Anda di halaman 1dari 7

KAJIAN I`JAZ `ILMI

● Ayat-ayat Al-Quran mendahului zaman dengan isyarat yang pelbagai berkenaan hakikat perkara yang
berlaku pada alam tabi`i dan alam yang zahir.
● Kejadian-kejadian itu pula tidak mungkin dapat diketahui dengan usaha manusia melainkan selepas
berkurun-kurun selepas Al-Quran diturunkan. Perkara-perkara ini paling awal dapat diketahui selepas
10 kurun Al-Quran diturunkan.
● Akal pula tidak mungkin dapat memikirkan perkara-perkara ini melainkan ia dikhabarkan oleh
Pencipta sendiri.
● Setelah kejadian-kejadian itu dapat dicerap dan dibuktikan, ia meningkatkan lagi keyakinan bahawa
Al-Quran adalah kalam Tuhan - Pencipta Alam.
● Ia juga bukti benarnya Nabi/Rasul terakhir yang dianugerahkan Al-Quran ketika waktu kenabian dan
kerasulannya.
● I`jaz `ilmi merupakan satu uslub dakwah kepada agama Allah dengan bahasa yang bersesuaian
dengan zaman lahirnya pelbagai penemuan saintifik dan alat-alat canggih; iaitu zaman yang kita
hidup sekarang.
Zaglool Najar(2005) Min al-Ayat al-Ijaz al-Ilmi al-Sama fi al-Quran al-Karim (H67)
GARIS PANDUAN KAJIAN I`JAZ `ILMI

● Perbincangan I`jaz `ilmi sebelum ini tidak dapat dibuat kerana manusia belum dapat mencapai
penemuan kepada hakikat gambaran kepada ayat kawniyah yang disebut dalam Al-Quran. Ia hanya
boleh bermula selepas beberapa kurun terakhir.
● Perkara yang dikaji mestilah perkara yang konkrit dan boleh dicerap. Atas sebab ini, kajian tidak
boleh dibuat atas perkara yang bersifat penemuan yang tidak pasti sehinggalah tiba waktunya
penemuan itu dapat dipastikan.
● Langkah ini mestilah diamalkan dalam kajian semua ayat kauniyah kecuali ayat yang menyebutkan 3
perkara: Penciptaan Alam, Penciptaan Manusia & Penciptaan Kehidupan.
● Hal ini kerana 3 perkara ini takkan dapat dicerap secara empirikal oleh makhluk.

*lihat lebih lanjut dalam kitab bagaimana memahami ayat seperti “adakah kamu tidak melihat bagaimana Allah menciptakan langit,
bumi dll.”

Zaglool Najar(2005) Min al-Ayat al-Ijaz al-Ilmi al-Sama fi al-Quran al-Karim. h. 69.
GARIS PANDUAN METODE KAJIAN I`JAZ `ILMI

1. Memahami Al-Quran sebaiknya bertepatan dengan dilalat alfaz menurut Bahasa Arab, menepati
qaedah Bahasa Arab dan uslub-uslubnya kerana Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab yang jelas.
2. Memahami asbab al-nuzul, nasikh wa mansukh (jika ada), perbezaan `am dan khas, mutlak wa
muqayyad, mujmal wa mufassal dalam ayat-ayat ini.
3. Memahami tafsir-tafsir yang ma’thur daripada Nabi, merujuk tafsir mufassirin sahabat dan tabi`in,
tabi` tabi`in hinggalah ke zaman ini.
4. Menghimpunkan qira’at sahihah berkaitan ayat jika ada.
5. Menghimpunkan nas-nas Al-Quran berkenaan topik yang sama, serta hadis-hadis sahih. Kemudian
melihat bagaimana ayat-ayat dan hadith menjadi tafsir antara satu sama lain.
6. Meraikan siyaq ayat yang berkaitan perkara kawniyah sama ada ayat sebelumnya atau selepasnya.
7. Meraikan kaedah “ibrah ayat adalah dengan umumnya lafaz, bukan dengan khususnya sebab”.
GARIS PANDUAN METODE KAJIAN I`JAZ `ILMI

8. Tidak memaksa-maksa supaya ayat-ayat itu diolah sehingga bertepatan dengan penemuan ilmiah
kerana Al-Quran itu lebih agung dan paling mulia bagi kita berbanding penemuan-penemuan ilmiah.
Ia adalah Kalamullah. Ilmu Pencipta adalah kebenaran yang mutlak, sempurna, menyeluruh dan
merangkumi semua perkara lain.
9. Tidak melibatkan diri dalam perkara ghaib yang bersifat mutlak: seperti Zat-Allah, ruh, malaikat, jin,
barzakh, hisab kubur, qiamat, kebangkitan, mizan, sirat, syurga neraka dan lainnya. Menerima dan
beriman sepenuhnya dengan perkara-perkara tersebut. Mengakui kelemahan manusia yang tidak
akan mampu memahaminya.
10. Berpegang bahawa apa yang berlaku di akhirat berbeza dengan undang-undang (law of nature) yang
berlaku di dunia. Akhirat tak memerlukan undang-undang sebab-musabab seperti di dunia untuk
berlaku.
11. Mengambil penemuan ilmiah yang pasti (yang tak akan berubah) dalam mengkaji i`jaz `ilmi terhadap
ayat-ayat kawniyah kecuali bagi ayat berkenaan apa yang telah disebutkan.
GARIS PANDUAN METODE KAJIAN I`JAZ `ILMI

12. Meraikan kepakaran dan kajian mendalam dalam menetapkan gambaran i`jaz `ilmi kerana bidang ini
adalah antara peringkat yang tinggi di mana tidak semua pihak mampu terjun ke dalamnya. Seorang
individu tidak mungkin dapat membawakan semua aspek i`jaz `ilmi untuk kesemua lebih seribu ayat
kawniyah kerana ia melibatkan terlalu banyak bidang ilmu bermula daripada ilmu tentang embrio
hingga angkasa raya.
13. Mendatangkan semua kredit kepada sumber nukilan dan rujukan kerana ia adalah amanah ilmu.
Semua orang mesti diberikan haknya. Inilah manhaj Al-Quran dan Sunnah Nabawiyah itu sendiri.
14. Mengambil pengajaran daripada Al-Quran bahawa untuk sampai kepada hakikat kejadian, takkan
mampu dicapai oleh ilmu kasbi. Ia hanya datang daripada iman yang sempurna bahawa Al-Quran
adalah kalam Allah Pencipta. Maka, semuanya adalah kebenaran yang mutlak, tidak datang bersama
kebatilan sama sekali.
15. Tidak memandang rendah kepada usaha para ulama’ silam dalam penglibatan mereka secara ikhlas
dalam memahami makna ayat-ayat kawniyah dengan keterbatasan maklumat yang ada ketika zaman
mereka. Makna Al-Quran itu sangat luas dan berkembang mengikut perkembangan ilmu manusia
sehingga Al-Quran dapat merangkumi ilmu-ilmu tersebut. Inilah antara mukjizat terbesar Al-Quran.
16. Membezakan antara perbincangan i`jaz `ilmi dan tafsir `ilmi:
I`jaz `ilmi adalah mengithbat bahawa Al-Quran mendahului zaman dengan isyarat kepada hakikat-
hakikat kawniyat atau tafsiran secara zahir terhadapnya sebelum ditemui ilmu-ilmu yang dikaji
berkenaannya yang mengambil masa berkurun-kurun.
Tafsir `Ilmi pula adalah usaha manusia untuk memahami dengan betul ayat Al-Quran . Jika seseorang
mufassir betul maka diberikan dua pahala. Jika salah, maka mendapat satu pahala.
17. Wajib berusaha membuat kajian setepat mungkin terhadap Kitab Allah. Ikhlas niat padanya dan
mengelakkan timbulnya niat yang salah. Sentiasa ingat akan hadis Nabi :

‫من قال في القرآن بغير علم فليتبوأ مقعده من النار‬


“Sesiapa yang bercakap tentang ayat-ayat Al-Quran tanpa ilmu, maka sediakan tempatnya di neraka.”

Anda mungkin juga menyukai