Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA KURSUS UPM 2112 ASAS PENGURUSAN

SEMESTER 2

NO DAN TAJUK 5 KEPIMPINAN


KERTAS PENERANGAN
1. Mentakrifkan kepimpinan
( INFORMATION SHEET
2. Menerangkan )
kepentingan kepimpinan
STANDARD PEMBELAJARAN 3. Mengenal pasti teori kepimpinan
4. Memerihalkan Gaya kepimpinan
5. Membandingkan pemimpin dan pengurus

NO KOD UPM 2112

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH
1. DEFINISI KEPIMPINAN
• Satu proses yang dilakukan oleh pengurus dalam usaha untuk mencapai
matlamat organisasi yang telah ditetapkan
• Kepimpinan juga merupakan kemampuan seseorang untuk mempengaruhi
individu lain supaya melakukan sesuatu. Manakala, pemimpin pula individu
yang mampu mempengaruhi individu lain melakukan apa yang dikehendaki.

2. KEPENTINGAN KEPIMPINAN
I. Mempengaruhi pekerja
• Pengikut/ pekerja akan dipengaruhi oleh pemimpin untuk bertindak
secara efektif supaya aktiviti yang telah dirancang dengan berkesan.
II. Menjadi teladan untuk pekerja
• Ciri kepimpinan seperti kegigihan, keazaman dan keyakinan dijadikan
teladan oleh pekerja bawahan
III. Membantu ketua mengurus secara berkesan
• Sebagai pemimpin, pengurus harus berupaya untuk membentuk 1
pasukan yang mantap dan memberi rangsangan kepada pasukan agar
matlamat dapat dicapai
IV. Mempunyai autoriti untuk mengarah
• Seorang pemimpin harus diberi autoriti supaya dapat menjalankan
tugas dengan berkesan dan dihormati dan disegani oleh pekerja

3. TEORI KEPIMPINAN

• Teori sifat/ traits theory


➢ Berasaskan andaian bahawa pemimpin mempunyai sifat sahsiah, sosial,
fizikal @ intelektual yg berbeza dengan bukan pemimpin.
➢ Kepimpinan adalah kebolehan semulajadi.
➢ Teori ini menekankan pada sifat kualiti yang dimiliki bagi melayakkannya
jadi pemimpin.
➢ Ada 6 sifat yg dikenalpasti:
I. Bercita-cita tinggi dan bertenaga
II. Kemahuan utk memimpin
III. Kejujuran dan integriti
IV. Keyakinan diri yang tinggi
V. Tahap Kecerdasan yang tinggi
VI. Berpengetahuan yang luas dalam tugas yang dilakukan.
➢ Sifat-sifat tersebut belum menjamin kejayaan seseorang pemimpin.
➢ Robbins (2001) menyatakan 4 sebab utama :
I. Tidak memperdulikan keperluan pengikut
II. Gagal untuk menjelaskan kepentingan pelbagai sifat secara
relatif.
III. Tidak mampu memisahkan antara sebab dan penyebab.
IV. Membelakangkan faktor kesemasaan.
Sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin

• Teori perilaku/ behavioral models


➢ Berdasarkan penyelidikan, tingkah laku pemimpin berdasarkan teori ini
mempunyai kecenderungan terhadap dua perkara:
o Pertimbangan, yang merupakan kecenderungan pemimpin yang
menggambarkan hubungan erat dengan orang bawahan. Contoh-
contoh gejala yang wujud dalam kes ini seperti: mempertahankan
bawahan, memberikan input kepada bawahan dan bersedia untuk
berunding dengan bawahan.
o struktur inisiasi yang merupakan kecenderungan pemimpin untuk
membatasi bawahan. Satu contoh yang dapat dilihat, bawahan
mendapat petunjuk dalam menjalankan tugas, bila, bagaimana kerja itu
selesai, dan hasil apa yang akan dicapai.
➢ pemimpin yang baik adalah bagaimana pemimpin mempunyai perhatian
yang tinggi terhadap bawahan dan hasil yang tinggi juga.
➢ Kemudian muncul teori kepimpinan situasi, di mana pemimpin mestilah
diagnosis yang baik dan mesti fleksibel, mengikut perkembangan dan tahap
kematangan subordinat.

• Teori kontingensi

➢ Bermula pada tahun 1962, teori ini menyatakan bahawa tidak ada sistem
pengurusan yang optimum, sistem bergantung pada tahap perubahan
dalam persekitarannya. Sistem ini dipanggil sistem organik (bertentangan
dengan sistem mekanistik), sistem ini mempunyai beberapa ciri:
o Bahannya adalah manusia bukan tugas.
o Kurang penekanan pada hierarki
o Struktur saling berkaitan, fleksibel, dalam bentuk kumpulan
o Bersama-sama dengan nilai, kepercayaan dan norma
o Pengendalian diri, penyesuaian bersama
4. GAYA KEPIMPINAN
• Demokratik
➢Pemimpin akan menilai cadangan yang bernas diberi oleh pekerja bagi
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan yang
bijak
• Autokratik
➢ Melibatkan aktiviti pembuatan keputusan dilakukan oleh seorang ketua
sahaja
➢Pekerja tidak diberi peluang untuk memberikan pandangan, idea atau
pendapat mereka
• Laissez – faire
➢Memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja organisasi untuk membuat
keputusan
➢Seorang pemimpin atau ketua akan memberi kuasa kepada pekerjanya
untuk membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang telah
diberikan oleh pemimpin atau ketua tersebut

5. PERBEZAAN PEMIMPIN DAN PENGURUS

DIMENSI PEMIMPIN PENGURUS


Fungsi Menetapkan hala tuju, iaitu visi Merancang iaitu melaksanakan
dan misi organisasi fungsi perancangan
Peranan Memainkan peranan mengurus Menyusun dan mengorganisasi,
iaitu menyusun, mengagih iaitu melaksanakan fungsi
sumber dengan cekap dan pengorganisasian dan penstafan
berkesan, dan berusaha untuk dan berusaha mencapai
mencapai matlamat yang lebih matlamat yang ditetapkan
baik daripada yang telah
ditetapkan
Pengaruh Memberi dorongan, motivasi dan Mengarah dan mempengaruhi
inspirasi kepada pekerja melalui pekerja dengan menggunakan
kaunseling dan jalinan autoriti atau kuasa rasmi
perhubungan baik
Penyelesaian Menyelesaikan masalah yang Memastikan aktiviti organisasi
masalah berlaku antara pekerja dan berjalan pada landasan yang
menganalisis serta menangani betul, iaitu melaksanakan fungsi
perubahan yang berlaku pengawalan
Akauntabiliti Bertanggungjawab dan sanggup Tidak berani mengambil risiko
menanggung beban apabila dan tidak menyalahkan diri
berlaku kesilapan di tempat sendiri apabila sesuatu yang
kerja, iaitu mempunyai tidak baik berlaku di tempat kerja
akauntabiliti
Fokus isu Prihatin terhadap isu-isu peribadi Kurang prihatain terhadap isu-
peribadi pekerja dan pencapaian pekerja isu peribadi pekerja dan
serta mewujudkan hubungan pencapaian pekerja serta lebih
interpersonal yang baik antara mementingkan pencapaian
pemimpin dengan pekerja matlamat organisasi

Anda mungkin juga menyukai