Karangan Cemerlang Modal Insan Berkualiti
Karangan Cemerlang Modal Insan Berkualiti
Golongan remaja, tidak dapat dinafikan, merupakan modal insan ataupun aset berharga kepada
nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat untuk melahirkan modal insan
yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh
hal yang demikian, dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan
kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu. Dalam konteks ini,
sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi
pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad. Jadi, bagaimanakah
remaja dapat memainkan peranan dalam usaha merealisasikan visi kudsi kerajaan, yakni
melahirkan modal insan yang berkualiti.