Anda di halaman 1dari 3

I.

MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF


Seorang guru itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan menukar cara pembelajaran
mengikut kesesuaian pelajar, bagi memastikan kejayaan proses PdPc. Penglibatan murid
bermakna murid bersama-sama guru berinteraksi untuk meneroka, menganalisis, mencuba
serta mencari penyelesaian secara kritis, kreatif dan inovatif. Guru berperanan sebagai
fasilitator dan pembimbing dalam proses pembelajaran dan pengajaran.  Guru mereka bentuk
pengajaran yang berperanan untuk menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar hasilan
pembelajaran tercapai, mengurus aktiviti murid supaya interaksi berjalan dengan lancar, dan
merekabentuk pendekatan pengukuran dan penilaian untuk tujuan melihat perkembangan
prestasi murid dari semasa ke semasa.

Pembelajaran aktif dalam pembelajaran berpusatkan murid memerlukan beberapa teknik


penilaian murid yang berkualiti. Persekitaran penilaian berpusatkan murid menyediakan
peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.
Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan pentaksiran di
penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan
murid adalah membina buku skrap, persediaan portfolio (e-portfolio), penilaian rakan sebaya,
projek dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan panduan digalakkan untuk
penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan murid suatu tugasan yang
diberikan.

SKALA
KRITERIA / INSTRUMEN KUALITATIF

a.) Murid memberi respons berkaitan isi pelajaran /

b.) Murid berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran /

c.) Murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif /

d.) Murid memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis /


dan kreatif berkaitan isi pelajaran
e.) Murid mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid /
/isu/golbal
f) Murid membuat keputusan /menyelesaikan masalah berkaitan /
aktiviti pembelajaran

KEKUATAN :-

Murid-murid Tahun 5 telah memberikan respons dengan amat baik semasa guru menyoal dan
menunjuk ajar topik tatabahasa. Murid-murid berlumba-lumba menjawab dan sangat aktif di
dalam kelas. Mereka tidak berasa bosan sepanjang kelas Bahasa Melayu ini. Ini menunjukkan
kelas yang dirancang oleh guru berkenaan menarik dan murid-murid menunjukkan minat
yang mendalam. Jelaslah kelas ini talah menjalankan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif
semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Murid-murid diagihkan kepada murid-murid pelbagai
tahap penguasaan dengan saksama. Murid-murid berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu
semasa PdPc. Namun, ada murid yang enggan membuka mulut mungkin bahasa mereka tidak
lancar dan rasa rendah diri.Semasa aktiviti kumpulan, murid-murid telah bekerjasama dan
mencari jalan penyelesaian bagi menjawab soalan kuiz. Mereka berjaya menyelesaian kerja
kumpulan yang diberikan oleh guru dengan begitu aktif.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :-

Jenis soalan yang ditanya kurang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi
pembelajaran.Murid-murid kurang didedahkan dengan jenis soalan ini oleh guru. Murid-
murid juga kurang dikaitkan dengan isi pelajaran dengan kehidupan harian mereka. Cuma
beberapa contoh sahaja digunakan dan didapati ada murid yang tertinggal. Isu global dan isu
persekitaran tidak disentuh langsung oleh guru berkenaan. Diharapkan, guru ini dapat
menghubungkaitkan pelajaran pada hari berkenaan dengan isu kehidupan harian murid.

Anda mungkin juga menyukai