Anda di halaman 1dari 27

Bab 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pendidikan juga
menggambarkan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Pendidikan bukan sekadar
memberi ilmu pengetahuan, malah ia bertujuan untuk mendidik anak bangsa, membentuk
peribadi, rohani, emosi dan jasmani yang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial iaitu (JERIS).

Guru memainkan peranan dan tanggungjawab yang berat bukan sahaja mengajar malah
mendidik anak-anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara serta melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Anak-anak bangsa inilah yang merupakan modal insan kepada negara dan
merupakan agen perubahan kepada kemajuan dan kestabilan Negara.

Guru seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di Sekolah. Hal ini kerana profesionalisme guru dapat memberikan
kefahaman kepada pelajar di dalam kelas. Selain itu, hasil pembelajaran juga tercapai
disebabkan oleh keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru yang
profesional. Menurut Sufean Hussein (1995) dalam Azhar et al (2007) mentakrifkan
profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang.
Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai
keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Profesionalisme boleh
dirujuk sebagai kerjaya yang mempunyai komitmen yang tinggi.

1
Tahap profesionalisme guru novis semasa pelaksanaan proses pembelajaran dan
pengajaran di Sekolah amat dititiberatkan. Hal ini kerana cabaran guru novis sangat
tinggi terutamanya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru novis
atau guru permulaan yang baru menamatkan program pendidikan dikenali sebagai guru
novis Khalid (2009). Guru permulaan seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang
tinggi yang meliputi aspek kesedian, pengetahuan dan motivasi guru permulaan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini amat mempengaruhi hasil pembelajaran dan
seterusnya peningkatan pencapaian pelajar. Oleh itu, guru novis hendaklah menyahut
cabaran iaitu melengkapkan diri dengan persediaan sebelum pengajaran, pengetahuan
yang luas mengenai topik yang hendak diajar dan motivasi yang tinggi bagi
mempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa mengajar.

1.2 Latar Belakang Kajian


Setiap tahun lebih daripada 15,000 guru permulaan yang juga disebut sebagai guru novis
ditempatkan di seluruh Malaysia. Profesion perguruan antara profesion yang paling
mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Guru merupakan suatu profesion yang
mempunyai ahli yang begitu ramai. Pada tahun 1999, seramai 157,415 orang adalah guru
di Malaysia (Siti maisarah, 2008). Sesetengah guru-guru novis ini telah menjalani atau
mengikuti kursus dan latihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi guru novis agar lebih
kelihatan berkompetensi dan berkeyakinan untuk membantu pelajar-pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah (Mohammad Sani, 2007).
Walaupunbegitu, masih ramai dalam kalangan guru novis masih belum bersedia untuk
menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini.

Menurut Ahmad Yusuf kasim et al (2010) pengetahuan merupakan komponen teras


dalam pendidikan sesuatu matapelajaran di sekolah menengah. Guru novis yang
mengajar sesuatu mata pelajaran harus menguasai secara keseluruhan bidang ilmu ini
agar dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang benar kepada pelajar-pelajarnya.

2
Keprofesionalan guru novis dari segi kedalaman ilmu pengetahuan amat penting di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Perkembangan dan perubahan yang
berlaku dalam bidang pendidikan banyak menuntut perubahan perspektif masyarakat
terhadap profesion perguruan.

Profesion perguruan sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi oleh sesiapa sahaja (Lokman dan et al, 2007). Hanya mereka yang mempunyai
kualiti, ketarmpilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak
menjadi guru (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006). Ini menunjukkan bahawa
guru perlu ada persediaan bukan sahaja dari mental tetapi juga dari segi fizikal.

Aspek profesioanalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran juga dilihat dari
aspek motivasi. Motivasi secara umumnya adalah merupakan satu daya yang
menggerakkan seseorang untuk mencapai sesuatu objektif. Ditinjau dari aspek kerja,
motivasi merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang pekerja bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Ia merupakan keinginan, kehendak dan kemahuan untuk
melakukan sesuatu yang baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merica, 1985).
Motivasi dapat mempengaruhi prestasi kerja. Oleh yang demikian, guru novis merupakan
guru baru yang akan berkhidmat di sekolah, motivasi guru novis yang tinggi
menghasilkan keputusan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan
itu, kajian ini mengkaji profesionalisme guru dari aspek motivasi.

Oleh itu, kajian ini mengkaji profesionalisme guru novis dari tiga aspek iaitu
pengetahuan, kesediaan mengajar dan motivasi guru novis dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

1.3 Pernyataan Masalah


Krisis profesionalisme keguruan perlu diberikan perhatian yang serius kerana guru
merupakan agen utama sebagai pembentuk wajah kepimpinan dan pemacu pembangunan
ekonomi Negara. Profesionalisme perlu dititikberatkan terutamanya kepada guru novis.
Hal ini kerana tahap profesionalisme guru novis dikatakan berada pada tahap yang

3
sederhana. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mengukur profesionalisme guru novis dari
segi tiga aspek yang utama iaitu persediaan, pengetahuan dan motivasi guru novis semasa
menjalankan prosespengajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Guru novis berhadapan dengan masalah besar dalam tahap kesediaan proses pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Hashim Othman dan Mohd Daud Hamzah (2001) pedagogi
guru novis dikatakan kurang memuaskan dan keyakinan diri dalam menyampaikan isi
pelajaran masih rendah. Selain itu, Baharin Abu (2006) menyatakan pengetahuan dan
kemahiran mengajar guru novis yang berada pada tahap sederhana. Guru novis seringkali
dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pengajaran di bilik darjah. Aspek-aspek
seperti penerapan nilai dan kemahiran berfikir tidak ditekankan dalam proses pengajaran.
Guru ini sepatutnya menggunakan kemahiran berpusatkan pelajar dan sanggup mengajar
subjek yang bukan bidang pengkhususan.

Persediaan guru novis semasa berada di kelas berada pada tahap yang sederhana dan
merupakan masalah terhadap tahap profesionalisme. Hal ini kerana bahan bantu
mengajar yang digunakan tidak mempunyai inovasi dan kreativiti yang boleh menarik
perhatian dan meningkatkan kefahaman pelajar. Ada guru novis yang dikatakan tidak
mempunyai kesediaan langsung terhadap proses pengajaran dan proses pembelajaran di
Sekolah. Kekurangan kesedian pengajaran boleh membantukan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kesediaan semasa pengajaran dan pembelajaran
guru novis seharusnya ditingkatkan untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru
novis.

Masalah seterusnya ialah pengetahuan guru novis masih berada pada tahap sederhana.
Guru tidak menguasai sepenuhnya subjek yang diajar. Guru novis seharusnya
melengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya. Selain itu, guru juga perlu
mengikuti perkembangan terkini dan sentiasa menambahkkan ilmu pengetahuan dari
semasa ke semasa. Hal ini kerana, pelajar pada masa kini tidak sama dengan pelajar pada

4
masa dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi yang tinggi
membolehkan pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan yang luas. Akibatnya
pelajar lebih berpengetahuan dari guru. Oleh itu, guru novis harus melengkapkan diri
dengan pengetahuan yang secukupnya dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan
mengikut arus kemodenan.

Guru permulaan mempunyai tahap motivasi yang rendah. Kebanyakkan guru novis tidak
yakin untuk mengendalikan kelas yang ramai. Mereka juga tidak mampu untuk
mengawal kelas yang ramai. Guru juga didapati tidak berkeyakinan untuk menyampaikan
pengajaran. Guru novis didapati gementar semasa mengajar dan kelihatan kaku semasa
menyampaikan isi kandungan pelajaran. Hal ini akan mempengaruhi keyakinan pelajar
terhadap guru novis. Akibatnya proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.

1.4 Persoalan Kajian


Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan–persoalan di bawah:

1.4.1 Ada guru novis profesional dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah?
1.4.2 Bagimanakah tahap pengetahuan guru novis mata pelajaran yang di ajar
dalam pengajar dan pembelajaran dalam bilik darjah?
1.4.3 Adakah guru novis bersedia untuk mengajar para pelajarnya?
1.4.4 Sejauh manakah tahap motivasi guru novis dalam pengajaran dan
pembelajarannya?
1.4.5 Adakah aspek pengetahuan, kesediaan mengajar dan motivasi
mempengaruhi profesionalisme seorang guru novis?

5
1.5 Hipotesis Kajian
Sebanyak empat hipotesis kajian telah dibina untuk mencapai tujuan kajian. Terdapat
hubungan antara profesionalisme guru novis dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
1.5.1 Terdapat hubungan antara profesionlisme guru novis terhadap pengajaran
dan pembelajaran
1.5.2 Terdapat hubungan singnifikan antara pengetahuan guru novis dengan
pengajaran dan pembelajaran
1.5.3 Terdapat hubungan signifikan antara kesediaan mengajar guru novis
dengan pengajaran dan pembelajaran
1.5.4 Terdapat hubungan signifikan antara motivasi guru novis dengan
pengajaran dan pembelajaran

1.6 Tujuan Kajian


1.6.1 Mengkaji profesionalisme guru novis dari tiga aspek iaitu pengetahuan,
kesediaan mengajar dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6.2 Melihat adakah aspek pengetahuan mempengaruhi profesionalisme guru


novis dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6.3 Melihat sejauh mana tahap kesediaan mengajar guru novis dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan P&P yang berkesan.

1.6.4 Mengetahui tahap motivasi guru novis dalam pengajaran dan


pembelajaran agar objektif P&P dapat dicapai.

1.7 Objektif Kajian

1.7.1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru novis dalam melaksanakan


pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

6
1.7.2. Mengenal pasti tahap kesedian guru novis dalam P&P dapat memberi
kesan kepada pembelajaran murid-murid

1.7.3. Mengenal pasti tahap motivasi guru novis semasa menjalankan P&P dapat
memberi Pembelajaran berkesan murid-murid.

1.8 Definisi Operasional


Definisi yang diberi kepada istilah-istilah yang digunakan dan bersesuaian dengan
permasalahan kajian ini. Berdasarkan kepada tujuan dan kepentingan kajian ini, terdapat
beberapa istilah yang membawa makna khusus seperti berikut:

1.8.1. Profesionalisme Guru Novis


Setiap tahun, Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Perguruan Guru
(IPG) mengeluarkan graduan pendidikan atau lebih dikenali sebagai guru novis.
Berdasarkan Modul Program Induksi Guru Permulaan, guru novis atau guru
permulaan merujuk kepada guru baru yang dikategorikan sebagai Guru
Sandaran Terlatih (GST) dalam Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1/1987. Guru
permulaan akan ditempatkan di sekolah setelah tamat menjalani latihan
keguruan sama ada di institut Perguruan atau Institusi Pendidikan Tinggi.

Guru permulaan juga perlu menamatkan tempoh perkhidmatan selama satu


hingga tiga tahun sebelum dipertimbangkan untuk disahkan dalam jawatan
sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada Gred DG41. Tahap
keprofesionalan guru dapat ditingkatkan dengan cara menguasai beberapa aspek
keterampilan (Othman, 2000) dan (Mohammed Sani, 2002). Guru-guru juga
perlu berketerampilan dan berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai makmal
uji kaji pedagoginya dan bukannya hanya menjadikan premis tersebut sebagai
tempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semata-mata (MacDonald,
1971). Peningkatan tahap keprofesionalan bidang perguruan seharusnya juga

7
dapat dicapai menerusi proses penambahbaikan program perguruan yang
bersepadu dan dinamik (Mohammed Sani, 2002).

Tambahan pula hasil kajian yang menunjukkan bahawa guru yang melalui
program induksi sepenjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah
menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey et al, 2007). Guru novis
yang didedahkan dengan program ini juga dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran murid hasil daripada peningkatan kemahiran dan kualiti
pengajaran guru itu sendiri (Duke et al, 2006).

1.8.2. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Dalam pendidikan, guru memainkan peranan yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman
terhadap aspek pembelajaran murid (Kauchak dan Enggan (1989). Guru novis
perlu dibimbing untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi secara
berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama
kepada pembelajaran murid (Laura et al, 2006). Kajian-kajian lepas
menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjayam memberi
kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,
seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al,
2003).

1.8.3. Pengetahuan
Sejak dulu lagi, pengetahuan menjadi asas kepada ilmu pengetahuan seseorang
individu terutamanya dalam bidang pendidikan. Menurut Magisos (1989),
sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengatahuan tinggi, mahir dalam
bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Asas

8
pengetahuan bagi pendidikan guru juga banyak memberi fokus kepada
pengetahuan isi kandungan (Shulman, 1986). Pengetahuan dan kemahiran yang
ada pada guru dapat menjamin P&P yang berkualiti. Kenyataan ini urut
disokong oleh Ryan D.G. (dalam Crow & Crow, 1983) iaitu guru yang efektif
ialah guru-guru yang mempunyai sifat-sifat seperti pengetahuan yang mendalam
dalam mata pelajaran yang diajarnya, mempunyai imaginasi yang tinggi untuk
membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami suatu
konsep dengan mudah dan guru tersebut dapat menggunakan alatan serta bahan
pengajaran dengan baik dalam pengajarannya.

1.8.4. Persediaan Mengajar


Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran
dalam bilik darjah. Berdasarkan persediaan mengajar, pengajar akan boleh
melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistematik, lancer dan berkesan
serta mengelakkan kekecohan dalam kelas. Persedian mengajar membantu
pengajar mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang
keraguan. Disamping itu, pengajar boleh menyediakan alat bantu mengajar serta
menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancang dalam
persediaan (Laman web sekolah Kebangsaan Panglima Adnan).

1.8.5. Motivasi
Menurut Chaplin (1985), motivasi sebagai pemboleh ubah yang digunakan
untuk menerangkan tentang faktor dalam organisasi yang membangkitkan,
mengekalkan dan mengarah tingkah laku kearah suatu matlamat. Motivasi guru
boleh dilihat daripada dua aspek iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik
(Wan Noraini Wan Razab dan Noraini Othman, 2011). Motivasi instrinsik
bermaksud motivasi itu datang daripada diri guru tersebut. Contohnya, guru
tersebut memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, maka guru tersebut
sangat bersedia dalam menghadapi alam persekolahan. Manakala motivasi

9
ekstrinsik bemaksud motivasi yang datang dari sekeling kita. Contohnya
dorongan ibu-bapa, guru, rakan dan sebagainya.

10
Bab2

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Umumnya, bab ini akan mengupas tentang perkaitan antara cadangan penyelidikan ini
dengan beberapa kajian lepas di dalam dan luar negara. Selain itu, bahagian ini juga akan
mengkaji perkaitan antara konsep, teori dan model dalam mengkaji profesionalisme guru
novis dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2.2 Definisi Konsep


2.2.1 Profesionalisme
Profesionalisme merupakan satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai
dalam sesuatu profesion. Selain itu, profesionalisme juga boleh dikatakan sebagai
suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu
wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapai keberkesanan,
produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Ini memberi maksud bahawa
seseorang yang terlibat dalam sesuatu profesion perlulah menghayati matlamat
dan kehendak profesion yang diceburinya (Azhar et al, 2007).

Selain itu, menurut Sufean Hussein (1995) dalam Azhal et al (2007),


mentakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat
untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab.
Ini memberi maksud bahawa seseorang yang terlibat dalam sesuatu profesion
perlulah menghayati matlamat dan kehendak profesion yang diceburinya.

Selain itu, profesionalisme bermaksud ciri-ciri kualiti bagi sesuatu profesion


memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi menjalankan tugas,
mempunyai autonomi semasa menjalani tugas, menggunakan keupayaan intelek,

11
menganggotai organisasi profesional dan mematuhi etika profesion (Esah
Sulaiman, 2003).

2.2.1 Guru Novis


Guru Novis merujuk kepada guru sandaran dan terlatih yang baru memulakan
perkhidmatan di Sekolah. Menurut Khalid (2009),mendefinisikan guru novis
merupakan yang telah menamatkan program pendidikan guru dan baru
memulakan perkhidmatannya di sekolah. Manakala Abu Bakar (1995) dalam
Khalid (2009), mentakrifkan guru novis sebagai guru sandaran terlatih yang
ditempatkan di sekolah-sekolah selepas menjalani latihan perguruan dalam satu
jangka masa yang ditetapkan oleh maktab-maktab perguruan atau universiti-
universiti. Selain itu, Mohammed Sani, Zamri dan Norasmah (2006) dalam
Khalid (2009), memberi definisi guru novis sebagai guru baru yang terlatih dan
mula berkhidmat diantara satu hingga tiga tahun, dalam tempoh percubaan dan
belum disahkan lagi dalam jawatan.

2.2.3 Pengajaran
Pengajaran merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan berbagai-
bagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara
guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain (Omardin,
1997).

2.2.4 Pembelajaran
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku kepada pelajar akibat
daripada rinteraksi dengan persekitaran. Secara umumnya pembelajaran diertikan
sebagai proses dengan kaedah- kaedah tertentu sehingga pelajar memperolehi
pengetahuan, pemahaman, dan cara yang bertingkah laku yang sesuai dengan
keperluan (Baharuddin et al , 2001).

12
2.3 Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme merupakan anjakan paradigma teori behaviorisme kepada teori
kognitivisme (Gagnon dan Collay, 2001). Dalam pendidikan, teori konstruktivisme
merupakan pengetahuan individu yang dibentuk melalui interaksi sosial (Vygotsky, 1978
dalam Quaintance, 2005). Beliau juga menyatakan bahawa interaksi sosial pemikiran
individu akan bertambah bersama dengan pengetahuan sedia adanya dan membentuk
pengetahuan baru.

Berdasarkan pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh pasif dalam


menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru dan guru berperanan untuk menjadi penyalur
ilmu serta menguruskan kelas dengan baik ( Fosnot, 1996 ). Terdapat 5 prinsip dalam
pendekatan pengajaran konstruktivisme (Brooks & Brooks, 1993 ). Pertama, pengajaran
guru bermula dengan memberi masalah relevan kepada pelajar. Masalah yang diberi
perlu menarik dan mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah perlu berteraskan
kepada konsep-konsep yang terdapat dalam kandungan mata pelajaran.ini dapat
memudahkan pelajar untuk lebih memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin
diselesaikan oleh mereka. Ketiga, pelajar-pelajar perlu diberi peluang oleh guru untuk
memberi pandangan dan mengemukakan idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat.
Keempat, guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan pemikiran pelajar selepas idea
awal berjaya dicungkil oleh guru. Kelima, soalan-soalan yang mencabar digalakkan
untuk dibina oleh guru kerana untuk menguji pemikiran pelajar pada aras kognitif yang
tinggi. Teknik penyoalan ini dapat meransang pelajar-pelajar sekaligus dapat
mewujudkan pembelajaran bermakna.

Sehubungan itu, teori konstruktivisme merupakan teori yang amat sesuai digunakan oleh
guru terutamanya guru novis.

13
2.4 Model
Kajin ini menggunakan model pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme 5 Fasa yang
terdapat dalam Children’s Learning in Science Project ( CLIS ) ” oleh Needham, 1987
dalam Poh Swee Hiang, 1997. Berikut merupakan gambarajah model tersebut:

Orientasi

Pencetusan Idea

Penstrukturan Semula Idea

Penggunaan Idea

Refleksi

Rajah 1 : Fasa-Fasa Berasaskan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham

( Sumber : Poh Swee Hiang, 1997 )

Pada fasa orientasi, guru novis berperanan untuk mencetuskan minat murid bagi
meneroka lebih jauh tentang pelajaran yang akan dipelajari. Pelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan oleh guru novis untuk menarik minat pelajar terhadap tajuk pelajaran yang
akan pelajari. Antaranya aktiviti seperti lakonan, puisi, tayangan filem, video dan
pelbagai aktiviti yang boleh memotivasikan pelajar. Seterusnya, fasa kedua iaitu fasa
pencetusan idea merupakan fasa yang meransang pelajar untuk meninjau semula idea asal
mereka. Misalnya, guru novis meminta pelajar untuk memberi pandangan dan idea
mereka mengenai konsep yang telah dipelajari. Fasa penstrukturan semula idea pula
adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pembinaan idea baru dan menilai idea
tersebut.

14
Pada peringkat ini, guru novis digalakkan untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk
membantu pelajar mengubah idea asal mereka sendiri dan idea rakan-rakan yang lain.
Dalam fasa aplikasi idea pula, idea baru yang dihasilkan oleh pelajar boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan idea-idea
tersebut. Peringkat terakhir dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ialah fasa
refleksi. Dalam fasa ini, pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan
merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea
mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan kemahiran meta kognitif pelajar.

2.5 Kajian lepas dalam negeri


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Hajira Bee dan Ong (1998), penyelidik
mendapati amalan dalam bilik darjah kini semakin dipengaruhi oleh perubahan
kurikulum dalam bidang pendidikan yang berteraskan teori konstruktivisme. Dapatan
yang diperolehi oleh penyelidik juga menunjukkan bahawa ciri-ciri yang terdapat dalam
proses P&P yang menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh meningkatkan
kefahaman dan pembinaan makna dalam kalangan pelajar, mengembangkan daya
pemikiran secara kritis dan kreatif dan membuat keputusan serta kemahiran proses
pelajar dapat ditingkatkan.

Berdasarkan Aziah Ismail et al (2002) menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha yang


dilakukan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dalam kalangan guru-guru
novis di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan cara melakukan temu bual dan analisis
dokumen. Antara yang dipilih sebagai responden ialah enam orang guru novis dan
seorang Penolong Kanan Pentadbiran melalui kaedah persampelan bertujuan. Dalam
kajian ini, pengkaji-pengkaji tersebut telah mendapati bahawa guru-guru novis
mempunyai cara yang tersendiri untuk membangunkan profesionalisme perguruan
mereka. Hal ini dilakukan untuk membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri
dan kemampuan mereka sebagai guru. Namun begitu, dalam kajian ini mendapati bahawa

15
guru-guru novis ini menghadapi beberapa masalah dan halangan yang berpunca daripada
pihak sekolah ataupun pandangan negatif individu di sekolah tersebut. Oleh yang
demikian, pengkaji dapat merumuskan bahawa peningkatan profesionalisme yang
terdapat dalam diri guru-guru novis adalah disebabkan keazaman mereka terhadap
profesion perguruan walaupun mereka tidak dapat membuat pilihan memilih sekolah dan
terpaksa bertugas di sekolah yang baru beroperasi serta menghadapi banyak rintangan
dan kekurangan semasa melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

Untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru novis ini, ia perlu dimulakan


dengan mengenal pasti serta membantu mengatasi masalah guru-guru novis tersebut agar
mereka dapat fokus kepada peningkatan tahap profesionalisme guru-guru tersebut.
Menurut Yusuf Ahmad (2008) guru-guru novis melalui suasana sebenar yang berbeza
yang dialami mereka dengan suasana semasa latihan. Guru-guru novis perlu berhadapan
dengan pelbagai masalah. Menurut kajian beliau, guru novis kerap menghadapi kejutan
realiti, penyesuaian diri kepada persekitaran sekolah dan masalah-masalah berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sedikit sebanyak dapat menjejaskan
guru sebagai pekerja profesional sekaligus dapat mempengaruhi profesionalisme guru
tersebut. Oleh yang demikian, dalam kajian yang beliau laksanakan, pihak sekolah perlu
memainkan peranan utama untuk membantu menyelesaikan masalah guru-guru novis ini.
Beliau juga mendapati bahawa sekolah bertanggungjawab untuk membentuk amalan dan
sikap guru novis ke arah perkembangan yang positif dan memperlengkapkan guru novis
dengan kemahiran profesional guru demi mempertingkatkan profesionalisme guru-guru
novis ini.

2.6 Kajian lepas luar negeri


Kajian luar negara pula menunjukkan terdapat beberapa kajian yang dilakukan terhadap
guru-guru novis diluar negara. Whittington et al (2006) menerangkan didalam kajiannya

16
iaitu keberkesanan guru yang baru berkhidmat selama tiga tahun dalam bidang pertanian
di Ohio yang mana menunjukkan kajian berkaitan dengan peringkat perkembangan,
aktiviti musim panas, pembolehubah bilik darjah, dan rancangan masa depan guru-guru
novis dalam pengajaran. Kajian ini mengkaji keberkesanan guru-guru novis di akhir
tahun persekolahan. Didalam kajian ini, para pengakaji tersebut mendapati tahap
keberkesanan guru mengikut tahun perkhidmatan iaitu satu tahun perkhidmatan, dua
tahun perkhidmatan dan tiga tahun perkhidmatan adalah sama. Dalam kajian tersebut,
tidak terdapat kebolehubahan yang mencukupi dalam keberkesanan guru novis dalam
ketiga-tiga peringkat perkembangan untuk mencari hubungan yang signifikan. Faktor
keberkesanan dianggap sebagai faktor penting dalam profesionalisme perguruan guru
novis dalam menilai sejauh mana mereka dapat memberikan kesan didalam pengajaran
didalam bilik darjah.

Caprio ( 1994 ) dalam Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ) membuat kajian dari luar
negara, penyelidik mendapati guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme dapat
mewujudkan pelajar-pelajar yang lebih berkeyakinan serta bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah
pembelajaran tradisional.

Seterusnya, kajian di Secondary College of Victorian, Australia oleh Hand dan Peterson
(1997), mendapati seramai 69% pelajar menyukai pendekatan konstruktivisme dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang terlibat dalam pendekatan pembelajaran
konstruktivisme ini dapat berfikir sendiri dan menjana idea-idea yang bernas dan
menyebabkan mereka lebih berdikari dalam pembelajaran.

Di samping itu, kajian yang dijalankan oleh Boddy, Watson dan Aubusson ( 2003 )
terhadap murid tahun tiga di sebuah sekolah di australia dengan menggunakan model
konstruktivisme ” Five E’s ” iaitu ” Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration
and Evaluation ”mendapati bahawa pelajar tahun tiga yang menggunakan modul ini lebih
seronok untuk belajar. Motivasi pelajar tahun tiga tersebut juga dapat ditingkatkan dalam

17
pembelajaran mereka sekaligus meningkatkan tahap pemikiran mereka di aras yang
tinggi.

2.7 Kerangka teoritikal kajian


Berikut merupakan kerangka teoritikal kajian yang digunakan sebagai panduan
penyelidikan ini:

Pengajaran & Pembelajaran

Profesionalisme Pelajar Persedian P&P


Guru Novis

Pengetahuan Alat Bantu Mengajar


&
Bahan Bantu Mengajar

Motivasi

Objektif
Pengajaran & Pembelajaran

2.8 Rumusan
Keseluruhan bab ini membincangkan tentang pendekatan pengajaran konstruktivisme
model 5 Fasa Needham. Teori dan model konstruktivisme ini amat sesuai digunakan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terutamanya guru novis. Hal ini kerana model
5 Fasa Needham membantu guru novis dalam mencapai objektif P&P.

18
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini merupakan gambaran keseluruhan mengenai kajian metodologi. Metodologi


bermaksud satu sistem yang merangkumi kaedah atau cara, peraturan dan prinsip yang
meliputi disiplin, aktiviti dan sebagainya yang digunakan di dalam sesuatu kajian.
Metodologi kajian mengandungi rekabentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen
kajian, prosedur dan menganalisis data. Lima perkara penting yang diambil kira dalam
menjalankan kajian iaitu:

i. Pendekatan kajian yang sesuai digunakan untuk mendapatkan data.

ii. Pemilihan sampel kajian.

iii. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data.

iv. Prosedur memungut data.

v. Penganalisisan kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada
persoalan-persoalan kajian (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999). Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian
pendekatan kuantitatif merupakan penyelidikan bersifat logikohipotetiiko verifikatif dan
pendekatan ini banyak menggunakan statistik (Khalid, 2003). Kajian Tindakan pula
merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan
melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis kepada amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan-
amalan tersebut (McNiff, 1988).

19
Pendekatan Kajian ini menggunakan satu set kertas soal selidik untuk mendapatkan
maklumat tentang profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persamplelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah yang diambil dari
populasi guru novis yang berada di sekitar Sekolah Menengah Kota Kinabalu. Dalam
kajian ini, data-data akan dikutip menerusi edaran soal selidik kepada responden. Bentuk
soal selidik yang diedarkan adalah dalam bentuk tertutup dan bahasa yang digunakan
adalah dalam bentuk Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Seterusnya data-data yang
dikumpulkan akan dianalisis. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan SPSS
(Statistical Package For Sosial Science) realease 13.0 untuk menganalisis data. Statistik
yang didapatkan daripadanya berbentuk peratusan, min, kekerapan, dan sisihan piawai.
Selain itu, Ujian –t akan digunakan untuk meneliti sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan.

3.3 Populasi Dan Persampelan

Populasi dan persampelan kedua-duanya penting kerana kedua-dua istilah ini mewakili
responden kajian. Populasi membawa maksud sekumpulan individu yang mempunyai
satu atau lebih ciri-ciri yang sama dan ianya juga merupakan objek serapan yang
mempunyai ciri atau sifat yang sama dan yang boleh diukur. Populasi diperlukan dalam
pengkajian kerana padanya berlaku interaksi antara dua atau lebih pemboleh ubah yang
perlukan perhatian atau penyelesaian yang disebut sebagai masalah kajian (Khalid Johari,
2003). Manakala Pensampelan pula adalah proses mengambil sejumlah individu atau
objek dari populasi (Khalid Johari, 2003). Simon (2006) pula menyatakan pensampelan
adalah sebahagian atau subset kepada populasi. Oleh itu, sebilangan kecil individu dalam
populasi diambil sebagai sampel untuk menerangkan apa yang terkandung dalam
populasi. Perkara ini bermakna, sampel adalah subset daripada keseluruhan yang dikaji.

Dalam kajian ini tumpuan kepada populasi sasaran iaitu guru novis sekitar Sekolah
Menengah Kota kinabalu pada tahun 2011. Sebanyak 135 orang orang guru novis yang

20
berkhidmat di beberapa buah Sekolah Menengah Kota Kinabalu. 48 orang adalah lelaki
dan 87 orang perempuan. Sampel yang diambil dari populasi guru novis sekitar Kota
Kinabalu sebanyak 70 orang sahaja. Persampelan adalah sebagai rawak mudah. Ia
meliputi 13 buah sekolah menengah yang mempunyai guru Novis. Daripada 50 orang
guru Novis sebanyak 20 orang guru lelaki dan 50 orang guru perempuan yang telah
dipilih secara rawak.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Pengkaji memilih soal
selidik sebagai instrumen kajian berdasarkan beberapa sebab, antaranya;

I. Soal selidik dapat memperolehi data dengan lebih tepat dan penyelidik
berkeyakinan bahawa responden dapat memberikan tindak balas yang berkesan
terhadap aspek yang dikaji berbanding dengan kaedah lain.

II. Soal selidik boleh membantu penyelidik berhubung dengan responden dengan
lebih cepat.

III. Soal selidik dapat menjimatkan masa, tenaga serta perbelanjaan penyelidikan.

Pengkaji membina sendiri item soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji yang
dinamakan inventori profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran.
Inventori ini mengandungi sebanyak 50 item soal selidik. Inventori ini mengandungi lima
bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B, C, D, dan E.

Bahagian A merupakan bahagian yang mengandungi soalan-soalan demografi yang


berkaitan dengan jantina, kelulusan akademik, pengalaman dalam perkhidmatan
pendidikan dan jawatan semasa responden. Manakala untuk bahagian yang kedua (soal
selidik) iaitu bahagian B, C, D dan E ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan
tahap profesionalisme terhadap bidang perguruan. Secara keseluruhannya, sebanyak 50

21
item soalan telah dibina dan ia dibina berasaskan kepada persoalan kajian. Bahagian B
dan C masing-masing mempunyai 10 soalan, dan bahagian D dan E pula, masing-masing
mempunyai 15 soalan.

Kesemua item soalan yang dibentuk juga menggunakan format Skala Likert bagi
memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut bertujuan untuk
memberi kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan secara tepat dan
fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1 = (Sangat Tidak
Setuju), 2 = (Tidak Setuju), 3 = (Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = (Sangat Setuju).

3.5 Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan mengikut tatacara yang tertentu bagi memastikan gerak kerja yang
dilakukan teratur dan sistematik. Setelah borang soal selidik yang disediakan mendapat
kelulusan penyelia, penyelidik mula mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada
responden. Penyerahan borang soal selidik ini dilakukan sendiri oleh pengkaji agar tujuan
kajian dapat diterangkan dengan lebih terperinci kepada sampel-sampel yang terlibat.

Tempoh masa tertentu diberikan kepada responden untuk menjawab borang soal selidik.
Setelah borang soal selidik dikumpulkan, pengkaji mula menganalisis data-data yang
terdapat pada borang tersebut. Data-data yang diperoleh dianalisis dan direkodkan
sebelum kesimpulan berkaitan dengannya dilakukan.

3.6 Penganalisian Kajian

Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program Statistical


Package For Social Science Version 11.5 for Windows (SPSS) iaitu suatu perisian
komputer bagi menganalisis data peratusan dan min.

22
Pada bahagian A, data dianalisis bagi mendapatkan peratusan. Pada bahagian B pula data
dianalisis bagi mendapatkan peratusan dan min bagi setiap item yang ditandakan oleh
responden. Data-data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif. Keputusan kajian
akan dinyatakan dalam bentuk jadual kekerapan.

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghaffar (2003) dalam Azhar et al (2007), menyatakan
penyelidik kadangkala boleh menggunakan pelbagai teori dan formula sendiri bagi
menghasilkan satu indeks tersendiri berdasarkan objektif kajian. Justeru, untuk
mengklasifikasikan nilai min kepada tinggi, rendah dan sederhana, maka pengkaji telah
mengubah suai skor min mengikut skala pengkaji.

3.7 Kesimpulan

Secara Kesimpulanya, bab 3 ini meliputi rekabentuk kajian, populasi dan sampel,
instrumen kajian, prosedur dan menganalisis data pengkaji. Rekabentuk yang digunakan
oleh pengkaji ialah rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif untuk memperoleh maklumat mengenai tahap profesionalisme guru novis
dalam pengajaran dan pembelajaran. Populasi kajian tertumpu kepada semua guru novis
sekitar kota kinabalu dan mengambil sampel sebanyak 70 orang dan persampelan adalah
rawak mudah. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai lima bahagian
dan mempunyai 50 soalan yang mengukur tahap profesionalisme guru novis dalam aspek
kesediaan, pegetahuan dan motivasi guru novis. Prosedur kajian untuk mendapatkan data
adalah sistematik dan terkawal. Pengkaji menggunakan perisian SPSS untuk mengira
min, varian, sisihan piawai. Ujian–t (t-test) digunakan untuk menguji signifikan kajian
dan hipotesis kajian.

23
Rujukan

Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan pedagogical
Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian kes Guru Cemerlang Pendidikan
Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 2 (2), 2010 13-30.

Atas talian Kertas kerja seminar nasionalisme pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke
14. Diakses pada 15 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi dalam laman web
https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:4biX6YvFOMgJ:www.iab.edu.my
/SN14/drmdsani.pdf+konsep+profesionalisme+guru+novis&hl=en&gl=my&pid=
bl&srcid=ADGEESjw0RZKipYeOrCcC3yYA8-
mmyxVRD3L6iaE6c8nUa6K9BOcH2Yn54lW2i5SMvq3lKQ7fYKtIJL5RekPhT
prs16WZdNf-5GfcdmTmBoGEhokqurv9f8pXUvm-
RvEYBwJxuin3_Gc&sig=AHIEtbRQ4SbOeHGItA8Am7mca_nPM1SdiQ dan
Definisi pengetahuan serta Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengetahuan
http://duniabaca.com/definisi-pengetahuan-serta-faktor-faktor-yang-
mempengaruhi-pengetahuan.html.

Atas talian Motivasi guru . (2009). Di akses pada 15 Disember 2011, pada 9.00 pagi
dalam laman webhttp://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html

Atas talian sekolah Kebangsaan panglima Adnan bagan Pulau pinang. Di akses pada 18
Disember 20011 pada jam 10 pagi dalam laman web http://www.skpa-
bgnpinang.net/v2/buletin-skpa/110-kepentingan-persediaan-mengajar.html.

Azhar bin Muhammad, Abdul Hafiz bin Abdullah, Azmi Shah bin Suratman, Kamaril
Azmi bin Jasmi dan Mohd Ismail Mustari (2007). Tahap Profesionalisme guru-
guru pelatih pendidikan Islam dalam Latihan Praktikum. Shah Alam: Universiti
Teknologi Malaysia, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial.

Azhar bin Muhammad, Abdul Hafiz bin Abdullah, Azmi Shah bin Suratman, Kamaril
Azmi bin Jasmi dan Mohd Ismail Mustari (2007). Tahap Profesionalisme guru-

24
guru pelatih pendidikan Islam dalam Latihan Praktikum. Shah Alam: Universiti
Teknologi Malaysia, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Aziah Ismail et al. (2002). Amalan Pembangunan Profesionalisme Dalam Kalangan


Guru-guru Novis. Universiti Sains Malaysia.

Baharin Abu. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM
Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam Kolokium Fakulti
Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
Baharin Abu. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM
Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam Kolokium Fakulti
Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do mentoring and induction program have
greater benefits for teachers who lack preservice training?. Jurnal of Public &
International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82.

Hashim Othman, & Mohd. Daud Hamzah. (2001). Latihan Mengajar Kendalian Sekolah:
Penerokaan Komponen-komponen Kecekapan Mengajar Guru Pelatih Pra-
siswazah. Kertas kerja dibentang dalam Conference On Challenges And Prospects
In Teacher Education, Concorde Hotel, Shah Alam, pada 16-17 Julai 2001.

Humphrey, D.C.; Wechsler, M.; Bosetti; K.R. 2007. Teacher induction in Illinois and
Ohio: a preliminary analysis. Commission by the Joyce Foundation, U.S.A.
Kauchak dan Enggan .(1989). “ Learning And Teaching. “ Massachussest : Allyn and
Bacon.
Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Selangor:
Prentice Hall. Pearson (M). Sdn. Bhd.

Khalid Johari. (2009). Pola Efikasi Guru-Guru Novis Sekolah Menengah. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.

25
Lokman bin Mohd Tahir dan Ida Juliana binti Mat Johari. 2007. Tahap kesediaan bakal
guru tahun akhir perdana UTM (Kemahiran Hidup) dalam menceburi profesion
perguruan. Fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
M. Susie Whittington et al . (2006). Teacher Efficacy Of Novice Teachers In Agricultural
Education In Ohio At The End Of The School Year. Ohio.

MacDonald, B. & Rudduck, J. 1971. Curiculum Research and Development Project:


Barries to Success. British Juornal of Educational Psychology. 41: 148-154.

Magisos, J.H. (1989). “Vokcational Teacher Education Principles, Practise, Problem and
Promissing Direction”. London : The Plamer Press.
Mahmood Nazar Mohamed dan Sabitha Marican (1995). Hubungan Manusia Dalam
Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd.
McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London : Routledge.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. “Asas Penyelidikan Sains Sosial”. Panel Asas
Pendidikan. Shah Alam : Fakulti Pendidikan, UTM (tidak diterbitkan).

Mohammed Sani Ibrahim. 2002. Pendidikan Guru yang Bersatu dan Dinamik. Prosiding
Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mohammed Sani Ibrahim. 2007. Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Kearah


Perkembangan Kerjaya Guru-guru Novis di Malaysia. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Othman Lebar. 2000. Kretif dan Inovasi dalam Pendidikan Guru. Prosiding Seminar
Kebangsaan Seminar Kebangsaan JPPG. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia
Sabah.

Shulman, L.S. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher 15(2): 4-14.

26
Simon, S. D. (2006). Statistical Evidence in Medical Trials: What Do The Data Really
Tell Us?. New York: Oxford University Press.

Siti Maisarah binti bahrun. 2008. Persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan. Universiti
Teknologi Malaysia
Wan Noraini Wan Razab dan Nooraini Othman. 2011. Tahap motivasi dan punca
tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Jurnal Kemanusiaan bil.1. Universiti
Teknologi Malaysia.
Yusuf Ahmad. (2008). Masalah Kesediaan Guru Permulaan: Sekolah Perlu Memainkan
Peranan Utama Untuk Menyelesaikannya. Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Kedah Darul Aman.

Zakaria Kasa, Soaib Asimirin, Abdul Rasid Jamian, & Yahya Othman. (2001). Persepsi
Pelatih Terhadap Latihan Mengajar. Suara Pendidik (23), 20-30.

27

Anda mungkin juga menyukai