Anda di halaman 1dari 37

Geohidrologi

Akuifer

DISAMPAIKAN OL EH
DR. MOHMADISA HASHIM
JABATAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR, FAKULTI SAINS K EMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN I DRIS, MALAYSIA
Outline
1. Lingkup geohidrologi
2. Konsep airtanah
3. Jenis akuifer
4. Sifat-sifat akuifer
Lingkup Geohidrologi
Geohidrologi adalah kajian air bawah tanah dan interaksi fizikal dan
kimia dengan persekitaran fizikal.
Ia akan memberi tumpuan kepada prinsip-prinsip geologi yang
mengawal kejadian, pergerakan dan kualiti air bawah tanah, dengan
penekanan terhadap aspek-aspek yang penting kepada alam sekitar.
Ia juga sains yang berkaitan dengan ciri, sumber, dan cara berlakunya
air bawah tanah.
Samb…
Air tawar – 20% adalah airtanah, 10% air permukaan (sungai, tasik,
kolam), 79% glasier (beku)
Pengetahuan tentang air bawah tanah diketahui melalui proses kitaran
hidrologi
Sumber terbesar air bawah tanah di kawasan gurun pasir + di kawasan
formasi geologi yang sesuai untuk menampung air bawah tanah
Menurut Dewi Liesnoor (2008) – geohidrologi cabang ilmu hidrologi –
tercakup dalam kitaran hidrologi (siklus hidrologi)
Todd (1980) – ilmu pengetahuan tentang kedapatan, taburan dan
pergerakan air di bawah permukaan bumi
Konsep Airtanah
Airtanah – keperluan untuk manusia seperti domestik, perindustrian
+ pertanian
Banyak digunakan untuk domestik – minum, masak – kualiti airnya
lebih baik berbanding air sungai
Airtanah (soil moisture/soil water) vs airtanah (groundwater)
Soil moisture – air yang terikat dengan kuat pada permukaan butiran
tanah – terdapat di zon aerasi + tidak mengalir
Groundwater – air yang terdapat/menempati dalam rongga-rongga
batuan di bawah permukaan tanah pada zon jenuh (saturated zone)
+ dikenali sebagai akuifer
Samb…
Sumber airtanah – datang dari air hujan – jatuh ke
permukaan bumi
Lokasi airtanah berada di zon jenuh (saturated zone)
dan bukan di zon tidak jenuh (unsaturated zone)
Hujan/air yang masuk ke zon jenuh melalui dua
proses – infiltrasi + perkolasi
Infiltrasi – proses masuknya air permukaan ke dalam
tanah hingga mencapai titik jenuh tanah (saturated
zone)
Zon ini terdapat di bawah permukaan tanah sampai
zon perakaran dengan ketebalan bergantung kepada
jenis tanah dan tumbuhan yang boleh tumbuh
Samb…
Perkolasi – turunnya air akibat jenuhnya air pada zon tidak jenuh air –
sehingga air mengalir ke bawah melalui zon transisi (intermediate zon)
– tempat proses perkolasi berlaku
Setelah proses perkolasi – terdapat proses batas atas naik turunnya air
pada muka airtanah (water table) – disebut dengan zon kapiler
(capillary fringe zone) iaitu zon fluktuasi airtanah –barulah air masuk ke
dalam airtanah
Airtanah dapat muncul ke permukaan secara semula jadi sebagai
mataair + faktor manusia melalui pembinaan telaga (sumur)
Samb…
Terhasilnya mataair dibahagikan kepada dua – i) akibat kekuatan
nirgravitasi; ii) akibat kekuatan gravitasi
Kekuatan nirgravitasi merujuk kepada mataair yang berhubungan
dengan dengan rekahan yang meluas sehingga ke dalam kerak bumi
– biasanya dalam bentuk mataair panas
Mataair gravitasi – hasil aliran air di bawah tekanan hidrostatik +
umum dijumpai + dimanfaatkan penduduk untuk pelbagai keperluan
Ilustrasi masuknya air permukaan menuju airtanah (groundwater)
Samb…
Kualiti airtanah sangat dipengaruhi oleh jenis litologi penyusun akuifer, jenis
tanah/batuan yang dilalui oleh airtanah + jenis air asal airtanah
Kualiti airtanah apabila terdapatnya aktiviti manusia terhadap airtanah –
pengambilan airtanah secara berlebihan, pembuangan limbah, tapak pelupusan
sampah dan sebagainya
Pergerakan airtanah yang melalui zon jenuh (saturated zone) dengan kecepatan
paling maksimum ialah 10m/hari dan minimum 1m/tahun
Ini disebabkan pergerakan airtanah di saturated zone dipengaruhi oleh jenis
material penyusunan akuifer iaitu porositi batuan.
Porositi batuan adalah ratio antara volume pori-pori batuan dengan jumlah
volume batuan.
Figure show porosity in unconsolidated sediments ((a) to (c)): (a) is well
sorted, having high porosity; (b) is poorly sorted having low porosity; (c)
has angular grains and low porosity; and in consolidated rocks ((d) to (f)):
(d) has porosity diminished by cementation; (e) has solution porosity as it
has partially dissolved; (f) has fracture porosity. (a)-(d) show vertical
sections 1 cm across, (e) and (f) are 1 m across.
Samb…
Pengetahuan tentang tekstur tanah juga penting bagi mengkaji kecepatan air
bergerak dalam tanah.
Tekstur tanah adalah perbandingan kandungan kandungan atau komposisi
antara pasir (sand), debu (silt) dan lempung (clay).
Kajian terhadap tekstur tanah digunakan untuk menganalisis nilai kecepatan air
bergerak dalam tanah terutamanya pada zon tak jenuh (unstaturated zone) yang
terdiri dari proses infiltrasi dan perkolasi.
Pengetahuan terhadap kecepatan infiltrasi dan perkolasi penting untuk
menganalisis karateristik imbuhan atau recharge airtanah.
Ukuran terhadap partikel pasir, debu dan lempung ditunjukkan seperti dalam
jadual dan rajah berikutnya.
Samb…
Bagi menentukan jenis tekstur tanah
dapat dipergunakan segitiga tekstur
tanah iaitu dasar penentuannya adalah
berdasarkan peratusan (percent) partikel
pasir, debu dan lempung.
Penentuan tekstur dapat dilakukan
dengan ujian makmal (laboratorium).

Sieve Shaker Machine For Soil Analysis


Jenis-Jenis Akuifer
Akuifer – formasi batuan atau pelapisan jenuh (saturated) – mampu menyimpan +
mengalirkan airtanah dalam jumlah yang mencukupi
Cukup dalam erti kata mampu menjadi sumber kepada telaga (sumur), mengalirkan
semula ke sungai dan mata air (spring)
Kebanyakan akuifer mempunyai kawasan yang luas dan dapat digambarkan sebagai
reservoir simpanan bawah tanah.
Air memasuki reservoir ini menerusi imbuhan semula jadi (recharge) dan mengalir
keluar sama ada disebabkan oleh tindakan graviti atau pengairan oleh telaga (sumur).
Biasanya, isipadu tahunan air yang dikeluarkan atau digantikan mewakili hanya
sebahagian kecil jumlah keupayaan simpanan – membawa maksud airtanah yang
diambil sentiasa ada walaupun sumber ini sentiasa digunakan oleh faktor semula jadi
dan aktiviti manusia
Samb…
Aquifer juga merupakan formasi geologi yang tepu sehingga dapat
digunakan sebagai pembekal air dalam jumlah yang ekonomik
(jumlahnya cukup untuk keperluan domestik, pertanian, peternakan,
industri dan lain-lain).
Oleh itu formasi ini mesti dapat menyimpan dan mengalirkan air
serta unit geologi yang tepu dan mampu membekalkan air ke sumur
atau mata air sehingga dapat digunakan sebagai sumber air.
Untuk dapat berfungsi sebagai akuifer, batu harus berpori atau
berongga antara satu sama lain, sehingga dapat menyimpan dan
membiarkan air bergerak dari rongga ke rongga.
Samb…
Akuifer dibahagikan kepada beberapa jenis:
i) akuifer bebas (unconfined aquifer)
ii) akuifer tertekan (confined aquifer)
iii) akuifer menggantung (perched aquifer)
iv) akuifer bocor (leaky)
v) akuitard
vi) akuiclude
vii) akuifuge
Akuifer bebas (Unconfined aquifer)
Akuifer bebas atau akuifer tak tertekan adalah airtanah dalam akuifer tertutup
lapisan impermeable (tidak dapat ditembusi), dan merupakan akuifer yang
mempunyai muka airtanah.
Unconfined aquifer adalah akuifer jenuh air (satured). Lapisan pembatasnya
yang merupakan aquitard, hanya pada bahagian bawahnya dan tidak ada
pembatas aquitard di lapisan atasnya, iaitu batas di lapisan atas berupa muka
airtanah.
Permukaan airtanah di sumur dan airtanah bebas adalah permukaan air bebas,
jadi permukaan air tanah bebas adalah batas antara zone yang jenuh dengan air
tanah dan zone yang aerosi (tak jenuh) di atas zone yang jenuh. Akuifer jenuh
disebut juga sebagai phriatic aquifer, non artesian aquifer atau free aquifer
(Wuryantoro, 2007).
Samb…
Airtanah ini banyak dimanfaatkan oleh penduduk untuk pelbagai
keperluan dengan kedalaman sumur umumnya antara 1 – 25 meter.
Airtanah bebas masih merupakan sumber utama air bersih bagi
sebahagian besar penduduk dalam memenuhi keperluan seharian.
Pemanfaatannya dilakukan dengan cara pembuatan sumur pada
kedalaman kurang dari 20 meter di bawah permukaan, umumnya
terdapat pada lapisan pasir, pasir kerikilan (gravel sand), tufa pasiran
(tuff sand) dan pasir lanauan (silt sand).
Sementara itu, airtanah bebas di dataran aluvial terdapat dalam
lapisan pasir, pasir lempungan, dan pasir kerikilan.
Samb…
Kualiti air di unconfined aquifer adalah bervariasi dari baik hingga buruk,
masin rasa airnya hingga tawar, berwarna keruh hingga jernih.
Kekerasannya (hardness) berkisar antara 8,5 – 16,7, pH sekitar 6,7 – 11,2,
kadar kandungan ion klorida berkisar 25,5 – 6.685 mg/l, SO4 (sulphate)
antara 40,5 – 246,9 mg/l.
Bagi penggunaan air untuk keperluan seharian, kandungan airtanah bebas
di dataran aluvial terkecuali di daerah-daerah sekitar pantai,
pemanfaatannya masih dapat digunakan dan dikembangkan.
Sedangkan untuk kawasan-kawasan atau daerah-daerah yang terletak
sekitar 1 – 3 km dari garis pantai, penggunaan airtanah bebas adalah
sangat terbatas disebabkan sudah merasa masin hingga payau rasa airnya.
Akuifer tertekan (Confined aquifer)
Akuifer tertekan – terletak di bawah atau di antara lapisan kedap air
(confining layer atau impermeable) – muka airtanah (water table)
terletak di atas batas atas akuifernya- disebut piezometric atau
potentiometric – disebabkan faktor tekanan kadang-kadang muka
airtanah akuifer tertekan (confined aquifer) pada sumur bor dapat
melebihi permukaan tanah (flowing artesian well).
Akuifer bocor (Leaky)
Akuifer bocor adalah akuifer
semi tertekan (semi confined
aquifer) apabila confining layer
bersifat semi permeable
(aquitard)
Dijelaskan juga sebagai gabungan
kedua-dua jenis akuifer (confined
aquifer dan unconfined aquifer)
Contoh material penyusun
akuifer: lempung (clay)
Akuifer menggantung (Perched aquifer)
Akuifer menggantung – akuifer
yang terletak di atas akuifer
bebas (unconfined aquifer) dan
aliran airtanah ke bawah
tertahan oleh confining layer
yang tidak berterusan.
Akuitard (Aquitard)
Akuitard- formasi batuan yang
dapat menyimpan air tetapi
hanya dapat mengalirkannya
dalam jumlah terbatas – contoh
material penyusun aquitard:
lempung pasiran (sandy clay)
Akuiclude (Aquiclude)
Akuiclude – formasi batuan yang
tidak dapat menyimpan air
dalam jumlah yang banyak –
contoh material penyusun
akuiclude: lempung
Akuifuge (Aquifuge)
Akuifuge – formasi batuan yang tidak dapat
menyimpan air sama sekali atau kedap –
contoh material penyusun akuifuge: granit
Kesimpulan
Dalam disiplin ilmu geografi – kajian terhadap airtanah adalah berkaitan dengan
sistem fizikal bumi iaitu hidrosfera
Memandangkan sistem fizikal bumi kita saling berinteraksi antara satu sama lain
dan dinamik – atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera.
Jika menyatakan sumber air yang utama tidak dinafikan sumber airtanah
merupakan sumber utama untuk aktiviti manusia – selain daripada air
permukaan (sungai, tasik, kolam).
Umumnya mengetahui sumber airtanah terletak di bawah tanah yang dikenali
sebagai akuifer.
Perlu diuruskan dengan baik sumber ini agar berada dalam kuantiti dan kualiti
yang sewajarnya.
What is an Aquifer? https://www.youtube.com/watch?v=g7R0yLX0V9E
Unconfined Aquifers vs. Confined Aquifers https://www.youtube.com/watch?v=wx0w-Az5JOY
Unconfined and Confined Aquifers- An Important Distinction
https://www.youtube.com/watch?v=HXQt8T1l55I
Porosity and Permeability https://www.youtube.com/watch?v=8mfBomrw0rs
Where is the Water Table? https://www.youtube.com/watch?v=UfgyJkmZgK8
Aquifer Characteristics https://www.youtube.com/watch?v=lTZaLYWlViA

Anda mungkin juga menyukai