungkin tidak tepat, sebab ramai telah bercampur dengan masyarakat
Melayu dan tidak lagi membezakan diri mereka sebagai orang Arab(Arab News, 20 July 2018).
Secara rasmi, orang Arab pertama yang datang ke Singapura pada tahun 1819 adalah para
pendagang yang kaya dari Palembang, Sumatra. Mereka adalah Syed Mohammad Bin Harun
Aljunied dan Syed Omar Bin Ali Aljunied. Kemudian, pendatang lain dari keluarga Alkaff dan
Alsagoff tiba. Mereka memiliki banyak hartanah waqaf untuk menjalankan ekonomi negara.
(Ameen Ali Talib, 1995).

Kebanyakan para habaib di Singapura mengikuti tarikat Ba’alawi yang berasal dari Hadramaut.
Mereka “berfokus kepada ilmu, pembersihan jiwa and keikhlasan dengan mencontoh sikap hidup
Rasulullah ‫( ”…ﷺ‬Ali, Abdur Rahman, Nabil, 9, 2013). Tokok-tokoh yang terkenal yang telahpun
wafat di Singapura ada disenaraikan di Lampiran 2. Para Habaib dari Hadramis sangat
mempengaruhi sosial dan pendidikan di Singapura. Tambahan, para pedagang dari Hadramis telah
memainkan peranan utama di Tenggara Sejarah ekonomi Asia (Simpfendorfer, 2010).

4. Ajaran Sufi Dalam Pembinaan Insan Di Singapura


Pembinaan Insan amat dijaga oleh Islam. Sesuai dengan ajaran Junjungan Baginda Nabi ‫ﷺ ﷴ‬,
untuk membentuk insan bukan hanya memadai dibangun dari aspek ilmu dan kemahiran agar dia
mampu jalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berhemah. Ini kerana ia
perlu dididik dan dibangunkan dari aspek syahsiah dan jati diri serta beradab mulia. Nilai-nilai
ajaran kesufian mampu mengerakkan seseorang untuk melakukan gerak kerja yang jujur,amanah
dan cekap. Penetapan undang dan kod etika tidak cukup untuk memastikan manusia
melaksanakan amalan yang baik dan dalam kerja seharian.

Ini adalah kerana aspek akhlaq membabitkan sumber kebatinan diri manusia yang akan
menentukan bagaimana dan apakah yang hendak dilakukan. Berdasarkan pada sabda Nabi ‫ﷺ ﷴ‬
yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam satu jasad terdapat seketul daging. Jika daging tersebut baik, maka
baiklah seluruh jasad tersebut. Dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh jasad
tersebt. Iannya adalah Hati (Qalb)” (HR Bukhari)

Bagi setiap insan, ajaran sufi /tasawuf diyakini sebagai perjalanan atau hijrah rohaniah seseorang
dalam rangka menuju, mendekatkan dan mengenal Pecipta Yang Agung, Allahu Rabbul Jalil.
Namun, cara ini harus melalui tahap tertentu demi mencapai kesempuranaan insan yang
bertamadun. Aspek takhalli (pembersihan jiwa), tahalli (pengisian jiwa dengan cahaya ilahi)dan
tajalli(istiqamah dalam perhubungan dengan Allah sehingga tahap sentiasa dalam pengawasan
Allah) perlu disemai dalam kehidupan . Untuk mencapai derajat dan tingkatan sedemikian tentu
saja bukan mudah dilakukan, Oleh yang demikian, perlu pimpinan guru murshid yang
berkemampuan. Lebih mustahak adalah dari silsilah yang masyhur dari keturunan keluarga

Page 4 of 10
Baginda Nabi ‫ﷺ ﷴ‬. Ia juga adalah tempat latihan yang diiktiraf untuk melakukannya.Tempat
latihan ini adalah yang dinamakan Tarekat.

Sejak abad ke 18 di Singapura, terdapat pelbagai tokoh Ulama/Da’i yang Mu’tabar yang telah
banyak menabur bakti dan pengorbanan dalam mendidik muridnya mencapai tahap kerohanian
insan kamil. Semua acara halaqah zikir yang dianjurkan oleh gerakan tarekat pada dasarnya ialah
menekuni ibadat dan memutuskan dari yang lain menuju kepada Allah, serta berpaling daripada
kegemilangan dunia dan perhiasannya (yang sia-sia, kecuali berkhidmat untuk agama dan
membawa kepada alam abadi) juga zuhud terhadap apa yang kebanyakan manusia berhadap diri
mereka kepadanya, terdiri daripada kelazatan (jasmaniah), kekayaan (yang berlebihan untuk
kebanggan) dan kedudukan, serta terasing daripada manusia ramai (dengan syarat-syarat yang
tepat) serta berasingan untuk ibadat.

Halaqah zikir dan qasidah/maulid telah mendapat daya tarikan dari masyarakat muslim setempat
oleh sebab acara sedemikian dapat meraih kebahagiaan yang haqiqi, iaitu kedamaian dan
keamanan serta ketenangan hati (Naquib Al-Attas,1978). Tambahan pula, setiap gerakan tarekat
mempunyai pelbagai bentuk alunan ayat zikir dan selawat yang tertentu yang dijadikan rutin
amalan tambahan setiap hari.Sekaligus, seorang pengamal tarekat dapat membina kekuatan
disiplin kerohanian untuk menghasilkan jiwa yang kental dan tenang dalam mengharungi ujian
hidup yang makin mencabar.

Di samping itu, terdapat beberapa faedah yang dapat dihasilkan dalam melazimi amalan
bertarekat dalam pembangunan insan. Diantara sifat mahmudah adalah mujahadah (Al-
Ankabut:69 dan Yusuf:53), Taubat (At-Tahrim: 8), Tawakkal (At-Thalaq:3), Zuhud (Al-Hasyr:9),
Sabar (Al-Kahfi:28), Redha (Al-Taubah:100), Faqir (An-Nisa:6), Khauf (As-Sajdah:16), Hubb(Al-
Ahzab:41).

Suasana majlis wirid masih tetap dijalankan secara istiqamah sebagai acara mingguan di rantau
ini. Sebagai contoh, acara bacaan Ratib Al-Attas dan Tarekat Al-Alawiyah masih dianjurkan di
Masjid Ba’Alawi setiap malam Jumaat di negara yang bertuah ini.Ia dipimpin oleh Habib Syed
Hassan bin Muhammad bin Salem Al-Attas. Dia merupakan anak bongsu pada Habib Muhammad
bin Salem Al-Attas yang menerima dari datuknya sebelah Ayahnya Habib Ahmad bin Hasan dan
datuknya dari sebelah ibunya, Habib Abdullah bin Alawi AlAttas (pengasas Tarekat Al-Attasiah)

Pada tiap-tiap tahun, pada sambutan Maulidir Rasul 12 malam, acara majlis Maulid Diba’i dan
Barzanji sering berkumandang di merata masjid dan madrasah pimpinan pelbagai tarekat
setempat.

Salah satu jemaah gerakan Tarekat yang masyhur adalah Tarekat Aurad Muhammadiah pimpinan
Al-Fadhil Syeikh Ustaz Haji Abdul Hafiz bin Muhammad Taha As-Suhaimi. Dia merupakan anak
lelaki dari Al-Alim As Syeikh As-Sayyid Haji Muhammad Taha bin Muhammad Fadhlullah bin
Muhammad As-Suhaimi yang menerima amalan dari datuk sebelah ayahnya Sheikh Muhammad
Ibnu 'Abdullah as-Suhaimi (Kiayi Agung), wali Allah yang besar.Amalan Aurad/Maulid masih di
adakan di Madrasah Al-Ma’rif Al-Islamiyyah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Fadhlullah As-
Suhaimi pada setiap malam Jumaat dan malam Isnin. Ia menjadi amalan tambahan bagi memupuk
rasa kesyukuran dan mahabbah pada Nabi ‫ﷺ ﷴ‬.

As-Syeikh Haji Ustaz Taha As-Suhaimi merupakan guru utama Tarekat Aurad Muhammadiah.
Beliau akan selalu diingat sebagai insan yang sangat percaya bahawa adalah mustahil bagi umat
Islam untuk berbohong. Diamati dengan teliti semua pidatonya dan aktivitinya itu dalam harmoni
dengan sunnah kita tercinta Nabi ‫ﷺ ﷴ‬. Beliau tinggal dalam satu kehidupan sederhana dan
walaupun ia benar-benar kaya. Kekayaan beliau itu disedekahkan ke Madrasah Al-Ma'arif,
PERIPENSIS (pertubuhan Islam yang ditubuhkan khas untuk membimbing perjalanan kerohanian
Page 5 of 10
para salik) dan orang-orang yang dianggap miskin. Beliau makan sehari-hari sangat sedikit dan
pakaiannya hanya terdiri dari dua helai. Ada masanya beliau sendirian di malam hari. Selama
pelajaran, beliau akan, hampir selalu, menjelaskan konsep-konsep agama tertentu dalam hal
pengembangan ilmu pengetahuan dan sebaliknya. Beliau akan menerangkan kepada siswa yang
kadang-kadang sulit untuk memahami beberapa konsep dan praktik agama.

Tidak ada keraguan bahwa ayahnya dan dirinya bermain peranan yang sangat penting dalam
membangun dan memperkuat jati diri masyarakat Muslim di Singapura.

Dengan berkah perjuangan pimpinan khalifah tarekat setempat yang tidak pernah jemu
membimbing para salik/murid-muridnya yang telah bai’ah untuk menempuhi jalan kebatinan
sedarjat demi sedarjat bagi mencapai budi pekerti yang luhur serta peribadi yang unggul hanya
untuk kecintaan dan kesejahteraan umat Nabi Akhir zaman.

5. Sufi Di Masa Modern


Proses Modernisasi telah memberi kesan positif-negatif pada pembangunan insan . Kesan positif
membawa pelbagai macam kemudahan-kemudahan dalam penyelesaian kehidupan kebendaan
seharian. Manakala kesan negatif menimbulkan krisis makna hidup.

Masyarakat barat telah mencapai tingkat kemakmuran materi sehingga peringkat teknologi yang
serba canggih. Namun kemewahannya kian dihantui rasa cemas kerana terperangkap dalam
sistem rasional yang sangat tidak beperikemanusian atau sikap ihsan. Akibatnya, manusia
mencipta situasi yang berjalan tanpa ada kawalan yang sekaligus mudah terjerumus kepada
kelemahan unsur bathin dalam asal kejadian manusia. Keperluan ruhiyyah hanya boleh dipenuhi
dengan kembalikan pada fitrah asal dari sumber ilahiyah. Dalam erti kata yang lain,
menghidupkan sikap keagamaan.

6. Krisis Pemikiran Islam

Krisis pemikiran dunia Islam mulai terjadi sejak era Kolonialisme eropah. Secara perlahan,
mordernisme terus diterapkan di dunia umat Islam. Akibatnya, dunia Islam saat ini terbahagi
pada tiga kelompok

1. Muslim yang berpegang teguh pada tradisi silam.


2. Muslim yang sudah terpengaruh oleh modernisme
3. Muslim yang berada di tengah ketegangan pertarungan Tradisional-Modernisme

Atas kesedaran ini, kebanyakan Ulama dan cendikiawan Islam telah bersepakat bahawa ajaran
tasawuf dapat kembalikan Muslim ke arah pembebasan pengaruh modenisme meskipun dalam
waktu yang sama proses pembaratan terus mengancam peradaban umat Islam itu.

Menurut Syed Hosien Nasr, Kemunduran umat Islam antara lain disebabkan kerana penghancuran
tarekat sufi oleh bentuk baru rasionalisme suci seperti fahaman Wahabi di Arabia. Sebenarnya,
menolak ajaran Sufi sebagai penyebab kemunduran umat bererti Islam telah pincang sampai
tinggal doktrin kefahaman kaku yang pada gilirannya tidak berdaya menghadapi serangan
bertubi-tubi dari intelektual barat.

Dari perspektif sejarah perkembangan tasawuf, manusia telah diubatkan bagi melepaskan simpul
keburukan yang menjerat keresahan jiwa. Amalan tasawuf/tarekat menjadi penawar yang lebih
Page 6 of 10
unggul dari perubatan moden. Oleh sebab itu, guru tasawuf boleh menyembuhkan murid dengan
amalan wirid tertentu yang mampu menenangkan dan secara tidak langsung mententeramkan
jiwa, serta memberi cahaya yang terpancar dari Rabb yang memiliki segala hati.

7. Kesimpulan
Peranan ajaran sufi di Singapura akan terus menjadi amat penting dalam kehidupan seharian
masyarakat Muslim. Di sebalik kemajuan arus perdana teknologi dan kebendaan yang pesat
membangun, semakin kuatlah persiapan para salik untuk membina kekuatan dalaman sehingga
dapat menyahut cabaran yang semakin sengit dari masa ke semasa. Fadhilat dari amalan zikir
dan mahabbah Rasul akan membentuk tahap peribadi dan tingkah laku insan yang syumul, lahir
batin hasil bimbingan dan berkah pimpinan guru tarekat. Dikebalkan dengan iman yang canggih
dalam menindas segala bentuk kemudharatan dalam zaman moden yang boleh menghambat
pembangunan semula tamadun umat yang bertuah ini supaya kembali kepada zaman moden yang
haq iaitu kegemilangan Islam yang dijanjikan Kekasih Allah, Nabi ‫ﷺ ﷴ‬. Ameen.

Page 7 of 10
8. Bibliografi

• Ali Al-Hamid, Abdur Rahman Al-Attas, Nabil Assegaf, Majmu’ Mubarak. Diterbitkan olh Abdullah
Bin Abbas Alsagof, June 2013.

• Ameen Ali Talib, Hadramis in Singapore, Nov 1995, https://al-bab.com/hadramis-


singapore#:~:text=The%20Singapore%20Hadramis%20were%20major,once%20owned%20by%20Ha
drami%20wakafs, accessed 28 Oct 2020

• Arab News, Singapore’s Arab community traces ancestral roots to Yemen’s Hadhramaut Valley,
20 July 2018, https://www.arabnews.com/node/1342016/world, accessed 28 Oct 2020

• Ben Simpfendorfer, Singapore’s Hadrami Community in Today’s Economy, March 2010,


https://mei.nus.edu.sg/wp-content/uploads/2018/01/Insights_005_FINAL.pdf, accessed 1 Dec
2020

• Ensiklopedi Islam Untuk Pelajar, Volume 6, 2001, PT Ichtiar Baru Van Hoeve, Jakarta

• Fazrihan Duriat, Fiqh Aqalliyyat & Maqasid As-Shariah - Case Study of Singapore, 26 April 2015,
https://www.academia.edu/21626363/Fiqh_Aqalliyyat_and_Maqasid_As_Shariah_Case_Study_o
f_Singapore, accessed 04 Dec 2020

• Hanisah Binte Abdullah Sani, The Rise And Role of Tariqa Amongs Muslims in SIngapore – The
Case Study of the Naqshbandi Haqqani, 2010, https://core.ac.uk/download/pdf/48639687.pdf,
accessed 22 Nov 2020.

• Persatuan Ulama Dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), Lembaga Biasiswa Kenangan
Maulud (LBKM), Obor Ummah – Jejak Tokoh Agama Islam in Singapura, 2010.

• Khairudin Aljunied, The Role of Hadramis in Post-Second World War Singapore – A


Reinterpretation, July 2017,
https://www.researchgate.net/publication/232873372_The_Role_of_Hadramis_in_Post-
Second_World_War_Singapore_-_A_Reinterpretation, accessed 03 Dec 2020

• Sufiz.com, Kisah Habib Noh, Wali Sakti dari Singapura, 12 March 2012
https://www.sufiz.com/jejak-wali/kisah-habib-noh-wali-sakti-dari-singapura.html, accessed 20
Oct 2020

• Tariqatu-l Arusiyyatu-l Qadiriyya Worldwide Association (Singapore), Saints of Singapore, 1 Oct


2019, http://taqwa.sg/v/articles/saints-of-singapore/, accessed 25 Oct 2020

• Mohd Fauzi Hamat, Mohd Khairul Naim Che Nordin (2012), Akidah dan Pembangunan Modal Insan,
UM Press, Malaysia.

• Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1978), Islam & Secularism, Gardners Books, UK.

• Syed Hosien Nasr (1968), The Spiritual Crisis in Modern Man, Unwin Paperbacks, UK.

• Ustadz Taha Suhaimi, Kisah teladan Islami, https://sayyidfajar.blogspot.com/2013/10/ustadz-


taha-suhaimi-cucu-syeikh.html, accessed 5 Dec 2020

Page 8 of 10
Lampiran 1

Tempat kuburan para wali di Singapura

No Nama Maqam Tempat


1 Maulana Muhammad Salih Masjid Jamae Chulia
2 Keramat Iskandar Syah, Sheikh Ismail Al Fort Canning Hill Park
Makki
3 Hajjah Fatimah Family Masjid Hajjah Fatimah
• Syed Syed Bin Abdul Rahman Alsagoff
• Syed Mohamed Bin Ahmed Alsagoff
• Syed Abdul Rahman Bin Mohamed
Balfaqih
4 Sharifah Zainah Binti Ali Alhabsyi Moonstone Lane
5 Sharifah Rogayah Al-Shatiri Duxton Plain Park
6 Keramat Kusu, Habib Abdul Rahman Al- Pulau Kusu
Majdhub
7 Maqam Tanah Kubor Temenggong Masjid Temenggong Daeng Ibrahim
• Habib Shiddiq Alhabshi
• Habib Ja’far Alhabshi
• Habib Salim Ba’Hassan
8 Keramat Kubur Kassim Perkuburan di 426, Siglap Plain
• Khawaja Habibullah Shah
• Sheikh Ali bin Abu Bakar Al-Khatib
9 Pusara Aman & Pusara Abadi Jalan Bahar
• Syeikh Umar bin Abdullah bin Ahmad bin (Senarai nama para ulama dan para wali yang
Salim bin Abdullah bin Abu Bakar Al- sudah meninggal adalah terlalu banyak)
Khatib
• Habib Awad bin Hamid Al-Bin Hamid
• Sheikh Zakaria bin Umar bin Abdullah
Bagharib
• Khawaja Mohamed Ibrahim bin
Mohamed Kassim @ Khawaja Kalimullah
Shah
• Sheikh Muhammad Taha bin Muhammad
Fadhlullah bin Muhammad As-Suhaimi
10 Maqam Radin Mas Mount Faber Road
• Radin Mas Ayu
• Radin Kesuma Jaya Ningrat
11 Maqam Wakaf Malabar Masjid Malabar
• Habib Muhammad bin Ahmad Al-Shatiri
• Maulana Malabari (al-Aidrus)

Page 9 of 10
Lampiran 2

Antara Para Habaib Yang Telah Wafat Di Singapura

No Nama Habaib Pakar


1 Nuh Bin Muhammad Alhabsyi Wali Allah Al Arif Billah
2 Syed Abdullah Bin Sheikh Bafaqih Ilmuan fiqh, nahu dan tafsir
3 Abdullah Bin Umar Alkhatib Imam Masjid and seorang hafiz
4 Umar Bin Abdullah Bagharib Imam Masjid and seorang hafiz
5 Muhammad Bin Salim Al-Attas Imam Masjid Baalawi Singapura
6 Sheikh Bin Abdullah Alhabsyi Ilmuan fiqh, nahu dan tafsir
7 Umar Bin Abdullah Alkhatib Ketua majlis raudhah di Singapura
8 Ali Bin Isa Alhaddad Ilmuan fiqh, nahu dan tafsir
9 Abdullah Bin Hassan Alsyatrie Guru besar di Johor, Singapura dan Brunei
10 Hussein Bin Muhammad Alhabsyi Imam Masjid Abdul Razzaq
11 Abbas Bin Muhammad Alsagoff Murabbi di Singapura
12 Syed Abdilah Bin Ahmad Aljufri Mudir Madrasah Aljunied
13 Ahmad Bin Muhammad Bin Semait Murabbi di Singapura
14 Hassan Bin Abdullah Alkhatib Penjaga makam Habib Nuh Alhabsyi
15 Umar Bin Hud Al-Attas Murabbi di Singapura
16 Abu Bakar Bin Taha Alsagoff Mudir Madrasah Aljunied
17 Syed Muhammad Bin Alwi Al-Idrus Mudir Madrasah Aljunied

Page 10 of 10

Anda mungkin juga menyukai