Anda di halaman 1dari 14

KSL 6053 PERKEMBANGAN PERSONALITI

TUGASAN KUMPULAN
TAJUK: PENDEKATAN CARL ROGERS

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING (KEPUJIAN)


KUMPULAN 6
SESI PENGAJIAN : SEMESTER 3 SESI 2021/2022
NAMA PENSYARAH : CIK SANURIZWANIE BINTI MAT SAHAD

BIL. NAMA PELAJAR NO.MATRIK

1. AZMIL DANIAL BIN AZMI I21102302


2. NURUL ATIKAH BINTI ZULHISHAM I21105148
3. NURUL ADILA BINTI IBRAHIM I21105191
4. NAJWA NADHIRAH BINTI AZIZAN I21105120

JABATAN SAINS KEMANUSIAAN


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM DAN
SOSIAL

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/
S
1.0 PENGENALAN 3

2.0 LATAR BELAKANG CARL ROGERS 4

3.0 PENEKANAN TERHADAP KONSEP UTAMA 5

4.0 PSIKOPATOLOGI (TINGKAH LAKU BILAZIM) 6

5.0 PERKEMBANGAN KENDIRI KANAK-KANAK 7

6.0 PERANAN KAUNSELOR DAN RAWATAN 8

7.0 FILEM PERKAITAN PENDEKATAN CARL ROGERS 10

8.0 KESIMPULAN 12

9.0 RUJUKAN 13

2
1.0 PENGENALAN

Tugasan berkumpulan ini dilakukan bagi memenuhi keperluan kursus KSL5063


Perkembangan Personaliti bagi Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Berdasarkan tajuk yang diberikan
oleh pensyarah iaitu Cik Sanurizwanie Binti Mat Sahad mengenai pendekatan Carl Rogers dalam
Perkembangan Personaliti, setelah menganalisis beberrapa filem dan kami telah memilih bahawa
filem ‘Forrest Gump’ meruapakan sebuah filem yang mempunyai perkaitan dengan pendekatan Carl
Rogers. Filem ini berkisarkan seorang lelaki yang mempunyai IQ 75 dan perjalanan hidupnya yang
epic,bertemu tokoh sejarah,mempengsruhi budaya pop dan juga mengambil bahagian dalam
peristiwa sejarah tanpa menyedari betapa pentingnya mereka itu. Dari persepktif ini,kami dapat lihat
serta kaitkan dengan perspektif Carl Rogers berkenaan jenis personaliti yang dapat kami kaitkan
dalam setiap watak di dalam filem tersebut.
Berdasarkan pemerhatian dan analisis kami Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai
teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan
(humanistic), gestalt dan kewujudan. Ianya diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an
yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pemusatan insan. Di samping itu
juga, ianya mencabar pendekatan-pendekatan pusatan kaunselor dan kaunseling arahan yang
mengandaikan bahawa seseorang kaunselor itu dari pelbagai aspek dan keupayaannya membantu
kliennya untuk mendapatkan kecelikan akal. Tambahan itu juga, pendekatan Carl Rogers mencabar
teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan,
pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-
mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh
dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri
serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara
langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan
kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat
peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan
dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang
langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan
teknik tidak penting baginya. Menurut Suradi Salim (1996) berpendapat bahawa sifat seseorang
manusia mengikut pendekatan Carl Rogers iaitu manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan
mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh (Fully Functioning Person) iaitu hidup dan menggunakan
daya potensi yang ada dalam diri untuk terus berkembang. Jikalau seseorang individu itu dibenarkan
untuk untuk berkembang dengan bebas, seseorang itu akan berkembang dengan sempurna dan akan
menjadi individu yang positif dan berjaya. Akhir sekali, pandangan seseorang tentang dalam konteks
persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasaperibadinya.

3
2.0 LATAR BELAKANG TOKOH

Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Chicago dan meninggal
dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 semasa berumur 85 tahun selepas menjalani
pembedahan tulang punggungnya yang patah akibat satu kemalangan. Ayahnya merupakan seorang
kontraktor dan jurutera. Kedua-duan ibu bapanya sangat berpegang kuat kepada agama.
Keluarganya sangat rapat dan adik-beradik adalah seramai enam orang. Lima daripada mereka
adalah lelaki. Pencapaian akademiknya di sekolah sangat baik dan pada tahun 1919 dia memasuki
Universiti Wisconsin. Di universiti, beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk
rombongan ke China sebagai perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference.
Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima ijazah
kedoktorannya pada tahun 1931. Pada tahun 1928 sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau
mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan yang bermasalah yang
dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the Society for the
Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochestor
Guidance Center. Pada tahun 1940 beliau menjadi profesor di Ohio State University. Di Center: Pada
tahun 1940 beliau menjadi profesor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957
beliau dikaitakan dengan Counselling Center di University of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke
University of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute
sebagai Resident Fellow di Center for Studies di La Jolla, California. Rogers banyak menulis buku.
Antara buku-buku yang ditulisnya adalah Counselling and Psychotherapy (1942) , Client-centered
Therapy (1951), On Becoming A Person (1961) dan Carl Rogers On Encounter Groups (1970).

4
3.0 PENEKANAN TERHADAP KONSEP UTAMA

Penekanan pada konsep utama Carl Rogers adalah mengenai individu yang berfungsi penuh
atau Fully Functioning Person. Rogers percaya bahawa kesempurnaan kendiri menawarkan potensi
pada semua individu untuk berubah dan berkembang. Rogers juga ada menjelaskan individu yang
berkebolehan untuk mencapai kesempurnaan kendiri sebagai individu yang berfungsi sepenuhnya.
Malah, Rogers telah menghuraikan lima kriteria utama iaitu yang pertama, manusia terdedah kepada
pengalaman. Ini bermaksud emosi sama ada positif atau negatif akan diterima tanpa bantahan atau
dinafikan. Manusia bukan defensif iaitu mempertahankan diri dan akan bergerak sepenuhnya untuk
memenuhi pengalaman hidup. Kedua, sesetengah individu membentuk perwatakan melalui corak
hidup persekitarannya. Ini bermakna pengalaman yang berbeza-beza yang dialami akan membentuk
konsep kehidupannya.Mereka mengelak daripada berprasangka, menimbang terlebih dahulu sebelum
menghakimi sesuatu perkara. Ketiga, sesetengah individu percaya kepada perasaan dan gerak hati.
Mereka bertindak dengan apa yang difikirkan betul apabila mengikut gerak hati daripada mengambil
masa panjang dalam menganalisis dan berfikir secara logik tentang sesuatu perkara. Keempat,
kreativiti memainkan peranan penting dalam kehidupan sesetengah manusia.Jadi ada kalanya
mereka tidak sanggup mengambil risiko pada masa-masa tertentu. Akhir sekali, yang kelima ialah
sesetengah kreativiti memainkan peranan penting dalam kehidupan sesetengah manusia. Jadi ada
kalanya, mereka tidak sanggup mengambil risiko hidup.
Selain itu,penekanan konsep utama Carl Rogers adalah kendiri dan penerimaan positif.
Perasaan individu tentang kendiri ialah merujuk kepada apa yang individu percaya tentang
kemampuan untuk mencapai dan bagaimana orang lain berinteraksi dengan individu tersebut.
Menurut Rogers,individu ini mempunyai kendiri yang tinggi lebih bersedia menghadapi cabaran dan
sanggup menerima kegagalan dan lebih bersifat terbuka. Perasaan kendiri berkembang pada zaman
kanak-kanak Lagi. Hasil daripada berinteraksi kanak-kanak dengan ibu bapa dan orang yang
bermakna dalam hidup mereka. Rogers juga mengkategorikan kanak-kanak mendapat dua keperluan
asas utama iaitu penerimaan positif daripada orang lain dan penerimaan positif diri sendiri.
Penerimaan positif tanpa syarat adalah cara terbaik perlu dilakukan dimana memudahkan orang lain
untuk berinteraksi dengan kita malah penerimaan positif syarat merupakan bentuk interaksi yang
biasa digunakan diantara anak dan ibu bapa. Penerimaan konsep utama Carl Rogers yang
seterusnya ialah kongruen dan tidak kongruen. Rogers lebih menekankan kepada ketekalan diri dan
kongruen.Kebanyakkan tingkah laku adalah tekal dengan konsep kendiri. Apabila terdapat banyak
ketekalan antara konsep dengan pengalaman,maka terdapat banyak kekongruenan dalam diri
individu ini dinamakan kongruen yang tinggi. Menurut Rogers, individu yang mengalami keadaan tidak
kongruen apabila perbezaan antara diri yang diamati dengan pengalaman sebenar keadaan ini
adalah tegang dan banyak kekeliruan.

5
4.0 PSIKOPATOLOGI (TINGKAH LAKU BILAZIM)

Manusia bertingkah laku tidak normal adalah menurut carl rogers apabila kendiri individu dan
pengalaman terdapat jurang yang berbeza, ini akan mewujudkan kebimbangan. Ideal self ataupun
kendiri ideal adalah keadaan dimana iaitu seseorang ingin melihat dirinya seperti apa yang diinginkan.
Real-self ataupun kendiri sebenar adalah keadaan dimana seseorang pada realitinya pada saat ini.
Seorang individu akan dianggap telah mencapai dewasa apabila dia mampu untuk berdamai dengan
ideal-selfnya sendiri. Contohnya, apabila seseorang itu mampu mengetahui kemampuan dan
keterbatasan diri iaitu dengan tidak terlalu meletakkan yang diluar pada kemampuan diri.
Keadaan kebimbangan akan mengakibatkan timbul hasil daripada ketidakselesaan antara
kendiri sebenar iaitu (real-self) dan kendiri ideal (ideal-self). Untuk menghilangkan kebimbangan
seseorang itu perlulah mengimbangi di antara kendiri sebenar dan kendiri ideal.

6
5.0 PERKEMBANGAN KENDIRI KANAK-KANAK

 Anggapan Positif
Keperluan anggapan positif (positive regard) adalah universal dan berpanjangan Ia termasuk
kasih sayang, penerimaan oleh orang lain terutama daripada ibu semasa masih bayi. Jika bayi tidak
mendapat anggapan positif ini, kecendurungan terhadap kesempurnaan dan peningkatan kendiri akan
terganggu. Bayi percaya penolakan oleh ibu bapa merupakan penolakan terhadap perkembangan
konsep kendirinya.

 Anggapan Positif Tanpa Syarat


Seseorang merasakan dia diterima atau tidak bukan bergantung kepada apa-apa syarat.
Kasih sayang diberi oleh si ibu tidak bergantung kepada keadaan tertentu atau kelakuan tertentu yang
ditunjukkan oleh bayi (unconditional positive regard)

 Anggapan Kendiri Positif


Ianya datang dari diri kita sendiri daripada orang lain. Contoh, bayi mendapat kasih sayang
dari ibunya semasa ia dalam keadaan ceria dan gembira akan menimbulkan anggapan kendiri yang
positif. Oleh itu, memberi ganjaran terhadap dirinya sendiri.

 Kondisi Yang Bernilai


Ia berkembang daripada proses anggapan positif kepada anggapan kendiri positif. Ibu bapa
tidak memberi tindak balas kepada setiap yang dilakukan oleh bayi secara anggapan positif.
Sesetengah kelakuan juga akan menimbulkan perasaan marah ibu bapa dan kebosanan. Bayi
menyedari bahawa apa yang ditunjukkan oleh ibubapa bergantung kepada tingkah laku yang
dilakukan atau yang disukai oleh ibu bapa. Hal ini menyebabkan perkembangan bayi akan terhalang.

7
6.0 PERANAN KAUNSELOR DAN RAWATAN

Pendekatan Carl Rogers mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk
berkembang, matang dan mencapai ataupun menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini merupakan
satu-satunya pendekatan terapuetik yang utama yang bergantung terhadap inner talk klien untuk
menuju ke arah pertumbuhan. Seseorang individu itu dilihat sebagai boleh memulihkan diri,
memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada
tahap yang tinggi. Menurut Gelso dan Carter (1985) dan Hendry, Schalt dan Strupp (1986)
menyatakan bahawa hubungan kaunselor dan klien merupakan tonggak penting serta ramuan yang
harus ada di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada
individu yang mengalami masalah dan memerlukan kecelikan akal oleh seorang kaunselor. Carl
Rogers menyarankan tiga indikator utama iaitu ketulenen sebenar atau kongruen, penerimaan positif
tanpa syarat dan mempunyai kefahaman empati. Hal ini menjelaskan sekiranya wujud dalam suasana
psikologikal antara perhubungan kaunselor dan klien yang menumpukan penerimaan postif tanpa
syarat terhadap klien seperti keikhlasan, ketulenan diri dan kongruen serta kefahaman empati oleh
seseorang kaunselor maka akan berlakunya perubahan personaliti kepada diri klien. Tambahan itu
pula, di dalam buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi Edisi Kelima yang ditulis oleh Sapora Sipon dan
Ruhaya Hussin menyatakan tiga perkara penting yang perlu wujud dalam membina hubungan
kaunselor dengan klien iaitu kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan empati.
Kongruen mengikut Rogers ialah apabila kaunselor menjadi dirinya yang sebenar tanpa
berselindung atau memakai topeng semasa sesi kaunseling dijalankan. Kaunselor haruslah bersifat
ikhlas, tidak buruk sangka, tidak sifat bersifat ragu-ragu dan tidak berpura-pura terhadap ahli
kelompok. Di samping itu juga, kaunselor yang bersifat tulen tidak seharusnya membuat sebarang
usaha untuk menyembunyikan diri di sebalik peranan profesional atau tugasannya. Semakin
seseorang kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunseling secara tulen dan tidak berpura-pura,
semakin tinggi kemungkinan klien akan berubah dan berkembang. Lantaran itu, apa yang dilahirkan
secara luaran mestilah kongruen dengan self experience kaunselor. Kekongruenan ini perlu perlu
dilakukan sepanjang sesi kaunseling dilaksanakan. Dalam usaha untuk mengekalkan tahap
kekongruenan yang tinggi terhadap klien. Oleh itu, tahap kongruen klien banyak bergantung kepada
kebolehan dan keupayaan kaunselor untuk mengekalkan tahap kesedaran diri yang tinggi. Kaunselor
perlu bersifat telus kepada klien untuk melahirkan pemikiran dan perasaan dirinya. Kaunselor yang
kongruen juga perlu menjadi dirinya yang sebenar. Sebarang perasaan berlaku tanpa sekatan.
Kaunselor diminta untuk menolak sebarang cubaan untuk berselindung di sebalik topeng profesional
atau sebagai seorang yang pakar.

8
Seterusnya, penerimaan positif tanpa syarat membawa maksud menerima klien tanpa
mengira syarat yang tertentu. Keadaan ini akan menyumbang kepada perkembangan kendiri manusia
secara menyeluruh dan bersepadu. Penerimaan positif tanpa syarat merupakan apa yang diberikan
kepada sikap asas kaunselor terhadap klien itu sendiri. Kaunselor yang mengamalkan sikap
menerima tanpa syarat akan menghargai diri klien dan tidak akan terpengaruh dengan tingkah laku
klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan juga sikap klien. Selain itu juga,
penerimaan positif tanpa syarat adalah sangat penting kerana kaunselor akan menghargai klien tidak
kira dalam apa jua keadaan sekali pun malah penerimaan positif tanpa syarat akan memberikan
kesan yang mendalam ke atas diri klien. Ianya adalah suatu perasaan ambil berat kaunselor yang
tidak dikuasai oleh berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien.
Akhir sekali, elemen empati yang penting dalam sebuah sesi kaunseling antara kaunselor dan
klien. Empati adalah kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien serta
membenarkan diri klien mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien. Apabila sifat
empati wujud dalam dirinya, kaunselor sudah pasti dapat membuat penerokaan dan memahami
keadaan diri klien dengan lebih mendalam. Menurut Meador dan Rogers (1979) merujuk empati
kepada persepsi kerangka rujukan dengan kompenen emosi dan makna tanpa hilang if condition.
Kaunselor juga boleh melaksanakan teknik simpati sepanjang sesi rawatan. Bagaimanapun,
kebolehan kaunselor untuk bersifat empati adalah paling penting semasa sesi penerokaan di mana
kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien akan berupaya memahami
keadaan diri klien dengan lebih mendalam. Empati suatu proses yang berterusan di mana kaunselor
sanggup mengenepikan pengalaman dan realiti persepsi dirinya. Kaunselor lebih berminat untuk
memberi tindak balas kepada pengalaman persepsi klien. Sifat empati ini menunjukkan pemahaman
kaunselor ke atas klien.

9
7.0 FILEM PERKAITAN PENDEKATAN CARL ROGERS

Forrest Gump ialah filem cinta drama komedi epik Amerika 1994 berdasarkan novel Winston
Groom 1986 dengan nama yang sama. Robert Zemeckis mengarahkan gambar itu. Tom Hanks,
Robin Wright, Gary Sinise, Mykelti Williamson, dan Sally Field terdapat di dalamnya. Majoriti
penggambaran berlaku pada akhir 1993, sebahagian besarnya di Georgia, North Carolina, dan South
Carolina. Forrest Gump, yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 6 Julai 1994, merupakan
kejayaan komersial dan filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara pada tahun itu, dengan
kutipan $677 juta di seluruh dunia. Filem ini menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Filem
Terbaik, Pengarah Terbaik (Robert Zemeckis), Pelakon Terbaik (Tom Hanks), Lakon Layar Adaptasi
Terbaik (Eric Roth), Kesan Visual Terbaik, dan Penyuntingan Filem Terbaik pada tahun 1995. Ia juga
dicalonkan untuk dan memenangi banyak anugerah lain, termasuk Golden Globe dan People's
Choice Awards. Forrest Gump telah dipilih untuk pemeliharaan dalam Pendaftaran Filem Kebangsaan
Amerika Syarikat oleh Perpustakaan Kongres pada tahun 2011. Forrest Gump menyaksikan pelepah
berguguran dari langit semasa perhentian bas di Savannah, Georgia, pada tahun 1981. Dia
memberitahu orang asing yang duduk di sebelahnya di bangku perhentian bas tentang masa
mudanya di bandar Greenbow Alabama. Forrest bertemu dengan seorang gadis bernama Jenny
Curran pada hari pertama persekolahan. Keupayaan Gump untuk memecut sepantas kilat
membolehkannya menyertai kolej dengan biasiswa bola sepak Amerika walaupun dia kurang cerdik.
Dia telah digubal menjadi tentera selepas menamatkan pengajian dari kolej, apabila dia bertemu
dengan seorang lelaki kulit hitam bernama Bubba. Bubba memujuk Gump untuk menyertainya dalam
perniagaan udang selepas perang. Mereka dikerahkan ke Vietnam, di mana Bubba terbunuh dalam
tindakan semasa serangan hendap. Gump dapat menyelamatkan sebahagian besar unitnya,
termasuk Leftenan Dan Taylor, yang telah dipotong kedua-dua kaki akibat kecederaan. Gump
menerima Pingat Kehormatan hasil daripada tindakannya. Gump mempelajari bakatnya yang luar
biasa di ping-pong semasa pulih daripada suntikan belakang. Dia kemudiannya mencapai status
selebriti apabila popularitinya meningkat. Dia kemudiannya bertanding dalam perlawanan diplomasi
ping-pong menentang pasukan China. Gump bertemu semula dengan Jenny, yang kini menjalani
gaya hidup hippie, pada demonstrasi anti-perang di Washington, D.C. Di rumah, Gump bekerja untuk
sebuah syarikat yang mengeluarkan raket ping-pong dan menerima AS$25,000, yang digunakannya
untuk membeli udang bot, memenuhi janjinya kepada Bubba. Leftenan Dan menyertai Gump, dan
mereka mula membuat sedikit kejayaan. Mereka mula menangkap udang dalam kuantiti yang banyak
selepas menyedari bot mereka adalah satu-satunya mangsa yang terselamat di kawasan itu semasa
Taufan Carmen. Mereka menggunakan pendapatan mereka untuk membeli lebih banyak bot udang.
Leftenan Dan melabur dalam Apple, dan Gump selesa dari segi kewangan sepanjang hayatnya. Dia
pulang ke rumah untuk menyaksikan hari terakhir ibunya.

1
Jenny kembali ke Gump suatu hari. Gump meminangnya, tetapi dia menolak, walaupun berasa
terpaksa menunjukkan cintanya kepadanya dengan tidur bersamanya. Keesokan paginya, dia
bertolak dari kediaman Gump. Gump sengaja memilih untuk berlari. Dia kemudian merancang untuk
berlari ke seluruh negara beberapa kali dalam tempoh tiga setengah tahun akan datang, menjadi
terkenal dalam proses itu.

Pada masa kini, Gump menjelaskan bahawa dia berada di perhentian bas kerana dia
menerima surat daripada Jenny, yang, selepas melihatnya bermain di televisyen, telah meminta
Gump melawatnya. Apabila dia bertemu semula dengan Jenny, dia bertemu dengan anaknya, yang
juga bernama Forrest. Jenny memberitahu Gump dia menghidap virus yang tidak diketahui (mungkin
HIV, walaupun ini tidak pernah dinyatakan). Ketiga-tiga mereka berpindah kembali ke Greenbow,
Alabama. Jenny dan Forrest akhirnya berkahwin tetapi dia mati tidak lama selepas itu. Dia dan
anaknya menunggu bas sekolah ketika hari pertama persekolahan anaknya. Ketika membuka buku
yang dibawa anaknya ke sekolah, bulu pelepah pada awal filem dibawa oleh angin dan menuju ke
arah langit.

Akhir sekali, perkaitan filem ini dengan pendekatan Carl Rogers iaitu watak utamanya adalah
Forest Gump melengkapi penekanan konsep utama seperti Rogers nyatakan iaitu individu
menggunakan fungsi penuh untuk berubah dan berkembang. Dan bagi ibunya melakukan penerimaan
tanpa syarat terhadap Forest Gump walaupun anaknya mempunyai IQ yang rendah berbanding
dengan anak yang lain bersekolah di sekolah kerajaan.

1
7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pendekatan Carl Rogers berpendapat manusia sentiasa berusaha


untuk mencapai tahap yang terbaik dalam diri di mana mereka menekankan aspek persepsi diri
mereka terhadap realiti. Seseorang individu perlu memahami faktor-faktor dalam diri mereka yang
mendorong kepada ketidakbahagiaan hidup. Klien juga mempunyai hak untuk membuat perubahan
yang positif dan konstruktif dalam diri mereka. Terapi ini juga meletakkan tanggungjawab untuk
berubah ke atas diri klien sendiri manakala bagi membolehkan seseorang individu itu berkembang
secara positif mesti wujud tiga suasana iaitu kejujuran, keikhlasan, kebenaran, penerimaan tanpa
syarat dan perasaan ambil berat serta kefahaman yang mendalam.

1
8.0 RUJUKAN

Robert Zemerki 1994. Forest Gump, Paramount Pictures.

Sapora Sipon, Ruhaya Hussin 2019. Teori Kaunseling Dan Psikoterapi, Penerbit USIM, Universiti

Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Azlina Abu Bakar 2002. Psikologi Personaliti Individu, Siri Pendidikan Karisma

1
1

Anda mungkin juga menyukai