Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

SKPS 6053
EKONOMI ALAM SEKITAR

TUGASAN :

TARIFAN EKONOMI ALAM SEKITAR

PENSYARAH :
PROF. DR. ER AH CHOY

NAMA:
NOR SHAHRIL BIN ABD. RAHMAN
P82170
EKONOMI ALAM SEKITAR

SOALAN 1 : Takrifan Ekonomi Alam Sekitar

Ekonomi adalah satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia dan ilmu tentang asas-asas
pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta
masalah-masalah kewangan atau kemasyarakatan yang bersangkut dengannya,
manakala alam sekitar pula adalah keadaan alam sekeliling. (Kamus Pelajar Bahasa
Malaysia – DBP 2013 Edisi Kedua)

Ekonomi alam sekitar adalah salah satu sub-bidang ekonomi yang berhubungan
atau berkait rapat dengan isu alam sekitar. Isu-isu tersebut termasuklah kos dan
faedah yang diperolehi daripada dasar alam sekitar untuk menangani pencemaran
udara, kualiti air, bahan-bahan toksik, sisa pepejal dan pemanasan global. Ekonomi
alam sekitar adalah kajian saintifik yang berinteraksi di antara aktiviti ekonomi dan
keadaan alam sekitar.

Masalah alam sekitar adalah hasil daripada usaha manusia untuk mencapai
kehendak dan kemewahan. Oleh itu, kita haruslah menimbang semula kaedah untuk
mencapai kehendak kita, dalam erti kata lain kita perlu menimbang semula semua
aktiviti ekonomi yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan kita.

Dalam memenuhi keperluan dan matlamat kita, bebanan kepada alam sekitar akan
terlibat dalam pembuatan sesuatu keputusan iaitu positif atau negatif. Pada
kebiasaannya kita tidak mengambil kira perkara-perkara yang remeh dalam
pembuatan sesuatu keputusan. Apa yang penting adalah matlamat dan tujuan yang
ingin dicapai. Namun demikian, sekiranya terdapat pandangan atau komen di atas
keputusan tersebut, barulah kita melihat semula aspek yang berkaitan dengan
keputusan yang telah dibuat.

Ekonomi alam sekitar melihat alam sekitar adalah sebagai satu bentuk sumber
modal semula jadi yang melengkapkan atau melakukan sokongan hidup dan fungsi
lain yang tidak dapat dibuat atau dibekalkan oleh modal buatan manusia seperti

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


2
modal sumber asli serta sistem ekologi, tanah, biodiversiti dan sifat-sifat lain. Ini
merujuk kepada Artikel 2 dan Artikel 5.

Dalam ekonomi alam sekitar, keseimbangan di antara ekonomi dan alam sekitar
haruslah seimbang supaya kualiti alam sekitar dan pembangunan dapat mencapai
haluan dan tujuan yang sama. Namun demikian, untuk mencapai keseimbangan
kedua-dua perkara tersebut amatlah sukar. Sebagai contoh ialah arang batu yang
mana ia digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Apabila arang batu dibakar, ia
akan menghasilkan elektrik, tetapi pada masa yang sama, karbon dioksida dan sulfur
dioksida juga dihasilkan dan ini mungkin memberikan kesan yang buruk kepada
alam sekitar.

Berdasarkan kepada Artikel dibawah kebanyakkan hasil kajian menunjukkan


terdapat konflik pendapat mengenai alam sekitar dan ekonomi. Peraturan alam
sekitar yang ketat akan menyebabkan keadaan ekonomi menjadi lebih teruk dan
susah untuk berkembang dengan lebih cepat. Sebagai contoh, berkemungkinan
pelabur luar sukar untuk membuat pelaburan di dalam sesebuah negara yang mana
sekiranya peraturan alam sekitar diberi keutamaan dalam pembangunan sesebuah
negara. Ini akan menyekat pembangunan fizikal yang akan dibangunkan dan sumber
yang akan digunakan dalam aktivitinya.

Hasil daripada Jurnal tersebut dapat disimpulkan terdapat dua (2) perkara yang
sering dibincangkan berhubung ekonomi alam sekitar iaitu kos dan faedah.
Sekiranya kita mahu mengurangkan pencemaran alam sekitar, dasar dan polisi
berhubung alam sekitar perlu diutamakan daripada aktiviti pembangunan fizikal.
Dalam membangunkan sesebuah negara, kita tidak dapat lari daripada membuat
keputusan yang boleh menyebabkan kesemua pihak berpuashati dengan kita.

Sehubungan dengan itu, kita haruslah mengambil kira kedua-dua perkara tersebut
iaitu kos dan faedah dalam perlindungan alam sekitar dan pembangunan fizikal.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


3
ARTIKEL 1

Tajuk : Life-cycle environmental and economic assessment of sewage sludge


treatment in China. Cleaner Production 67 (2014) 79-87

Penulis : Changqing Xu, Wei Chen, Jinglan Hong

Penyelidikan ini adalah berkaitan dengan satu penilaian kitaran hidup (Life-cycle
assessment - LCA) kos yang digabungkan untuk menganggarkan beban ke atas
alam sekitar dan ekonomi terhadap rawatan enap cemar kumbahan.

Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pencernaan anaerobic adalah lebih sesuai
digunakan dalam mengurangkan beban ke atas alam sekitar dan ekonomi dengan
mengurangkan jumlah jisim kering dan penggunaan semula tenaga sebagai rawatan
enap cemar kumbahan. Kaedah pencernaan anaerobic boleh menghasilkan semula
tenaga elektrik dan haba dengan menggunakan bahan metana yang dihasilkan oleh
rawatan enap cemar itu sendiri.

Penggunaan tapak pelupusan dan teknologi pembakaran dalam pengurusan enap


cemar ini masing-masing mempunyai beban alam sekitar yang tinggi dan rendah.
Turut dicadangkan supaya semua loji rawatan kumbahan baru harus dibina mengikut
kaedah ini, manakala bagi loji sedia ada disesuaikan semula supaya menepati
kaedah ini.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti (contributions) kaedah yang
terbaik dalam proses enap cemar rawatan kumbahan untuk penambahbaikan serta
digunakan diseluruh negara bagi manfaat semua. Secara tidak langsung ini akan
mengurangkan beban kepada alam sekitar dan meningkatkan ekonomi disebabkan
kurangnya penggunaan tapak pelupusan dan pembakaran untuk rawatan enap
cemar kumbahan tersebut.

Negara Malaysia juga telah mengambil tindakan dalam usaha untuk mengatasi isu
berkaitan rawatan enap cemar kumbahan ini dalam usaha membangunkan negara.
Malaysia juga telah mendapatkan kepakaran dan teknologi rawatan enap cemar

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


4
kumbahan daripada negara Jepun dalam menguruskan enap cemar kumbahan ini
melalui Pengurusan Setempat Logi Rawatan Kumbahan di setiap negeri yang
menerima perkhidmatan daripada Indah Water Konsortium Berhad (IWK). Melalui
pendekatan ini, kawasan loji yang berkonsepkan kolam takungan akan ditutup dan
digunakan untuk aktiviti lain yang boleh memberi impak yang positif dalam
pembangunan ekonomi negara.

ARTIKEL 2

Tajuk : Pembangunan Perindustrian dan Impak Terhadap Ekonomi Lokal di Dumai,


Riau, Indonesia. e-BANGI, Volume 6, Number 2, 302-316, 2011

Penulis : Er, A.C, Sivapalan Selvadurai, Ardieansyah, Asmadi & Hamzah Jusoh

Pembangunan perindustrian di Indonesia telah menyebabkan banyak masalah


berkait dengan alam sekitar. Jurnal ini menganalisis impak pembangunan
perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau,
Indonesia. Dalam usaha untuk membangunkan sesuatu pembangunan, terutama
dalam pembangunan perindustrian akan menyebabkan impak positif dan negatif.
Sekiranya sesebuah negara lebih mementingkan pertumbuhan ekonomi
perindustrian dan pembangunan fizikal, secara tidak langsung akan menyebabkan
kualiti persekitaran tergugat.

Dalam memenuhi keperluan hidup, manusia memerlukan sumber alam iaitu tanah,
air dan udara, namun demikian semua sumber ini mempunyai keterbatasannya.
Pengurusan sumber alam perlu ditambah baik supaya ianya dapat digunakan pada
masa hadapan. Berdasarkan data tahun 2006, kajian ini turut mendapati bahawa
pihak kerajaan Indonesia telah menjadi negara pengeluar Crude Palm Oil (CPO)
terbesar di dunia iaitu empat tahun lebih awai daripada sasarannya iaitu pada tahun
2010. Secara tidak langsung, ini telah memberi kesan positif kepada perkembangan
ekonomi Indonesia (sumbangan terhadap pendapatan negara dan peningkatan

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


5
gunatenaga). Ia juga dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di sekitar daerah
kajian.

Punca-punca kemerosotan kualiti persekitaran adalah akibat terlalu ghairah


mengejar pembangunan perindustrian, tumpuan terhadap persekitaran adalah
kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Sumber kewangan dan kuasa eksekutif
yang terhad telah menyebabkan urusan mengenai alam sekitar tidak dapat
dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, banyak masalah yang berkaitan dengan alam sekitar
adalah berpunca daripada pembangunan yang kurang menitikberatkan aspek alam
sekitar. Kemerosotan kualiti persekitaran juga turut membawa kepada kemerosotan
kualiti hidup penduduk tempatan. Dari aspek perundangan yang berkaitan dengan
alam sekitar sudah memadai, namun pengawasan dan pelaksanaannya perlu
dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh. Pihak kerajaan perlu melihat/
mengkaji semula dasar dan polisi yang diutamakan.

Sebagai contohnya pencemaran udara atau jerebu yang berlaku pada negara kita
pada masa ini. Kejadian ini adalah hasil daripada aktiviti pembangunan perusahaan
ladang yang tidak menitik beratkan isu alam sekitar dan komuniti masyaratak
setempat dan negara lain. Akibat terlalu ghairah untuk mengejar ekonomi atau
pendapatan, alam sekitar dijadikan sebagai isu sampingan dalam dasar negara
tersebut.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


6
ARTIKEL 3

Tajuk : Effect of Behavioral Intention toward Choosing Green Hotels in Malaysia –


Preliminary Study, Procedia – Social and Behavioral Sciences 172 (2015) 57-62

Penulis : Hossein Nezakati, Shayesteh Moghadas, Yuhans Abdul Aziz, Asra Amidi,
Roghayeh Sohrabinezhadtalemi, Yusmadi Yah Jusoh

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencadangkan satu (1) model baru dengan
menggabungkan dua (2) teori sedia ada iaitu Theory Reasoned Action (TRA) dan
Theory Planned Behaviour (TPB) yang mana ia digunakan untuk melihat gelagat
kelakuan pengguna ke arah membuat keputusan serta pilihan terhadap konsep
Green Hotel di Malaysia.

Hasil kajian ini dapat membantu Pengurus Hotel dan pembuat polisi pemasaran
untuk menarik perhatian pelancong untuk memilih dan menginap hotel yang
berkonsepkan Green Hotel.

Dengan memahami tingkah laku dan gelagat para pelanggan hotel yang khusus ini,
secara tidak langsung para pengurus hotel dapat meningkatkan bilangan/jumlah para
pelanggan untuk memilih hotel ini. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi
pengetahuan mengenai gelagat pelanggan dalam memlilih Green Hotel dengan
menggunakan model yang baru untuk diterapkan dalam ekonomi dan alam sekitar.

Pembangunan sesuatu bangunan yang berkonsepkan Green Hotel amat


memerlukan modal kewangan yang besar dalam pembangunan dan
pelaksanaannya. Bagi mendapatkan taraf Green Building Indek (GBI) pengusaha
perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada GBI tersebut seperti
‘Rain Water Harvesting’ dan penggunaan teknologi solar dalam penggunaan sumber
tenaga dalam hotel tersebut.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


7
ARTIKEL 4

Tajuk : Green Environment: Assessment of Income and Water Pollution in Malaysia,


Procedia - Social and Behavioral Sciences 42 ( 2012 ) 166 – 174

Penulis : Halimahton Borhan and Elsadig Musa Ahmed

Jurnal ini mengkaji kaitan kesan Green Environment di antara pendapatan Negara
dengan pencemaran air dan udara di Malaysia. Pengkaji telah menggunakan model
Environmental Kuznet Curve (EKC) dalam kajian ini. Tiga (3) faktor atau
pembolehubah telah digunakan bagi menyukat tahap pencemaran air iaitu
Biochemical Oxygen Demand (BOD), Cadmium (CD) dan Arsenic (AS). Bagi
menyukat pendapatan pula data sebenar daripada pendapatan per kapita dari Kadar
Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP telah diambil setiap suku tahun mulai 1996 –
2006 untuk kajian ini.

Malaysia telah dianggap sebagai sebuah negara yang masih kurang tercemar di
rantau Asia. Tetapi dalam usaha untuk mencapai negara berstatus perindustrian
menjelang tahun 2020 atau yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi pesat
telah meningkatkan pencemaran dan telah menyebabkan penurunan kualiti alam
sekitar. Dalam usaha untuk memastikan pembangunan yang mampan dan berdaya
tahan, langkah-langkah telah diambil untuk mengenalpasti kaedah yang
bersesuaian, kos yang efektif dan pendekatan pengurusan yang sesuai bagi
menghasilkan pelbagai faedah yang positif kepada masyarakat dan negara untuk
menangani pencemaran udara, mengurangkan pencemaran sungai dan
meningkatkan kualiti air bawah tanah dan laut.

Kajian ini turut mendapati bahawa pertumbuhan ekonomi dalam Malaysia memberi
kesan yang sedikit sahaja dalam pencemaran air dan udara. Walau bagaimanapun,
pencemaran bukanlah faktor utama yang mengurangkan kadar pendapatan di
Malaysia. Namun begitu, pihak kerajaan perlu memperhalusi dan mengetatkan
dasar-dasar tertentu supaya kesan masa panjang dapat dikurangkan.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


8
Pengkaji turut mencadangkan bagi kajian lanjutan supaya mengambikira atau
memasukkan pembolehubah yang lain iaitu seperti pencemaran udara, rawatan sisa
pepejal, barang buangan berbahaya dan bunyi bising di bandar. Selain itu, faktor-
faktor seperti pengagihan pendapatan boleh diambil kira untuk mengukur kesamaan
pendapatan.

ARTIKEL 5

Tajuk : Implementation of environmental management in the Hong Kong construction


industry, Project Management 20 (2002) 535-543

Penulis : L. Y. Shen, Vivian W. Y. Tam

Industri pembinaan telah menjadi satu isu utama kepada masyarakat dalam kawalan
impak alam sekitar. Pelaksanaan pengurusan alam sekitar dalam pembinaan
memberi faedah secara langsung kepada alam sekitar. Objektif utama kajian ini
adalah untuk mengenalpasti faedah dan halangan yang dihadapi oleh kontraktor
pembinaan di Hong Kong dalam melaksanakan/mengamalkan pengurusan alam
sekitar serta cara yang digunakan untuk mengurangkan halangan dan batasan yang
dihadapi.

Pelaksanaan pengurusan alam sekitar dalam sektor pembinaan akan memberi


banyak manfaat terutamanya kepada masyarakat seperti pengurangan pengeluaran
bahan buangan dari tempat pembinaan, mengurangkan penggunaan bahan-bahan
berbahaya dan penggunaan teknik pembinaan yang boleh memberi kesan buruk
kepada alam sekitar.

Pihak kontraktor akan memperolehi faedah yang banyak sekiranya mereka


mengamalkan pengurusan alam sekitar sebagai contoh, penjimatan kos berikutan
pengurangan denda yang berkaitan atau salah laku ketidakpatuhan kepada undang-
undang di tapak pembinaan.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


9
Kajian turut mendapati bahawa pihak kontraktor di Hong Kong menghadapi tekanan
yang berat dalam menyiapkan projek pembinaan yang dilaksanakan. Ini adalah
kerana pihak berkuasa tempatan juga mengenakan penalti/ denda yang tinggi bagi
projek-projek yang tidak disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Dengan ini
secara tidak langsung, pihak kontraktor terpaksa mengalihkan kepentingannya
kepada projek daripada melaksanakan pengurusan alam sekitar.

Hasil kajian mendapati sekiranya pengurusan alam sekitar dilaksanakan di projek


pembinaan, alam sekitar akan terpelihara, risiko ke atas alam sekitar dapat
dikurangkan dan penjimatan kos berkaitan kesalahan atau denda dapat dielakkan.
Manakala halangan utama untuk melaksanakan pengurusan alam sekitar ialah
peningkatan kos pengurusan dan pentadbiran, kakitangan yang kurang terlatih, tidak
mendapat kerjasama yang baik di antara sub-kontraktor dan sokongan daripada
pelanggan.

Namun keberkesanan langkah-langkah ini hanya boleh dicapai jika semua


profesional pembinaan mengambil bahagian dalam pelaksanaan pengurusan alam
sekitar.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


10
SENARAI RUJUKAN

Aziah Tajudin, Mohd Fadzli Tajuid 2013. Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Changqing Xu, Wei Chen, Jinglan Hong. 2014. Life-cycle environmental and
economic assessment of sewage sludge treatment in China. Journal of
Cleaner Production 67 (2014) 79-87

Er, A. C, Sivapalan Selvadurai, Ardieansyah, Asmadi & Hamzah Jusoh. 2011.


Pembangunan Perindustrian dan Impak Terhadap Ekonomi Lokal di Dumai,
Riau, Indonesia. e-Bangi Jurnal of Sosial Sciences and Humanities, Volume
6,Number 2, 302-316, 2011.

Hossein Nezakati, Shayesteh Moghadas, Yuhans Abdul Aziz, Asra Amidi, Roghayeh
Sohrabinezhadtalemi, Yusmadi Yah Jusoh. 2015. Effect of Behavioral
Intention toward Choosing Green Hotels in Malaysia – Preliminary Study.
Prosedia – Social and Behavioral Sciences 172 (2015) 57-62.

Halimahton Borhan and Elsadig Musa Ahmed. 2012. Green Environment:


Assessment of Income and Water Pollution in Malaysia. Prosedia – Social
and Behavioral Sciences 42 (2012) 166-174.

L. Y. Shen, Vivian W. Y. Tam. 2002. Implementation of environmental management


in the Hong Kong construction industry. International Journal of Project
Management 20 (2002) 535-543.

SKPS 6053 - Ekonomi Alam Sekitar


11

Anda mungkin juga menyukai