Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Isu Transformasi Dalam Pendidikan Sosial

Artikel jurnal yang bertajuk Change and Deeper Change:Transforming Social Work
Education ini merupakan sebuah artikel jurnal yang mengetengahkan isu transformasi dan juga
perubahan yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi. Penulis yang merupakan seorang guru
pada asalnya mengetengahkan senario transformasi ini melalui suasana kelas yang pernah diajarnya
pada suatu masa dahulu.

Isu transformasi yang diangkat oleh penulis ini dibincangkan apabila beliau menyedari
bahawa apa yang dilakukan olehnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama ini hanya
menjadi rutin semata-mata dan tidak membantu perkembangan dan perubahan dalam diri pelajarnya.
Menurut penulis, sebagai seorang guru beliau pernah menyediakan nota pelajaran yang banyak dan
pada sangkaannya itulah yang akan membantunya memberikan penerangan kepada pelajar di dalam
kelas berkaitan topik yang hendak disampaikan.

Namun, lama kelamaan beliau semakin tidak menggunakan nota yang disediakan dan lebih
selesa memberikan peluang kepada para pelajarnya berbincang dan meluahkan pandangan bagi
menggalakkan interaksi sesama mereka. Penulis merasakan kaedah pengajarannya mula berubah dan
bertambah baik berbanding sebelumnya yang hanya melibatkan pengajaran sehala.

Berdasarkan penyampaiannya, penulis mencerminkan bahawa pengajaran yang hanya


berpandukan kepada nota-nota dan edaran kepada para pelajar sahaja tidak mencukupi. Berpegang
kepada prinsip asal penulis iaitu bertanggungjawab dalam memberikan pembelajaran yang sempurna
dari segi kandungan kepada para pelajarnya, penulis mula mengorak langkah untuk melakukan satu
perubahan dalam kaedah pengajaran yang selama ini pada pandangannya berada pada tahap yang
baik.

Menurut penulis, sebagai seorang guru, beliau sentiasa ingin memastikan para pelajarnya
mampu menjadi agen perubahan dan tidak hanya melakukan perubahan ke atas diri malah turut
mementingkan pembangunan masyarakat yang lebih adil. Penulis menyatakan bahawa isu untuk
melakukan transformasi ini terutamanya dalam bidang pendidikan memerlukan perubahan dalam
pemikiran beliau sendiri terlebih dahulu bagi menghubungkan matlamat transformasi ini dengan
praktis falsafah pendidikan sedia ada.

Penulis membangkitkan isu transformasi ini memandangkan pada pendapat beliau, sekiranya
bidang pendidikan kerja sosial ini menginginkan pekerjanya menjadi agen sosial perubahan dalam
masyarakat maka perkara utama yang harus difikirkan kembali ialah sistem dan juga pendekatan
pendidikan yang lebih radikal. Penulis mengembangkan isu transformasi ini melalui pengaplikasian
konsep ini dalam bidang kerja sosial itu sendiri. Penulis telah memberikan makna transformasi dan
penggunaan perkataan dan istilah ini daripada sudut yang pelbagai bagi memudahkan pembaca
memahami dengan lebih jelas istilah transformasi yang dibincangkan.

Kerangka konsep transformasi juga telah disediakan oleh penulis sebagai sebagai asas kepada
perbincangan isu transformasi yang dihuraikan dalam artikel ini. Penulis telah memilih untuk
melakukan perbandingan antara teori pendidikan transformatif dengan kerangka konsep
transformasinya sendiri. Huraian dan penjelasannya dari aspek makna transformasi mencerminkan
bahawa istilah transformasi ini boleh digambarkan dalam pelbagai situasi dan kedaaan. Menurut
beliau, transformasi merupakan perubahan yang berterusan dan bagi melakukan perubahan ini,
Pelakunya haruslah bersikap fleksibel dan tidak tertumpu hanya kepada perkara rutin sahaja.

Penulis menarik perhatian pembaca dengan merungkai aspek perubahan transformatif dari
sudut individu, organisasi atau sosial secara keseluruhannya. Penulis menggariskan tiga syarat utama
dalam kerangka konseptual transformasi iaitu untuk berubah haruslah mengekalkan sistem sedia ada,
dan yang kedua ialah ialah meneliti kembali sistem sedia ada dan menyediakan soalan yang bersifat
meluas untuk mencabar sistem dan yang terakhir ialah perubahan yang dilakukan memerlukan
kapasiti sistem sedia ada untuk melakukan perubahan yang diinginkan.

Dalam erti kata lain, penulis menitikberatkan syarat yang ketiga iaitu orientasi transformasi
ini perlulah berdasarkan kepada interaksi yang menggalakkan idea dan kepercayaan diri yang
menjadi asas kepada sesuatu perubahan sosial. Gambaran yang diberikan oleh penulis melaui
huraiannya jelas menunjukkan bahawa situasi penulis memberikan nota kepada para pelajar yang
sering dilakukannya dalam sesi pengajaran semasa di dalam kelas hanya mengekalkan sistem sedia
ada iaitu meneruskan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak mencabar sistem
sedia ada.

Penulis memberikan gambaran kerja sebagai seorang guru hanya tertumpu kepada pembinaan
soalan ujian, memperkenalkan topik-topik pembelajaran kepada pelajar dan melakukan penggredan
markah pelajar mengikut sistem sedia ada sahaja. Secara keseluruhannya, gambaran ini hanya
menepati syarat pertama kerangka konseptual transformasi yang diketengahkan oleh penulis di awal
perbincangan artikel ini.

Oleh yang demikian, penulis mengajak pembaca membandingkan perubahan atau


transformasi yang harus dilakukan dalam erti kata yang sebenar dimana perubahan tidak hanya
tentang apa yang difikirkan tetapi lebih menjurus kepada bagaimana kita memikirkan tentang sesuatu
perkara dari sudut yang berbeza.
2.0 Teori PembelajaranTransformatif

Dalam artikel ini, penulis mengetengahkan teori pembelajaran transformatif yang


dikhususkan kepada perubahan sikap dan juga pengetahuan. Ia bertepatan dengan Edward W.Taylor
(2006) yang menyatakan bahawa pembelajaran transformatif ini didefinisikan sebagai satu proses
yang mengandungi kepercayaan, andaian, nilai dan pelbagai persoalan yang menjadikan seseorang
individu itu lebih terbuka.

Pada pendapat penulis, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk untuk menjadi
sumber inspirasi dan melatih guru-guru lain agar melakukan transformasi atau anjakan dalam
memberikan pengalaman dan suasana kelas yang mampu menawarkan persekitaran pembelajaran
yang memEnuhi keperluan kesemua pelajar.

Dalam artikel ini, penulis menggariskan tiga syarat utama yang terdapat dalam kerangka
konseptual transformasi yang diperlukan oleh individu atau organisasi bagi melakukan perubahan.
Syarat yang pertama ialah mengekalkan sistem sedia ada. Kedua, perubahan yang dilakukan
hendaklah bersistem dimana individu atau organisasi yang melakukan perubahan hendaklah
mempunyai sifat ingin tahu yang meluas dalam sesuatu bidang dan tidak tertumpu kepada sesuatu
aspek sahaja semasa melakukan perubahan tersebut.

Syarat yang ketiga ialah kapasiti sistem organisasi itu sendiri samada mampu melakukan
perubahan ataupun tidak. Penulis jelas menggambarkan bahawa perubahan atau transformasi ini harus
dilakukan ke tahap yang seterusnya apabila individu atau organisasi tersebut sudah pun mencapai
tahap sedia ada yang diperlukan sebelumnya.

Ini bertepatan dengan Mila Saraswati,Ida Widanigsih (2006) yang menyatakan bahawa
antara faktor berlakunya perubahan soSial adalah kerana timbulnya rasa tidak puas terhadap situasi
sedia ada sehingga timbul keinginan untuk mencari atau mencipta situasi baru yang lebih baik.
Perubahan Sosial juga berlaku apabila terdapatnya penemuan-penemuan baru meliputi
penciptaan(invention),penemuan(discovery)dan difusi (diffusion).

Kerangka konseptual transformasi yang ditekankan oleh penulis juga lebih menjurus kepada
syarat yang ketiga dimana menurut beliau, kapasiti kemampuan individu atau organisasi untuk
melakukan perubahan merupakan satu orientasi yang diperlukan bagi indvidu tersebut berinteraksi
dengan idea, kepercayaan dan persekitaran yang menjadi asas kepada perubahan yang ingin
dilakukan.
3.0 Hubungkait antara Teori Pembelajaran Transformatif dengan Teori Perubahan Sosial

Teori Pembelajaran Transformatif ini berkait rapat dengan teori perubahan sosial. Terdapat
beberapa unsur pembelajaran transformatif yang mempunyai persamaan dan mempunyai kaitan yang
jelas dengan perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kenyataan penulis yang
menggambarkan transformasi sebagai satu proses yang berterusan selari dengan elemen teori
perubahan sosial oleh Rudolf Steiner (1997) yang menyatakan bahawa perubahan merupakan suatu
proses yang berterusan dan berulang-ulang sifatnya.

Teori-teori perubahan sosial seperti evolusi, siklus, konflik dan fungsional turut
mengetengahkan aspek perubahan yang berlaku dalam masyarakat atau organisasi disebabkan oleh
beberapa faktor yang tertentu. Teori Perubahan Sosial atau lebih dikenali dengan nama social change
theory ini dapat dilihat apabila artikel ini memperincikan tentang cadangan elemen-eleman yang
diperlukan dalam memastikan proses transformasi pendidikan sosial ini dapat dijalankan. Sebagai
contoh, penulis menyatakan bahawa pembelajaran transformatif (transformative learning) ini
memerlukan bukan sahaja keyakinan dan juga andaian yang positif malah lebih dari itu ia
memerlukan daya imaginasi (imagination) untuk berfikir di luar kotak.

Ini bermaksud, untuk berimaginasi ini seseorang individu itu haruslah berupaya untuk
memikirkan sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Berimaginasi juga menggalakkan individu tersebut
berfikir melebihi had atau batasan yang sering ditetapkan dimana had atau batasan inilah yang kerap
menjadi penghalang bagi seseorang itu mengembangkan daya fikirnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Rudolf Steiner (1997) menyatakan bahawa perubahan sosial bukanlah suatu proses yang
terjadi secara tiba-tiba lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu atau kelompok sosial sebagai
matlamat perubahan tersebut berlaku. Menurut beliau, perubahan ini berlaku kerana terdapatnya
perubahan dalam pola pemikiran yang dominan sebelumnya dan sangat sukar diubah.

Oleh yang demikian, unsur imaginasi yang dihuraikan penulis jelas mempunyai kaitannya
dengan perubahan dari aspek cara berfikir seseorang individu atau organisasi yang ingin melakukan
transformasi ini. Berimaginasi juga melahirkan individu yang melakukan perubahan atas dasar
percaya pada diri dan yakin apa sahaja boleh dilakukan dan tidak mustahil samada dalam kerjaya
mahupun kehidupan.

Unsur yang seterusnya ialah kreativiti(creativity). Unsur ini merupakan kesinambungan


daripada imaginasi yang terhasil daripada individu. Menurut penulis, kreativiti merupakan enjin
imaginasi yang menggalakkan seseorang itu respon terhadap persekitaran dan juga lebih memahami
kehendak semasa.
Penulis mencerminkan senario masyarakat yang sentiasa mementingkan pendekatan
berasaskan bukti atau dokumen semata-mata yang dilihatnya berisiko menghapuskan unsur imaginasi
dan kreativiti sekaligus menjadikan masyakarat yang terhasil ialah daripada individu-individu yang
terhad pemikirannya kerana hanya bergantung kepada data, kemungkinan dan jangkaan tanpa
melakukan apa-apa perubahan.

Unsur kreativiti ini jelas dapat dilihat dalam teori perubahan sosial. Rudolf Steiner (1997)
menjelaskan bahawa pentingnya golongan yang menyedari kekurangan dalam sesebuah masyarakat
dan sentiasa menginginkan penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa. Golongan seperti ini
mempunyai daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu perkara yang ‘luar
biasa’ dan lain daripada yang lain.

Penulis jelas menonjolkan pendirian dirinya dalam mengetengahkan kepentingan isu


pembelajaran yang bersifat transfomatif ini apabila beliau menyatakan pendidikan yang hanya
terbatas pada perkara-perkara tertentu dan tidak menggalakan wacana pemikiran dalam diri pelajar
hanya akan menghasilkan individu yang lebih cenderung untuk meniru dan berbanding untuk
mengubah dan melakukan penambahbaikan sekiranya ada kekurangan.

Sebaliknya, seseorang yang bersifat imaginatif dan kreatif tergolong dalam kategori
kumpulan individu yang melalui proses transformasi dalam pembelajaran. Mereka ini berpotensi
menjadi individu yang bersifat ingin tahu, mencabar sistem sedia ada dengan melihat dari sudut
pandang yang berbeza dan tidak hanya mengikut tanpa memikirkan alternatif atau idea lain yang
dirasakan boleh digunakan semasa bekerja atau semasa berdepan dengan cabaran dalam kehidupan
seharian.

Inidvidu yang bersifat kreatif ini terdiri daripada golongan yang sering menjalankan
penyelidikan dan berpotensi melakukan penemuan-penemuan baru terutamanya dari aspek teknologi.
Teknologi dan juga peralatan yang canggih menjadi kehendak dan keperluan masyarakat hari ini
dalam meneruskan proses tranformasi samada dalam bidang pendidikan sosial mahupun bidang-
bidang yang lain seperti ekonomi dan politik.

Unsur kreativiti ini jelas berkait rapat dengan teori perubahan sosial seperti yang dinyatakan
oleh Duane Champagne(2007) yang mengetengahkan elemen penemuan baru dimana terdapatnya
elemen ciptaan (invention) dan penemuan (discovery). Melalui elemen ini daya kreativiti yang
diterapkan dalam diri pelajar mampu melatih pelajar tersebut agar menjadi individu yang gemar
mengkaji dan menyeidik. Ha ini adalah kerana kreativiti merupakan suatu proses. Apabila kanak-
kanak mempunyai daya kreativitinya yang tersendiri maka mereka dapat memberikan makna dan
pengertian terhadap sesuatu ciptaan. Oleh yang demikian, pelajar yang kreatif ini akan sentiasa
berusaha mencari sesuatu penemuan baru mengenai hubungan antara idea mereka dengan bahan.
Unsur pembelajaran transfomatif yang seterusnya ialah permasalahan(problematizing) yang
dilihat oleh seseorang individu bagi mencari penyelesaian masalah tersebut. Menurut penulis, strategi
untuk menjadi orang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta bersifat kreatif dalam
mendepani cabaran ialah unsur merangka permasalahan dan juga penyoalan (questioning) yang
meluas terhadap sesuatu perkara.

Kerangka konseptual permasalahan perlu dilakukan oleh seseorang individu sebagai satu
usaha untuk mengetahui sejauhma sesuatu perkara itu mampu dilakukan dan boleh difikirkan dari
sudut yang berbeza. Kaitan yang jelas antara permasalahan (problematizing) dengan daya kreativiti
individu dilihat melalui pembukaan ruang terhadap pemikiran seseorang untuk melihat penyelesaian
terhadap sesuatu masalah yang timbul dari pelbagai sudut dan alternatif yang berlainan.

Unsur penyoalan (questioning) pula mmerupakan unsur terakhir yang dicadangkan penulis
bagi memenuhi orientasi transformasi yang ingin dilakukan seseorang individu. Sikap ingin tahu
dicerminkan melalui teknik penyoalan yaag bersikap meluas dan menyeluruh terhadap sesuatu
perkara yang dibincangkan.

Oleh yang demikian, penulis menggalakan aktiviti penyoalan yang boleh digunakan untuk
melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi dan dapat mengalihkan perhatian
pelajar daripada satu fakta kepada satu fakta yang lain. Penggunaan penyoalan ini penting bagi
mengembangkan kemahiran pelajar dalam mencerna pemikiran.

Ini kerana soalan-soalan yang perlu didedahkan kepada pelajar mampu memberi peluang
kepada para pelajar untuk mempelajari kemahiran menganalisis, mensintesis dan lebih berpeluang
untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya secara meluas. Daya fikir yang tinggi ini merupakan
elemen penting yang menjadi teras kepada kelangsungan sistem pendidikan sedia ada untuk
berkembang.

Ini sejajar dengan ciri-ciri perubahan sosial secara umumnya yang mementingkan perubahan
berlaku dari aspek pendidikan. Menurut Valerie Alia (2004), masyarakat yang memiliki sistem
pendidikan yang maju dapat mempercepatkan perubahan sosial yang positif. Pendidikan menjadi aset
penting dalam memastikan perubahan sosial berlaku kepada individu dan juga masyarakat.
3.0 Rumusan

Artikel ini jelas memberikan panduan kepada seorang guru tentang bagaimana inovasi dalam
mata pelajaran itu seharusnya lebih bersifat kontekstual dan tertumpu kearah membentuk pemikiran
kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran yang selanjutnya dapat pula menanamkan minat pelajar untuk
belajar dengan lebih berkesan di sekolah.

Bagi menjamin kecemerlangan organisasi sekolah pula, dicadangkan elemen kemanusiaan


seperti hubungan interpersonal, komunikasi serta kerja berpasukan dijadikan tunggak kepada
kecemerlangan dalam kepimpinan dan pengajaran di sekolah.

Rumusan dari artikel ini menjurus kepada pemahaman dan kepentingan pembelajaran
trasfomatif (transformative learning) sebagai kegiatan pembelajaran yang ditujukan untuk proses
kesedaran guru terhadap kelemahan atau kesalahan perspektif pengajaran dan pembelajaran
sebelumnya. Oleh yang demikian, guru dan juga para pendidik haruslah beralih kepada perspektif
baru yang dinilaikan tepat dan mampu memberikan impak positif kepada para pelajar.

Unsur kreativiti, imaginasi, permasalahan dan penyoalan merupakan antara contoh unsur
yang harus diterapkan dalam pembelajaran transformatif ini. Pelajar yang mempunyai unsur-unsur
seperti ini berupaya untuk membina, mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru. Mereka akan
mencuba dengan gaya dan teknik yang baru serta memanipulasikan idea mereka ini dengan pelbagai
tindakan berlainan daripada biasa.

Oleh yang demikian, apabila pelajar tersebut mempunyai tahap kreativiti yang tinggi maka
mereka juga berupaya menjadi individu yang kreatif dalam memikirkan sesuatu perkara terutamanya
dalam meneyelesaikan masaah dengan cara yang tersendiri. Ha ini adalah kerana, tunjang kreativiti ini
akan mengahsilkan individu yang berimaginasi tinggi dan melangkaui batas pemikiran biasa. Mereka
juga akan menjadi individu yang mampu menghasilkan idea sendiri yang tulen tanpa meniru atau
menciplak idea orang lain sekaligus mencabar kemampuan diri untuk berubah menjadi manusia yang
lebih positif.

Anda mungkin juga menyukai