Anda di halaman 1dari 32

DIPLOMA

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
GROUP ASSIGNMENT
SUBJECT NAME: KEMAHIRAN KOMUNIKASI
SUBJECT CODE: MPU 2333
BATCH: BATCH 27A
WORTH: 60%
DUE DATE: 31/08/2022
LECTURER: MS. NURATIKAH SHAMILA BT MOHD SEDDIKIN

STUDENT
NAME STUDENT ID
1. NEERESH KUMAR DEM0622101

2. KALAIVANI A/P KAARTIK DPI0622205


3. RABIAHTUL ADAHWIYAH BINTI MOHD DEM0622362
ROZI
4. THANA LETCHUMY A/P MOGANA DAS DHC0622095
5. SITI ZUHAIDAH BINTI ZUHAILI MOJUDA DHC1021108
ABDULLAH@JOHAILE
6. NARESH A/L RAVICHANDRAN DEM0622234
7. MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN DHC0622167
ABDUL RAHMAN
8. KUMARAN A/L VISUNATHAN DEM0622103
9. NURAINA HADIRAH BINTI MOHAMAD DEM0622299
YAZID
10. NUR AMRINA ROSHADA BINTI NORHAN DEM0622304
11. DIVESH ANDY DEM0622002
I hereby declare that this assignment is my own original work, and that no part of this assignment
has been copied from any other source or person except where due acknowledgement is made.
Copying without acknowledgement is plagiarism and will be dealt with severely by the university
college.

Assignment Mark Late Penalty Final Mark


ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN

01 PENGENALAN 1
02 LATAR BELAKANG ORGANISASI 2
03 PERANAN SETIAP PEKERJA DI ORGANISASI [HIERARKI] 3
04 VISI, MISI, DAN OBJEKTIF ORGANISASI 4
05 TUJUAN ORGANISASI DITUBUHKAN 5
06 TAKRIFAN KOMUNIKASI ORGANISASI 6
07 PERANAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 7
08 CIRI-CIRI PENTING DALAM KOMUNIKASI ORGANISASI 8-9
09 ISU DAN PENYELESAIAN ISU 10
10 PERANAN ICT DALAM ORGANISASI 11-12
11 KESIMPULAN 12
12 PEMBAHAGIAN DRAMA PENTAS 13
13 BAHAGIAN TEKNIKAL/AUDIO DAN LATAR TEMPAT 14
14 BAHAGIAN PROP, FOTOGRAFI DAN NARATOR 14-15
15 PENERANGAN SCENE/PLOT 16-17
16 SENARAI LAGU YANG TELAH DIGUNAKAN 18
17 APA YANG DAPAT DIPELAJARI OLEH PELAJAR BERDASARKAN 18
LAKONAN YANG TELAH DIJALANKAN
18 KESIMPULAN 18
19 MAKLUMAT KREW DAN TUGASAN YANG TELAH DILAKUKAN 19-24
20 GAMBAR KUMPULAN SEMASA REHEARSAL 25-28
21 PENGHARGAAN 29
PENGENALAN

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek


ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan
nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya
dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya. Jadi,
penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang
melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan
kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti
kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan
serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

Seterusnya, komunikasi organisasi ialah proses mencipta dan bertukar mesej dalam
rangkaian perhubungan. Pergantungan antara satu sama lain dalam menghadapi persekitaran
yang tidak menentu atau berubah. Komunikasi organisasi diharapkan dapat memudahkan
peraturan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh ahli dan pemimpin organisasi. Jika tidak
dapat mematuhi, biasanya akan ada hukuman untuk ahli tersebut. Komunikasi organisasi juga
boleh digunakan dalam mencapai visi dan misi sesebuah organisasi, agar organisasi dapat
berjalan mengikut peraturan organisasi

Organisasi kami mengamalkan kemahiran komunikasi dalam bentuk lisan dan bukan
lisan. Organisasi kami juga telah menyelesaikan beberapa isu berkaitan dalam organisasi bagi
melancarkan produktiviti kerja antara pekerja kami dengan bertoleransi dan hormat antara satu
sama lain untuk mengelakkan perselisihan faham yang mengugat keharmonian dan displin
organisasi. Tujuan laporan ini adalah bagi menjelaskan tentang penyelesaian isu yang kami
terjemah atau mengaplikasikan dalam isu organisasi kami bagi mengelakkan perselisihan faham
antara pekerja dan mengeratkan hubungan silaturahim.

1
LATAR BELAKANG ORGANISASI
Nama organisasi kami ialah BUTIK & CO SDN.BHD. yang dibuka pada tahun 2020
dengan pengeluaran modal sebanyak RM 1 juta bagi membuka sebuah syarikat yang
menghasilkan pakaian berbutik mengikut kemahuan pelanggan. Organisasi kami diciptakan bagi
mengekalkan aspek tradisional supaya tidak dilupakan oleh masyarakat bahawa kewujudan butik.

Seterusnya, organisasi kami juga mengeluarkan pakaian tradisional dan pakaian moden
yang berasaskan butik. Cawangan yang dibuka selama 2 tahun ialah 30 cawangan sekitar negara
Malaysia dan 2 ibu pejabat yang mencatat pengeluaran dan akauntabiliti organisasi. Ciri-ciri
pekerja organisasi kami ialah pekerjaan diberikan sekiranya pekerja mempunyai sijil SPM dan
daripada akhlak dan displin yang cemerlang kerana organisasi kami mempunyai etika dan
undang-undang yang perlu dipatuhi bagi memastikan imej organisasi terjaga.

Selain itu, organisasi kami juga mementingkan keutamaan ahli organisasi dan
memastikan produktiviti kerja yang dijalankan oleh ahli organisasi terkawal dan meningkat dari
masa ke masa supaya dapat mencapai visi dan misi organisasi. Organisasi kami juga memastikan
pertuturan yang sopan dengan pelanggan dan kami juga memenuhi kepuasan pelanggan seperti
bagi pelanggan memilih corak-corak butik yang pelbagai dihasilkan oleh ahli organisasi kami.

Akhir sekali, organisasi kami mengamalkan sikap bertanggungjawab dan rasional


terhadap isu-isu yang muncul di organisasi dan menyelesaikannya dengan sikap moral tersebut.
Organisasi kami mempunyai kakitangan atau tenaga kerja profesional yang mahir dengan
kemahiran dan pengalaman kerja yang berkebolehan bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan
syarikat, perakaunan, pengauditan dan percukaian.

2
PERANAN AHLI ORGANISASI

CEO
THANA LETCHUMY A/P MOGANA DAS
-Mengagihkan tugas dan mengadakan mesyuarat bagi projek-
projek organisasi yang akan datang
-Ketua bidang yang memberikan arahan kepada pengurus

PENGURUS AHLI ORGANISASI


RABIAHTUL ADAHWIYAH BINTI MOHD
ROZI
-Mengagihkan tugas kepada ahli organisasi
ataupun pekerja

-Menjaga keutamaan pekerja

-Melaporkan laporan kepada ibu pejabat

AHLI ORGANISASI AHLI ORGANISASI AHLI ORGANISASI


NEERESH KUMAR NURAINA HADIRAH BINTI KUMARAN A/L
MOHAMAD YAZID VISUNATHAN
-Melakukan kerja atau projek
yang diberikan oleh pengurus -Melakukan kerja atau projek yang -Melakukan kerja atau projek
diberikan oleh pengurus yang diberikan oleh pengurus
-Menjaga bidang akauns
organisasi -Menjaga bidang percukaian -Menjaga bidang audit organisasi
organisasi

3
VISI, MISI DAN OBJEKTIF ORGANISASI
VISI ORGANISASI
Visi kami berani untuk menjadi perusahaan pakaian butik nombor 1 di dunia. Kami
benar-benar percaya bahawa impian ini boleh dicapai melalui penyediaan, pengalaman,
perkhidmatan pelanggan yang terbaik di semua cawangan. SYARIKAT BUTIK & CO sentiasa
mengutamakan pelanggan.

MISI ORGANISASI
I. Untuk terus menyediakan pakaian tradisional butik yang bergaya, berkualiti tinggi, yang
berasas pada harga terendah di pasaran.
II. Pakaian tradisional butik yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di
mana sahaja
III. Fokus pada operasi kos rendah dan terus menghubungkan pengeluaran dan pemasaran
dengan cara yang paling singkat dan paling murah.
IV. Menyediakan persekitaran di mana pekerja standard global boleh bekerja dengan gembira

OBJEKTIF ORGANISASI
-Memenuhi kepuasan pelanggan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti
-Produktiviti kerja dilakukan dengan prinsip tanggungjawab dan rasional oleh ahli organisasi
-Etika dan undang-undang organisasi dipatuhi oleh setiap ahli organisasi
-Sentiasa mengutamakan pelanggan
-Meningkatkan produktiviti kerja dengan banyak dari masa ke semasa

4
TUJUAN ORGANISASI DITUBUHKAN
Syarikat BUTIK & CO SDN.BHD. diwujudkan bagi masyarakat tidak lupa akan
kewujudan pakaian butik yang merupakan sejarah warisan negara. Hal ini demikian kerana
masyarakat kini lebih tertumpu kepada fesyen moden yang wujud dari barat malah melupakan
fesyen tradisional ibu negara sendiri. Oleh itu, syarikat ini ditubuhkan mengikut aspek pakaian
traditional adaptasi bangsa Melayu.

Syarikat BUTIK & CO SDN.BHD. merupakan syarikat sendirian berhad yang diasaskan
oleh ahli-ahli organisasi. Organisasi ini membina idea butik kerana tidak mahu membazirkan
kemahiran yang telah dipelajari. Pada awalnya, syarikat ini kurang mendapat sambutan daripada
masyarakat dan majikan ataupun CEO syarikat ini menampung kerugian yang besar. Ahli
organisasi syarikat telah menciptakan idea bernas yang mendapat sambutan dari ramai
masyarakat dan diiktiraf oleh kerajaan. Idea tersebut ialah pelanggan boleh memilih corak butik
sendiri bagi menghasilkan pakaian dengan harga yang berpatutan dan syarikat ini juga telah
memberikan promosi sewaktu musim perayaan.

Kini, syarikat ini juga telah menjadi salah satu pegangan warisan negara walaupun
diasakan melalui sendirian berhad kerana mempromosikan pakaian butik yang merupakan salah
satu kebudayaan negara. Kerajaan juga membiayai separuh daripada kos keselamatan dan
perubatan pekerja dan memberikan keutamaan dalam pasaran.

Di samping itu, tempahan butik bukan sahaja dilakukan di negara Malaysia tetapi
dilakukan di luar negara juga kerana orang barat berminat dengan fesyen butik yang dianggap
luar biasa malah mereka mula menjadikan butik sebagai salah satu fesyen traditional yang
menarik diciptakan oleh rakyat Malaysia menggunakan inovasi cerdik.

Akhir sekali, Syarikat BUTIK & CO SDN.BHD. dibina atas dasar untuk menampung
ekonomi negara, mengingatkan balik masyarakat adaptasi pakaian tradisional butik, dan lain-lain
lagi. Kesimpulannya, syarikat ini menjadi salah satu kesedaran asal usul bagi masyarakat yang
telah melupakan sosio-budaya dan asal usul negara dan bangsa sendiri. Kini masyarakat lebih
menggunakan pakaian butik dalam perayaan dan majlis-majlis yang penting. Pekerja kami juga
sangat mahir dalam bidang butik yang merupakan akar syarikat kami kerana telah berusaha
dengan begitu tekun dan bertanggungjawab bagi menghasilkan corak butik yang pelbagai.

5
TAKRIFAN KOMUNIKASI ORGANISASI
Komunikasi organisasi adalah penghataran dan penerimaan berbagai mesej organisasi di
dalam kelompok formal ataupun informal dari sesuatu organisasi. Komunikasi juga satu proses
pengumpulan maklumat yang tepat oleh ahli-ahli mengenai organisasi dan perubahan yang
terjadi dalam organisasi itu sendiri.

Seterusnya, komunikasi dalam organisasi sangat penting bagi ahli-ahli organisasi yang
terdiri daripada majikan dan pekerja. Komunikasi dalam organisasi terdiri dalam bentuk lisan
yang melalui percakapan dan pendengaran, pada masa yang sama, bentuk komunikasi bukan
lisan juga digunakan untuk memaklumkan hal-hal penting organisasi melalui aplikasi sosial
media seperti Facebook, Instagram, dan Whatsapp.

Selepas itu, komunikasi organisasi juga dipakai dalam penyelesaian masalah dalam
organisasi. Komunikasi dalam kalangan ahli organisasi sangat penting bagi mengelakkan
perselisihan faham antara mereka. Hal ini demikian kerana jika ahli organisasi tiada
persefahaman maka masalah akan timbul dan konsep kerjasama tidak diamalkan.

Di samping itu, komunikasi dalam organisasi penting bagi berinteraksi untuk menyiapkan
sesuatu tugas atau laporan dalam kumpulan. Berlaku banyak persengketaan antara ahli-ahli
organisasi kerana tiada komunikasi semasa melakukan tugasan yang diberikan. Oleh itu,
komunikasi dalam organisasi sangatlah penting bagi organisasi untuk mengelakkan tiada
komunikasi dan perselisihan faham antara ahli organisasi.

Akhir sekali, komunikasi adalah teras utama dalam menghidupkan operasi sesebuah
organisasi. Komunikasi yang efektif dengan menjadikan komunikasi sebagai pemangkin dalam
meningkat produktiviti kerja. Kepentingan komunikasi semakin disedari dalam pengurusan
kehidupan harian tidak kira sama ada di rumah mahupun di organisasi.

6
PERANAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Antara peranan komunikasi dalam organisasi ialah proses pengarahan agar tindakan kerja
dilaksanakan. Hal ini kerana, dalam organisasi sudah pasti ada superior dan subordinat. Superior
akan mengarahkan sesuatu aktiviti atau tugasan dilaksanakan oleh subordinat. Oleh itu
komunikasi memainkan peranan yang penting. Arahan tersebut dikomunikasikan sama ada
melalui memo, surat, e-mel dan sebagainya. Sekiranya superior berkomunikasi secara tidak
berdiplomasi atau kasar, kemungkinan arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan itu menjadi
punca kepada hubungan renggang.

Seterusnya, peranan komunikasi dalam organisasi ialah membina persahabatan dalam


kalangan ahli organisasi. Hal ini sedemekian kerana manusia tidak boleh tidak berkomunikasi.
Dalam organisasi, komunikasi bukan sahaja bertujuan untuk melaksanakan kerja semata-mata
tetapi komunikasi dibentuk untuk mewujudkan jaringan hubungan mesra antara rakan sekerja
mahupun pihak atasan. Apabila wujud jaringan hubungan yang mantap, sekurang-kurangnya
individu yang berada dalam sesebuah organisasi dapat membentuk hubungan yang kukuh
antara sesame warga organisasi.

Akhir sekali, peranan komunikasi dalam organisasi ialah membentuk rasa dipercayai dan
diterima oleh ahli organisasi. Hal ini muktamad kerana dalam organisasi, rasa percaya dan
diterima oleh warga organisasi dapat digambarkan melalui komunikasi yang terjalin sama ada
secara lisan mahupun bukan lisan. Apabila komunikasi yang telus terbentuk, maka warga
organisasi mengetahui apa yang perlu dilakukan.

7
CIRI-CIRI PENTING DALAM KOMUNIKASI ORGANISASI

Antara ciri-ciri penting dalam komunikasi organisasi ialah sistem pengurusan. Sistem
pengurusan mempengaruhi komunikasi yang terbentuk dalam organisasi. Sistem pengurusan
terbahagi kepada tiga perkara iaitu klasik, hubungan manusia dan sumber manusia.

Yang kedua, iklim dan budaya organisasi iaitu bermaksud iklim organisasi
mempengaruhi tingkah laku anggotanya berdasarkan prestasi yang ditonjolkan sepanjang berada
di organisasi. Budaya pula merujuk kepada perkongsian andaian asas yang dipelajari oleh ahli
kumpulan semasa menyelesaikan masalah.

Seterusnya, yang ketiga ialah jaringan komunikasi. Jaringan komunikasi merujuk kepada
struktur sosial yang tercipta melalui komunikasi antara individu dan kumpulan dalam organisasi.
Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau
tingkat autoriti iaitu pengurusan atasan, pengurusan pertengahan, pengurusan atau barisan
hadapan.

Selain itu, yang keempat adalah konflik, kuasa dan politik dalam organisasi. Dalam
organisasi elemen konflik, kuasa dan politik organisasi pasti wujud. Peranan komunikasi begitu
penting dalam menguruskan ketiga-tiga elemen ini. Komunikasi yang efektif membolehkan
konflik dapat ditangani, kuasa digunakan dengan sewajarnya dan politik organisasi dapat
dielakkan. Sekiranya ketiga-tiga elemen tidak digunakan secara positif, keadaan organisasi akan
menjadi tidak stabil.

Di samping itu, yang kelima ialah kepimpinan. Hal ini kerana pemimpin merupakan
tonggak utama dalam organisasi. Kepimpinan pula ialah tindakan atau peranan yang dimainkan
oleh seseorang pemimpin dalam membantu ahli organisasi menjayakan sesuatu matlamat.
Seorang pemimpin yang mempunyai wawasan, mengetahui cara untuk memberi pengarahan
kerja yang betul, memahami subordinatnya dan mudah didekati.

Akhir sekali, yang keenam ialah ICT dalam organisasi. Hal ini demikian kerana setiap
organisasi menggunakan ICT bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja dalam
organisasi. ICT adalah kombinasi teknologi komputer, teknologi telekomunikasi dan media.
Sekiranya seorang individu menggemari suatu pembaharuan, maka penggunaan ICT dianggap

8
sebagai suatu yang menyeronokkan dan berusaha untuk mempelajarinya. Individu yang tidak
sukakan pembaharuan, maka ICT dianggap sebagai suatu peralatan yang menyusahkan.

9
ISU DAN PENYELASAIAN ISU DALAM ORGANISASI

ISU PENYELESAIAN ISU

I. Isu perkauman di organisasi antara Majikan dan pekerja membincang isu tersebut dan
pekerja membuat program yang dapat menyatukan pekerja
serta menghantar pekerja untuk sesi kaunseling dan
memberikan amaran keras.

II. Isu pekerja tidak mengikut etika Majikan menegur dan memberikan amaran jika
pakaian organisasi mengulangi perbuatan tersebut maka pekerja itu akan
diberhentikan kerja.

III. Isu pekerja memplagiat tugasan Majikan memberi amaran yang keras jika mengulangi
rakan sekerja perbuatan tersebut pekerja itu akan dibuang

IV. Isu majikan menerima rasuah Pekerja melaporkan perkara tersebut kepada ibu
pejabat dan majikan akan dihukum melalui akta
undang-undang.

V. Isu pekerja sering bercuti dan tidak Majikan menghubungi pekerja mengenai isu tersebut
menghadiri ke organisasi yang dan menggantungkan pekerja mengikut undang-
menyebabkan kerja-kerja ditunda. undang organisasi .

10
PERANAN ICT DALAM ORGANISASI

Setiap organisasi menggunakan ICT bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja


dlam organisasi. ICT adalah kombinasi teknologi komputer, teknologi telekomunikasi dan media.
Sekiranya seorang individu menggemari suatu pembaharuan, maka penggunaan ICT dianggap
sebagai suatu yang menyeronokkan dan berusaha untuk mempelajarinya. Individu yang tidak
sukakan pembaharuan, maka ICT dianggap sebagai suatu peralatan yang menyusahkan.

Antara peranan ICT dalam organisasi ialah tugasan yang diberikan akan dihantar atau
dibentang melalui aplikasi ICT. Hal ini kerana penggunaan ICT dalam organisasi bukan lagi
sekadar memudahkan interaksi antara sesama kakitangan dalam organisasi, malahan telah
diperkemaskan sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat di samping membantu
melancarkan lagi tugasan dalam organisasi.

Seterusnya, peranan ICT dalam organisasi ialah dapat mencapai objektif organisasi. Hal
ini demikian kerana sesebuah organisasi yang cekap menggunakan ICT lebih cepat mencapai
objektif dan mampu memberi daya saing kepada organisasi lain.

Selain itu, penggabungan teknologi komunikasi dengan pengurusan organisasi telah


memberi dimensi baru kepada peranan ICT dalam organisasi. Hal ini dapat dilihat dengan
kemunculan e-dagang (e-commerce) dan juga perkhidmatan elektronik yang menjadi pilihan
kebanyakan organisasi korporat.

Di samping itu, ICT yang wujud dalam organisasi adalah perangsang perubahan yang
meluas apabila ICT memerlukan penglibatan kemahiran kakitangan organisasi, rutin harian
pengurusan dan kebolehan organisasi bertindak balas dengan kehendak persekitaran luaran
organisasi. Contoh umum yang dapat dilihat adalah pengimplementasian laman sosial Facebook
sebagai medium komunikasi di antara kakitangan bawahan dengan pengurusan atasan.
Kakitangan bawahan dapat berinteraksi dengan pengurusan atasan organisasi menerusi Facebook
tanpa perlu melalui prosedur yang panjang untuk diselesaikan.

Akhir sekali, peranan ICT dalam organisasi ialah ICT yang lancar dan keupayaan
meyakinkan pengurusan dalam organisasi untuk mengimplementasikanya.Sebagai contoh
penggunaan jaringan komputer berinternet, laman web jaringan sosial, sistem sokongan

11
elektronik dan perantara komunikasi akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap
organisasi yang menerima perubahan tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepentingan komunikasi semakin disedari dalam pengurusan


kehidupan harian tidak kira sama ada di rumah mahupun di organisasi. Hal ini kerana
komunikasi sangat penting dalam kehidupan harian seseorang manusia. Manusia tidak boleh
tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi adalah teras utama dalam menghidupkan
operasi sesebuah organisasi. Komunikasi yang efektif dengan menjadikan komunikasi
sebagai pemangkin dalam meningkat produktiviti kerja yang berkualiti tinggi dan pekerja yang
mengikut etika dan undang-undang organisasi. Komunikasi dalam organisasi dapat merapatkan
jurang antara pekerja serta persahabatan baru akan tercipta. Apabila wujud jaringan hubungan
yang mantap, sekurang-kurangnya individu yang berada dalam sesebuah organisasi dapat
membentuk hubungan yang kukuh antara sesama warga organisasi. Dalam organisasi, rasa
percaya dan diterima oleh warga organisasi dapat digambarkan melalui komunikasi yang terjalin
sama ada secara lisan mahupun bukan lisan. Apabila komunikasi yang telus terbentuk, maka
warga organisasi mengetahui apa yang perlu dan yang tidak perlu dilakukan.

12
DRAMA RACIST
PEMBAHAGIAN TUGASAN DRAMA
NAMA WATAK NAMA PELAKON WATAK YANG DIPEGANG

1. ATUL[PENGURUS RABIAHTUL WATAK UTAMA


SYARIKAT BUTIK & CO ] ADAHWIYAH BINTI
MOHD ROZI

2. ESH [PEKERJA 1] NEERESH KUMAR WATAK UTAMA

3. AINA JO [PEKERJA 2] NURAINA HADIRAH WATAK SAMPINGAN


BINTI MOHAMAD
YAZID

4. MARAN [PEKERJA 3] KUMARAN WATAK SAMPINGAN


A/LVISUNATHAN

5. THANA [CEO SYARIKAT THANA LETCHUMY A/P WATAK SAMPINGAN


BUTIK & CO] MOGANA DAS

6. VESH [PERAGUT] DIVESH ANDY WATAK SAMPINGAN

7. PANDI [PERAGUT] NARESH A/L WATAK SAMPINGAN


RAVICHANDRAN

13
BAHAGIAN TEKNIKAL/AUDIO DAN LATAR TEMPAT

BAHAGIAN NAMA KREW TUGAS

TEKNIKAL / AUDIO 1. NUR AMRINA ROSHADA BINTI -Menyediakan audio semasa perlakonan
NORHAN dijalankan

-Menyelesaikan masalah teknikal

TEKNIKAL / AUDIO 2. MUHAMMAD AIMAN HAKIMI -Menyediakan audio semasa perlakonan


BIN ABDUL RAHMAN dijalankan

-Menyelesaikan masalah teknikal


LATAR TEMPAT 3. KUMARAN A/L VISUNATHAN -Menyediakan latar tempat bagi lakonan
yang akan dijalankan

BAHAGIAN PROP
NAMA KREW TUGASAN

PROP 1. KUMARAN A/L -Menyediakan peralatan dan


VISUNATHAN tempat latar tempat bagi
PROP 2. NARESH A/L perlakonan.
RAVICHANDRAN
PROP 3. DIVESH ANDY

14
BAHAGIAN FOTOGRAFI

NAMA KREW TUGASAN

FOTOGRAFI 1. SITI ZUHAIDAH BINTI ZUHAILI -Mengambil gambar semasa lakonan


MOJUDA ABDULLAH@JOHAILE sedang berjalan di pentas.

FOTOGRAFI 2. MUHAMMAD AIMAN HAKIMI


BIN ABDUL RAHMAN

BAHAGIAN NARATOR
BAHAGIAN NAMA KREW TUGASAN
NARATOR 1. KALAIVANI A/P KAARTIK -Membacakan tema, sinopsis, plot dan
pengajaran berdasarkan lakonan yang
dijalankan

15
PENERANGAN SCENE/PLOT
1. PERMULAAN BAHARU
SCENE 1 : CEO syarikat BUTIK & CO SDN.BHD mengenalkan pekerja baharu yang
menggantikan pekerja lama bagi menjaga bahagian akauns. Pekerja itu bernama Esh yang sangat
berdisplin tingkah lakunya. Esh sangat teruja bagi melakukan kerja di syarikat BUTIK & CO
kerana bekerja di syarikat tersebut merupakan cita-citanya. Esh diperkenalkan kepada Aina yang
menjaga bidang percukaian organisasi dan Maran yang menjaga bidang audit organisasi. Mereka
pun berbual sambil melakukan kerja.

2. PENGURUS YANG TIDAK TERURUS


SCENE 2 : Atul yang merupakan pengurus dalam syarikat BUTIK & CO keluar dari biliknya
untuk mengutip tugasan dari Maran. Atul bertanya kepada Aina tentang pekerja baharu dan Esh
pun memperkenalkan dirinya kepada pengurus yang cantik itu. Aina menunjukkan sikap
perkauman yang melukakan hati Esh dengan mendalam. Namun begitu, Aina dan Maran
memujuk Esh. Atul memanggil Aina bagi menghantar laporan percukaian tetapi Esh yang
menghantar dalam menolong Aina kerana perutnya sakit. Atul sekali lagi mengkritikkan Esh
fasal warna kulitnya yang gelap itu menyebabkan kemarahan kepada Esh.

3. PERGADUHAN YANG TIDAK BERMAKNA


SCENE 3 : Atul dan Esh bertengkar dengan begitu rasa marah dan benci ke atas satu sama lain.
Perkara itu diperhatikan oleh CEO syarikat itu. Aina dan Maran hanya memerhatikan kerana
mereka seperti anjing dan kucing yang tidak serasi. CEO syarikat memikirkan isu penyelesaian
dengan sebaik mungkin supaya dapat menyatukan pekerjanya itu dan menjaga imej syarikat.

4. KARMA ADALAH PEMBALASAN


SCENE 4 : Sewaktu Atul berjalan ke keretanya di lorong yang senyap dan sunyi, tiba-tiba Atul
dihalang dan percubaan meragut beg Atul oleh dua orang berjalan. Hal tersebut di nampak oleh
Esh yang kebetulan sedang berjalan di situ untuk membeli makanan. Esh segera ke Atul dan dua
orang pemuda itu pun berlari bagi melepaskan diri. Walaupun Esh datang menolong tetapi tetap
difitnah oleh Atul.

16
5. KOMUNIKASI PELANCAR HUBUNGAN PERSAHABATAN
SCENE 5 : Tugasan yang diberikan oleh CEO syarikat dibuat oleh Atul dan Esh dengan tulus
dan ikhlas serta berlaku komunikasi yang lancar antara mereka berdua. Tugasan yang diberikan
oleh CEO syarikat telah disiapkan dalam masa yang diberikan oleh Atul dan Esh. Atul dan Esh
saling bermaaf-maafan dan dipuji oleh CEO syarikat dengan perasaan yang gembira.

17
SENARAI LAGU YANG TELAH DIGUNAKAN

1. Office Sound 2 Hours


LINK- https://youtu.be/D7ZZp8XuUTE

2.Ambience Sound : Mamak Stall


LINK- https://youtu.be/7HIkgTHZRNc

3.Suara seram hantu serigala 2


LINK- https://youtu.be/4Y9fKM_7vhQ

4.Action Movie Music - Epic Suspenseful Fight Scene - FesliyanStudios


LINK- https://youtu.be/tZ5FodI0CYE

SOALAN
APA YANG DAPAT DIPELAJARI OLEH PELAJAR BERDASARKAN LAKONAN
YANG TELAH DIJALANKAN?
Pelajar dapat memahami tentang komunikasi dalam organisasi sangat penting bagi
mengelakkan perselisihan faham dan komunikasi dalam organisasi merupakan salah satu kaedah
penyelesaian isu yang boleh menyelesaikan masalah dengan gabungan prinsip rasional.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, lakonan ini bertujuan untuk menyampaikan mesej tersirat yang berkait
dengan komunikasi dalam organisasi. Komunikasi yang lancar membawa kebaikan yang banyak
dalam sesuatu organisasi dalam menaikkan imej organisasi dan menciptakan hubungan
persahabatan yang lebih erat dalam kalangan majikan dan pekerja.

18
MAKLUMAT KREW DAN TUGASAN YANG TELAH DILAKUKAN

1. SITI ZUHAIDAH BINTI ZUHAILI MOJUDA ABDULLAH@JOHAILE


-Mengambil gambar semasa lakonan sedang berjalan di pentas.
-Menyiapkan poster drama pentas.

2. RABIAHTUL ADAHWIYAH BINTI


MOHD ROZI
-Merupakan salah satu watak utama.
-Mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan
dan menyiapkan slide powerpoint bahagian 2
[DRAMA PENTAS].

19
3. KALAIVANI A/P KAARTIK
-Membacakan tema, sinopsis, plot dan
pengajaran berdasarkan lakonan yang
dijalankan.
-Merupakan narator lakonan drama pentas.

4. NARESH A/L RAVICHANDRAN


-Menyediakan peralatan dan tempat latar
tempat bagi perlakonan.
-Merupakan watak sampingan dan prop
drama pentas.

20
5. MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN
ABDUL RAHMAN
-Mengambil gambar semasa lakonan sedang
berjalan di pentas.
-Menyediakan audio semasa perlakonan
dijalankan.
-Menyelesaikan masalah teknikal.

6. NUR AMRINA ROSHADA BINTI


NORHAN
-Menyediakan audio semasa perlakonan
dijalankan .
-Menyelesaikan masalah teknikal.

21
7. DIVESH ANDY
-Menyediakan peralatan dan tempat latar tempat bagi
perlakonan.
-Merupakan watak sampingan dan prop drama pentas.

8. THANA LETCHUMY A/P MOGANA


DAS
-Merupakan watak sampingan drama pentas
dan melakukan pencarian latar tempat.

22
9. NEERESH KUMAR
-Merupakan watak utama drama pentas
-Membuat slide dan laporan tugasan
berkumpulan.
-Mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan.

10. NURAINA HADIRAH BINTI


MOHAMAD YAZID
-Merupakan watak sampingan.
-Membuat slide dan laporan tugasan
berkumpulan.

23
11. KUMARAN A/L VISUNATHAN
-Menyediakan peralatan dan tempat latar
tempat bagi perlakonan.
-Menyediakan latar tempat bagi lakonan
yang akan dijalankan.
-Merupakan watak sampingan dan prop
drama pentas.

24
GAMBAR KUMPULAN SEMASA REHEARSAL

25
26
27
28
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana


dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek MPU 2223
KEMAHIRAN KOMUNIKASI ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Ms.Nuratikah Shamila Bt Mohd Seddikin, selaku Pensyarah kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
Ms.Nuratikah Shamila Bt Mohd Seddikin atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

29

Anda mungkin juga menyukai