Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Syarikat Baja Sdn Bhd merupakan sebuah kilang memproses baja yang terletak di
Pasir Gudang, Johor. Syarikat ini telah mula beroperasi sejak tahun 1996. Syarikat Baja telah
terlibat di dalam industri pembuatan baja hampir 25 tahun. Syarikat ini memproses pelbagai
jenis baja sebatian untuk digunakan dalam penanaman kelapa sawit. Syarikat ini juga turut
mempuyai lebih 10 jenis baja yang dihasilkan menggunakan formula mereka sendiri. Produk-
produk Syarikat Baja ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna-
pengguna di luar sana. Syarikat Baja membekalkan produk-produk keluarannya ke ladang-
ladang kelapa sawit yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain itu, mereka turut
membekalkan produk keluaran mereka ke luar negara iaitu di Indonesia seperti di Palembang,
Pomtianak dan lain-lain. Permintaan bagi pasaran di Indonesia adalah sangat tinggi. Lokasi
Syarikat Baja agak strategik kerana kedudukan kilangnya yang terletak berhampiran dengan
Perlabuhan Johor. Ini secara tidak langsung memudahkan urusan penghantar produknya dan
produk tersebut dapat sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan. Pada awal penubuhan
Syarikat Baja Sdn Bhd, mereka hanya mempunyai pekerja seramai 80 orang sahaja. Namun
disebabkan permintaan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun, Syarikat Baja telah
menambah jumlah tenaga kerja mereka secara berperingkat. Sehingga tahun 2021, Syarikat
Baja mempunyai jumlah pekerja seramai 150 orang. Visi utama Syarikat Baja Sdn Bhd
adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan serta mahu
memantapkan lagi reputasi mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan.
Sumber Pengambilan Dalaman
Kaedah pengambilan pekerja secara dalaman adalah merujuk kepada satu proses bagi
mengenalpasti dan menarik pemohon dari kalangan pekerja yang sedia ada di dalam
organisasi bagi mengisi posisi kerja atau kekosongan jawatan yang ada dalam organisasi
tersebut (Tang Swee Mei; , Wan Din Wan Daud; , Norazuwa Mat; , Zurina Adnan;, 2019).
Dengan erti kata lain, pengambilan dalaman bermaksud pertukaran pekerja organisasi yang
ada dari satu jabatan ke jabatan lain dan dari satu jawatan ke jawatan lain. Pengambilan
kaedah ini adalah lebih ekonomik dan juga dapat dilakukan dengan cepat. Jenis pengambilan
secara dalaman ini juga menyediakan kumpulan calon yang boleh dipercayai kerana mereka
ini sudah bekerja dengan organisasi tersebut. Disamping itu, organisasi mempunyai
kemungkinan untuk mengetahui dengan lebih baik tentang kemahiran, kekuatan &
kelemahan mereka kerana mempunyai banyak maklumat mengenai mereka (Gabriel Ionuț
VASILE & Xiaoyu ZHAN, 2020). Terdapat pelbagai sumber pengambilan dalaman yang
boleh digunakan oleh sesebuah organisasi untuk mencari pekerja.

a) Pengumuman Kekosongan Jawatan


Hebahan tentang pengumuman kekosongan jawatan bagi pengambilan secara dalaman
adalah lebih kurang sama dengan pengiklanan bagi pengambilan secara luaran. Bagi
Syarikat Baja Sdn Bhd, pihak Pentadbiran dan Sumber Manusia akan mengeluarkan
memo atau notis pemberitahuan untuk dihebahkan kepada semua pekerja. Di dalam
memo tersebut akan dinyatakan tentang nama jawatan, tugas, kriteria atau syarat yang
diperlukan bagi jawatan tersebut serta cara bagaimana untuk memohon. Semua
permohonan akan di proses di bahagian Sumber Manusia dan mereka yang berkelayakan
akan ditemuduga. Kebiasaannya pengumuman kekosongan jawatan ini akan diumumkan
melalui pelbagai medium seperti email, WhatsApp atau memo yang ditampal di ruang
rehat dan di papan pengumuman.

b) Promosi Dalaman
Sumber ini biasa digunakan oleh kebanyakkan organisasi kerana ia sebagai satu cara
untuk menarik minat di sampiing memberi motivasi kepada para pekerja mereka. Proses
ini digunakan untuk mencari pemohon dalaman yang berkelayakan untuk mengisi
kekosongan jawatan tersebut. Promosi dalaman ini bukan sahaja dapat memberi
kelebihan dan faedah yang baik kepada pemohon tetapi juga dapat memperbaiki dan
meningkatkan kemahiran dan mutu kerja mereka. Bagi promosi dalaman di dalam
Syarikat Baja Sdn Bhd, ketua jabatan dan pihak pengurusan diberi kuasa untuk
mencadangkan nama pekerja yang layak untuk menjawat jawatan tersebut berdasarkan
kebolehan dan prestasi kerja mereka. Kemudian pekerja tersebut akan diletakkan di dalam
tempoh percubaan bagi memastikan mereka layak untuk jawatan tersebut. Promosi
dalaman ini memberi kelebihan kepada pihak syarikat kerana pekerja yang dipilih itu
sudah biasa dengan keadaan organisasi dan ini dapat mengurangkan tenaga dan masa
orientasi pekerja tersebut.

c) Perancangan Penggantian
Perancangan penggantian adalah salah satu daripada banyak strategi yang mesti ada
dalam sesebuah organisasi bagi membantu organisasi merancang masa depan dengan
lebih baik. Kaedah ini biasanya digunakan bagi jawatan yang penting di dalam syarikat
seperti ketua jabatan, eksekutif, pengurus dan sebagainya. Tujuan perancangan
penggantian adalah untuk merekrut bakat seseorang pekerja untuk mengisi jawatan
penting apabila mereka tersedia dengan sedikit masa peralihan. Ia juga bagi memastikan
bahawa pekerja tersebut sentiasa bersedia untuk mengambil peranan pihak atasannya.
Seorang pekerja yang berkebolehan dan berkelayakan serta mampu memikul
tanggungjawab akan dilantik oleh lembaga pengarah atau pengurus untuk menjadi
sandaran kepada segala tugas pihak atasannya. Di Syarikat Baja Sdn Bhd seseorang akan
dilantik berdasarkan prestasi pekerja tersebut. Pekerja tersebut akan dilatih untuk
melakukan tugas-tugas pihak atasannya. Dia akan mengambil alih peranan pihak
atasannya apabila pihak atasannya bercuti pada suatu jangka masa yang lama. Kaedah ini
adalah bagi memastikan semua urusan kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan
dan berjalan lancar tanpa perlu menunggu pihak atasannya.

d) Iventori Kemahiran
Inventori Kemahiran adalah fail atau rekod yang mengandungi maklumat mengenai setiap
pekerja. Rekod tersebut perlu di kemas kini secara berkala dan perlu diaudit untuk
memastikan rekod tersebut adalah tepat. Syarikat Baja mempunyai rekod maklumat
kesemua pekerja mereka. Rekod ini akan dikemas kini setiap tahun bagi memastikan
ianya adalah rekod yang terkini. Jika terdapat sebarang kekosongan jawatan di dalam
syarikat, pihak sumber manusia dan ketua jabatan akan mencari pekerja yang
berkelayakan berdasarkan rekod tersebut.
Sumber Pengambilan Luaran
Pengambilan luaran bermaksud proses pengambilan pekerja untuk sesuatu posisi kerja
dari sumber luar dari organisasi (H. John Bernardin, 1997). Pengambilan luaran amat popular
di kalangan organisasi-organisasi yang mahukan variasi, idea baru dan perubahan dalam
organisasi mereka. Ia juga digunakan apabila kaedah pengambilan dalaman tidak mendapat
sambutan, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan memerlukan banyak pengisian,
jawatan yang memerlukan pengkhususan kerja seperti pengawal keselamatan, bidang
penyelenggaraan ataupun jawatan professional yang memerlukan kelulusan dalam bidang-
bidang tertentu. Pengambilan luaran ini adalah satu proses yang lebih menyeluruh dan
melibatkan banyak proses. Ia terbuka kepada calon luar yang mempunyai pelbagai latar
belakang dan kelayakan. Berikut merupakan sumber pengambilan luaran yang digunakan
oleh Syarikat Baja Sdn Bhd.

a) Pengiklanan
Sumber ini merupakan kaedah yang paling mudah dan biasa digunakan dalam kaedah
pengambilan luaran. Terdapat pelbagai medium yang dapat digunakan untuk membuat
pengiklanan seperti melalui surat khabar, media massa seperti televisyen & radio,
menerusi Internet dan sebagainya. Bagi syarikat Baja Sdn Bhd, kami kebiasaan akan
menghebahkan jawatan kosong tesebut melalui suratkhabar serta Internet. Di dalam iklan
tersebut akan di nyatakan perincian spesifikasi pekerjaan tersebut, gaji, had umur serta
kelayakan yang diperlukan dengan jelas (Diane Arthur, 2015).

b) Pelajar Praktikal/Magang (Practicums or Internships)


Pelajar dari institusi pendidikan menjalani latihan industri di syarikat tertentu bagi
mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dipelajarinya untuk jangka masa
tertentu. Pelajar praktikal ini diletakkan di bawah pengawasan seorang pengurus bagi
mengawasi dan memantau prestasi kerja mereka. Terdapat juga syarikat yang akan
menawarkan jawatan tetap kepada pekerja tersebut selepas mereka menamatkan
pengajian. Seperti syarikat-syarikat lain, Syarikat Baja Sdn Bhd juga ada mengambil
pelajar praktikal. Kebiasaannya pelajar ini diberikan tugas untuk membantu pekerja-
pekerja tetap di situ. Ini kerana pelajar tersebut akan menjalani latihan praktikal mereka
sehingga tempoh waktu tertentu. Syarikat yang mengambil pelajar praktikal mempunyai
kelebihan di mana mereka hanya perlu membayar sejumlah elaun kepada pelajar tersebut.
Dengan ini perbelanjaan syarikat dapat dikurangkan.
c) Agensi pekerjaan
Ini merupakan salah satu sumber pengambilan pekerja profesional dan teknikal yang
berkesan. Terdapat banyak agensi pekerjaan swasta yang beroperasi di negara ini yang
memberikan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan dan penawaran tenaga kerja.
Pihak agensi akan cuba mendapatkan pekerja sesuai mengikut kehendak pihak syarikat.
Syarikat Baja juga tidak terkecuali dalam menggunakan sumber ini. Pihak syarikat akan
memberikan maklumat seperti nama jawatan, jumlah kekosongan, dan sebagainya kepada
pihak agensi untuk memudahkan pencarian. Kebiasaan Syarikat Baja menggunakan
perkhidmatan agensi untuk kekosongan jawatan yang banyak seperti pengawal
keselamatan atau pekerja am.

d) Rujukan atau Cadangan Pekerja


Sumber ini merujuk kepada pekerja yang bekerja di dalam organisasi akan mengesyorkan
rakan, saudara atau sesiapa yang mereka kenali yang mempunyai kemahiran atau potensi
serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Pekerja tersebut biasanya lebih memahami orang yang dicadangkannya dan dapat
memberikan butir-butir yang diperlukan oleh organisasi sebagai rujukan. Pada masa kini
adalah begitu sukar untuk mendapatkan para pekerja yang berkebolehan kecuali melalui
rujukan daripada pekerja sedia ada yang mana mereka lebih memahami kebolehan dan
kelayakan orang yang dicadangkannya itu. Terdapat sesetengah organisasi akan
memberikan insentif atau ganjaran kepada pekerja mereka jika orang yang disyorkan oleh
mereka diterima bekerja. Bagi Syarikat Baja Sdn Bhd, sumber ini sering digunakan
kerana ia adalah satu cara yang sangat berkesan kerana banyak orang yang berkelayakan
boleh dicapai dengan cepat dan sumber ini juga menggunakan kos yang sangat rendah.
Pihak syarikat juga akan memberikan imbuhan sebagai tanda penghargaan kepada pekerja
yang dapat membantu syarikat dalam mendapatkan pekerja.
Cadangan sumber-sumber pengambilan yang berkesan bagi jawatan
pegawai pentadbiran
Sumber-sumber pengambilan perlu dianalisis bagi memastikan strategi dan proses
yang digunakan adalah berkesan. Keberkesanan sumber pengambilan dapat dilihat dengan
melihat seberapa baik pekerja tersebut dapat melaksanakan tugas dan mengekalkan prestasi
yang baik. Kriteria-kriteria di bawah adalah yang digunakan oleh Syarikat Baja bagi melihat
keberkesanan sumber pengambilan yang digunakannya;

a) Mengupah pekerja yang berkualiti


Menilai kualiti pengambilan pekerja adalah sama pentingnya dengan menentukan
kejayaan peoses pengambilan pekerja tersebut. Mengambil pekerja berkualiti bermaksud
perolehan yang lebih rendah, lebih produktiviti, prestasi kerja yang baik serta dapat
memberi manfaat kepada pihak syarikat.

b) Kos upah
Kos upah adalah topik utama ketika mengira dan menguruskan anggaran pengambilan.
Pihak syarikat perlu mengukur dan menganalisis semula setiap kos upah bagi mengetahui
jumlah purata wang yang telah dikeluarkan oleh pihak syarikat untuk membuat
pengambilan pekerja baru. Kos ini merangkumi semua yang berkaitan dengan
pengambilan, pembelian peralatan, kos pentadbiran dan lain-lain. Terdapat pelbagai
kaedah yang digunakan untuk mengira kos upah. Untuk mengira kos upah, jumlahkan
semua kos pengambilan dalaman dan luaran dan dibahagikan dengan jumlah keseluruhan
pengambilan. Kos pengambilan dalaman merangkumi semua kos yang berkaitan dengan
jabatan pengambilan pekerja, seperti gaji perekrut, wawancara, kos tetap yang berkaitan
dengan infrastruktur, dan program rujukan pekerja, dan lain-lain. Kos pengambilan luaran
pula merangkumi semua perbelanjaan yang berkaitan dengan vendor dan calon luar, iaitu
yuran agensi, pengiklanan, teknologi, pameran pekerjaan, kos perjalanan, kos penempatan
semula, dan lain-lain (Daniela Costa, 2021).

c) Sumber keberkesanan saluran


Sumber ini merujuk kepada keberkesanan saluran yang digunakan untuk mengiklankan
jawatan kosong tersebut. Semasa mendapatkan calon kita boleh bertanyakan kepadanya
di mana dia mengetahui tentang jawatan kosong tersebut (seperti di Facebook, Telegram,
suratkhabar dan lain-lain). Setelah mengetahui saluran mana yang sering digunakan
mereka, maka kita boleh menggunakan saluran tersebut untuk masa akan datang. Setiap
saluran perlu dianalisis untuk memastikan saluran yang mana berfungsi dan saluran mana
yang perlu dipertimbangkan.

d) Pengalaman yang lalu


Keberkesanan sumber pengambilan bergantung kepada individu di dalam syarikat
tersebut. Syarikat memilih untuk bergantung pada pengalaman yang lama dengan sumber
yang serupa. Syarikat juga perlu meneroka dan belajar dari organisasi lain dengan
keperluan dan pengalaman yang serupa (Tang Swee Mei; , Wan Din Wan Daud; ,
Norazuwa Mat; , Zurina Adnan;, 2019).

e)
Kesimpulan
Kesimpulannya, sumber tenaga kerja adalah satu-satunya aset yang dapat membantu
pihak syarikat untuk menjadi lebih kompetitif. Keupayaan sesebuah syarikat akan tersekat
jika pekerja tidak komited, tidak mempunyai kebolehan serta pengetahuan yang mencukupi.
Secara keseluruhan daripada perbincangan di atas dapat kita ketahui sumber pengambilan
pekerja terbahagi kepada dua iaitu sumber pengambilan dalaman dan sumber pengambilan
luaran. Kedua-dua sumber ini mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang mana ia akan dapat
membantu pihak syarikat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja. Pihak syarikat berhak
memilih sama ada hendak menggunakan sumber pengambilan dalaman atau sumber
pengambilan luaran dalam proses untuk menghebahkan sesuatu jawatan kosong tetapi ia juga
bergantung kepada jenis jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Jika kita lihat,
sumber pengambilan dalaman adalah lebih menjimatkan kos berbanding sumber pengambilan
luaran. Namun begitu, sumber pengambilan luaran adalah lebih terbuka dan pihak syarikat
dapat memilih calon yang lebih bersesuaian untuk jawatan yang ditawarkan berbanding
pekerja sedia ada. Walaubagaimanapun, kedua-dua sumber ini mempunyai kelemahan dan
kelebihan tertentu dan segala risiko dari setiap perlaksanaan yang diambil akan ditanggung
oleh pihak syarikat itu sendiri. Dengan mengamalkan pendekatan yang lebih sistematik
terhadap kaedah pengambilan, maka pemilihan pekerja akan lebih tepat dan pekerja yang
dipilih akan lebih baik dan berkemampuan tinggi. Mereka akan lebih jelas dengan peranan
mereka dan mereka akan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lebih efektif.
Dengan itu, objektif pengambilan pekerja dalam organisasi dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai