Anda di halaman 1dari 4

KEBERSEDIAAN PRASARANA SOKONGAN DALAM MENINGKATKAN KOSA KATA BAHASA ARAB DALAM

KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN.

Pengenalan

Prasarana di sekolah merupakan cabang Pendidikan penting yang perlu dipelihara dan sentiasa
diperbaharui untuk memastikan kelancaran proses ilmu berjalan dengan baik kerana prasarana secara
tidak langsung terlibat dalam agenda pembangunan Pendidikan(Luthfi et al., 2021). Menurut
Kamarulzaman Abdul Ghani , 2018 dan rakan-rakannya menyatakan persekitaran pembelajaran amat
penting dalam usaha pembentukan peribadi pelajar yang terkesan dengan pengajaran guru. Muhammad
Farhan et al., 2020 turut menyatakan hal yang sama. Namun berbeza dengan Mohd Taib & Mustapha,
2017 berpendapat parsarana sekolah meluputi persekitaran sekolah yang meliputi keadaan keceriaan
dan masyarakat sekolah. Manakala Hairulliza, 2020 dan rakan-rakannya mengkategorikan jenis
prasarana kepada tiga iaitu prasarana asas penyelidikan contohnya makmal, prasarana sokongan
penyelidikan menyeluruh, contohnya kemudahan TMK dan prasarana umum yang memudahkan aktviti
pendidikan contohnya kemudahan awam.

Kemudahan prasarana yang baik dapat mengubah cara pemikiran pelajar kerana melalui kemudahan
Pendidikan yang baik dikatakan dapat mewujudkan suasana pembelajaran seronok untuk belajar serta
meningkatkan kualiti prestasi pelajar (Razali, 2013). Ia-ni kerana jika prasarana sekolah tidak berfungsi
dengan baik ia akan menurunkan tahap motivasi pelajar (Nursalam, 2013, Abdul Razif Zaini et al., 2019)

Kajian ini memberi tumpuan kepada tahap kebersediaan prasarana sokongan SABK yang dapat
meningkatakan kosa kata Bahasa arab pelajar. Kajian lepas menunjukkan tahap persekitaran prasarana
Bahasa arab di sabk di tahap sederhana dari konstruk insfrastruktur sekolah (Kamarulzaman Abdul
Ghani et al., 2018), manakala kajian Nurul Iman Ridzuan & Baharudin, 2019 memperlihatkan persepsi
pelajar dari konstruk persekitaran dan tahap komunikasi Bahasa juga pada tahap sederhana.

Dari segi tahap keberkesanan prasarana yang disediakan dan yang telah dibekalkan sangat
membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran guru dan pelajar itu sendiri. Prasarana yang
disediakan sangat memberi makna kepada semua yang terlibat dalam memanfaatkannya walaupun
kurang dari segi kuantiti. Contohnya, mesin braille yang dibekalkan walaupun sedikit tetapi dapat
membantu pelajar yang bermasalah dalam penglihatan dalam menaip. Malahan juga boleh memberi
pengetahuan lain kepada pelajar masalah pekak bisu juga mampu belajar menggunakan mesin
tersebut(Muhammad Farhan et al., 2020)

Guru juga dapat melaksanakan pengajaran luar kelas melalui Kemudahan Prasarana Sokongan Luar
Kelas seperti perlaksanaan aktiviti luar pengajaran dan pembelajaran (ALPdP) dalam matapelajaran
moral, aktiviti ini memberi pendedahan situasi sebenar dan memerlukan pelajar untuk bertindak dn
menyelesaikan sesuatu tugasan matapelajaran.

Pelaksanaan ALPdP ini mendedahkan murid dengan situasi yang memerlukan murid untuk bertindak dan
menyelesaikan sesuatu isu, dengan mengambil kira persekitaran dan kepentingan bersama. Bukan itu
sahaja, malah rangsangan ini membolehkan murid untuk berfikir dan mengambil kira keperluan orang
lain dalam menjaga perpaduan

Terdapat pelbagai definisi yang diungkapkan dalam mempamerkan pemahaman terhadap ‗outdoor
learning‘ yang bermaksud pembelajaran di luar kelas. Definasi ini terbahagi kepada

dua iaitu ‗Psychosocial definitions‘ atau diklafisikasikan sebagai ‗Definisi Psycososial‘ dan
‗Environmental Definitons‘ atau diklasifikasikan sebagai ‗Definisi Alam Sekeliling‘.(Verasamy &
Balakrishnan, 2020)

Dari penjelasan diatas, outdoor activities atau outdoor learning adalah suatu kegiatan pembelajaran
yang terjadi dan dilakukan di luar kelas yang dapat menambah aspek kegembiraan(Fadila & Hariyati,
2020)

Kemudahan prasarana sokongan luar kelas KPSLK

Kemudahan Prasarana merupakan pelengkap yang secara langsung menyokong pembangunan akademik
di sekolah. Prasarana merangkumi dewan sekolah, sudut belajar luar kelas (Luthfi et al., 2021). Pihak
pentadbiran sekolah merupakan taruh utama yang bertanggungjawab meningkatkan persekitaran
dengan menyediakan insfrastruktur atau kemudahan yang kondusif seperti seperti peralatan teknologi
dan sebagainya (Nurul Iman Ridzuan & Baharudin, 2019).

Peranan Prasarana sokongan luar kelas seperti makmal komputer dapat mewujudklan koloberatif
dimana pelajar banyak melakukan aktiviti sendiri dengan dipantau oleh guru
Selain pusat sumber , makmal computer juga berpernanan sebagai pusat pembelajara dimana susun
atur dan persekitarannya memainkan peranan dalam menjalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar dapat berinteraksi mengadakan perbincngan dan saling bertukar idea dan pandangan mengenai
isi pembelajaran (Salleh et al., n.d.)

Proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (student centred learning) memerlukan
pelajar saling berhubungan antara satu sama lain. Melalui pendekatan ini, pelajar digalakkan berbincang
bersama rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Persekitaran makmal komputer perlu
mementingkan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif terutamanya pelajar yang mengambil jurusan
pendidikan. Mereka perlu sentiasa berkongsi bahan bagi menyiapkan tugasan yang diberi.(Salleh et al.,
n.d.)

Aktiviti P&P dalam makmal komputer adalah berbeza dengan aktiviti dalam bilik kuliah.

Dalam makmal komputer, aktiviti berbentuk hands-on di mana pelajar banyak melakukan aktiviti sendiri
dengan dipantau oleh pengajar atau demonstrator. Pembelajaran secara koloboratif perlu ditekankan
dalam makmal komputer di mana pelajar digalakkan berinteraksi dan berbincang sesama rakan dan
pensyarah semasa aktiviti dijalankan.
Pengkaji menggunakan pendekatan kajian kualitatif sahaja. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah
temubual sebagai kaedah utama untuk mendapatkan data. Manakala data yang menyokong protokol
temubual adalah melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Untuk mendapatkan kesahan
kebolehpercayaan data tembual. Data pemerhatian dan data analisis dokumen akan ditriangulasikan
antara satu sama lain. Pengkaji juga menetapkan batasan kajian melalui pemilihan subjek kajian yang
terdiri daripada empat buah sekolah SABK dalam daerah tangkak sahaja kerana mengambil kira faktor
persekitaran Kemudahan Prasarana Sokongan Dalam Kelas dan Kemudahan Prasarana Luar Kelas
yang berbeza dengan daerah lain. Manakala Pemilihan peserta kajian melibatkan seorang guru dini
sahaja setiap sekolah kerana pengkaji mengambil kira kreteria pengalaman mengajar dalam bidang
Bahasa arab dalam tempoh 10 tahun sekurangnya dam gred 44. Manakala peserta kajian terdiri
daripada murid hanya melibatkan tiga orang murid tingkatan empat.

Pertama, dalam aspek responden, pengkaji hanya akan menemu bual peserta kajian dari seorang guru
yang melalui transisi perubahan sistem sekolah agama rakyat kepada sekolah agama bantuan kerajaan.
Peserta kajian juga mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam peningkatan GPS sekolah dalam
matapelajaran Bahasa arab. Antara ciri lain yng ditetapkan adalah guru yang telah menerima anugerah
perkhidmatan cemerlang dan jurulatih utama lantikan KPM. Selain responden pertama, pengkaji juga
menebual empat orang pelajar yang mempunyai pretasi yang cemerlang semasa di tingkatan satu, dua
dan tiga dalam matapelajaran Bahasa arab.

Kedua, Selain batasan terhadap responden, pengkaji membataskan fokus kajian kepada dua aspek
kemudahan prasarana sokongan iaitu dari segi kemudahan prasarana sokongan dalam kelas dan
kemudahan prasarana luar kelas . Pengkaji hanya menerima data yang dicerap dan dimaklumkan sahaja
daripada semua responden yang dipilih. Pembatasan ini ditetapkan atas faktor ruang waktu yang dimiliki
oleh pengkaji terhad untuk menjalankan penyelidikan.

Anda mungkin juga menyukai