Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN

PPD
TN HJ MOHD EZANI BIN AWANG
SEMPENA
PROGRAM STEM SMK SALOR
PADA
29 APRIL 2018 (AHAD)
8.00 PAGI
SMK SALOR , KOTA BAHRU
KELANTAN

[Senarai salutasi tertakluk kepada pengesahan kehadiran]

Bismillahirahmanirahim…………………………………
Terima kasih Pengerusi Majlis…………………………..

YANG BERUSAHA,
PN NORIHA BT MOHAMAD
Pengetua SMK Salor.

Yang dihormati barisan Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang,


dan guru-guru.
Seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum, Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam
Negaraku Malaysia.

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Ahli Jawatankuasa kerana sudi mengundang
saya ke PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN
DAN MATEMATIK (STEM) pada hari ini. Sebelum itu, ingin
saya sampaikan salam daripada Pegawai Pendidikan Daerah,
Tn Hj Mohd Ezani Awang kepada warga sekolah kerana beliau
tidak dapat bersama-sama tuan-puan pada pagi ini kerana
beliau ada urusan mesyuarat di Kuantan pada pagi ini. Selaku
wakil PPD, saya amat berbesar hati dan berasa gembira
kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan Tuan-
tuan dan Puan-puan di majlis yang penuh bermakna ini dan
seterusnya merasmikan program ini.
2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua
khasnya dan SMK Salor amnya, serta semua pihak yang
terlibat terutamanya Tuan Pengetua, atas sokongan dan
kesungguhan dalam menjayakan program STEM ini.
Kesungguhan seumpama ini amat perlu untuk memupuk
kesedaran pelajar terhadap kepentingan Pendidikan Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah.

Tuan-tuan puan-puan dan para pelajar yang saya hormati


sekalian,

3. Seperti mana yang kita sedia maklum, generasi muda


merupakan pelapis utama negara yang perlu diberikan
perhatian bagi memastikan modal insan Sains Teknologi dan
Inovasi (STI) yang mencukupi dan berkemahiran tinggi untuk
memacu pembangunan negara. Oleh itu, sudah tentunya ini
bersangkut paut rapat dengan pendidikan STEM yang mana
ianya merupakan asas terpenting bagi penghasilan modal
insan yang diperlukan dan juga memupuk minat pelajar
terhadap STEM. Matlamat Pendidikan STEM adalah untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai literasi STEM yang
berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta
mengintegrasikan konsep/komponen STEM untuk memahami
masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.

4. Sejak tahun 1967, Kerajaan telah meletakkan sasaran


peratusan penyertaan pelajar dalam aliran Sains berbanding
Sastera pada nisbah 60:40. Namun begitu, sehingga kini
sasaran ini masih belum dapat dicapai dan terdapat trend
penyusutan yang amat ketara.

5. Dalam konteks isu ini, Pendidikan memainkan peranan


utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama
yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan
sesebuah negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi
global pada masa ini, kejayaan sesebuah negara amat
bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, negara yang
mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati
kemajuan ekonomi yang lebih tinggi.
6. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan
negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui
pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup,
menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif
kepada pembangunan negara. Menerusi interaksi, individu
daripada pelbagai latar belakang sosio ekonomi, agama dan
kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan
menghargai perbezaan, seterusnya membina perkongsian
pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia.
Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti
nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk.

7. Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah


menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan
harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan
terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan
generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad
ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang
kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan tempoh
yang panjang untuk melihat impak perubahan yang
dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian telah mengambil
tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang
dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan
segera. Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) perlu dilaksanakan dan semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga dalam memperkasakan STEM.

8. Pemikiran futuristik dan kemahiran abad ke - 21 berkait


rapat dengan perkembangan dan kemajuan sains teknologi
terkini dan masa hadapan. Selaras dengan Dasar Sains,
Teknologi dan Inovasi Negara, (DSTIN) Kerajaan giat berusaha
menyemai, memupuk dan menanamkan minat terhadap
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM)
dalam kalangan rakyat Malaysia. Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah
merangka pelbagai usaha bagi merealisasikan Pelan Hala
Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 untuk
membudayakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik dalam kalangan generasi muda. Bagi
merealisasikan dasar pendidikan STEM, KPM diberi
tanggungjawab menerajui pelaksanaan Inisiatif Perkukuhan
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk
meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran
yang baharu dan pemantapan kurikulum. Ia merangkumi
subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang
boleh diaplikasikan melalui pengetahuan murid dengan
konteks dunia sebenar.

9. Kita juga memberi tumpuan kepada peningkatan


kemahiran dan kebolehan guru menerusi pengintegrasian
pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM serta meningkatkan
kesedaran pelajar dan orang awam melalui kempen
kesedaran mengenai STEM pada peringkat kebangsaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Negara mengalami permulaan yang mencabar ekoran
kejatuhan harga minyak dunia dan kemelesetan ekonomi
global yang menuntut pengubahsuaian Bajet 2016
sebagaimana dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada
28 Januari 2016. Namun begitu faktor kekangan kewangan
tidak menghalang Kementerian untuk memacu peningkatan
sistem dalam Gelombang 2. Inisiatif PPPM telah disusun
dengan rapi dan dijajarkan dengan peruntukan sedia ada
pada tahun 2016 bagi memastikan keberhasilan dapat
dicapai. Antara pencapaian yang signifikan termasuklah
peningkatan peratus prasekolah KPM melepasi standard
minimum prasekolah kebangsaan daripada 89.8% pada 2015
kepada 99% pada 2016. Kita juga telah melihat peratus
sekolah dengan pelibatan ibu bapa melepasi sasaran 65%
kehadiran dalam 6 aktiviti utama mencapai lebih 92%.
Daripada segi perbelanjaan berhemah, peratus sasaran
penjimatan yang dijajarkan ke aktiviti yang mendukung
keberhasilan murid meningkat daripada 27% pada 2015
kepada 77% pada 2016. Kejayaan ini dan yang lainnya
merupakan pencapaian yang amat bermakna dalam usaha
kita memastikan transformasi pendidikan terus dilaksanakan
dengan jayanya

10. Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan


Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini
berjaya dihasilkan. Pembangunan modal insan merupakan
pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara.
Oleh yang demikian, Malaysia harus menggiatkan usaha
yang lebih komprehensif dan bersepadu dari segenap sektor
bagi mencapai status negara maju. Negara maju telah
mempunyai bilangan penyelidik melebihi 78 orang bagi
setiap 10,000 pekerja berbanding Malaysia yang hanya 57
orang bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2012. Bilangan
penyelidik merupakan salah satu indikator negara maju.
Bilangan ini jika dibandingkan dengan negara maju yang lain
adalah jurang memberangsangkan bagi Malaysia yang
berhasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi
pada 2020. Menyedari akan hakikat ini, negara perlu
membuat beberapa tindakan intervensi bagi mencapai hasrat
kemajuan ekonomi menjelang 2020. Antara usaha yang
dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang
penyelidikan dan industri adalah menerusi pengukuhan
pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang
berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat
bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan
mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks
dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid
melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan
bermakna. Pendidikan STEM adalah antara agenda yang
diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat
berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik
lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat
sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan
sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu,
pendidikan STEM penting dalam menyediakan murid untuk
menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global.
11. Usaha KPM membangunkan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai murni
untuk menyertai bidang STEM disokong oleh dasar-dasar
negara seperti berikut:
- Dasar 60% Sains:40%
Sastera (Dasar 60:40)Dasar 60:40 telah dilaksanakan
mulai tahun 1970-an dengan tujuan menyediakan lebih
ramai murid yang berkelayakan dapat meneruskan
pengajian di peringkat tertiari dalam bidang Sains dan
Teknologi (S&T). Dasar ini juga berhasrat untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi
dalam industri bagi memacu ekonomi Malaysia.
- Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara
(DSTIN)
DSTIN telah diperkenalkan pada 1986 bagi menyokong
pencapaian aspirasi Malaysia untuk menjadi negara
maju. NSTP menggalakkan penggunaan S&T sebagai
satu alat kepada pembangunan ekonomi bagi
meningkatkan kemudahan fizikal dan kesejahteraan
rakyat. Dasar ini disemak semula pada tahun 2003 agar
selari dengan keperluan negara mencapai hasrat
Wawasan 2020.
- Wawasan 2020 (W2020)
W2020 telah dilancarkan pada tahun 1991 dengan
tujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Salah satu cabaran strategik
dalam W2020 ialah mewujudkan masyarakat saintifik,
berdaya saing, dinamik, dan bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan.
- Pelan Pembangunan Pendididkan Malaysia 2013 –
2025 (PPPM 2013–2025) PPPM 2013 - 2025 telah
meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda
yang penting dalam transformasi pendidikan bagi
menyediakan generasi muda untuk menghadapi
cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM
dilaksanakan dalam 3 fasa;
o Gelombang 1 (2013 - 2015): pengukuhan
kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui
peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan
guru, dan penggunaan model pembelajaran
pelbagai mod
o Gelombang 2 (2016 - 2020) : kempen dan
kerjasama dengan badan-badan berkaitan
dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran
masyarakat dalam STEM
o Gelombang 3 (2021 - 2025) STEM akan
dianjak ke arah kecemerlangan melalui
peningkatan keluwesan operasi.

12. STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk


menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global.
Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana ia
meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan
penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan.
Modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM
diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di
peringkat global. Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan
murid STEM ke peringkat tertiari menggalakkan penyelidikan
dan pembangunan dalam ciptaan baharu dan inovasi serta
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan

13. Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang


berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang
menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan
murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri,
pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran
berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid
yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran berfikir
aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik
teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.

14. KPM akan memastikan murid dilengkapi dengan


pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang diperlukan
untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari dan
seterusnya menghadapi cabaran dunia yang sentiasa
berubah. Usaha juga dibuat untuk memantapkan p&p STEM
bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di
peringkat sekolah dengan aktiviti yang mencabar minda
melalui inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran berasaskan projek.

15. ‘Kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam


memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah
terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM), Jesteru, bagi memenuhi hasrat
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, sudah
tentu pengetahuan dan budaya STEM ini perlu
diterapkan kepada masyarakat dan pelajar serta
menjadi sebahagian budaya untuk menggerakkan
inovasi dari peringkat akar umbi dan menjadi lebih
mudah untuk disebarluaskan’. Demikian antara petikan
kata - kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr
Mary Yap Kain Ching, kepada pemberita selepas melancarkan
Gerakan STEM Kebangsaan Cawangan Kelantan di UMK pada
bulan Mac 2017 yang lalu.

16. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi -tinggi


penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
perlaksanaan Program STEM peringkat sekolah pada hari ini.
Semoga segala usaha melaksanakan program seumpama ini
dapat menjadi suntikan ke arah kesedaran kepentingan STEM
di sekolah dan menyemarakkan semangat sukakan mata
pelajran STEM.

17. Dengan kata - kata tersebut, saya dengan ini


merasmikan PROGRAM SAINS TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK PERINGKAT SEKOLAH
pada hari ini.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai