Anda di halaman 1dari 14

LOG0

TAJUK
TRANSKRIP TEMU BUAL….
Tarikh/Masa: 26/9/2022 (12pm)
Lokasi: Pejabat Penolong Kanan Kokurikulum
Nama Penemubual
1. MUHAMMAD ARIF HILMI BIN SABRI (831010)
2. NOR BAIZURA BINTI HASHIM (831289)
Nama Informan
PUAN SAWATI BINTI AHMAD

2
Nama Penemubual/
Soalan Tema
Informan
Muhammad Arif Assalamualaikum cikgu, terima kasih cikgu bagi peluang
Hilmi kami untuk temubual cikgu di SMK Changlun ini. Ok kes
kajian kami ini adalah melibatkan penglibatan murid dalam
kokurikulum. Tapi disebabkan pendemik dia berlaku satu
perbezaan sebilangan murid kurang berminat untuk datang
dan melibatkan diri dalam kokurikulum ini. Ok kami nak
jumpa cikgu ini, kami nak soal la sedikit tentang kajian kes
kami ini. Ok kami adalah beberapa soalan, soalan yang
pertama kami boleh tak cikgu pekenalkan diri dulu serta
pengalam cikgu menjadi guru kanan kokurikulum.

Penolong Kanan Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Pertama -Latar


Kokurikulum Sekali cikgu ucapkan terima kasih la menjadikan SMK belakang
Changlun sebagai tempat untuk kamu saudara Arif untuk -Pengalaman
lakukan kajian tindakan bersama dengan saudari Baizura -Pelasanaan
berkaitan kokurikulum. Baik, nama penuh saya Sawati Binti kokurikulum
Ahmad. Saya bertugas di SMK Changlun ini pada tahun secara online
2020 maknanya saya dinaikkan pangkat dari guru kanan semasa covid
kemanusiaan SMK Megat Dewa dipindahkan ke SMK
Changlun sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Tapi
seperti mana yang kita tahu, pelantikan itu saya dapat dan
saya mari disini kita terjebak dengan pendemik covid-19.
Sebenarnya tahun 2020 tu saya mari tu kita tidak ada satu
aktiviti secara bersemuka lah sepanjang masa itu sehingga la
tahun 2021. Kita tidak ada aktiviti bersemuka, kebanyakkan
semua secara online. Jadi nak cerita pengalaman saya banyak
dalam kokurikulum ini saya rasa tak begitu banyak
pengalaman saya untuk mengendali kokurikulum ini.
Kiranya tahun 2021 ini betul-betul mencabar bagi saya untuk
menyelesaikan masalah dan bersemuka. Walau bagaimana
pon, untuk tahun ini pon pihak JPN pihak kemeterian
mengatakan bahawa semua kegiatan kokurikulum ko-
akedemik masih berjalan secara online tapi sukan baru secara
bersemuka. So tahun ini la tahun yang betul-betul saya
menimba sedikit pengalaman untuk mengendalikan kegiatan
kokurikulum. Kalau sebelum ini melibatkan secara online la.
Maknanya tahun ini la saya melibatkan secara langsung
dalam aktiviti kokurikulum. Itu la yang saya dapat nyatakan
pasal diri saya. Pengalaman saya yang betul-betul menjadi
penolong kanan kokurikulum ini iaitu pengalam dari segi
kerja pada tahun 2022 ni la yang sepenuhnya. Kalau 2020
dan 2021 tulebih kepada secara pengurusan online dan lebih
kepada alert berkaitan dengan tatacara ataupon sop
melaksanakan kokurikulum dalam zaman pendemik. Ok.
Nor Baizura Ok, terima kasih cikgu, boleh tak cikgu terangkan
pengurusan kokurikulum disekolah ini contohnya dari segi
gerak kerja carta organisasi ataupun penilaian.
Penolong Kanan Baik. Kalau kita tengok kokurikulum, mana-mana sekolah -Setiap bidang
Kokurikulum pon dia ada 3 bidang la kan. Satu kelab ko-akedemik, sukan kokurikulum
3
dan permainan dan badan beruniform. Dan sekolah SMK ada 3 bidang
Changlun pon sama juga la ada 3 bidang ini. Dia setiap -Jawatankuasa
bidang ni ada guru penyelaras masing-masing la. Ok, ada Pengurusan
guru penyelaras unit uniform, guru penyelaras untuk sukan Kokurikulum
permainan, guru penyelaras untuk kelab koakedemik. Dan (guru
dibawah saya juga saya dibantu oleh SU kokurikulum dan penyelaras
juga SU PAJSK yang mana SU kokurikulum ini dia unit uniform,
mengendalikan membantu saya untuk memastikan pejalanan guru
aktiviti-aktiviti kokurikulum berjalan mengikut takwim dan penyelaras
memastikan semua laporan-laporan dilaksanakan oleh guru untuk sukan
bidang masing-masing. Manakala SU PAJSK pula pastikan permainan,
bahawa setiap kehadiran pelajar, setiap penglibatan pelajar guru
itu dimasukan dalam boring-borang pemerhatian PAJSK penyelaras
sebab endoff form 5 nanti dia akan tengok markah PAJSK untuk kelab
dikira sebagai 10 peratus untuk kemasukan ke peringkat koakedemik)
Universiti. So SU PAJSK ni dia penting la untuk alert - dibantu oleh
pemarkahan budak dari segi PAJSK tu la kan. Itu saya bagi SU
kepada SU PAJSK. Manakala SU Kokurikulum lebih kepada kokurikulum
pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. dan juga SU
Maknanya ketiga-tiga ni saya, SU Kokurikulum dan SU PAJSK
PAJSK sentiasa ada komunikasi supaya tidak berlaku
keciciran terutamanya keciciran pelajar dalam penyertaan
setiap aktiviti. Macam SMK changlon ada lebih kurang 10
badan unit uniform untuk kelab koakendemik kita ada 20
lebih.
Nor Baizura Kelab itu macam persatuan math, BM..
Penolong Kanan Ya. Itu ko-akedemik. Benda ini ada berkaitan dengan -kukurangan
Kokurikulum pelajaran yang di ditawarkan di sekolah kita. Macam human
matematik, sains kita gabungkan dibawah STAM. Kalau resource
sebelum ini kita buat secara berasingan maknanya kita ada diatasi dengan
banyak kelab dan kita ada kekangan dari segi guru untuk STAM
mengendalikan kelab tu sebab kadang-kadang cikgu itu yang -kukuatan
ajar math, cikgu itu yang ajar sains jadi macam bila kita nak softball,
bahagikan guru agak kekangan dari segi human resource dari senibudaya
segi untuk menguruskan persatuan itu so kita gabungkan -selaraskan
persatuan tu dibawah STAM. So itu ko-akedemik la macam aktiviti
Bahasa tamil, sejarah, geografi, Pendidikan islam. Itu semua persatuan
kelab ko-akedemik la. Selain daripada itu yang ko-akedemik -pemantaun
kita ada inovasi dan reka cipta, kita ada drama seni budaya, aktiviti
usahawan muda, squad media, pra university, kitar semula,
reakrasi perlancongan, doctor muda, rukun negara, computer
dan ict, keselamatan jalan raya lebih kurang kita ada untuk
koakedemik ni kita ada 23, kemudian kita ada satu kelab
pencegahan jenayah. Kelab ni dia kelab itu dibawah HEM
sebenarnya, dibawah pemantauwan HEM tapi disebabkan dia
dilaksanakan guja pada hari rabu maka kita juga memantau
kelab ni juga la. Kemudian kita ada pasukan unit beruniform
kita ada 10 seperti saya kata kan tadi manakala kelab sukan
dan permainan kita ada 13. Yang mana kelab sukan dan
permainan ni satu kelab baru ditubuhkan iaitu kelab
memanah la. Kelab memanah dia ditubuhkan pada tahun
2021 lagi, tapi memandangkan masa itu pandemic
penjumpaan bersemuka tak boleh jadi susah lah kena buat

4
secara online kan, sebab kita nak ajar asas semua tu kan so
tahun ini la baru betul-betul dilaksanakan kelab memanah.
Kita minta bantuan dengan tenaga pengajar dari luar untuk
mengajar cikgu-cikgu kita dan juga mengajar pelajar kita la.
Dan alhamdulillah kelab memanah mendapat sambutan.
Kemudian SMK changlun ni pula kalau kata bitara sekolah
adalah softball. Kalau selalu sukan softball ni kita selalu
dapat johan cuma tahun ini kita disebabkan pelapis-pelapis
yang ada sebelum ini dah banyak keluar sebab form 5 kita
terpaksa melatih orang-orang baru jadi kemahiran itu tak
banyak lagi kan. Kira tahun ini kita betul-betul intensif la so
kita hanya dapat naib johan untuk bitara sekolah la. Dan
kalau untuk koakedemik kalau SMK changlun selalunya
juara dalam seni budaya terutamanya theather la. Kita ada
cikgu Azlan dan cikgu Rasmah. Dia yang banyak melibatkan
dalam teahter dan tahun 2021 dia menang peringkat
kebangsaan. Tahun 2020 pon pernah pergi peringkat
kebangsaan. Tapi kedua-dua tu semua online la. Dan untuk
perjalan kokurikulum ini kita buat pada hari rabu, dan semua
SU akan memastikan bahawa semua kelab akan menjalankan
aktivtiti dan kadang- kadang kita akan menselaraskan aktivit
contohnya katakana minggu ni kita ada kelab Bahasa melayu
yang menjadi tuan rumah yang mengendalikan aktiviti untuk
minggu itu. Contohnya Kelab Bahasa melayu akan
menghasilkan pentandingan menghasilkan kad hari raya
mengunakan barangan kitar semula. Jadi aktiviti tu
dianjurkan persatuan Bahasa melayu tapi persatuan lain pon
melakukan aktiviti yang sama. Kita selaraskan aktiviti
persatuan. So itu salah satu cara untuk memudahkan cikgu
nak memikirkan apa aktiviti, salah satu cara lah dan kedua
nak menarik minat pelajar la. Kadang-kadang ada setengah
cikgu bukan bidang dia jadi dia tercari-cari nak buat aktivti
apa yang menarik kan. Jadi setiap minggu kita cuba
selaraskan la. Dan kita akan bagi setiap unit akan handle
setiap minggu. Dan disitu juga kita akan membuat
pemantauwan dimana semua guru-guru kanan dimana yang
dianggap sebagai sebagai guru kanan untuk membantu untuk
memastikan bahawa semua cikgu-cikgu melakukan aktiviti
sewaktu pejalanan kokurikulum tu guru kanan akan turun
padang la untuk melihat perlaksanaan setiap aktiviti
dikalangan guru bersama kelab masing2 la.so pemantauan itu
kita nak past ikan tak ada kelab yang sekadar hadir sahaja la.
Semua aktiviti ada. Itu dari segi gerak kerja kita. Dari segi
organisasi seperti mana saya sebut tadi, kita ada pengetua
sebagai penaung, penolong kanan, su dan penyelaras masing-
masing setiap unit. Penilaian maksudnya, setiap kali
pemantauan yang dibuat oleh guru kanan, kita akan bagi
boring. Dia akan bagi pemarkahan dari segi kehadiran,
keaktifan mereka dalam aktiviti itu, Kerjasama antara murid
akan diberi penilaian. Pegetua kita, Puan Zainab Yaman ini
adalah ikon 3R kebangsaan semasa berada di SM Simpang
Kuala. Idea dibawa ke sekolah ini untuk mnejadikan SM
Changlun sebagai sekolah lestari. Salah satu part yang akan
ambil bahagian adalah kokurikulum. Dimana bahagian
5
kokurikulum ini, akan mengendalikan bahagian barang kitar
semula, aktiviti-aktiviti menjual minyak terpakai, aktiviti
menghasilkan sabun daripada bahan-bahan terbuang. Itu
semua diletakkan dibawah unit kokurikulum. Hendak
menunjukkan jaringan lestarian diantara kokurikulum dan
kurikulum. Contoh kurikulum diambil oleh cikgu sains untuk
digunakan applikasi ilmu mereka dalam menghasilkan sabun
dan panggil orang luar untuk menganjar. Dari situ berlaku
pembelajaran dekat pelajar dan alhamdulillah tahun ini kita
menghasilkan sabun daripada kulit nenas. Baru-baru ini kita
masuk pertandingan world cleanup day untuk bagi kesedaran
kepada pelajar tentang kepentingan sungai. Kita bergotong
royong bersih Kawasan sungai. Itu juga dimasukkan bawah
kokurikulum sebagai focus kepada kelestarian. Pengetua kita
memang tumpu pada kelestarian. Setiap bulan kiata akan
adakan kempen untuk mengutip barangan kitar semula ada
juga kempen bersihkan dapur kita mintak guru guru bawakan
minyak minyak terpakai dan kita juga ada kempen barangan
barangan terpakai atau barangan terbuang la seperti motor,
barang barang elektrik, semua tu dikumpul dan dibawa ke
sekolah dan kita akan contact pihak idaman dan kita akan
bawak ke sekolah untuk kita jual barang tersebut dan hasil
jualan tersebut kita kan masukkan dalam tabung lestari, dan
duit tersebut kita akan guna pakai la untuk keperluan
keperluan seperti menaikkan taraf sekolah dan yang mana
kita bajet bajet kurang kita akan gunakan duit itu sebagai
tabung la. Setakat tu la yang saya boleh terang.

Muhammad Arif Kita pun dah tau dah kita sudah lepas fasa pandemic kan ,
hilmi sekarang dah masuk fasa andemik. Saya nak tanya cikgu,
bagaimana penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebelum
covid dan selepas covid?

Penolong Kanan Ok, kalau sebelum covid ni, memang kita buat seratus
Kokurikulum peratus secara online. Dan kita dipahamkan kita pun dapat
feedback daripada semua sekolah. Semua apabila kita buat
secara online, kita dah hantar aktiviti kepada pelajar, kita
anggap pelajar pun buatlah. Ada yang respon, dan ada yang
tidak respon. Jadi kalau betul betul ikut yang respon tu
memang terlalu sikit la. Tapi memandangkan kita telah
dipanggil dan diberi taklimat, yang mana kita hantar saja dia
akan kira kehadiran pelajar terus. Maknanya kita dapat
kehadiran penuh la, dari segi itu la. Tapi dari segi realitinya,
yang ambil bahagian itu hanyalah sebahagian kecil la. Untuk
lepas pandemik ni, seperti saya sebut pada zaman andemik ni
kita dah buat perjumpaan secara bersemuka dan
alhamdulillah kehadiran dia oklah. Maksudnya , kita ikut
jadual waktu, mau takmau murid kena ada di Kawasan
sekolah la, jadi kehadiran oklah. Terutamanya dalam bidang
sukan, kan ramai lama tak bersukan, jadi tahun ni kita mula
balik jadi nampak keghairahan budak tu la kan. Untuk
kehadiran tu nampak memberasangkan. Bila kita masukkan
dalam jadual waktu, setakat ni ok lah. Tak jadi isu tentang

6
kehadiran sebab kalau dia tak hadir pun, dia dikira tak hadir
sekolah. Kalau dia tak hadir sekolah, maknanya dia tak hadir
kokurikulum sebab kita dah msukkan dalam jadual waktu tu
terus.

Nor Baizura Ok, apa pandangan cikgu tentang murid kurang minat untuk
menyertai kokurikulum.

Penolong Kanan Salah satu sebab kenapa ialah murid tak anggap sebagai satu
Kokurikulum proses pembelajaran. Bagi murid, pemahaman mereka,
mereka menganggap kokurikulum ni sebagai akitiviti yang
biasa , tidak ada apa-apa impak kepada mereka. Sedangkan
aktiviti kokurikulum tu adalah aktiviti pembelajaran secara
informal, seperti cara untuk berkomunikasi, cara untuk
meningkatkan kemahiran, cara dia mengendalikan sesuatu
akitiviti dan itulah salah satu proses pembelajran, akan tetapi
pelajar tidak menganggap itu sebagai satu pembelajran,
hanya sebahgian kecil saja menganggap itu sebagai penting,
manakala sebahagian tu hanya sekadar hadir saja, itu salah
satu sebab mengapa murid kurang minat. Kemudian,
mungkin ada dikalangan aktiviti aktiviti yang dianjurkan
cikgu itu kurang menarik minat pelajar, itu antara sebab
sebab yang kita tak nafikan. Contohnya katakan cikgu A, dia
ditugaskan untuk pegang unit beruniform, Polis contoh kita
katakan, sedangkan dia sendiri tidak ada kemahiran dalam
berkawat, tidak ada kemahiran dalam bidang bidang tersebut
jadi dia tak bersedia sangat utnuk mengupayakan aktiviti
tersebut, melainkan dia ada pergi kursus, dia ada initiative
untuk pergi kursus untuk meningkat ilmu kemahiran dia, jadi
dia boleh jadikan aktiviti aktiviti tersebut menarik la. Jadi
maknanya kita sebagai manusia ni, tak semua cikgu yang
berfikiran seperti tu, ada setengah berfikiran positif, ada
setengah yang berfikiran negative. Tapi kbanyakannya
positif la. Cuma kadang kadang kita pun buntu, aktiviti apa
yang kena buat untuk menarik minat pelajar. Kalau aktiviti
sekarang, kita kena update kita punya aktiviti , kita tak boleh
guna takok aktiviti yang lama. Sekarang kita tengok pelajar
minat dari segi apa. Saya nampak dari segi seperti dalam
talian macam e-games, e-sport, itu yang menarik minat
budak. Kalau aktiviti yang kita kata banyak yang santai
santai tu kurang menarik, lebih kepada IT yang boleh
menarik minat. Tapi bila lebih kepada IT, mungkin guru
guru muda tak ada masalah la sebab dari segi skill
mereka dah ada, macam guru guru yang dah berumur
ni, dia nak expect nak belajar IT rasa macam susah
sedikit. So buat guru yang lama dia ada pengalaman dan
guru yang baru ada kemahiran, jadi ada satu
komunikasi untuk menghasilkan aktiviti yang menarik.
Salah satu sebab kenapa murid tidak hadir ni dan
kekangangnya adalah aktiviti yang kurang menarik, jadi
kita kena galakkan guru untuk sentiasa mencari aktiviti
yang up to date, yang menarik, agak susah jugak la bagi
saya.

7
Nor Baizura Jadi kalau kita cakap mengenai IT adakah pelajar
dibenarkan membawa telefon?

Penolong Kanan Ya, untuk sekolah Changlon kita ada dapat feedback, kita
Kokurikulum jugak ada buat kaji selidik, kita ada mintak persetujuan
daripada waris, kita buat melalui google form, setuju atau
tidak setuju tentang anak membawa telefon, satu untuk guna
belajar di dalam kelas, setakat sekarang, ibu bapa setuju la,
pelajar dibenarkan untuk membawa telefon. Tu pun ada
jugak pro dan kontra dia jugak la kan, tapi kalau kita sentiasa
kekal kontra, kita duduk di tahap itu saja. Kita terpaksa
berani untuk berubah kehadapan la, walaupun kita sekat
pelajar untuk membawa telefon, pelajar akan bwak telefon
secara senyap, jadi kita cuba menarik minat pelajar
dengan membenarkan pembawaan telefon sama ada
digunakan di PdP dan pengunaan di kokurikulum.
Contohnya dalam aktiviti kokurikulum kita buat
pertandingan Tiktok, pertandingan video pendek,
kempen keselamatan jalan raya contohnya kita minta
pelajar untuk buat video pendek, mungkin ada yang
kreatif berminat, dan kita pernah berjaya peringkat
kebangsaan tempat ketiga tahun 2020, yang saya
nampak, aktiviti aktiviti tu banyak menarik minat
pelajar.

Nor Baizura Isu sekarang ni kan, budak kurang berminat kokurikulum


kan, jadi untuk setiap persatuan, kelab ,adakah pelajar
sukarela masuk mana mana persatuan atau kelab atau guru
yang aturkan untuk pelajar?

Penolong Kanan Ok, kalau sebelum ni, memang cikgu yang aturkan, sebelum
Kokurikulum saya ambil alih saya difahamkan cikgu yang agihkan kelab.
Bila berlaku pandemic ni macam pelajar pelajar jadi senyap
macam hibernate ja kan sampaikan pelajar pun tak tahu dia
kelab apa, so pada tahun 2021 saya buat pendaftaran semula,
sapa cepat dia dapat, sebab apabila kita bukak open mungkin
pelajar ramai minat IT, jadi semua pakat nak masuk IT, jadi
tidak balance la. Jadi saya mintak penyelaras buat google
form dan setiap satu persatuan tu dilimitkan seramai berapa
orang ikut persatuan masing masing supaya yang pertama
balance untuk tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sikit dan
yang kedua supaya untuk kita pastikan bahawa pelajar masuk
persatuan apa yang dia minat tapi sapa cepat dia dapat la.
Jadi saya buat macam tu la untuk pastikan pelajar pelajar tu
masuk. Kebanyakan yang masuk tu tempat yang mereka
minat la. Seperti yang saya kata, tu juga salah satu cara lah
untuk mencungkil minat pelajar dalam bidang kokurikulum,
kita bgi pilihan kepada pelajar untuk masuk persatuan yang
diminati, kalau macam sebelum ni kita bahagi macam biasa
saja la kan. Jadi kelab dan persatuan kita bagi apa yang
diminati lah, jadi tak ada alasan lagi lah untuk pelajar kata
yang dia tidak minat kecuali dia lambat daftar, bila dia

8
lambat daftar dia akan terpaksa pergi kemana mana
persatuan dan kelab lah yang masih ada kosong. Tapi
peratusan tu sikit la berbanding dengan car akita bahagi dulu.
Jadi kita bagi ikut cenderung minat pelajar la. Itu salah satu
jugaklah untuk menarik minat selain dari aktiviti yang
menarik, dan kita juga sentiasa memperingatkan pelajar
bahawa setiap aktiviti dari segi penyertaan akan dikira dalam
pemarkahan PAJSK, dan kita banyak menekankan kepada
pelajar bahawa PAJSK ni adalah penting untuk kemasukan
university yang mana 10 peratus markah PAJSK ni akan
diguakan untuk kemasukan universiti. Kita dah ada contoh
pelajar yang mana memang dia pandai tapi disebabkan
markah PJSK dia rendah dia tak dapat masuk university.
Memang kita dah ada. Jadi kita sentiasa mengingatkan
pelajar benda tu lah dan kita tekankan kepada pelajar bahawa
kokurikulum ni mesti aktif dari tingkatan 1 sampai tingkatan
5 sebab pemarkahan dia adalah secara kumulatif , untuk
dapat A tu dai mesti aktif dari tingkatan 1 sampai tingkatan
5. Kalau dia tingkatan 4 dan 5 saja yang aktif, pelajar
memang susah untuk dapat A. Dia mesti dari tingkatan 1,
jadi kami sentiasa mengingatkan pelajar macam tu la
suapaya mereka alert bahawa kokurikulum bukanlah satu
benda yang remeh temeh dan perlu diambil berat tentang
kokurikulum ni. Tu juga salah satu cara untuk menarik minat
budak untuk meminati kokurikulum dan kita kan buatkan
banner untuk kita tunjukkan tentang pemarkahan
pemarkahan dari segi penglibatan berapa markah, penyertaan
berapa markah dan pencapaian berapa markah, dan dari situ
mereka dapat pengetahaun tu jadi dia mendorong pelajar
untuk mengambil bahagian dan kita juga buat satu week satu
sijil yang mana setiap penyertaan yang kita buat tu kita akan
bagi sijil.

Nor Bhaizura Kiranya waktu kita di tingkatan 1, kita tidak tahu kelab apa
yang ada kan persatuan apa yang ditawarkan, jadi macam
mana cikgu arrange benda tu? Contohnya buat seminar ka
atau macam mana?
Penolong Kanan Sebelum ni kita buat dalam bentuk youtube la kan,
Kokurikulum kita mintak cikgu perkenalkan kelab dan persatuan
masing masing, selepas itu pelajar tengok dan ikut
apa yang mereka minat, dan pelajar akan diberi
masa terlebih dahulu dan akan diberi pencerahan
tentang kelab apa yang kita ada, contoh apa aktiviti
yang kita buat pastu kita beri masa dalam lebih
kurang 2 minggu untuk pelajar daftar untuk setiap
unit tu la. Ya pada minggu orientasi tingkatan 1 lah.
Kita kalau kebanyakkanya kalau dia dah aktif pengakap
dari tingkatan 1 macam dari sekolah rendah dah aktif
pengakap kan so kita galakkan la kita bagi dorongan
supaya dia boleh pergi kepada peringkat yang lebih
tinggi. Bagi ada kesinambungan la, tapi ada pelajar
yang takmau dan bosan dengan pengakap, dia nak
9
masuk yang lain dari pengakap, terpulang pada dia la,
apapun sapa yang cepat dia dapat la.
Arif: Bagi pandangan cikgu la, bagaimana nak
mengalakkan murid menyertai kokurikulum ni?
PK Kok: OK, satu untuk galakkan pelajar , yang
pertama kita akan adakan pertandingan, kita akan
sediakan hadiah hadiah dan sijil sijil yang menarik
lah. Kadang kadang pelajar ni bukannya mesti dengan
pengagihan bahan, tapi ada yang pengiktirafan hadiah
tu, satu pengiktirafan bagi mereka adalah dengan sijil la
kan.

Nor Bhaizura Adakah peranan Ibu bapa tu penting dalam kita nak
mengalakkan budak untuk minat dengan kokurikulum ni?

Penolong Kanan : Ya,peranan ibu bapa amat penting lah sebab ibu bapa juga
Kokurikulum patut ada kesedaran tentang pemarkahan PAJSK ni. Sebab
kalau mentality waris macam tak ambil kisah dan PAJSK ni
pelajar tidak ambil cakna kan. Tapi memang setiap tahun kita
akan ada bagi briefing tentang, pemarkahan PAJSK kepada
ibu bapa dan alhamduillah sekarang ni waris pun ada
kesedaran tentang kepentingan PAJSK.So kebanyakkan
mereka akan pastikan pemantauanlah, mereka akan pantau
hari hari pejumpaan sukan, dan ada juga waris yang betul
betul minat mendorong anaknya contohnya, ada waris
seorang pelajar yang meminati taekwando, dia ikut anak
mereka masuk taekwando sampai peringkat kebangsaan, jadi
macam setakat la ni tak ada masalah la waris kan. Jadi salah
satu untuk menigkatkan penyertaan budak ni satu yang saya
katakan tadi adalah persediaan hadiah, pertandigan yang up
to date lah, pertandigan yang menarik kemudian kita
pastikan guru yang mengendalikan persatuan tu adalah
guru yang berkemahiran dan seiring dengan minat guru
tu.Alhamdulillah, macam contohnya kelab seni budaya, guru
tu memang betul betul meminati dengan kelab budaya. Jadi
dia dapat menghasilkan satu team kelab budaya yang baik
boleh katakan setiap tahun kita menang peringkat
kebangsaan. Jadi kalau ada pertandigan monolog ka,
pertandingan komsas ka yang peringkat akademik ni pun dia
akan hantar team dia. Jadi alhamdulillah la kita ada team
untuk kelab kebudayaan. Begitu juga dengan pidato, kita
pilih cikgu yang bersesuaian yang latar belakang dia waktu
sekolah dulu dia seorang pembahas, so kita bagi dia
mengendalikan kelab pidato atau bahas. Jadi alhamdulillah,
baru baru ni kita ada masuk pertandigan peringkat
kebangsaan, kepentigan sungai tak silap saya, dia buat public
speaking, pelajar kita dapat naib johan peringkat kebangsaan.
Jadi maksudnya, pemilihan guru tu juga penting untuk
mengendalikan sesuatu aktiviti, maknanya pemilihan guru itu
seiring dengan kemahiran dan minat guru itu sendiri. Macam
kita pun kalau kita diberi yang kita tidak minat usaha kita
kena lebih sikit la kan, bukan kata cikgu macam ni lepas

10
terus, tidak, maksudnya kalau guru yang mula mula tu
alhamdulillah dia ada inisiatif untuk cari apa keprluan
keperluan. Seba btu saya kata tadi, salah satu cara untuk
menarik minat, kita perlu selaraskan aktiviti. Satu
persatuan tu dia akan buat satu aktiviti, dia akan
selaraskan semua persatuan buat benda tu, so idea tu
dah ada, kita kongsi Bersama idea. Jadi kalau kita ada 10
persatuan, 10 persatuan bagi idea, kita dah ada sepuluh
aktiviti yang berbeza dah. Kalau seorang cikgu tu yang
handle, contohnya minggu ni dia handle, minggu depan dia
fikir nak buat apa lagi, minggu satu lagi pun dia kena fikir
lagi, jadi dia pun ketandusan idea, jadi kalau kita kongsi
macamni, cikgu ni fikir satu, persatuan yang lain fikir satu
jadi kita ada pelbagai aktiviti.

Nor Bhaizura Apa cabaran cikgu dalam mengendalikan aktiviti


kokurikulum ni?

Penolong Kanan Ok salah satu cabaran pertama, dari segi cabaran tu kita nak
Kokurikulum ada plan dan Tindakan kita nak focus apa dalam aktiviti
kokurikulum ni. Apa pencapaian dan Hasrat kita adalah
cabaran dia lah. Apa kelebihan yang kita ada. Apa kekangan
yang kita ada. Itu adalah satu cabaran la kan. Kalau kita
tengok dari segi kelab sukan, kita ada kelebihan guru guru
muda yang berminat untuk melatih pelajar kelab tu untuk
menjadi pasukan sekolah. Contoh saya kata softball, itu
kekuatan yang kita ada la. Tapi ada juga kelemahan dia dari
kemudahan semua kita ada Cuma contohnya pertandigan itu
perlukan bajet yang banyak la. Contohnya kita ada softball,
Kita kebitaraan kita adalah softball tapi peralatan untuk
softball tu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Stick dia
makan harga beribu dan stick tu tak boleh nak pakai lama
dalam 2 tahun ja, glove pun memerlukan perbelanjaan yang
tinggi, tu kekangan kita la. Jadi antara cara kita nak
mengatasi kekangan ni kita cuba dapatkan sumbangan dari
pihak pihak luar. Itu lah cabarannya tu, dari segi fasiliti,
contohnya kita nak buat terutamanya pada hari sukan dan
permainan kita nak buat perjumpaan, tapi kita ada satu
padang dan padang kita pun tidak berapa luas dan kita ada
lebih kurang 12 sukan permainan. Jadi cuba bayangkan lah
tempat yang nak buat tu, contohnya kalau bola sepak, kalau
satu padang tu hanya bola sepak yang jalan, yang lain nak
pakai apa, hanya sekadar penonton saja la kan. Jadi tu antara
kekangan kekangan yang kita ada la. Itu pun kena fikir jugak
kita nak buat macam mana. Biasanya kita akan buat senam
robik, jadi semua kelab buat senam robik, contohnya buat
dipadang semua buat senam robik, tapi takkan tiap tiap
minggu nak buat senam robik kan. Kadang kadang kita buat
ada tempat kita buat bola sepak sebelah sikan lain sebelah
tapi tak sempat nak buat lagi. Jadi kesimpulannya kekangan
dari segi tempat la dan kekangan peralatan. Contohnya kalau
kita nak main badminton peralatan sekolah ada berapa sahaja
melainkan pelajar bawak sendiri. Kalau pelajar bawak

11
peralatan kita boleh buat , kalau tak bawak tak boleh buat lah
kan. Itu kekangan yang kita adalah, dari segi tempat dan
peralatan.

Nor Bhaizura OK setakat itu soalan untuk cikgu harini. Terima kasih cikgu
kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual hari ni

Penolong Kanan Sama sama, saya harap jawapan saya ni dapat membantu
Kokurikulum sedikit sebanyak.

12
13
14

Anda mungkin juga menyukai