Anda di halaman 1dari 7

NAMA: __________________________________________________ TARIKH: ________

Bahagian A
(30 markah)

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Maklumat di bawah merupakan sebahagian daripada cara-cara mencegah penyakit berjangkit.


Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah penyakit berjangkit. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Cara-cara Mencegah Penyakit Berjangkit


Cadangan Huraian Isi:
Pendahuluan
Mencegah lebih baik daripada mengubati – elak penyakit berbahaya – Covid-19 dan Influenza A – mudah berjangkit jika
Membasuh
persekitaran tangan
tidak bersih dengan cara
– Persoalannya apakahyang betul
cara-cara mencegah penyakit berjangkit?
Memakai pelitup muka

Ayat topik Membasuh tangan dengan cara yang betul


Ayat huraian Menutup
Tangan merupakan hidung
anggota dan
badan mulut
yang palingapabila batuk dalam
kerap digunakan atau rutin
bersinseharian seseorang
Ayat contoh Membasuh tangan selepas batuk dan bersin - sebelum dan selepas makan di kantin dan di restoran –
membasuh tangan sebelum dan selepas menggunakan tandas. Basuh tangan dengan cara yang betul –
seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – tujuh langkah selama 20 saat –
bukannya membasuh tidak bersungguh-sungguh – bagai melepaskan batuk di tangga.
Ayat kesan Dapat memutuskan rangkaian virus Covid-19
Ayat penegasan Jelaslah bahawa, membasuh tangan dengan cara yang betul dapat mencegah penyakit berjangkit

Ayat topik Memakai pelitup muka


Ayat huraian Seseorang tidak terdedah dengan persekitaran yang kurang bersih dan tidak sihat.
Ayat contoh Beli alat pelitup muka di farmasi, hospital dan pusat kesihatan. Jika tiada berkesempatan untuk pergi
ke tempat-tempat ini – boleh membelinya di LAZADA – pembelian dalam talian. Gunakan semasa
hendak ke tempat yang terdedah dengan pelbagai penyakit seperti di pusat beli belah dan rumah ibadat
Ayat kesan Jika tidak memakai pelitup muka akan mudah terdedah dengan bakteria dan virus yang berbahaya -
cegah sebelum parah
Ayat penegasan Tuntasnya, menggunakan pelitup muka dapat melindungi seseorang daripada penyakit berjangkit.

Ayat topik Menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin
Ayat topik Seseorang menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin apabila berurusan dengan orang lain.
Ayat huraian Kalau bersin atau batuk tidak memberi kesan kepada individu lain – tidak sebar penyakit berbahaya.
Ayat contoh Segera tutup hidung dan mulut jika hendak bersin dan batuk terutama tempat yang ramai orang seperti
di majlis kenduri dan di perhentian bas. Gunakan tisu atau sapu tangan untuk menutup hidung dan
mulut. Tisu yang digunakan mestilah dibuang.
Ayat kesan Diri kita dan orang lain tidak dijangkiti penyakit – hidup sihat badan cergas
Ayat penegasan Oleh itu, menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dapat menghindari seseorang daripada
penyakit berjangkit.
Penutup
Jelaslah bahawa, terdapat banyak cara mencegah penyakit berjangkit. Ibu bapa menerapkan kepada anak-anak sejak kecil
– melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan mengadakan kempen – rakyat Malaysia tahu akan kepentingan menjaga
kebersihan.

Bahagian B
[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Arahan : Pilih satu sahaja.

1. Sejak belakangan ini amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin terhakis.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memupuk kembali amalan tersebut.

2. Ibu bapa merupakan insan yang sanggup berkorban demi kesejahteraan anak-anaknya.
Huraikan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya.

3. Amalan mengadakan rumah terbuka merupakan aktiviti popular yang sering dinanti oleh
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Berikan pendapat anda tentang kepentingan
mengadakan rumah terbuka.

Cadangan Jawapan :

Soalan 1:

Ayat topik
Pendahuluan Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan membudayakan amalan yang baik
Ayat huraian
Amalan Ibu bapapenting
nilai murni sangat merupakan orang
untuk yang paling
membentuk dekat dengan
peribadi anak-anak
masyarakat yang dan biasanya
mulia. Tanpamenjadi idola perpaduan
nilai murni,
Ayat contoh Ibu bapa menunjukkan sikap dan perangai yang baik di hadapan anak-anak seperti melakukan solat
dalam kalangan masyarakat tidak akan wujud dan kita akan hidup dalam keadaan yang tidak harmoni. Persoalannya,
bersama dan selalu bersedekah sesama jiran tetangga
apakah langkah-langkah untuk memupuk kembali amalan tersebut?
Ayat kesan Anak-anak akan terkesan dengan segala perbuatan baik ibu bapanya
Ayat penegasan Jelaslah bahawa dengan membudayakan sikap terpuji anak-anak akan membesar dalam didikan yang
sempurna
Ungkapan Hal ini sama dengan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya
menarik

Ayat topik Pihak sekolah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik
Kewarganegaraan dan aktiviti kokurikulum
Ayat huraian Bidang kurikulum dan kokurikulum yang terdapat di sekolah merupakan jalan utama dan penting
untuk
memupuk semangat nilai-nilai murni dalam kalangan murid sejak kecil lagi
Ayat contoh Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
dan Pendidikan Sivik Kewarganegaan mampu menyuntik amalan nilai-nilai murni dalam hati anak-
anak murid manakala menerusi aktiviti kokurikulum pula dapat memupuk nilai bekerjasama melalui
aktiviti
perkhemahan atau gotong royong perdana
Ayat kesan Jika pihak sekolah mampu merealisasikan peranan seperti ini maka lahirlah anak-anak yang saling
menghormati dan menyayangi masyarakat di sekelilingnya
Ayat penegasan Tuntasnya. dengan penyertaan dan galakan secara maksimum akan menjadikan sekolah sebagai
tempat
asuhan penerapan amalan nilai-nilai murni yang paling berkesan.
Ungkapan Bak kata orang tua-tua melentur buluh biarlah dari rebungnya
menarik

Ayat topik Pihak kerajaan mengadakan kempen amalan nilai murni secara berterusan
Ayat huraian Pihak kerajaan seharusnya mengadakan pelbagai kempen yang bertemakan kepentingan amalan nilai-
nilai murni dalam kehidupan dan dilakukan secara berterusan melalui pelbagai media termasuk media
sosial.
Ayat contoh seperti mengadakan Kempen Sejambak Kasih, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, Kempen Jiran
Sepakat Membawa Berkat, Kempen Yang Tua diSayangi Yang Muda diHormati, Kempen Sayangi
Warga Emas, Kempen Menabung
Ayat kesan Jika kempen-kempen ini dijalankan secara berterusan dan berfokus kepada kumpulan sasar pasti akan
menimbulkan semangat patriotisme dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam diri generasi muda
Ayat penegasan Oleh itu, sesungguhnya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang terdapat dalam kempen-kempen seperti
di atas akan melahirkan generasi yang lebih cakna terhadap kehidupan bermasyarakat
Ungkapan Persis kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
menarik

Ayat topik Penerapan nilai murni melalui rancangan dan program yang disiarkan melalui media massa
Ayat huraian Pihak penulis, pengarah dan penerbit menghasilkan dan menayangkan karya dalam drama-drama yang
bertemakan kemasyarakatan, kekeluargaan dan kasih sayang dalam semua saluran media massa
Ayat contoh Antaranya adalah menghasilkan kisah-kisah kehidupan seperti Bersamamu, Suara Konsumer, Aduan
Rakyat dan Meja Bulat terbitan TV3 serta Program Jejak Kasih di TV1
Ayat kesan Paparan kisah-kisah yang memberikan teladan ini akan menimbulkan rasa prihatin dan simpati dalam
jiwa generasi muda
Ayat penegasan Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa merupakan saluran terbaik untuk mendidik
amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
Ungkapan Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air kerana selain berobjektifkan hiburan, rancangan
menarik atau program yang disiarkan juga dapat mendidik masyarakat.

Ayat topik Pihak Jawatankuasa dan Rukun Tetangga kampung giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan
Ayat huraian Jawatankuasa Kampung dan Rukun Tetangga merupakan persatuan yang dianggotai oleh segelintir
masyarakat penting dalam sesebuah kawasan perkampungan atau perumahan
Ayat contoh Persatuan ini mengadakan program-program kemasyarakatan di kampung atau perumahan masing-
masing seperti gotong-royong membersihkan kawasan, menolong majlis kenduri-kendara dan
menolong keluarga yang miskin dan ditimpa musibah
Ayat kesan program seperti ini akan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk meluangkan masa
bersama kerana masyarakat hari ini lebih mementingkan sikap materialistik dan individualisltik
semata-mata
hingga sukar untuk bergaul dengan orang lain
Ayat penegasan Pendek kata, jika pihak jawatankuasa dan Rukun Tetangga kerap melaksanakan program sebegini,
maka akan dapat mengajar penduduk tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang
terpuji bagi mewujudkan sebuah kelompok masyakarat yang harmonis
Ungkapan Hal ini sama seperti kata peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing
menarik

Penutup
Semua pihak harus menggembleng tenaga dan masa dalam memainkan peranan tersebut di atas agar kehidupan
harmonis dapat ditonjolkan kembali dalam diri, ahli keluarga dan masyarakat kerana hancur badan dikandung tanah, budi
yang baik dikenang juga.

Soalan 2

Pendahuluan
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Sejak
belakangan ini, sering dijadikan perbualan tentang isu anak-anak menderhaka dan melupakan ibu bapa mereka. Sebagai
seorang anak yang dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak
terhadap ibu bapa kita.

Ayat topik Belajar bersungguh-sungguh


Ayat huraian Setiap ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan bukanlah wang ringgit dan
harta benda.
Ayat contoh Rajin bertanya kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari –
mengulang
kaji pelajaran – mengikuti kelas tambahan
Ayat kesan Dengan sikap rajin ini anak-anak akan cepat faham dan mudah menjawab soalan dalam peperiksaan
dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Ayat penegasan Oleh itu ibu bapa akan berasa gembira apabila melihat anaknya belajar bersungguh-sungguh
Ungkapan Peribahasa ada menyatakan malu bertanya sesat jalan
menarik

Ayat topik Mentaati segala perintah dan nasihat ibu bapa


Ayat huraian Janganlah sesekali membantah segala suruhan ibu bapa kerana mereka merupakan insan yang
melahirkan kita
Ayat contoh Segala tugasan dan suruhan sama ada di rumah atau di luar rumah hendaklah dilaksanakan dengan
penuh ikhlas – membantu ibu mengemas rumah – membantu ayah mencuci kereta
Ayat kesan Jika segala perintah ibu bapa kita patuhi, maka Tuhan akan membalas kebaikan kita
Ayat penegasan Jelaslah, perbuatan mentaati perintah ibu bapa merupakan tanggungjawab wajib dilakukan oleh
seorang
anak yang soleh.
Ungkapan Bak kata orang-orang tua, syurga di bawah telapak kaki ibu
menarik

Ayat topik Menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya sudah berjaya
Ayat huraian Setelah berjaya, kita janganlah lupa bahawa ibu bapa merupakan cerucuk utama kejayaan kita. Jika
ibu
bapa memerlukan bantuan, bantulah mereka kerana mereka telah memberi segala keperluan makan
minum dan perbelanjaan persekolahan kita
Ayat contoh Apabila kita sudah berjaya dalam kehidupan seperti menjawat pekerjaan dengan gaji lumayan
selalulah
mengirim wang kepada ibu bapa kita – RM500 sebulan
Ayat kesan Jika kita selalu menghulurkan bantuan maka akan mampu meringankan sedikit beban ibu bapa kita

Ayat penegasan Oleh itu, setelah berjaya jangan lupa untuk menghulurkan bantuan kepada ibu bapa

Ungkapan Bak kata orang tua-tua, janganlah kita bagai kacang lupakan kulit
menarik

Ayat topik Menghormati ibu bapa


Ayat huraian Ibu bapa merupakan orang pertama yang perlu kita hormati kerana mereka telah melahirkan kita.
Janganlah sesekali menderhaka walau seburuk dan sejahat manapun mereka
Ayat contoh Jangan meninggikan suara dan bercakaplah dengan lemah-lembut dan berhemah tinggi kerana sebagai
seorang anak kita perlu berakhlak mulia terhadap ibu bapa. Bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke
sekolah.
Ayat kesan Dengan bercakap penuh sopan-santun dan bersuara sedarhana akan menggembirakan ibu bapa kita.
Ayat penegasan Jika gaya hidup menghormati ibu bapa diamalkan maka segala usaha dan apa yang kita lakukan pasti
diberkati oleh tuhan.
Ungkapan Rasulullah S.A.W pernah bersabda, akhlak yang buruk akan merosakkan amal, bagai cuka
menarik merosakkan
madu.

Ayat topik Menjaga nama baik ibu bapa


Ayat huraian Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah ahli keluarga
Ayat contoh Lakukan perkara-perkara yang membanggakan ibu bapa – memenangi pertandingan poster atau
permainan – tidak ponteng sekolah – tidak merokok
Ayat kesan Ibu bapa akan berasa bangga – anak mencapai kejayaan – mengharumkan nama keluarga
Ayat penegasan Anak-anak hendaklah menjaga nama baik ahli keluarga
Ungkapan Conteng arang di muka
menarik

Penutup
Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang
harmoni dan cemerlang

Soalan 3
Pendahuluan
Belakangan ini amalan mengadakan rumah terbuka sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat di Malaysia
apabila tiba hari-hari perayaan utama.

Ayat topik Mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat


Ayat huraian Semasa menghadiri rumah terbuka para tetamu daripada pelbagai latar belakang akan beramah mesra
dengan tetamu yang lain
Ayat contoh Ketika menjamu selera dan saling bersalaman itulah mereka akan berbual mesra dan saling
memahami
antara satu sama lain – Melayu – sate, rending lemang – Cina – Kuih Bulan – India – Maruku
Ayat kesan Dengan saling beramah mesra akan terpupuklah perpaduan dengan sendirinya
Ayat penegasan Oleh itu pertemuan dan ziarah ke rumah terbuka ini secara tidak langsung akan akan mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama

Ayat topik Memahami budaya dan adat resam kaum lain


Ayat huraian Ketika menghadiri rumah terbuka itu mereka akan dapat melihat dan memahami pelbagai adat dan
budaya kaum lain
Ayat contoh Contohnya, orang-orang Cina, India, Iban dan Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya
Aidilfitri bersama orang-orang Melayu dan begitulah sebaliknya.
Ayat kesan Dengan menyaksikan sendiri adat dan budaya kaum lain akan menjadikan tetamu berlainan latar
belakang saling memahami, mempelajari dan menghormati kehidupan masyarakat tertentu
Ayat penegasan Tuntasnya memahami budaya dan adat resam kaum lain merupakan kebaikan mengadakan rumah
terbuka kerana dapat mewujudkan budaya yang sihat serta memupuk semangat perpaduan dan
menyemai nilai toleransi dalam kalangan masyarakat
Ungkapan Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
menarik

Ayat topik Menarik perhatian pelancong


Ayat huraian Penganjuran rumah terbuka telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi
negara kerana aktiviti seperti ini merupakan persembahan yang sentiasa dinanti-nantilan oleh para
pelancong dari luar negara
Ayat contoh Kerajaan menganjurkan rumah terbuka – Para pelancong akan datang pada hari-hari perayaan
tertentu
seperti tahun baru Cina, hari raya dan Deepavali – Dataran Merdeka – Dataran Putrajaya
Ayat kesan Dengan menghadiri dan menyaksikan sendiri kepelbagaian yang kita ada mereka sebenarnya bukan
sahaja dapat melancong malah dapat memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di
negara kita
Ayat penegasan Oleh itu penganjuran rumah terbuka mampu meningkatkan industri pelancongan dan menjadikan
Malaysia destinasi utama pilihan pelancong
Ungkapan Sambal menyelam minum air
menarik

Ayat topik Mewujudkan semangat kerjasama antara rakyat Malaysia


Ayat huraian Sikap kerjasama ini terjalin apabila masyarakat Malaysia bersatu padu dalam menjayakan sesuatu
program khasnya seperti rumah terbuka
Ayat contoh Sebagai contoh penduduk yang tinggal di kampung mahupun di bandar yang bakal mengadakan
rumah terbuka akan meminta bantuan jiran dan saudara mara atau rakan-rakan menyediakan juadah
majlis rumah terbuka mereka – nasi himpit dan kuah kacang, ladu
Ayat kesan Melalui aktiviti gotong-royong sebegini akan wujudlah sikap kerjasama kerana semua orang akan
bekerjasama menyiapkan hidangan tersebut.
Ayat penegasan Oleh itu, segala kerja yang susah akan menjadi lebih mudah dengan wujudnya semangat kerjasama
antara masyarakat Malaysia
Ungkapan Persis peribahasa Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
menarik

Ayat topik Merasai kepelbagaian masakan masyarakat Malaysia


Ayat huraian Keunikan pelbagai jenis masakan masyarakat Malaysia akan muncul ketika sambutan hari perayaan
masing-masing kerana setiap kaum mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza.
Ayat contoh Sebagai contoh, rumah terbuka masyarakat Iban menyediakan tapai dan tuak manakala masyarakat
India pula mementingkan manisan.
Ayat kesan Keunikan makanan tradisi yang dihidangkan menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk
merasai kepelbagaian juadah yang jarang-jarang dilihat
Ayat penegasan Oleh itu, tetamu yang menghadiri rumah terbuka pastinya teruja apabila mereka dapat merasai
sendiri
juadah yang berbeza lantas mempertahankan tradisi ini
Ungkapan Persis kata peribahasa biar mati anak, jangan mati adat
menarik

Penutup
Konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu
banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh semua anggota masyarakat. Kerjasama yang erat
dalam menganjurkan rumah terbuka akan dapat direalisasikan jika kita bersatu padu bagai air dengan tebing

Anda mungkin juga menyukai