Anda di halaman 1dari 5

MAKALAH

TEORI PSIKOANALITIK MENURUT BORDEN

Oleh:
Kelompok 6
Angelina Pora Pae Dona 2001160089
Ronardzy Eloensto Saudale 2001160071
Sarakia Amrullah 2001160107
Arni M.W Selan 2001160029
Fransiska Letuna 2001160011
Jeni Alfionita Fio 2001160049

PROGRAM STUDI BIMBINGAN KONSELING


FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITAS NUSA CENDANA 2022
1. Latar Belakang

Teori Teori Psikoanalitik Bordin diperkenalkan oleh Bordin (dlm. Brown & Brooks 1984:96-100).
Teori Psikoanalitik Bordin dikenali sebagai teori pendekatan struktur yang membincangkan pemilihan
kerjaya, satu teori perkembangan hidup yang memberikan penekanan kepada faktor-faktor serta
proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya.

Teori tersebut diperkembangkan dari pada teori psikoanalisis tradisional oleh Sigmund Freud
tetapi telah disesuaikan dengan memberi fokus kepada perbincangan tentang kerjaya. Bordin
(dlm.Brown & Brooks 1984: 323) menyatakan bahawa hubungan antara keperluan-keperluan biologi
atau dorongan dan atmosfera keluarga akan menghasilkan jenis personaliti tertentu. Pernyataan ini
seakan-akan sama dengan idea Roe dan Holland, namun idea Bordin adalah berasaskan teori
psikologikal yang amat berbeda.

2. Inti Teori Bordin

(dlm.Brown & Brooks 1984) percaya bahawa penentu awal yang memberi pengaruh kepada
perkembangan personaliti adalah identifikasi anak-anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Kualiti
identifikasi yang diperoleh adalah bergantung kepada pengalaman hubungan bersama antara ibu bapa
dengan anak-anak.

Apabila mutualiti yang tinggi wujud antara ibu bapa dengan anak, permintaan luaran seiring dan
selari dengan keinginan untuk mendapatkan kepuasan melalui permainan, maka kerja akan menjadi
suatu pengalaman yang sangat menggembirakan, seolah-olah merupakan satu pengalaman permainan.
Kekurangan mutualiti pula akan menyebabkan pekerjaan mungkin akan dianggap sebagai sesuatu
yang menyusahkan dan membebankan.

Keperluan yang berpuncak daripada dorongan biologi dan kewujudan identifikasi yang sentiasa
berubah serta berbeza dari masa ke masa akan mempengaruhi dan menentukan pemilihan peranan
individu termasuklah pemilihan kerjaya tanpa disedari. Kerjaya pula dianggap sebagai jalan keluar
yang sangat sesuai untuk penyalur murnian harapan dan denyutan.

Pendirian Psikonalitik sangat menekankan kepada keupayaan mengubah apa yang dianggap
patologi iaitu lekatan atau fixation kepada perlakuan yang boleh diterima oleh masyarakat, iaitu
sublimasi atau penyalurmurnian. Pemilihan kerjaya mengikut teori ini banyak dipengaruhi oleh
pemikiran-pemikiran bawah sedar dan mekanisme helah bela diri. Tumpuan diberikan kepada aktiviti-
aktiviti atau perkerjaan-perkerjaan yang menyeronokkan serta memberi kepuasan.

Sublimasi atau penyalurmurnian ialah satu bentuk mekanisme helah bela diri yang selalu
digunakan oleh individu dalam usaha mengekalkan kestabilan personalitinya. Misalnya, individu yang
mempunyai dorongan seks yang kuat daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
dan tidak sihat, akan menyalurmurnikan desakan dalaman ini tanpa disedari dengan menjadi pakar
sakit puan atau ahli ginekologi.

Selain itu, seseorang yang suka menyakiti orang lain iaitu sadistik dan suka membuat kerosakan
seperti membunuh boleh menukarkan perlakuan tersebut kepada aktiviti sosial yang berguna seperti
penyembelih binatang dan pakar bedah. Individu yang agresif dan mempunyai tenaga terpendam lasak
seperti peninju profesional, ahli gusti, pelumba fomula 1, pemain rugbi dan sebagainya.
Dalam rangka kerja psikoanalitik, pemilihan kerjaya pada peringkat rendah dibuat untuk
memuaskan keperluan asas dengan menggunakan pengalaman awal kehidupan. Pertimbangan wajar
terhadap kerjaya individu berdasarkan dimensi psikoanalitik adalah seperti yang berikut:

1) Dimensi Agresif Secara Oral Perkembangan personaliti pada peringkat oral dikaitkan
dengan aktiviti memotong, menggigit, mengunyah, menghisap dan menelan. Kepuasan
adalah berkaitan dengan penggunaan gigi untuk memotong, mengunyah dan mengigit.
Daripada segi kerjaya pula, kepuasan akan diperolehi dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang berkisar kepada penggunaan alat pemotong untuk memotong atau
penggunaan perkataan untuk menghujah dan berdebat.
2) Dimensi Manipulatif Fizikal Dimensi manipulatif fizikal iaitu menggunakan kekuatan
fizikal atau mesin untuk menghasilkan tenaga.
3) Dimensi Manipulatif Psikologikal Manakala dimensi manipulatif psikologikal, iaitu
menggunakan kaedah atau cara-cara psikologikal untuk mempengaruhi atau mengawal
orang lain.

3. Usul Utama Teori Psikoanalitik Bordin

Untuk memahami Teori Psikoanalitik Bordin dengan lebih jelas, Bordin telah mengemukakan
beberapa usul untuk menerangkannya. Usul pertama ialah setiap individu mencari perasaan dan
pengalaman yang menyeluruh serta kegembiraan dalam semua aspek kehidupan dan ini juga termasuk
pekerjaan. Mereka akan berusaha untuk mendapatkan keseronokan, kebahagiaan, kegembiraan dan
mengelak daripada mendapat kesusahan.

Usul kedua menyatakan kehidupan seseorang individu boleh dilihat sebagai satu rangkaian
mengenai keputusan-keputusan kerjaya yang menggambarkan ketidakpastian individu untuk mencari
keselarasan yang ideal. Sekiranya wujud keselarasan antara individu dengan pekerjaan, maka
kepuasan akan dicapai.

Selain itu, darjah penggabungan antara permainan dengan pekerjaan ialah fungsi sejarah
perkembangan individu yang berkaitan dengan kompulsi dan usaha. Permainan merupakan salah satu
aspek penting dalam perkembangan individu dan selalunya berkaitan dengan kegembiraan dan
keseronokan. Sekiranya bekerja sinonim dengan bermain, maka pekerjaan merupakan sesuatu yang
menggembirakan dan menyeronokkan. Usul yang seterusnya ialah sistem yang paling berguna dalam
menggambarkan pekerjaan bagi motif-motif intrinsik ialah satu sistem yang berupaya menawan gaya
hidup atau gaya perangai individu di samping merangsang serta mudah menerima konsep-konsep
perkembangan. Motif intrinsik utama manusia adalah keseronokan dan individu akan menyalurkan
tenaga dalamannya tanpa disadari dengan melibatkan diri dalam kerjaya yang memberikannya
keseronokan dan kegembiraan.

Puncak perkembangan aspek personal mengenai kerjaya seseorang individu boleh diperoleh
sepanjang tempoh perkembangan awal kanak-kanak iaitu di suatu masa di tahun-tahun terawal
kehidupan individu. Peringkat-peringkat ini dikatakan mempengaruhi perkembangan personaliti dan
seterusnya mempengaruhi pemilihan kerjaya individu.

Setiap individu mempunyai matlamat untuk membentuk identiti diri dengan menggabungkan
aspek-aspek ibu dan bapa yang kemudiannya akan mengekalkan unsur-unsur yang unik untuk dirinya
sendiri. Ibu bapa merupakan model terdekat dan melalui proses identifikasi, individu akan membina
personaliti dan identiti diri.
Usul teori Bordin yang terakhir adalah mengenai sumber kekusutan dan kesukaran ketika
membuat keputusan tentang kerjaya. Salah satu sumber kekusutan dan kesukaran ketika membuat
keputusan tentang kerjaya ialah apabila individu menghadapi ketidak pastian dan ketidak puasan
dengan resolusi-resolusi semasa kendiri. Masalah membuat pemilihan dan keputusan kerjaya berlaku
apabila individu tidak pasti dengan pilihan yang dibuatnya sama ada sesuai ataupun tidak.

4. Rumusan

Teori Psikoanalitik Bordin menyatakan bahawa hubungan antara keperluan keperluan biologi
atau dorongan dan atmosfera keluarga akan menghasilkan jenis personaliti tertentu. Teori ini percaya
bahawa penentu awal yang memberi pengaruh kepada perkembangan personaliti ialah identifikasi
anak-anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Kualiti identifikasi anak-anak pula banyak bergantung
kepada pengalaman dan hubungan yang dilalui bersama antara ibu bapa dengan kanak-kanak.
Keperluan yang berpunca daripada dorongan biologi dan kewujudan identifikasi yang sentiasa
berubah serta berbeza dari masa ke masa dikenal pasti mempengaruhi dan menentukan pemilihan
peranan individu termasuklah pemilihan kerjaya individu tanpa disedari.

Teori kerjaya Psikoanalitik Bordin tidak begitu banyak sumbangannya kepada para kaunselor
kerjaya berbanding dengan teori-teori kerjaya yang lain. Teori ini juga bukanlah teori yang heuristik
menyebabkannya tidak banyak pengikut dan penyokong. Walaupun Teori Psikoanaliti tidak banyak
penyokong, teori ini tetap berguna dan memberi sumbangan yang signifikan kepada para kaunselor
kerjaya dalam memahami sebab-sebab berlakunya dilema dan masalah dalam membuat pemilihan
kerjaya.

5. Kelebihan Teori Psikoanalitik Bordin

• Berbeza daripada teori-teori pemilihan kerjaya yang lain kerana iamengambil kira ataupun memberi
tumpuan kepada proses psikologikal yang berlaku dalam diri individu di sebalik pilihan kerjaya
yang dibuatnya.

•Teori ini mengambil kira faktor perkembangan hidup yang pernah dialami oleh individu dalam
menentukan kerjaya berbanding teori lain yang melihat personaliti diri individu.

• Bordin percaya bahawa pengalaman kanak-kanak dengan ibu bapa dan juga identifikasi ibu bapa
mempengaruhi pemilihan kerjaya individu pada masadep

• Bordin menggunakan modelpokok sebagai metafora untuk pilihan kerjaya. Dia melihat bahwa
aktiviti bermain, usaha, dan paksaan semasa zaman kanak-kanak sebagai akar dari mana ranting
tumbuh dalam arah yangberbeza. Ranting mewakili pilihan kerjaya individu sepanjang hidup mereka,
yangmencerminkan kesesuaianantara diri mereka dan kerjaya yang dipilih.

6. Kelemahan Teori Psikoanalitik Bordin

• Gagasan-gagasan (buah fikiran) yang terkandung dalam teori ini adalah tidak jelas.

• Tidak memberi banyak sumbangan dalam membantu konselor kerjaya berbanding dengan teori-
teori lain.

• Bukanlah teori yang heuristic menyebabkan teori ini tidakmempunyai ramai pengikut dan
penyokong.
Daftar Pustaka

Sidek Mohd Noah . 2002. Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs.edu3102_1333333690.ppt.

http://books.google.com.my/books

http://www.v2.career2zoom.com/index.php/en/kerjaya/teori-kerjaya/641-teori-bordin

http://theboxoflifetheboxofeducation.blogspot.com/2009/11/konsep-psikoanalisis mengenai-
pemilihan.html

Anda mungkin juga menyukai