Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 2 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2020/2021

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN

KOD / KURSUS DBE2323 PENGAUDITAN 1

K1 PENGENALAN KEPADA PENGAUDITAN


K2 JADUAL HASIL
KOMPETENSI
K3 JADUAL KOS JUALAN
K4 JADUAL GAJI
K5 JADUAL PERBELANJAAN

3.1 Menerima arahan kitaran kos jualan


KOMPETENSI UNIT
3.2 Mendapatkan dokumen kitaran kos jualan
3.3 Memeriksa kitaran kos jualan
3.4 Membuat ringkasan penemuan audit kitaran kos jualan

1. Menerangkan objektif, skop, prosedur dan dokumentasi pengauditan hasil,


kos jualan gaji, dan perbelanjaan (C2, PLO1)
HASIL 2. Melaksanakan kerja-kerja pengauditan jadual hasil, kos jualan, gaji dan
PEMBELAJARAN
perbelanjaan (P3,PLO2)
3. Mematuhi kod etika sebagai juruaudit semasa melaksanakan kerja-kerja
pengauditan. (A2, PLO8)
PLO 1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan
teknikal untuk melaksanakan tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang
perakaunan.
PLO 2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal,kaedah dan prosedur untuk
melaksanakan tugasan dalam Perakaunan

PLO 8 Mematuhi etika profesional, beretika dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan
serta sosial.
MAKLUMAT PELAJAR

NAMA

TARIKH
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 2
FB-010-23-DBE2323/P(3/5)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of :5

TAJUK : JADUAL KOS JUALAN

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan pendedahan awal
kepada pelajar berkaitan proses pengauditan dalam jadual kos jualan. Pelajar-
pelajar akan:-
a) Menerima arahan kitaran kos jualan (Belian).
b) Mendapatkan dokumen kitaran kos jualan (Belian).
c) Menyemak kitaran kos jualan (Belian).
d) Membuat ringkasan penemuan audit (Belian).

1. Pengenalan Kos Jualan

a) Definisi Kos Jualan : menurut MASB9, pengiktirafan belanja sebagai aliran


keluar aset atau pengurangan faedah ekonomi atau ada peningkatan dalam
liability yang dapat dipertimbangkan secara jujur. Ini bermaksud pengiktirafan
belanja berlaku secara serentak dengan meningkatkan liabiliti dan
mengurangkan aset

b) Kos jualan tertumpu kepada sistem pembelian barang niaga serta perkhidmatan
yang digunakan untuk pengilangan barang keluaran entiti serta belanja
kendalian yang terlibat dalam urusan perniagaan.

c) Objektif audit bagi kitaran kos jualan adalah untuk menyesuaikan secara
langsung dan khusus terhadap sesuatu transaksi atau peristiwa dan mengakui
pengiktirafan hasil

d) 3 jenis transaksi utama :

i) Jenis transaksi dan kesan kepada penyata kewangan


ii) Jenis dokumen dan rekod
iii) Fungsi utama dan Pembahagian tugas

e) Pengenalan jadual kos jualan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
FB-010-23-DBE2323/P(3/5)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of :5

i. Jadual Kos jualan tertumpu pada sistem pembelian barang atau


perkhidmatan yang digunakan untuk pengilangan barang keluaran entiti.
ii. Antara akaun yang digunakan ialah Akaun belian dan Akaun belum bayar

Semua walk through test adalah kerja audit yang dijalankan oleh pembantu audit.
Para pembantu audit perlu mencatatkan kerja audit dalam jadual petunjuk (Lead
Schedule) selepas selesai kerja.

2. Menerima Arahan Untuk Kitaran Kos Jualan (Belian)

a) Junior auditor akan menerima arahan daripada senior auditor untuk mengaudit
kitaran kos jualan iaitu belian.

b) Jenis dokumen dan rekod untuk tujuan audit kos jualan:


i) Tuntutan Belian/Nota Minta
ii) Pesanan Belian
iii) Laporan Penerimaan
iv) Invois Pembekal
v) Baucer Pembayaran
vi) Rekod Baucer / Jurnal Belian
vii) Lejar Subsidiari Akaun Belum Bayar
viii) Penyata Akaun Pembekal
ix) Cek jika buat pembayaran
x) Jurnal Pembayaran Tunai / Rekod Cek

c) Sebelum memulakan audit, rujuk perancangan audit atau Lead Schedule (TA)
dalam fail semasa.

3. Menyemak Kitaran Kos Jualan (Belian)

1. 3.
2. 4.
Semak jadual Pilih sampel dan
 Semak Imbangan   Semak dengan
petunjuk (Lead Semak dengan
Duga Jurnal Am
Schedule) Lejar Am

8.  7.  6.  5.
Buat laporan audit Buat casting / Pastikan no invois Semak dengan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
FB-010-23-DBE2323/P(3/5)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of :5

-Kerja audit semakan jumlah berturutan dan nilai buku belian /lejar
-Penemuan audit direkod adalah pemiutang dan
betul dapatkan invois

a) Kaedah walk through test kerja-kerja pengauditan buku belian.


b) Rekodkan jumlah jualan dalam Lead Schedule berdasarkan AP2 (Imbangan
Duga pelanggan) dan pilih sampel untuk diuji.
c) Vouched (semak) lejar am kepada jurnal am. Seterusnya, semak jurnal am
dengan buku belian / lejar pemiutang untuk dapatkan invois.
d) Semakan perlu dibuat ke atas buku belian ke akaun belum bayar dan invois
dengan melihat kepada tarikh, no rujukan, nama pemiutang dan nilai yang
dicatat mestilah sama.
e) Tandakan (ꓥ) atau (√ )bagi proses yang dapat dilaksanakan dalam audit jadual
kos jualan
f) Buat ujian pengiraan (casting) dalam setiap invois dan buku belian untuk sampel
yang dipilih.
g) Persampelan boleh dilakukan untuk menguji ketepatan catatan dalam buku
perakaunan dan ianya bergantung kepada penemuan. Sekiranya terdapat
keraguan dalam penemuan, 100% audit boleh dilaksanakan.

h) Proses pengauditan untuk belian tunai hendaklah menyemak buku tunai dan
baucer bayaran untuk mendapatkan bil tunai. Lakukan proses vouched dan
casting pada sampel yang dipiliH

4. Membuat Ringkasan Penemuan Audit Kos Jualan (Belian)

a) Buat laporan kerja audit dan penemuan audit serta lengkapkan Jadual Petunjuk
Kos Jualan ( Lead Schedule Cost of Sales )

b) Tambahkan ruangan peratus sampel yang diuji dan rekodkan catatan jurnal
audit sekiranya perlu.

c) Buat ringkasan skop kerja audit yang telah dibuat seperti

i) Menyemak 2 bulan sampel iaitu Bulan Januari dan Julai


ii) Membuat ujian pengiraan dalam invois dan Buku Belian bagi bulan Januari
dan Julai
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
FB-010-23-DBE2323/P(3/5)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of :5

d) Catatkan penemuan audit. Sebagai contoh; sekiranya terdapat invois belian


yang tidak direkodkan maka penemuan auditnya ialah ketinggalan catatan.
Kesilapan pengurusan dan catatan jurnal akan dilaksanakan dan helaian jurnal
audit (AP-5)

e) Catatkan penemuan audit sebagai Tiada apa-apa nota pengecualian sekiranya


tiada isu atau penemuan yang dibangkitkan.

Soalan

1. Senaraikan butiran yang akan disemak (vouched) semasa penyemakan Buku


belian kepada akaun belum bayar dijalankan.

___________________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
_________________________________________________________

RUJUKAN
1. Nor Azira Sawal, Mohd Fauzi Abu Bakar, Roslezazayti Ajeh (2020),Principles
of Auditing, Polytechnic Series, Oxford Fajar Sdn Bhd.

2. Ayoib Che Ahmad et al, (2018), Fundamental of Auditing(2018) Oxford Fajar


Sdn Bhd

3. Mohamad Abdullah bin Jusoh,2012. Pengauditan. Kuala Lumpur: CERT


Publication Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai