Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TEBOK JAWA Kod Sekolah: BBA6022

1. Nama Guru
ROSNAH BINTI SAHUDI

AMALAN-AMALAN SUNAT DI
2. Judul 3. Bidang: IBADAH
BULAN SYAABAN
(UST, ISMAIL BIN KAMUS)
4. Tarikh Pembentangan 4.4.2021 5. Masa: 3.00 PETANG

6. Tempat Pembentangan
GOOGLE MEET
7. Sinopsis

Hadith:
Dari Aisyah r.a katanya:•Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa
baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira
beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan
penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa
sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.•
Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-
orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air
sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan
demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan
Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu
ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan
sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan
untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa
untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah
hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa
yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban
dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh
puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh
tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda
Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah,
taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni
semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan
penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana
sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah
malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memberi ilmu kepada murid tentang amalan-amalan kebaikan khususnya pada bulan syaaban
dan juga pada bulan-bulan yang yang lain sebagai amalan sepanjang hayat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ROSNAH BINTI SAHUDI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai