Anda di halaman 1dari 5

ADAB DAN CARA BERDOA

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Mohd Saufi dengan kadar
kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebelum kita mengemukan dalil atau nas berkenaan dengan membalikkan


tangan apabila berdo'a, atau diiistilahkan belakang tangan mengadap ke langit,
lebih dahulu kita akan menceritakan hukum mengangkat tangan dan beberapa
perselihan ulama berkenaan dengannya.

Hukum mengangkat tangan ketika berdo'a

Ada merupakan prinsip asas bagi seseorang melakukan do'a mengangkat


tangannya, kerana Nabi saw bersabda:


ِ ْ َ َ ِ َ
‫ ًْا‬
ِ َ‫ ُ ِإَ ْ ِ َ َ ْ ِ َأنْ َ ُ د ُه‬
ُ  ‫ ِإذَا َر َ َ ا‬#ِ$
ْ َ %
ْ َ ٌ'ِ‫ َآ‬#
) ِ *
َ َ +‫ن ا‬
 ‫ِإ‬
"Sesungguhnya Allah itu amat pemurah, dan ia tidak menyukai menghampakan
hamb anya dengan tangan kosong apabila ia menangkatnya kepadanya" -
(Hadith riwayat Al-Tirmudzi #3556, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani
didalam Sahih Al-Tirmudzi.)

Diadalam Kitab Tuhfat al-Ahwadhi mengatakan bahawa hadith ini menegaskan


adalah mustahab mengangkat tangan apabila melakukan doa. Sebenarnya
banyak lagi hadith yang menerangkan tentang mustahabnya mengangkat
tangan. Menurut Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah :

‫للا ىلص يبنلا لوقل عفر امأو‬6 ‫يلع‬6 ‫يدي ملسو‬6 ‫ ءاعدلا يف‬: ‫يف ءاج دقف‬6 ‫ةريثك ثيداحأ‬
‫ةحيص‬، ‫حسم‬6 ‫جو‬66 ‫يديب‬6 ‫نع سيلف‬6 ‫يف‬6 ‫ثيدحالا‬، ‫ناثيدح وأ‬،
"Dan bagi mengangkat tangan ketika berdo'a adalah merupakan perkataan Nabi
saw : Telah datang darinya banyak hadith-hadith yang sahih, menyapu wajah
dengan tangan bukanlah ada didalam hadith atau hadith-hadith".

‫يدي دمي ربغأ ثعشأ رفسلا ليطي لجرلا‬6 ‫ بر اي بر اي ءامسلا ىلإ‬، ‫معطمو‬6 ‫برشمو مارح‬6
‫سبلمو مارح‬6 ‫ مارحلاب يذغو مارح‬، ‫ل باجتسي ىنأف‬6 ‫اور ) ؟‬6 ‫حيحص يف ملسم‬6

Kemudian diperingatkan dengan "seorang lelaki yang bermusafir jauh dan


dipenuhi habuk, mengangkat tangan keatas langit seraya berkata :'Ya Tuhan ku
Ta Tuhan ku', akan tetapi makanan yang dimakan dari yang haram, dan
minumannya dari yang haram, dan semuanya dijadikan dengan yang haram,
maka bagaimana dikabulkan keatas permintaannya?" - (Riwayat oleh Muslim
didalam Shahih).

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz memberi komentar diatas hadith diatas mengatakan
:"ia menunjukkan bahawa mengangkat tangan merupakan satu cara (adab) bagi
sesuatu do'a itu dikabulkan, dan menjelaskan bahawa mengambil sesuatu yang
haram merupakan salah satu perkara dimana do'a seseorang itu tidak di
kabulkan."

--------------
Berapa pandangan mengenai mengangkat tangan semasa berdo'a

Rata-rata atau umumnya mengangkat tangan semasa do'a adalah mustahab. Ia


merupakan salah satu daripada kaedah berdo'a sebagaimana yang dijelaskan
diatas yang disandarkan kepada hadith-hadith sahih. Disini kita memetik fatwa
dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengenai beberapa situasi mengenai angkat
tangan ketika berdo'a. Kata beliau:

‫ف‬6‫يف عفري مل يتلا عضاوملا يف الإ ةباجإلا بابسأ نم اذ‬6‫للا ىلص يبنلا ا‬6 ‫يلع‬6 ‫ملسو‬
‫يف عفرن الف‬6‫ ا‬، ‫ ةعمجلا ةبطخ لثم‬، ‫يف عفري ملف‬6‫يدي ا‬6 ، ‫ف ىقستسا اذإ الإ‬6‫عفري و‬
‫يدي‬6 ‫يف‬6‫ ا‬.
‫ يف مالسلا لبقو نيتدجسلا نيب كلذك‬F‫شتلا رخ‬6‫يدي عفري نكي مل د‬6 ‫للا ىلص‬6 ‫يلع‬6
‫ يف انيديأ عفرن الف ملسو‬6‫ذ‬6 ‫يف عفري مل يتلا نطاوملا‬6‫للا ىلص ا‬6 ‫يلع‬6 ‫ ملسو‬.
‫لعف نأل‬6 ‫كرتو ةجح‬6 ‫ ةجح‬، ‫و‬6‫ سمخلا تاولصلا نم مالسلا دعب اذك‬. ‫للا ىلص ناك‬6 ‫يلع‬6
‫يدي عفري الو ةيعرشلا راكذألاب يتأي ملسو‬6 ، ‫ لف‬+G H‫ ا‬I+ ‫اء ﺏ‬K‫ إ‬L‫ أ‬M‫ ذ‬#  N ‫ا‬
'+‫ وﺱ‬+G H‫ ا‬I+ ‫ﺱً ﺏ‬P‫ ر  ا ﺕ‬R SL%  R '+‫ وﺱ‬+G H‫ ا‬I+  ‫ ر‬#‫ ا‬T‫ا‬U‫' أﻡ ا‬+‫وﺱ‬
‫ ةباجإلا بابسأ نم كلذ نألو‬، ‫و‬6‫يف وعدي يتلا عضاوملا اذك‬6‫بر ملسملا ا‬6 ‫يف دري ملو‬6‫نع ا‬
‫للا ىلص يبنلا‬6 ‫يلع‬6 ‫يف عفرن انإف كرت الو عفر ملسو‬6‫عفرلا نأ ىلع ةلادلا ثيداحألل ا‬
‫ مدقت امك ةباجإلا بابسأ نم‬.

"[mengangkat tangan] ini merupakan salah satu sebab dikabulkan do'a.,


melainkan terdapat beberapa situasi dimana Nabi saw TIDAK mengangkat
tangan, misalnya do'a pada Khutbah Jumaat, dimana dia tidak mengangkat
tangan, melainkan apabila bersolat memohon hujan (Solat istisqa'), beliau telah
mengangkat tangannya.

Begitu juga duduk diantara 2 sujud dan sebelum salam diakhir Tashahud ,
baginda saw tidak mengangkat tangannya, maka kita tidak boleh mengangkat
tangan dimasa itu kerana Nabi saw tidak mengangkat tangannya.

Disebabkan melakukannya berdasar nas dan tidak melakukannya juga [tidak


angkat tangan] juga berdasarkan nas. Begitu juga selepas salam didalam solat
yang lima, Nabi saw akan melakukan zikir yang telah dinyatakan oleh syariah
akan tetapi beliau tidak mengangkat tangan, maka kita lakukan sedemikan
menurut beliau sebagai contoh. Akan tetapi, didalam situasi beliau mengangkat
tangan, adalah menjadi sunnah mengangkat tangan, mencontohi perbuatan
baginda, kerana ia merupakan satu cara menjadikan do'a kita dijawab oleh Allah
swt. Begitu juga dengan situasi didalam seorang Islam memohon sesuatu dari
Allah, dan tidak ada riwayat bahawa Nabi saw mengangkat tangan atau tidak.
Maka kita dibolehkan mengangkat tangan, kerana disana ada hadith yang
menunjukkan mengangkat tangan merupakan salah satu cara agar do'a kita di
jawab, seperti yang disebab tadi."
"Disana ulama mengatakan adalah menjadi syariat mengangat tangan semasa
berdo'a, malah merupakan mengatakan sunat, kerana menyerupai perlakuan
Nabi saw - ada juga kumpulan yang memakruhkan mengangkat tangan
kecuali/melainkan didalam Solat istisqa' (mohon hujan), kerana Hadith dari Anas
:

‫للا ىلص ـ يبنلا ناك‬6 ‫يلع‬6 ‫يدي عفري ال ـ ملسو‬6 ‫ئاعد نم ءيش يف‬6 ‫ءاقستسالا يف الإ‬
‫نإف‬6 ‫يدي عفري ناك‬6 ‫يطبإ ضايب ىري ىتح‬6

"Bahawa Rasulullah saw tidak sekali-kali mengangkat tangan didalam do'a


kecuali didalam istisqa', maka beliau telah mengangkat tangan sehingga tampak
keputihan ketiaknya" - (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).

Sebahagian memakruhkan mengangkat tangan secara mutlak didalam Istisqa'


dan lain-lain, kerana Hadith Muslim dari 'Imaarah bin Rubiyyah, telah melihat
Basyir bin Marwan diatas Mimbar mengangkat tangannya, maka berkata :

‫ ر‬Y‫ وأ‬،‫ا‬Z[‫ ه‬6‫ل ﺏ‬U\ ‫ أن‬I+G ] ‫' ـ ﻡ‬+‫ وﺱ‬+G H‫ ا‬I+ ‫ ـ‬H‫ل ا‬U‫ \ رأ^ رﺱ‬،‫ ه ﺕ ا‬H‫_ ا‬
َ  Kَ
‫عبصأب‬6 ‫ ج يبطرقلا ريسفت" ةحبسملا‬7 ‫ ص‬255" .

"Allah akan memburukkan kedua-dua tangan ini, aku telah melihat nabi saw -
tidak menambah keatasnya dengan berkata dengan tangannya dan begitu, dan
baginda telah mengunakan isyarat dengan jari telunjuk - sebagaimana didalam
Tafsir Qurthubi 7/255"
--------------------

Dalil menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a

Disana terdapat dalil yang menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a,


sebagaimana menurut Sheikh Atiyah Saqr :

‫حتفلا يف رجح نبا لاق‬: ‫ءاملعلا لاق‬: I‫ آ إ‬R` a ً G     ‫ء أن‬a‫ ء   ﺏ‬G‫ آ د‬# Sُ L %
b ‫ا‬
‫ءامسلا‬، ‫ليصحت وأ ءيش لوصحب اعد اذإو‬6 ‫يفك نطب لعجي نأ‬6 ‫ءامسلا ىلإ‬. ‫وي‬UL‫ ل ا‬K MZ‫وآ‬
‫ ء‬+c‫ ﻡ ا‬SG  G MZ ً‫ * آ‬،'+%‫_ ﻡ‬$ ‫ح‬Y # . ‫ليقو‬:‫ظب ةراشإلا يف ةمكحلا‬6‫يف نيفكلا ر‬
‫"قباسلا عجرملا" ءادرلا ليوحت يف ليق امك لاحلا بلقتب لؤافتلا ريغ نود ءاقستسالا‬.

"Berkata Ibnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kali
berdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakang tangan
mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapat sesuatu hasil maka
jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yang dikatakan oleh Imam Al-
Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkata dikalangan kumpulan ulama.
Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakang tapak tangan apabila memohon
air hujan tanpa selainnya hanyalah optimistik berubahnya keadaan sebagaimana
diperingkat didalam bertukar posisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini. "
Isu ini boleh dirujuk dalam 2 contoh jawapan didalam Soalan Arkib Al-Ahkam :

1. Menterbalikkan tangan ketika doa tolak bala'

2. Doa: terbalikkan telapak tangan


--------------

Pandangan Rumah Fatwa Saudi

Didalam fatwa bernombor 3907 dari al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-


‘Ilmiyyah wa’l-Ifta, ulama'-ulama'nya menyebut :

‫يدي نوطب لعجي نأ ةنسلا‬6 ‫ظو ءامسلا ىلإ‬6‫رو‬6‫للا ىلص يبنلا نأ يور امل ؛ضرألا ىلإ ام‬6
‫يلع‬6 ‫ ملسو‬:
‫للا متلأس اذإ‬6 ‫ولأساف‬6 ‫مكفكأ نوطبي‬، ‫ولأستالو‬6 ‫ظب‬6‫رو‬6‫ا‬

"Adalah Sunnah menjadikan tapak tangan mengadap ke langit dan belakang


kedua-dua tangan mengadap ke bumi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi
saw :

Apabila kamu memohon kepada Allah, maka hendaklah kamu lakukan dengan
kedua tapak tangan kamu, jangan kamu memohon dengan menggunakan kedua
belakang tangan kamu" - (hadith riwayat : Abu Daud 2/164-165 bernombor
1485,1486, Ibnu Maajah 1/373, 2/1272, Al-Hakim 1/536, Al-Baihaqi 2/212 dan
lain-lain). "

---------------
Angkat tangan semasa berdo'a merupakan perkara mustahab. Akan tetapi
terdapat situasi-situasi tertentu yang menunjukkan Nabi saw tidak mengangkat
tangan semasa berdo'a, seperti do'a didalam tashahud dan do'a didalam
Khutbah Jumaat atau Eid. Ada juga ulama' yang mengatakan hanya boleh
mengangkat tangan semasa solat istisqa' sahaja. Umumnya, ulama' bersetuju
bahawa mengangkat tangan didalam do'a itu merupakan satu cara bagi do'a kita
dijawab oleh Allah swt. Mengenai isu membalikkan tangan semasa berdo'a, ada
dikalangan mereka yang membenarkan semasa berdo'a menjauhkan bala, dan
terdapat juga dikalangan mereka yang lebih menyukai tidak membalikkan tangan
semasa berdo'a. Wallahu'alam.

wassalam.

================
Rujukan :

1. Abdul Rahman Mohd bin Qasim. Majmu' fatawa Sheikh Al-Islam Ahmad bin
Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Hukumah, 19??. ms 519.
2. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adilatuhu - I. cetakan ke 3. Damsyik :
Dar al-Fikr, 1989.ms. 804.

3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat li’l-Sheikh Ibn
Baaz - 6. Riyad : Dar Al-Watan, 1998. ms 124

4. Sheikh Atiyyah Saqr.‫ ءاعدلاب يديألا عفر‬url :


http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13258

5. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 8. Riyad :


Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 328.

Anda mungkin juga menyukai