Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS (BBA)

JANUARI 2020

MPU 3323
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 (TITAS 1)

TAJUK:
Tugasan Ini Adalah Untuk Menilai Kebolehan Pelajar Membincangkan Sumbangan Dan
Hasil Pencapaian Tamadun Melayu Terhadap Nilai Dan Pandangan Semesta Masyarakat.

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan...............................................................................................................................1
2.0 Tugasan 1.......................................................................................................................................2
2.1 Jati Diri.......................................................................................................................................2
2.2 Jati Diri dalam Filem dan Bandingan dengan Nilai-nilai Jati Diri pada Hari Ini................2
2.2.1 Sikap Bertanggungjawab......................................................................................................2
2.2.2 Sikap Menghormati Orang Lain............................................................................................2
2.2.3 Prihatin / Berbaik Hati..........................................................................................................3
2.3 Analisis Sumbangan Tamadun Melayu dan Contoh Babak Filem........................................3
2.3.1 Sumbangan Sistem Pemerintahan.........................................................................................3
2.3.2 Sumbangan Ilmu Matematik.................................................................................................4

i
2.3.3 Hasil Pencapaian Bidang Kesenian.......................................................................................4
2.3.4 Hasil Pencapaian Bidang Bahasa,Tulisan & Persuratan........................................................4
2.3.5 Hasil Pencapaian Kemahiran Pembuatan..............................................................................5
2.4 Pengajaran.................................................................................................................................5
2.4.1 Nilai-nilai Positif.................................................................................................................5
2.4.1.1 Sifat Menolong..................................................................................................................5
2.4.1.2 Bertanggungjawab sebagai Seorang Pemimpin.................................................................6
2.4.1.3 Sanggup Berkorban Demi Keselamatan Negara................................................................6
2.4.2 Nilai-nilai Negatif................................................................................................................7
2.4.2.1 Elakkan Diri daripada Sikap Mencuri................................................................................7
2.4.2.2 Elakkan Sikap Judi.............................................................................................................7
2.5 SmartArt....................................................................................................................................8
3.0 Kesimpulan..................................................................................................................................10
4.0 Tugasan 2.....................................................................................................................................11
4.1 Jurnal Reflektif..........................................................................................................................11
5.0 Rujukan........................................................................................................................................13

ii
1.0 Pengenalan

Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah
Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dalam pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan
Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi
(Hamzah, 1986). Bellwood menegaskan bahawa Melayu merupakan salah satu masyarakat
peribumi atau masyarakat asal rantau ini – rantau atau wilayah kebudayaan yang disebut
sebagai Malay Archipelago, Kepulauan Melayu atau Alam Melayu (P.S., 1997) .

Tugasan ini menekan tegas pasal Tamadun Melayu. Tujuan tugasan ini adalah untuk
menilai kebolehan pelajar membincangkan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu
terhadap nilai dan pandangan semesta masyarakatnya. Jelasnya, tugasan ini dibahagikan
kepada dua bahagian. Dalam Tugasan 1, pelajar diminta menonton filem Nujum Pak
Belalang dalam laman Youtube dan menjawab beberapa senarai soalan. Dalam Tugasan 2,
pelajar diminta menghasilkan satu Jurnal Reflektif mengenai sumbangan tamadun kepada diri
dan masyarakat. Dalam Jurnal ini, pelajar akan menghuraikan pengalaman dan pengajar yang
dapat belajar semasa menjalankan kajian ini.

Pada akhir tugasan ini, anda akan dapat tahu pasal keindahan dan keunikan Tamadun
Melayu dan amalan yang masih dimematuhi oleh masyarakat Malaysia sejak Tamadun
Melayu dulu. Tugasan ini juga akan membincangkan isu-isu positif dan negatif ikut tajuk dan
mengaitkan isu tersebut kepada berita atau kejadian isu terkini. Ia akan memberi kesedaran
kepada para pembaca atas penghargaan dan keistimewaaan sumbangan Tamadun Melayu
yang menjadi akar umbi kepada kewibawaan negara Malaysia sekarang.

1
2.0 Tugasan 1

2.1 Jati Diri

Jati Diri bermaksud identiti, sifat atau ciri yang unik dari segi adat, bahasa, budaya
dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, dan sesuatu
bangsa (Pustaka, 2017). Identiti adalah keadaan fikiran di mana seseorang mengenali atau
mengenalpasti ciri-ciri watak mereka yang membawa kepada mengetahui siapa mereka dan
apa yang mereka lakukan.

2.2 Jati Diri dalam Filem dan Bandingan dengan Nilai-nilai Jati Diri pada Hari Ini

Dalam filem Nujum Pak Belang terdapat beberapa nilai-nilai jati diri yang amat berguna yang
perlu patuhi pada hari ini. Antaranya adalah sikap bertanggungjawab, menghormati orang
lain, sayang menyayangi, prihatin, sikap sanggup berkorban dan menjaga kebersihan diri.

2.2.1 Sikap Bertanggungjawab

Dalam filem Nujum Pak Belalang, Si Belalang bekerja keras mencari rezeki demi
kesejahteraan keluarga. Ibunya meninggal dunia, bapa seorang pemalas yang sering duduk
rumah dan tidak suka bekerja. Sebagai seorang anak tunggal, Belalang terpaksa mencari
rezeki dan makanan untuk keluarganya. Ade satu babak, Belalang kemas diri dan keluar
rumah untuk mencari kerja dan dia dapat menolong seorang makcik untuk mencuci pinggan
dan membersih perahunya. Sebaliknya, Belalang dapat beras dan dua batang tebu sebagai
upah. Tetapi, apabila kita banding budak-budak zaman sekarang dengan Belalang, ramai
mengambil kesempatan dalam kehidupannya. Pada zaman ini, ramai ibu bapa bekerja dan
anakya dapat bersekolah dan berpakaian penuh, malang masih ade kes-kes seperti anak muda
melarikan diri, kurang ajar pada ibu bapa dan mempengaruhi dalam gejala sosial seperti buli,
mencuri, menghisap rokok, dan sebagainya. Ini menimbulkan persoalan tentang tekanan nilai
murni dan fikiran positif dalam kalangan masyarakat.

2.2.2 Sikap Menghormati Orang Lain

Dalam filem, apabila Tok Penghulu memasuki rumah kediaman Pak Belalang, Pak
Belalang bersalam dan menyembut Tok Penghulu bagi memasuk. Dalam babak yang lain
pula, apabila Pak Belalang perasaan Tok Penghulu yang membangunkan dirinya, Pak
Belalang bangun terkejut dan bersalam Tok Penghulu. Ini membuktikan tanda penghormatan

2
kepada orang berjawatan tinggi dan berkuasa. Selain itu, setiap kali masyarakat biasa
menghadap Sultan Shahrul Nizam Ibni Al-Mahrum Sultan Malik Shah, mereka mengangkat
dua belah tanggan ke kepala dan sembah beliau sebagai tanda penghormatan. Kedua-dua
babak ini menunjukkan sikap dan amalan menghormat orang yang berjawatankuasa dan
tinggi pada masa Tamadun Melayu dulu. Berbanding dengan masa kini, amalan ini masih
dipatuhi oleh semua masyarakat Malaysia setiap kali menghadap orang berkuasa seperti,
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Negeri, Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimen. Ini
membuktikan, amalan menghormati orang lain yang tertekan tegas oleh agama Islam pada
Tamadun Melayu yang membawa haruman ajaran agamanya sehingga sekarang.

2.2.3 Prihatin / Berbaik Hati

Setelah menjadi Ahli Nujum Negara dan mendapat pendapatan yang lumayan, Pak
Belalang menyuruh Belalang mencari seberapa orang miskin dalam kampungnya untuk
menolong mereka. Semasa Pak Belalang berhidup sebagai seorang pemalas, kehidupannya
miskin, berumah papan biasa dan mempunyai bekalan makanan yang sangat kurang. Pak
Belalang tahu betapa susahnya berhidup miskin. Namun, setelah menjadi orang kaya, Pak
Belalng ingin menolong semua orang miskin. Pada masa kini, terdapat beberapa manusia
yang berbaik hati menolong orang lain yang memerlukan bantuan. Contohnya, pada bulan
November 2019 lalu, Malaysia dilanda banjir kilat di seberapa negeri dan daerah. Ini
menyebabkan ramai tiada kerja, sumber pendapatan, murid-murid terpaksa ponteng sekolah
semasa peperiksaan SPM. Ramai dari kawasan yang tiada banjir sukarela bagi menghulur
bantuan kepada mangsa banjir dari segi tempat tinggal, makanan, keperluan asas dan
perubatan. Ini membuktikan masyarakat Malaysia kini mempunyai sifat berprihatin pada
mangsa banjir yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

2.3 Analisis Sumbangan Tamadun Melayu dan Contoh Babak Filem

2.3.1 Sumbangan Sistem Pemerintahan

Dalam filem Nujuk Pak Belalang, terdapat sistem pemerintahan secara bersultan oleh
Sultan Shahrul Nizam Ibni Al-Mahrum Sultan Malik Shah yang memerintah Negeri Beringin
Rendang. Baginda merupakan seorang pemimpin yang berwibawa yang tertumpu pada hal
elhwal rakyat negerinya. Berbanding sumbangan tersebut pada masa kini, terdapat sembilan
buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,
Terengganu dan Kelantan yang mengekalkan sistem pemerintahan bersultan sehingga masa
kini. Ini menunjukkan sumbangan Pemerintahan kukuh dan tegas pada Tamadun Melayu
yang masih diikuti dan mengekalkan adat pemerintahan tersebut.

3
2.3.2 Sumbangan Ilmu Matematik

Terdapat beberapa babak dalam file ini membuktikan masyarakat Tamadun Melayu
dulu menguasai ilmu matematik. Yang pertamanya, setelah dua orang penyamun mencuri dua
ekor lembu dan dua ekor kambing, mereka berkira dan mengagihkan hasil mencuri antaranya.
Ini menunjukkan masyarakat dulu mempunyai ilmu mengira. Dalam babak yang lain, semasa
Pak Belalang dijemput ke istana Sultan untuk berjampi mencari harta benda yang dicuri, Pak
Belalang memberi alasan bahawa harta yang hilang meminta tempoh 7 hari untuk dapat
dicari. Ini membuktikan ilmu kalendar dan pengiraan hari wujudnya pada Tamadun Melayu.
Tambahan pula, semasa perjudian teka-teki antara Sultan Negeri Beringin Rendang dan
Sultan Masai, keputusan jawapan betul dicatat dan umum pada papan keputusan. Ini
menyatakan bahawa, masyarakat biasa pun menguasai ilmu matematik mengira nombor dan
mengetahui beza antara nombor kecil dan besar.

2.3.3 Hasil Pencapaian Bidang Kesenian

Dalam file ini, terdapat beberapa aspek yang menunjukkan kewujudan alatan dan
tradisi kesenian yang kreatif dan cekap. Pada permulaan filem, terdapat segolongan petani
yang menggali tanah dengan cangkul, Belalang memotong kayu dengan parang dan seorang
perempuan menapis tanah guna penapis rotan. Ini menunjukkan penggunaan besi logam
untuk mencipta cangkul dan parang, dan pengunaan hasil tumbuhan iaitu rotan untuk
mencipta penapis yang membenarkan hasil rekaan alat-alat logam dan rotan untuk
mempermudahkan cara kerja. Seterusnya, selepas Pak Belalang digelar sebagai Ahli Nujum
Negara, bertabalan beliau disambut meria dengan nyanyian dan tarian tradisi orang Melayu.
Terdapat alat-alat muzik seperti gong, bonang, tabla sekali dengan nyanyian klasik dan tarian
sebelum Ahli Nujum Negara menghadap Sultan. Ini membuktikan keunikan dan kreativiti
masyarakat Tamadun Melayu yang mencipta alat-alat muzik sekali dengan lagu, tarian
tradisional yang menarik dan penuh hiburan. Ketiga pula, apabila mendapat berita Sultan
Masai menghadap ke Negeri Beringin Rendang tanpa maklumat awal, Sultan Shahrul Nizam
menghantar Perdana Menteri dan para tentera untuk melawan Sultan Masai ke hilir sungai.
Para anggota tentera bersedia dengan senjata seperti lembing, tumbuk lada, dan pemanah. Ini
mengiktirafkan kegunaan logam untuk mencipta senjata yang kukuh dan padat bagi melawan
musuhnya. Perkara ini boleh dipandang dari segi kesenian fikiran yang mencipta reka bentuk
alatan dan barangan kemas pada Tamadun Melayu dulu.

2.3.4 Hasil Pencapaian Bidang Bahasa,Tulisan & Persuratan.

Dalam filem ini terdapat dua babak yang menunjukkan pencapaian bidang
bahasa,tulisan dan persuratan. Pertamanya cara Ahli Nujum Negara menunjukkan perasaan

4
cinta pada Puteri Sultan Shahrul Nizam. Beliau berbahasa manis dan meggunakan kosa kata
yang indah. Selain itu, semasa Sultan Shahrul Nizam menandatangani perjanjian dengan
Sultan Masai, beliau menggunakan bulu celup dakwat untuk tandatangan. Ini menunjukkan
penciptaan dakwat dan persuratan perjanjian yang wujud pada zaman dulu.

2.3.5 Hasil Pencapaian Kemahiran Pembuatan

Kemahiran pembuatan yang disebut sini merujuk kepada kemahiran fesyen pakaian.
Dari permulaan sehingga keakhiran filem, cara pakaian para masyarakat Tamadun Melayu
berbeza dan variasi. Contohnya, fesyen pakaian Pak Belalang berubah setelah dia ditabal
sebagai Ahli Nujum Negara. Beliau berpakaian baju melayu, kain songket sutera, penambilan
tegas, berjambang pendek dan kemas. Ini membuktikan penampilan seorang ikut
jawantankuasa dan kemapuannya. Contoh yang lain pula, tumpuan pada barang kemas yang
dipakai oleh perempuan Tamadun Melayu. Sama ade, perempuan artis yang buat
persembahan di istana ataupun permaisuri dengan puteri Sultan Shahrul Nizam, barangan
kemas yang dipakainya berlainan bentuk, corak, dan bahan.

2.4 Pengajaran

2.4.1 Nilai-nilai Positif

2.4.1.1 Sifat Menolong

Salah satu pengajaran nilai positif yang dipaparkan dalam filem Nujum Pak Belalang
adah sifat menolong orang lain. Apabila Pak Belalang ditabalkan sebagai Ahli Nujum Negara
dan menjadi orang kaya, beliau menyuruh Belalang untuk mencari seberapa orang miskin
dalam kampungnya untuk menolong. Ini menunjukkan sifat yang amat mulia dan pengajaran
yang sangat berharga. Kalau kita banding nilai tersebut pada situasi hari ini, masyarakat kita
sangat berprihatin dan mempunyai sifat menolong orang dalam kesusahan. Sebagai bukti
untuk merialisasikan pernyataan ini, pada tahun 2019 bulan November tahun lepas,
sebahagian besar Malaysia dilanda banjir kilat, segelintir pelajar dari institut pengajian tinggi
awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan program Misi Bantuan Pasca
Banjir Tanjung Sedeli pada 19 Disember 2019. Sejumlah 80 sukarelawan yang termasuk
warga university dan pelajar melibatkan diri dalam misi menolong mangsa banjir di Tanjung
Sedili, Kota Tinggi, Johor (Hamzah H. , 2019). Bukti yang kedua pula, pelajar dan alumni
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melancarkan Misi Bantuan Pasca Banjir Sukarelawan
Siswa di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan. Misi ini termasuk 80 sukarelawan
melakukan aktiviti gotong-royong selama dua hari, dari 13 Disember 2019 hingga 14
Disember 2019, membabitkan 86 keluarga yang terjejas dengan bencana banjir (Kelantan,
2019).

5
2.4.1.2 Bertanggungjawab sebagai Seorang Pemimpin

Pengajaran positif kedua adalah, sikap bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin.


Dalam filem, Sultan Shahrul Nizam Ibni Al-Mahrum Sultan Malik Shah mendengar khabar
hal ehwal setiap kampung dibawah pemerintahannya setiap bulan agar tiada penduduk di
bawah pemerinthahan Sultan Sharul Nizam yang mengalamai masalah. Dalam bincangan
tersebut, penghulu salah satu kampung melaporkan keadaan kampungnya terancam dan tidak
aman sebab semua tanaman padi dibinasa oleh tikus. Selepas mendengar berita ini, Sultan
Shahrul Nizam menyuruh Penghulu Istana untuk membekalkan racun tikus yang secukupnya
kepada kampung tersebut. Ini nenunjukkan kemimpinan yang bertanggungjawab dan
berwawasan. Pemimpin yang bertanggungjawab atas kemakmuran masyarakatnya masih
wujud. Bukti yang paling tepat adalah skim bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin menurut isu serious dan kronik yang tengah berlaku di seluruh
dunia sekarang, Covid-19. Merujuk pada Kementerian Kesihatan Malaysia, Covid-19
merupakan jenis sekeluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga
ke penyakit teruk dan serius seperti MERS-CoV dan SARS-CoV (Health, 2020). Berkaitan
isu tersebut, masyarakat Malaysia terpaksa dituduh perintah kawalan pergerakan untuk
sebulan. Ini menjejas semua sector pekerjaan dari segi kewangan, sumber pendapatan dan
sumber makanan. Bagi mengelakkan masyarakat menderita semasa kawalan ini, Pendana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN) yang bernilai RM 250 Billion (Awani, 2020). Pakej ini melibatkan semua
golongan masyarakat dari pelajar, bujang, berkahwin, dan warga emas. Bantuan tunai wang
ini akan meringankan beban masyarakat semasa kawalan pergerakan ini.

2.4.1.3 Sanggup Berkorban Demi Keselamatan Negara

Pengajaran seterusnya adalah sifat sanggup berkorban demi keselamatan negara. Dari
babak filem semasa Sultan Masai menghadap ke Negeri Beringin Rendang, para tentera dan
anggota wira bersedia melawan Sultan Masai demi menjaga keselamatan negaranya. Mereka
mengutamakan keselamatan dan keharmonian negara sebelum nyawa dan keluarga mereka.
Terdapat juga pejuang dan wira seperti ini pada masa kini. Ulang balik pada pandemik
Covid-19 di Malaysia, terdapat 4000 lebih jururawat, doktor dan staf perubatan yang tengah
melawan kronik virus ini. Mereka bekerja lebih 18 jam sehari bagi berhenti wabak penyakit
ini merebak dan menjadikan situasinya lagi teruk. Dalam malaymail.com, Ketua Pengarah
Kesihatan, General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kebanggaan peribadinya
kepada pahlawan-pahlawan yang berpakian putih dan biru yang telah menghadapi pandemic
global dan menyatakan perkhidmatan mereka amat menakjubkan. Beliau juga mengatakan
bilangan mangsa wabak Covid-19 merupakan bersejarah dan sehingga tarikh 31 Mac 2020,
para staf perubatan telah melawan wabak ini selama 67 hari (Malaymail, 2020). Pahlawan
bukan sahaja merujuk kepada seorang yang mengangkat senjata dan berlawan sesama musuh,

6
tetapi juga merujuk kepada seorang yang sanggup berkorban demi keselamatan dan
kesejahteraan negara dan para warga negaranya.

2.4.2 Nilai-nilai Negatif

2.4.2.1 Elakkan Diri daripada Sikap Mencuri

Merujuk pada nilai negatif yang harus dielakkan adalah sikap mencuri. Dalam filem
Nujum Pak Belalang, terdapat dua orang penyamun yang sering melakukan gejala mencuri.
Kali pertama, mereka mencuri dua ekor lembu dan dua ekor kambing, kali kedua mencuri
harta benda istana, dan kali ketiga menculik Puteri Sultan Shahrul Nizam, akibatnya mereka
kena ditahan oleh tentera sultan dan dihukum penjara. Sedihnya bahawa sikap buruk ini
masih kerap berlaku dalam kalangan masyarakat zaman sekarang. Bagi contoh insiden yang
berlaku Januari lalu, terdapat seorang wanita mencari barang kemas berharga RM 10,000.
Wanita tersebut berusia 20-an memasuki kedai menjual barang kemas dan mencuri seutas
rantai emas seberat 42.78-gram dari almari pameran yang tidak berkunci seketika pemilik
kedai sedang leka (Sumanti, 2020). Setelah beberapa hari, pihak polis berjaya menangkap
wanita tersebut dengan rakaman CCTV dalam kedai emas itu. Ini menimbulkan perasaan
sedih bercampur ketakutan, sebab segelintir masyarakat sampah sebegini menjejaskan nama
harum negara dan keharmonian & keselamatan negara. Fikirkan situasi ini jikalau seorang
pelancong membaca berita sebigini sebelum ataupun sementara melancong negara kita, ia
akan menimbulkan pandangan yang buruk.

2.4.2.2 Elakkan Sikap Judi

Pengajaran negatif kedua yang perlu dielakkan adalah sikap judi. Dalam filem, Sultan
Shahrul Nizam tertarik pada judian bermain menjawab teka-teki yang ditawarkan oleh Sultan
Masai. Mereka berjudi atas negara memerintahnya dalam pertandingan itu. Nasibnya Si
Balalang dapat tahui jawapan teka teki tersebut, Pak Belalang berjaya menjawab semua
soalan dan mempertahankan negaranya tanpa dikuasai. Dari segi agama Islam, judi adalah
haram dan harus tidak diikut oleh sesiapa pun, tak kira agama. Walaupun ajarannya mengata
bahawa ini adalah haram, masih terdapat kes-kes judi berlaku pada masa kini. Pada bulan
Januari 24, 2020 lalu, pasukkan Polis Negeri Sembilan berjaya menangkap 34 warga China
dan merampas 18 buah computer, 83 unit telefon bimbit, lima passport negara China, dan
sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, yang sindikit judi dalam talian (Bernama, 2020). Mereka
melakukan gejala judi ini secara atas talian dan menipu ramai orang awam. Ini menunjukkan
salah penggunaan alat komunikasi dan juga siber-crime.

7
2.5 SmartArt

2.1 Jati Diri


2.2 Jati Diri dalam Filem dan Bandingan dengan Nilai-nilai Jati Diri pada Hari Ini.

Sikap
Bertanggungjawab

Sikap
Jati Diri
menghormati Baik Hati
orang lain
bermaksud
identiti, sifat atau
ciri yang unik

2.3 Analisis Sumbangan Tamadun Melayu

Sumbangan
Sistem
Pemerintahan

Hasil Sumbangan
Pencapaian Ilmu
Kemahiran Matematik
Pembuatan Sumbangan
Tamadun
Melayu

Hasil
Pencapaian Hasil
Bidang Pencapaian
Bahasa, Bidang
Tulisan & Kesenian
Persuratan

8
2.4 Pengajaran
2.4.1 Nilai-nilai Positif
Nilai-nilai Positif

Sifat Menolong

Bertanggungjawab sebagai Pemimpin

Sanggup Berkorban Demi Keselamatan


Negara

2.4.2 Nilai-nilai Negatif


Nilai-nilai Negatif

Elakkan Diri daripada Sikap Mencuri

Elakkan Sikap Judi

9
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, tugasan ini membincangkan nilai jati diri Tamadun Melayu dan
pemahaman moral yang diamalkan orang masyarakat Tamadun Melayu. Ini membuktikan
kehidupan masyarakat Tamadun Melayu bercampur aduh dengan fahaman moral dan
pegangan agama yang kuat. Kerjasama dan toleransi antara masyarakat dulu mengajar kita
betapa pentingnya hubungan masyarakt untuk membina negara yang kuat dan kukuh.
Merujuk pada senarai sumbangan dan pengajaran penghasilan Tamadun Melayu,
masyarakat kini mempunyai peranan yang penting agar mematuhi dan mengikut segala
ajarannya. Selain itu, kita juga harus menghargai jasa para pahalawan yang berkorban demi
keselamatan tanah air dan wira yang menjaga dan mewarisi tradisi dan agama ke generasi
seterusnya.
Akhirnya, kita juga dapat mengetahui betapa pentingnya peranan seorang pemimpin
negara agar keselamatan dan kemakmuran para masyarakat dibawah pemerintahan. Dengan
ini, kita juga harus menghargai jasa para pemimpin negara sejak dari Tamadun Melayu
hingga ke pemimpin-pemimpin abad ke-20 an sekarang.

10
4.0 Tugasan 2
4.1 Jurnal Reflektif

Tugasan ini merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Dari segi subjek,
TITAS mengimbas kembali subjek Serah Tingkatan 4 dan 5 yang menerangkan tentang asal
usul tamadun dan permulaan Tamadun Melayu dan Agama Islam di Asia Tenggara. Sebagai
langkah pertama, saya membaca bab 4 dan 5 dalam buku teks TITAS yang menghuraikan
lanjut pasal Tamadun Melayu berkaitan pada tajuk tugasan ini. Kemudiannya saya menonton
filem Nujum Pak Belalang seperti arahan tugasan. Filem ini merupakan pengalaman baru
bagi saya kerana saya tidak pernah menonton filem lama Melayu sebegini. Saya berasa amat
kagum pada cara melakon para pelakon, lagu dan perbahasaan pada masa dulu. Ini
membuktikan kegemilangan dan kemewahan industri filem di Malaysia yang bermampu
menghasilkan filem penuh pengajaran.
Kemudiannya, saya mencatat setiap babak dan situasi dalam filem yang berkaitan
dengan soalan tugasan. Dalam soalan pertama, pelajar diminta meneraikan nilai jati diri
dalam filem dan nilai jati diri pada hari ini. Semasa menjawap soalan ini, saya berasa amat
menakjub kerana kehidupan pada Tamadun Melayu membawa pelbagai nilai jati diri yang
harus dipatuhi oleh masyarakat kini. Cara dan adat kehidupan mereka menerangkan betapa
kreatif dan cekapnya kehidupan mereka.
Dalam soalan kedua, saya menganalisis sumbangan Tamadun Melayu pada zaman
tersebut dan contoh dari babak filem. Secara peribadinya, saya bernikmat menjawab soalan
ini. Sumbangan Tamadun Melayu dulu memainkan peranan penting dalam tradisi kehidupan
masyarakat sekarang. Contohnya, hasil pencapaian tradisi fesyen pakaian yang terperinci dari
segi barang kemas dan jenis kain yang memakainya. Cara dan rasa pemikiran kreatif
pemakaian ini masih wujud dalam kalangan kita yang mampu mengimport tekstil untuk
menjahit pakaian idaman.
Contoh kedua pula, sumbangan ilmu matematik pada Tamadun Melayu. Masyarakat
dulu menguasai ilmu matematik bagi kiraan nombor, wang, dan harta. Ini melahirkan
golongan pakar matematik dan keusahawan yang menyumbang pada kegiatan ekonomi
tamadun dulu. Pada masa kini, para masyarakat dapat menguasai ilmu matematik sejak pra-
sekolah sehingga tempat kerja yang amat penting bagi kehidupan harian. Perkembangan ini
berakar umbi dari sumbangan ilmu sejak Tamadun Melayu.
Bagi soalan ketiga, saya menjelaskan pengajaran positif dan negatif daripada filem
Nujum Pak Belalang dan mengaitkan dengan suasana hari ini. Semasa menjawab soalan ini,
saya dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam isu terkini dalam negara kita. Saya merujuk
beberapa e-suratkhabar untuk isu yang berkaitan dengan pengajaran positif dan negatif dari
babak filem ini. Saya mendapat beberapa isu terkini yang berunsur positif dan
mengharumkan nama negara, tetapi masih terdapat juga isu-isu gejala dan haram yang kerap
berlaku dalam kalangan kita. Analisis dalam isu-isu ini mendatangakan beberapa topik dan
tajuk untuk perbincangan dan perbahasaan agar mengelakkan pengajaran negatif.

11
Dalam soalan akhir, saya diminta memindahkan isi-isi penting jawapan soalan I,ii dan
iii ke format SmartArt dalam Microsoft Word. Saya dapat mempelajari ilmu dan cara
menggunakan SmartArt dan rekaan bentuk dan warna. Saya dapat peluang meluahkan
kreativiti dan kecekapan pemindahan isi penting ke bentuk peta minds (SmartArt).
Akhirnya, pengalaman perjalanan tugasan ini amat berguna dan efektif kepada diri
saya, sebab saya dapat mempelajari beberapa informasi tentang Tamadun Melayu dan betapa
hebatnya cara kehidupan mereka yang seiring dengan ajaran agama Islam. Saya juga
menyedari bahawa, kebanyakkan amalan dan tradisi sekarang merupakan warisan dan harta
dibawah turun dari Tamadun Melayu dulu dan kita menghargai dan terus mengamalkan
tradisi ini sebagai tanda kegemilangan tokoh-tokoh kita.

12
5.0 Rujukan

Awani, A. (29 March, 2020). Astro Awani. Retrieved from astroawani.com:


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-
bantuan-prihatin-nasional-bpn-235824

Bernama. (24 Januari, 2020). Astro Awani. Retrieved from astroawani.com:


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-judi-dalam-talian-34-warga-china-
ditahan-228953

Hamzah, A. (1986). Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur,Malaysia: Hizbi.

Hamzah, H. (22 December, 2019). UTM NEWSHUB. Retrieved from news.utm.my:


https://news.utm.my/ms/2019/12/utm-kumpul-80-sukarelawan-untuk-misi-bantuan-banjir-
di-tanjung-sedili/

Health, M. O. (1 April, 2020). Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from
moh.gov.my: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264

Kelantan, U. M. (17 Disember, 2019). Ministry of Education Malaysia . Retrieved from umk.edu.my:
https://www.umk.edu.my/index.php/en/publication/umk-news/4-latest-news/379-
sukarelawan-siswa-umk-santuni-mangsa-banjir-kampung-chuchuh-puteri

Malaymail. (31 March, 2020). malaymail. Retrieved from malaymail.com:


https://www.google.com.my/amp/s/www.malaymail.com/amp/news/malaysia/
2020/03/31/health-d-g-hails-medical-frontliners-dedication-sacrifice-in-covid-19-battl/
1852016

P.S., B. (1997). Prehistory of Indo-Malaysian Archipelago. In Ed.semak. University of Hawai'i Press:


Honoolulu.

Pustaka, D. B. (2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrieved from Kamus Dewan Edisi
Keempat: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jati+diri

Sumanti, V. (23 Januari, 2020). Astro Awani. Retrieved from astroawani.com:


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-suspek-curi-barang-kemas-rm10-000-
diburu-polis-228833

13

Anda mungkin juga menyukai