Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN 5: LATIHAN LANJUTAN

Latihan Lanjutan perlu diberi kepada PRS untuk meningkatkan kemahiran membantu.
Latihan lanjutan tidak perlu panjang dan lama. Aspek latihan terpulang kepada keperluan
pelajar. Contoh Modul :

i. Kemahiran membuat keputusan


ii. Kemahiran belajar
iii. Kemahiran mengurus masa
iv. Kemahiran mengatasi masalah
v. Kemahiran mengendali mesyuarat
vi. Kemahiran mengurus tekanan
vii. Kemahiran berfikir cemerlang
viii. Tutor sebaya
ix. Lain-lain kemahiran yang berkaitan

BAHAGIAN 6: PEMANTAUAN

Pemantauan penting kerana apabila PRS dipantau dengan teliti mereka berupaya berkembang
dan mendapat panduan dalam menjalankan tugas mereka. Pemantauan adalah satu aspek
penting di dalam program latihan pembimbing rakan sebaya. Tanpa pemantauan mereka
tidak akan tahu sama ada peranan mereka telah dijalankan dengan betul atau tidak.

7.1 Faedah Pemantauan :


1. Melalui pemantauan program latihan akan berkembang dan mempunyai kualiti
yang tinggi.
2. Guru kaunseling mendapat maklumbalas tentang kemajuan yang dicapai oleh
PRS.
3. Pemantauan yang teratur memberi kenyakinan kepada guru kaunseling bercakap
tentang program latihannya, kemajuan yang dicapai dan aspirasi pada masa
hadapan.

7.2 Cara Pemantauan

1. Bertemu dalam kumpulan perbincangan untuk mendengar laporan tiap-tiap


pembimbing rakan sebaya.

2. Pemantauan dijalankan secara individu melalui pertemuan yang berstruktur.

3.Guru kaunseling berada bersama-sama semasa satu projek atau sesi itu
dijalankan dengan keizinan kedua-dua pihak.

4. Pemantauan boleh juga dijalankan melalui laporan peribadi yang dibuat oleh
PRS mengenai kemajuan, halangan dan keperluan yang dialami semasa bertugas.

5. Pemantauan boleh juga dibuat melalui laporan guru-guru mengenai perkembangan


dan perubahan diri PRS dari kaca mata orang luar.
6. Galakkan tiap-tiap PRS mempunyai satu buku catatan harian PRS (diari)
mengenai perasaan, reaksi mereka dan rakan-rakan yang mereka tolong,
kemajuan, kelemahan dan lain-lain.

BAHAGIAN 7: PROJEK PRS

Projek PRS boleh dijalankan mengikut tempoh masa tertentu atau mengikut perancangan
yang telah dibuat.. Antaranya ialah :

i. Membina sistem Tutor Rakan Sebaya


ii. Info Unit Bimbingan dan Kaunseling
iii. Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling
iv. Fasilitator Program Maju Diri
v. Budaya Ucap Terima Kasih
vi. Program Khidmat Masyarakat
vii. Program “Study Group”
viii. Program Pendidikan Kerjaya – Buku Skrap, Kiosk Kerjaya dll.
ix. Minggu PRS
x. Kempen-kempen Masalah Remaja – Kempen Anti Merokok dsb.

Anda mungkin juga menyukai