Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID

SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD 2021

1.PENGENALAN

Program Pemantapan Sahsiah ini dianjurkan kerana salah satu fungsi dalam operasi dakwah SMK Tengku
Temenggong Ahmad. Fungsi ini antara lainnya ialah melaksanakan program pemantapan sahsiah bagi
meningkatkan kualiti dan nilai sahsiah serta kewibawaan murid dalam melaksana dan memperteguhkan
nilai – nilai rohani.

Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid – murid hari ini memerlukan satu wadah yang
boleh menarik minat mereka secara tidak langsung melalui program ini. Oleh yang demikian, langkah ini
difikirkan perlu sebagai jalan atau usaha membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang, terbilang dan
gemilang.

2. OBJEKTIF

2.1 Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan
bertingkahlaku baik.

2.2 Membentuk jati diri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

2.3 Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya dan ahli masyarakat amnya.

2.4 Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di
sekolah.

3. SASARAN

3.1 Semua murid SMK Tengku Temenggong Ahmad

4. MASA CADANGAN

Tarikh: 8/12/2021
Hari : Hari Rabu

5. NAMA AKTIVITI

Program Pemantapan Sahsiah dan Kecemerlangan Murid


6. JAWATANKUASA PERLAKSANA

JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengerusi : Pn Tuminah Bt Baharom (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : En. Hanafi Bin Saát (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : En. Mohd Narawi Bin Mohamed Ali (Pen. Kanan HEM)
Naib Pengerusi II : Pn Nurul Izzati Setia Bt Abdullah (Pen. Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : En Hamafi Bin Hairan (Pen. Kanan tingkatan 6 )
Setiausaha : Mohd Rashidi Bin Khairuddin

7.ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan Program Sahsiah dan Kecemerlangan Murid .

Bilangan Kuantiti Jumlah

1. Banner Motivasi 1 RM 140.00

2. Poster Nilai-Nilai Murni 1 RM 152.00

3. JUMLAH RM 292.00

8.PENUTUP

Adalah menjadi harapan guru-guru secara umumnya untuk melahirkan generasi pelajar yang memiliki
ketahanan dari segi mental dan fizikal terutama dalam meneladani peranan mereka selaku pelajar yang
yang seharusnya memiliki kekuatan dari segi intelektual,thaqafah dan sahsiah yang mantap supaya
pemimpin yang lahir di masa hadapan adalah pemimpin yang mantap dari segi persediaan ilmu dan
imuniti diri bagi mendepani cabaran global.

Di sediakan Oleh : Di sahkan Oleh :

_____________________ ______________________
( MOHD RASHIDI B. KHAIRUDDIN) ( Pn. Tuminah Bt Baharom )
Setiausaha Disiplin SMK TTA Pengetua SMK Tengku Temengong Ahmad

Anda mungkin juga menyukai